WEBVTT 00:00:08.480 --> 00:00:11.420 Perkara yang paling hebat tentang litar ialah 00:00:11.780 --> 00:00:18.440 litar adalah seperti seni, contohnya jika saya mempunyai idea kreatif, saya boleh memaparkan idea kreatif itu menggunakan litar. 00:00:20.300 --> 00:00:24.700 Jadi, jika anda mempunyai suatu idea, anda boleh menggunakan teknologi untuk memaparkan idea-idea tersebut. 00:00:26.860 --> 00:00:32.340 Setiap input atau output komputer adalah sejenis maklumat, 00:00:32.340 --> 00:00:37.240 yang boleh diwakili oleh isyarat elektrik hidup/mati 00:00:37.240 --> 00:00:39.060 atau satu dan sifar. 00:00:39.400 --> 00:00:46.360 Untuk memproses maklumat sebagai input, dan menghasilkan maklumat output, 00:00:46.360 --> 00:00:49.920 komputer perlu mengubah suai dan menggabungkan isyarat input. 00:00:50.540 --> 00:00:58.520 Untuk melakukan ini, komputer menggunakan berjuta-juta komponen elektronik kecil, yang bergabung menjadi litar. 00:01:03.040 --> 00:01:08.460 Mari kita lihat bagaimana litar boleh mengubah suai dan memproses maklumat yang diwakili oleh satu dan sifar. 00:01:09.460 --> 00:01:12.280 Ini adalah litar yang sangat mudah. 00:01:12.280 --> 00:01:15.820 Ia mengambil isyarat elektrik, hidup atau mati, dan membalikkannya. 00:01:15.820 --> 00:01:20.580 Jadi, jika isyarat yang anda berikan adalah 1, litar akan memberikan anda 0, 00:01:20.580 --> 00:01:23.620 dan jika anda memberi litar 0, ia akan memberikan anda 1. 00:01:23.630 --> 00:01:29.680 Isyarat yang masuk tidak sama dengan isyarat yang keluar,jadi kita namakan ini litar "not". 00:01:30.040 --> 00:01:36.580 Litar yang lebih rumit boleh mengambil beberapa isyarat dan menggabungkannya,dan memberi anda hasil yang berbeza. 00:01:36.580 --> 00:01:43.480 Dalam contoh ini, litar akan mengambil dua isyarat elektrik, ia mungkin 1 atau 0. 00:01:43.880 --> 00:01:49.580 Jika salah satu isyarat yang masuk adalah 0, maka hasilnya juga 0. 00:01:49.580 --> 00:01:52.720 Litar ini hanya akan memberi anda 1, 00:01:52.780 --> 00:02:00.760 jika isyarat pertama dan isyarat kedua adalah 1, jadi kita namakan litar ini DAN. 00:02:01.220 --> 00:02:06.600 Terdapat banyak litar kecil seperti ini yang melakukan pengiraan logik mudah. 00:02:06.600 --> 00:02:13.400 Dengan menggabungkan litar ini bersama, kita boleh menghasilkan litar yang lebih kompleks yang melakukan pengiraan yang lebih kompleks. 00:02:13.940 --> 00:02:19.760 Contohnya, anda boleh membuat litar yang menambah 2 bit bersama bernama adder. 00:02:19.840 --> 00:02:27.040 Litar ini mengambil 2 bit individu, masing-masing satu 1 atau 0, dan menambahkan mereka bersama untuk mengira jumlah. 00:02:27.350 --> 00:02:29.829 Kiraannya boleh jadi 0 tambah 0 sama dengan 0, 00:02:30.340 --> 00:02:34.340 0 tambah 1 sama dengan 1, atau 1 tambah 1 sama dengan 2. 00:02:34.360 --> 00:02:39.440 Anda perlukan dua wayar output kerana ia boleh mengambil sehingga dua digit binari untuk mewakili jumlah. 00:02:40.060 --> 00:02:44.500 Setelah anda mempunyai adder tunggal untuk menambah dua bit maklumat, 00:02:44.500 --> 00:02:50.340 anda boleh mengumpulkan berbilang litar adder ini bersebelahan untuk menambahkan nombor yang lebih besar. 00:02:51.170 --> 00:02:56.229 Contohnya, inilah adalah cara adder 8-bit menambah nombor 25 dan 50. 00:02:57.260 --> 00:03:03.730 Setiap nombor diwakili menggunakan 8 bit, menghasilkan 16 isyarat elektrik berbeza yang masuk ke dalam litar. 00:03:04.920 --> 00:03:10.760 Litar 8-bit adder mempunyai banyak adder kecil di dalamnya, yang bersama-sama, membuat kiraan. 00:03:12.500 --> 00:03:17.340 Litar elektrik yang berbeza boleh melakukan pengiraan mudah lain seperti penolakan atau pendaraban. 00:03:17.340 --> 00:03:24.720 Sebenarnya, semua maklumat yang diproses oleh komputer anda adalah gabungan pelbagai operasi kecil dan mudah. 00:03:24.720 --> 00:03:30.520 Setiap operasi individu yang dilakukan oleh komputer adalah begitu mudah, ia boleh dilakukan oleh manusia, 00:03:30.520 --> 00:03:34.100 tetapi litar-litar di dalam komputer ini adalah lebih cepat. 00:03:34.820 --> 00:03:38.660 Pada zaman dulu, litar-litar ini amat besar, 00:03:38.660 --> 00:03:44.780 satu 8-bit adder adalah sebesar satu peti sejuk, dan ia akan mengambil masa beberapa minit untuk melakukan pengiraan mudah. 00:03:45.100 --> 00:03:50.060 Kini, litar komputer bersaiz mikroskopik, dan lebih cepat. 00:03:50.580 --> 00:03:53.200 Mengapa komputer yang lebih kecil juga lebih cepat? 00:03:53.200 --> 00:03:58.140 kerana semakin kecil litar, semakin kurang jarak perjalanan isyarat elektrik. 00:03:58.360 --> 00:04:04.340 Elektrik bergerak pada kelajuan cahaya, itulah sebabnya litar moden boleh melakukan berbilion-bilion pengiraan sesaat. 00:04:05.320 --> 00:04:10.720 Jadi sama ada anda bermain permainan, merakam video, atau meneroka kosmos, 00:04:11.860 --> 00:04:18.019 sebarang yang anda lakukan dengan teknologi memerlukan banyak maklumat diproses dengan cepat. 00:04:18.860 --> 00:04:24.900 Di bawah semua kerumitan ini adalah banyak litar kecil yang menukarkan isyarat binari 00:04:24.900 --> 00:04:27.720 ke laman web, video, muzik, dan permainan. 00:04:27.720 --> 00:04:31.960 Litar ini juga boleh membantu kita menguraikan DNA untuk mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. 00:04:31.960 --> 00:04:34.920 Jadi apa yang anda mahu hasilkan dengan semua litar ini?