Perkara yang paling hebat tentang litar ialah litar adalah seperti seni, contohnya jika saya mempunyai idea kreatif, saya boleh memaparkan idea kreatif itu menggunakan litar. Jadi, jika anda mempunyai suatu idea, anda boleh menggunakan teknologi untuk memaparkan idea-idea tersebut. Setiap input atau output komputer adalah sejenis maklumat, yang boleh diwakili oleh isyarat elektrik hidup/mati atau satu dan sifar. Untuk memproses maklumat sebagai input, dan menghasilkan maklumat output, komputer perlu mengubah suai dan menggabungkan isyarat input. Untuk melakukan ini, komputer menggunakan berjuta-juta komponen elektronik kecil, yang bergabung menjadi litar. Mari kita lihat bagaimana litar boleh mengubah suai dan memproses maklumat yang diwakili oleh satu dan sifar. Ini adalah litar yang sangat mudah. Ia mengambil isyarat elektrik, hidup atau mati, dan membalikkannya. Jadi, jika isyarat yang anda berikan adalah 1, litar akan memberikan anda 0, dan jika anda memberi litar 0, ia akan memberikan anda 1. Isyarat yang masuk tidak sama dengan isyarat yang keluar,jadi kita namakan ini litar "not". Litar yang lebih rumit boleh mengambil beberapa isyarat dan menggabungkannya,dan memberi anda hasil yang berbeza. Dalam contoh ini, litar akan mengambil dua isyarat elektrik, ia mungkin 1 atau 0. Jika salah satu isyarat yang masuk adalah 0, maka hasilnya juga 0. Litar ini hanya akan memberi anda 1, jika isyarat pertama dan isyarat kedua adalah 1, jadi kita namakan litar ini DAN. Terdapat banyak litar kecil seperti ini yang melakukan pengiraan logik mudah. Dengan menggabungkan litar ini bersama, kita boleh menghasilkan litar yang lebih kompleks yang melakukan pengiraan yang lebih kompleks. Contohnya, anda boleh membuat litar yang menambah 2 bit bersama bernama adder. Litar ini mengambil 2 bit individu, masing-masing satu 1 atau 0, dan menambahkan mereka bersama untuk mengira jumlah. Kiraannya boleh jadi 0 tambah 0 sama dengan 0, 0 tambah 1 sama dengan 1, atau 1 tambah 1 sama dengan 2. Anda perlukan dua wayar output kerana ia boleh mengambil sehingga dua digit binari untuk mewakili jumlah. Setelah anda mempunyai adder tunggal untuk menambah dua bit maklumat, anda boleh mengumpulkan berbilang litar adder ini bersebelahan untuk menambahkan nombor yang lebih besar. Contohnya, inilah adalah cara adder 8-bit menambah nombor 25 dan 50. Setiap nombor diwakili menggunakan 8 bit, menghasilkan 16 isyarat elektrik berbeza yang masuk ke dalam litar. Litar 8-bit adder mempunyai banyak adder kecil di dalamnya, yang bersama-sama, membuat kiraan. Litar elektrik yang berbeza boleh melakukan pengiraan mudah lain seperti penolakan atau pendaraban. Sebenarnya, semua maklumat yang diproses oleh komputer anda adalah gabungan pelbagai operasi kecil dan mudah. Setiap operasi individu yang dilakukan oleh komputer adalah begitu mudah, ia boleh dilakukan oleh manusia, tetapi litar-litar di dalam komputer ini adalah lebih cepat. Pada zaman dulu, litar-litar ini amat besar, satu 8-bit adder adalah sebesar satu peti sejuk, dan ia akan mengambil masa beberapa minit untuk melakukan pengiraan mudah. Kini, litar komputer bersaiz mikroskopik, dan lebih cepat. Mengapa komputer yang lebih kecil juga lebih cepat? kerana semakin kecil litar, semakin kurang jarak perjalanan isyarat elektrik. Elektrik bergerak pada kelajuan cahaya, itulah sebabnya litar moden boleh melakukan berbilion-bilion pengiraan sesaat. Jadi sama ada anda bermain permainan, merakam video, atau meneroka kosmos, sebarang yang anda lakukan dengan teknologi memerlukan banyak maklumat diproses dengan cepat. Di bawah semua kerumitan ini adalah banyak litar kecil yang menukarkan isyarat binari ke laman web, video, muzik, dan permainan. Litar ini juga boleh membantu kita menguraikan DNA untuk mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. Jadi apa yang anda mahu hasilkan dengan semua litar ini?