1 00:00:08,480 --> 00:00:11,420 Perkara yang paling hebat tentang litar ialah 2 00:00:11,780 --> 00:00:18,440 litar adalah seperti seni, contohnya jika saya mempunyai idea kreatif, saya boleh memaparkan idea kreatif itu menggunakan litar. 3 00:00:20,300 --> 00:00:24,700 Jadi, jika anda mempunyai suatu idea, anda boleh menggunakan teknologi untuk memaparkan idea-idea tersebut. 4 00:00:26,860 --> 00:00:32,340 Setiap input atau output komputer adalah sejenis maklumat, 5 00:00:32,340 --> 00:00:37,240 yang boleh diwakili oleh isyarat elektrik hidup/mati 6 00:00:37,240 --> 00:00:39,060 atau satu dan sifar. 7 00:00:39,400 --> 00:00:46,360 Untuk memproses maklumat sebagai input, dan menghasilkan maklumat output, 8 00:00:46,360 --> 00:00:49,920 komputer perlu mengubah suai dan menggabungkan isyarat input. 9 00:00:50,540 --> 00:00:58,520 Untuk melakukan ini, komputer menggunakan berjuta-juta komponen elektronik kecil, yang bergabung menjadi litar. 10 00:01:03,040 --> 00:01:08,460 Mari kita lihat bagaimana litar boleh mengubah suai dan memproses maklumat yang diwakili oleh satu dan sifar. 11 00:01:09,460 --> 00:01:12,280 Ini adalah litar yang sangat mudah. 12 00:01:12,280 --> 00:01:15,820 Ia mengambil isyarat elektrik, hidup atau mati, dan membalikkannya. 13 00:01:15,820 --> 00:01:20,580 Jadi, jika isyarat yang anda berikan adalah 1, litar akan memberikan anda 0, 14 00:01:20,580 --> 00:01:23,620 dan jika anda memberi litar 0, ia akan memberikan anda 1. 15 00:01:23,630 --> 00:01:29,680 Isyarat yang masuk tidak sama dengan isyarat yang keluar,jadi kita namakan ini litar "not". 16 00:01:30,040 --> 00:01:36,580 Litar yang lebih rumit boleh mengambil beberapa isyarat dan menggabungkannya,dan memberi anda hasil yang berbeza. 17 00:01:36,580 --> 00:01:43,480 Dalam contoh ini, litar akan mengambil dua isyarat elektrik, ia mungkin 1 atau 0. 18 00:01:43,880 --> 00:01:49,580 Jika salah satu isyarat yang masuk adalah 0, maka hasilnya juga 0. 19 00:01:49,580 --> 00:01:52,720 Litar ini hanya akan memberi anda 1, 20 00:01:52,780 --> 00:02:00,760 jika isyarat pertama dan isyarat kedua adalah 1, jadi kita namakan litar ini DAN. 21 00:02:01,220 --> 00:02:06,600 Terdapat banyak litar kecil seperti ini yang melakukan pengiraan logik mudah. 22 00:02:06,600 --> 00:02:13,400 Dengan menggabungkan litar ini bersama, kita boleh menghasilkan litar yang lebih kompleks yang melakukan pengiraan yang lebih kompleks. 23 00:02:13,940 --> 00:02:19,760 Contohnya, anda boleh membuat litar yang menambah 2 bit bersama bernama adder. 24 00:02:19,840 --> 00:02:27,040 Litar ini mengambil 2 bit individu, masing-masing satu 1 atau 0, dan menambahkan mereka bersama untuk mengira jumlah. 25 00:02:27,350 --> 00:02:29,829 Kiraannya boleh jadi 0 tambah 0 sama dengan 0, 26 00:02:30,340 --> 00:02:34,340 0 tambah 1 sama dengan 1, atau 1 tambah 1 sama dengan 2. 27 00:02:34,360 --> 00:02:39,440 Anda perlukan dua wayar output kerana ia boleh mengambil sehingga dua digit binari untuk mewakili jumlah. 28 00:02:40,060 --> 00:02:44,500 Setelah anda mempunyai adder tunggal untuk menambah dua bit maklumat, 29 00:02:44,500 --> 00:02:50,340 anda boleh mengumpulkan berbilang litar adder ini bersebelahan untuk menambahkan nombor yang lebih besar. 30 00:02:51,170 --> 00:02:56,229 Contohnya, inilah adalah cara adder 8-bit menambah nombor 25 dan 50. 31 00:02:57,260 --> 00:03:03,730 Setiap nombor diwakili menggunakan 8 bit, menghasilkan 16 isyarat elektrik berbeza yang masuk ke dalam litar. 32 00:03:04,920 --> 00:03:10,760 Litar 8-bit adder mempunyai banyak adder kecil di dalamnya, yang bersama-sama, membuat kiraan. 33 00:03:12,500 --> 00:03:17,340 Litar elektrik yang berbeza boleh melakukan pengiraan mudah lain seperti penolakan atau pendaraban. 34 00:03:17,340 --> 00:03:24,720 Sebenarnya, semua maklumat yang diproses oleh komputer anda adalah gabungan pelbagai operasi kecil dan mudah. 35 00:03:24,720 --> 00:03:30,520 Setiap operasi individu yang dilakukan oleh komputer adalah begitu mudah, ia boleh dilakukan oleh manusia, 36 00:03:30,520 --> 00:03:34,100 tetapi litar-litar di dalam komputer ini adalah lebih cepat. 37 00:03:34,820 --> 00:03:38,660 Pada zaman dulu, litar-litar ini amat besar, 38 00:03:38,660 --> 00:03:44,780 satu 8-bit adder adalah sebesar satu peti sejuk, dan ia akan mengambil masa beberapa minit untuk melakukan pengiraan mudah. 39 00:03:45,100 --> 00:03:50,060 Kini, litar komputer bersaiz mikroskopik, dan lebih cepat. 40 00:03:50,580 --> 00:03:53,200 Mengapa komputer yang lebih kecil juga lebih cepat? 41 00:03:53,200 --> 00:03:58,140 kerana semakin kecil litar, semakin kurang jarak perjalanan isyarat elektrik. 42 00:03:58,360 --> 00:04:04,340 Elektrik bergerak pada kelajuan cahaya, itulah sebabnya litar moden boleh melakukan berbilion-bilion pengiraan sesaat. 43 00:04:05,320 --> 00:04:10,720 Jadi sama ada anda bermain permainan, merakam video, atau meneroka kosmos, 44 00:04:11,860 --> 00:04:18,019 sebarang yang anda lakukan dengan teknologi memerlukan banyak maklumat diproses dengan cepat. 45 00:04:18,860 --> 00:04:24,900 Di bawah semua kerumitan ini adalah banyak litar kecil yang menukarkan isyarat binari 46 00:04:24,900 --> 00:04:27,720 ke laman web, video, muzik, dan permainan. 47 00:04:27,720 --> 00:04:31,960 Litar ini juga boleh membantu kita menguraikan DNA untuk mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. 48 00:04:31,960 --> 00:04:34,920 Jadi apa yang anda mahu hasilkan dengan semua litar ini?