0:00:08.480,0:00:11.420 Perkara yang paling hebat tentang [br]litar ialah 0:00:11.780,0:00:18.440 litar adalah seperti seni, contohnya jika saya mempunyai idea [br]kreatif, saya boleh memaparkan idea kreatif itu menggunakan litar. 0:00:20.300,0:00:24.700 Jadi, jika anda mempunyai suatu idea, anda boleh [br]menggunakan teknologi untuk memaparkan idea-idea tersebut. 0:00:26.860,0:00:32.340 Setiap input atau output komputer adalah sejenis maklumat, 0:00:32.340,0:00:37.240 yang boleh diwakili oleh isyarat elektrik[br]hidup/mati 0:00:37.240,0:00:39.060 atau satu dan sifar. 0:00:39.400,0:00:46.360 Untuk memproses maklumat sebagai input, [br]dan menghasilkan maklumat output, 0:00:46.360,0:00:49.920 komputer perlu mengubah suai dan [br]menggabungkan isyarat input. 0:00:50.540,0:00:58.520 Untuk melakukan ini, komputer menggunakan berjuta-juta[br]komponen elektronik kecil, yang bergabung menjadi litar. 0:01:03.040,0:01:08.460 Mari kita lihat bagaimana litar boleh mengubah suai[br]dan memproses maklumat yang diwakili oleh satu dan sifar. 0:01:09.460,0:01:12.280 Ini adalah litar yang sangat mudah. 0:01:12.280,0:01:15.820 Ia mengambil isyarat elektrik, hidup [br]atau mati, dan membalikkannya. 0:01:15.820,0:01:20.580 Jadi, jika isyarat yang anda berikan[br]adalah 1, litar akan memberikan anda 0, 0:01:20.580,0:01:23.620 dan jika anda memberi litar 0, [br]ia akan memberikan anda 1. 0:01:23.630,0:01:29.680 Isyarat yang masuk tidak sama dengan isyarat[br]yang keluar,jadi kita namakan ini litar "not". 0:01:30.040,0:01:36.580 Litar yang lebih rumit boleh mengambil beberapa isyarat[br]dan menggabungkannya,dan memberi anda hasil yang berbeza. 0:01:36.580,0:01:43.480 Dalam contoh ini, litar akan mengambil dua [br]isyarat elektrik, ia mungkin 1 atau 0. 0:01:43.880,0:01:49.580 Jika salah satu isyarat yang masuk adalah 0,[br]maka hasilnya juga 0. 0:01:49.580,0:01:52.720 Litar ini hanya akan memberi anda 1, 0:01:52.780,0:02:00.760 jika isyarat pertama dan isyarat kedua adalah 1,[br]jadi kita namakan litar ini DAN. 0:02:01.220,0:02:06.600 Terdapat banyak litar kecil seperti ini [br]yang melakukan pengiraan logik mudah. 0:02:06.600,0:02:13.400 Dengan menggabungkan litar ini bersama, kita boleh menghasilkan[br]litar yang lebih kompleks yang melakukan pengiraan yang lebih kompleks. 0:02:13.940,0:02:19.760 Contohnya, anda boleh membuat litar yang [br]menambah 2 bit bersama bernama adder. 0:02:19.840,0:02:27.040 Litar ini mengambil 2 bit individu, masing-masing satu 1 atau 0,[br]dan menambahkan mereka bersama untuk mengira jumlah. 0:02:27.350,0:02:29.829 Kiraannya boleh jadi 0 tambah 0 sama dengan 0, 0:02:30.340,0:02:34.340 0 tambah 1 sama dengan 1,[br]atau 1 tambah 1 sama dengan 2. 0:02:34.360,0:02:39.440 Anda perlukan dua wayar output kerana ia boleh [br]mengambil sehingga dua digit binari untuk mewakili jumlah. 0:02:40.060,0:02:44.500 Setelah anda mempunyai adder tunggal [br]untuk menambah dua bit maklumat, 0:02:44.500,0:02:50.340 anda boleh mengumpulkan berbilang litar adder ini [br]bersebelahan untuk menambahkan nombor yang lebih besar. 0:02:51.170,0:02:56.229 Contohnya, inilah adalah cara adder 8-bit[br]menambah nombor 25 dan 50. 0:02:57.260,0:03:03.730 Setiap nombor diwakili menggunakan 8 bit, menghasilkan [br]16 isyarat elektrik berbeza yang masuk ke dalam litar. 0:03:04.920,0:03:10.760 Litar 8-bit adder mempunyai banyak adder kecil[br]di dalamnya, yang bersama-sama, membuat kiraan. 0:03:12.500,0:03:17.340 Litar elektrik yang berbeza boleh melakukan pengiraan[br]mudah lain seperti penolakan atau pendaraban. 0:03:17.340,0:03:24.720 Sebenarnya, semua maklumat yang diproses oleh komputer anda[br]adalah gabungan pelbagai operasi kecil dan mudah. 0:03:24.720,0:03:30.520 Setiap operasi individu yang dilakukan oleh komputer[br]adalah begitu mudah, ia boleh dilakukan oleh manusia, 0:03:30.520,0:03:34.100 tetapi litar-litar di dalam komputer ini[br]adalah lebih cepat. 0:03:34.820,0:03:38.660 Pada zaman dulu, litar-litar ini amat besar, 0:03:38.660,0:03:44.780 satu 8-bit adder adalah sebesar satu peti sejuk, dan ia[br]akan mengambil masa beberapa minit untuk melakukan pengiraan mudah. 0:03:45.100,0:03:50.060 Kini, litar komputer bersaiz mikroskopik,[br]dan lebih cepat. 0:03:50.580,0:03:53.200 Mengapa komputer yang lebih kecil juga[br]lebih cepat? 0:03:53.200,0:03:58.140 kerana semakin kecil litar, semakin kurang[br]jarak perjalanan isyarat elektrik. 0:03:58.360,0:04:04.340 Elektrik bergerak pada kelajuan cahaya, itulah sebabnya[br]litar moden boleh melakukan berbilion-bilion pengiraan sesaat. 0:04:05.320,0:04:10.720 Jadi sama ada anda bermain permainan,[br]merakam video, atau meneroka kosmos, 0:04:11.860,0:04:18.019 sebarang yang anda lakukan dengan teknologi [br]memerlukan banyak maklumat diproses dengan cepat. 0:04:18.860,0:04:24.900 Di bawah semua kerumitan ini adalah banyak[br]litar kecil yang menukarkan isyarat binari 0:04:24.900,0:04:27.720 ke laman web, video, muzik, dan permainan. 0:04:27.720,0:04:31.960 Litar ini juga boleh membantu kita menguraikan DNA[br]untuk mendiagnosis dan menyembuhkan penyakit. 0:04:31.960,0:04:34.920 Jadi apa yang anda mahu hasilkan dengan[br]semua litar ini?