Perkara paling hebat yang saya temui tentang litar adalah ia boleh menjadi seni seperti idea kreatif, menggunakan litar. JIka anda mempunyai idea, anda boleh guna teknologi untuk menghidupkan idea itu. Setiap input atau output komputer adalah sejenis maklumat, yang boleh diwakilli oleh isyarat elektrik pasang atau tutup atau satu dan sifar. Untuk memproses maklumat input, dan menjadikan maklumat output, komputer perlu mengubahsuai dan menggabungkan isyarat input. Komputer menggunakan jutaan komponen elektrik kecil, bergabung menjadi litar. Lihat bagaimana litar boleh mengubahsuai dan proses maklumat dalam satu dan sifar. Ia litar yang amat ringkas. Ia memerlukan isyarat elektrik, atau pasang atau tutup, dan ia diterbalikkan. JIka isyarat yang diberikan adalah 1, litar memberikan anda 0, dan sebaliknya. Isyarat masuk tidak sama dengan yang keluar, iaitu circuit not. LItar yang lebih rumit mungkin menggabungkan beberapa isyarat. Di sini, litar mengambil dua isyarat elektrik, setiap satu mungkin 1 atau 0. Jika salah satu isyarat masuk sebagai 0, maka keputusan juga adalah 0. Litar hanya akan berikan 1. Jika isyarat pertama dan kedua adalah 1, ia dipanggil circuit and. Ada banyak litar kecil sebegini yang melakukan kiraan logik mudah. Apabila digabungkan, litar semakin rumit dan boleh buat lebih banyak kiraan rumit. Anda boleh cipta litar yang menambahkan 2 bit bersama iaitu adder. Litar mengambil 2 bit individu, 1 atau 0, dan menjumlahkannya. Jumlah mungkin 0 tambah 0 bersamaan 0. 0 tambah 1 bersamaan 1, atau 1 tambah 1 bersamaan 2. 2 wayar perlu keluar kerana ia memerlukan 2 digit binari untuk mewakilli jumlah. Apabila ada satu adder untuk menambah 2 bit maklumat, anda boleh kumpulkan beberapa litar adder untuk menambah nombor yang lebih besar. Contohnya, ini caranya adder 8-bit menambah nombor 25 dan 50. Setiap nombor diwakilli 8 bit, dengan 16 isyarat elektrik berbeza masuk litar. Litar untuk penambah 8-bit ada banyak adder kecil di dalam, yang mengira jumlah. Litar elektrik berbeza boleh membuat kiraan mudah tolak atau darab. Pemprosesan maklumat oleh komputer adalah operasi kecil mudah bersama. Setiap operasi individu oleh komputer amat mudah dan boleh dibuat oleh manusia, tetapi litar dalam komputer lebih laju. Dulu, litar ini besar dan berat, dan adder 8-bit mungkin sebesar peti sejuk dan kiraan mudah ambil beberapa minit. Kini, litar komputer bersaiz mikro, dan lebih laju. Kenapa komputer yang lebih kecil juga lebih laju? Semakin kecil litar, semakin pendek jarak isyarat. Elektrik selaju cahaya, jadi litar moden mengira berbilion kali sesaat. Sama ada bermain permainan, merekod video, atau menjelajah kosmos, perkara berkaitan teknologi memerlukan supaya maklumat diproses amat cepat. DI bawah kerumitan adalah banyak litar kecil yang menukar isyarat binari kepada laman web, video, muzik, dan permainan. Litar juga menyahkod DNA untuk melawan penyakit. Apa yang anda ingin lakukan dengan semua litar ini?