Perkara paling hebat yang saya temui
tentang litar adalah
ia boleh menjadi seni seperti
idea kreatif, menggunakan litar.
JIka anda mempunyai idea, anda boleh guna
teknologi untuk menghidupkan idea itu.
Setiap input atau output komputer
adalah sejenis maklumat,
yang boleh diwakilli oleh
isyarat elektrik pasang atau tutup
atau satu dan sifar.
Untuk memproses maklumat input,
dan menjadikan maklumat output,
komputer perlu mengubahsuai
dan menggabungkan isyarat input.
Komputer menggunakan jutaan komponen
elektrik kecil, bergabung menjadi litar.
Lihat bagaimana litar boleh mengubahsuai
dan proses maklumat dalam satu dan sifar.
Ia litar yang amat ringkas.
Ia memerlukan isyarat elektrik, atau
pasang atau tutup, dan ia diterbalikkan.
JIka isyarat yang diberikan adalah 1,
litar memberikan anda 0,
dan sebaliknya.
Isyarat masuk tidak sama dengan
yang keluar, iaitu circuit not.
LItar yang lebih rumit mungkin
menggabungkan beberapa isyarat.
Di sini, litar mengambil dua isyarat elektrik,
setiap satu mungkin 1 atau 0.
Jika salah satu isyarat masuk sebagai 0,
maka keputusan juga adalah 0.
Litar hanya akan berikan 1.
Jika isyarat pertama dan kedua adalah 1,
ia dipanggil circuit and.
Ada banyak litar kecil sebegini
yang melakukan kiraan logik mudah.
Apabila digabungkan, litar semakin rumit
dan boleh buat lebih banyak kiraan rumit.
Anda boleh cipta litar yang menambahkan
2 bit bersama iaitu adder.
Litar mengambil 2 bit individu, 1 atau 0,
dan menjumlahkannya.
Jumlah mungkin 0 tambah 0
bersamaan 0.
0 tambah 1 bersamaan 1,
atau 1 tambah 1 bersamaan 2.
2 wayar perlu keluar kerana ia memerlukan
2 digit binari untuk mewakilli jumlah.
Apabila ada satu adder untuk menambah
2 bit maklumat,
anda boleh kumpulkan beberapa litar adder
untuk menambah nombor yang lebih besar.
Contohnya, ini caranya adder 8-bit
menambah nombor 25 dan 50.
Setiap nombor diwakilli 8 bit, dengan
16 isyarat elektrik berbeza masuk litar.
Litar untuk penambah 8-bit ada banyak
adder kecil di dalam, yang mengira jumlah.
Litar elektrik berbeza boleh
membuat kiraan mudah tolak atau darab.
Pemprosesan maklumat oleh komputer
adalah operasi kecil mudah bersama.
Setiap operasi individu oleh komputer
amat mudah dan boleh dibuat oleh manusia,
tetapi litar dalam komputer lebih laju.
Dulu, litar ini besar dan berat,
dan adder 8-bit mungkin sebesar peti sejuk
dan kiraan mudah ambil beberapa minit.
Kini, litar komputer bersaiz mikro,
dan lebih laju.
Kenapa komputer yang lebih kecil
juga lebih laju?
Semakin kecil litar, semakin
pendek jarak isyarat.
Elektrik selaju cahaya, jadi litar
moden mengira berbilion kali sesaat.
Sama ada bermain permainan,
merekod video, atau menjelajah kosmos,
perkara berkaitan teknologi memerlukan
supaya maklumat diproses amat cepat.
DI bawah kerumitan adalah banyak
litar kecil yang menukar isyarat binari
kepada laman web, video,
muzik, dan permainan.
Litar juga menyahkod DNA
untuk melawan penyakit.
Apa yang anda ingin lakukan
dengan semua litar ini?