Kita diminta untuk menambahkan 4/9 dan 11/12 dan tuliskan jawapan sebagai nombor bercampur, permudahkan dan tuliskan jawapan dalam bentuk nombor bercampur. Disini kita mempunyai dua pecahan untuk ditambah, tetapi mempunyai penyebut yang berbeza. Jadi, untuk menambahkan pecahan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa penyebut. Jika penyebutnya sama, maka ia boleh ditambah. Tetapi jika penyebut berbeza seperti contoh ini, kita perlulah menyamakan penyebutnya dahulu. Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah mencari satu nombor yang boleh dibahagikan dengan 9 dan 12, dan nombor itu akan digunakan sebagai penyebut, dan anda akan lihat kenapa 9 dan 12 perlu boleh dibahagikan kepada nombor tersebut. Fikirkan nombor yang sesuai. Ada 2 cara untuk mendapatkan nombor tersebut iaitu dengan menggunakan gandaan sepunya terkecil, nombor gandaan terkecil bagi 9 dan 12 yang sepunya. Salah satu caranya ialah dengan menyenaraikan gandaan 9 dan lihat nombor yang boleh dibahagikan dengan 12. Kita mulakan dengan 9 9, tidak boleh dibahagikan dengan 12. 18 tidak boleh dibahagikan dengan 12. 27 tidak boleh dibahagikan dengan 12. 36, ia boleh dibahagikan dengan 12. Iaitu 12 darab 3. Jadi 9 boleh dijadikan 36, dan 12 juga boleh dijadikan 36. Apa yg kita perlu buat sekarang ialah menulis penyebut sepunya. Kita akan tulis 4/9 sebagai per 36, dan 11/12 juga sebagai per 36. Sekarang, untuk menukarkan 9 kepada 36, anda perlu mendarabnya dengan 4. 9 darab 4 ialah 36. Anda tidak boleh hanya mendarab penyebut dengan 4. Anda juga perlu mendarabkan pengangka dengan gandaan yang sama. Jadi darabkan pengangka dengan 4, anda akan dapat 4 darab 4 ialah 16. 4/9 sama nilainya dengan 16/36. Jika anda ingin permudahkan kepada 4/9, bahagikan pengangka dan penyebut dengan 4. Sekarang kita lakukan perkara yang sama disini. 36 ialah 12 didarabkan dengan 3, jadi kita darabkan 12 dengan 3 untuk mendapatkan 36. Jika kita darabkan penyebut, kita juga perlu mendarabkan pengangka, jadi 11 didarabkan dengan 3 ialah 33. Dengan itu, kita telah menulis semula setiap pecahan dengan nilai penyebut yang sama. Penyebut bagi kedua-duanya ialah 36. Sekarang kita bolehlah menambahkanya. Tambahkan keduanya, kita akan dapat 36 kerana nilai penyebutnya adalah sama iaitu 36, dan kemudian tambahkan 16 dan 33 sebagai pengangka. Kita tuliskanya disini. 16 tambah 33 sebagai pengangka. Dan 16 ditambahkan dengan 33 ialah? 6 tambah 33 ialah 39, dan tambahkan 10, jadi nilainya ialah 49. Jadi jumlahnya ialah 49/36. Sekarang, bolehkah kita permudahkanya? 49, ialah 7 kuasa dua, jadi ia ada 1, 7, dan 49 sebagai faktor. Ini ada 1...ia ada banyak nombor, tapi tidak boleh dibahagikan dengan 7, jadi ini ialah bentuk pecahan termudah, tetapi ini ialah pecahan tak wajar. Pengangka lebih besar daripada penyebut. Jadi, kita tukarkan ia menjadi pecahan wajar. Untuk itu, kita bahagikan 36 kepada 49. Ada berapa nilai 36 dalam 49? Ada sekali sahaja, maknanya nilainya ialah 1. Dan berapa bakinya? Jika bahagikan 49 dengan 36, ataupun 1 darab 36 ialah 36, maka bakinya ialah 13. Jadi, ianya 1 dan 13/36. Anda boleh buat secara manual, jika kamu mahu. Bahagikan 36 dengan 49. Dalam 49, ada sekali nilai 36. 1 darab 36 ialah 36, kemudian tolakkan. 9 tolak 6 ialah 3. 4 tolak 3 ialah 1. Bakinya ialah 13. Jadi, jawapanya ialah : 1 dan 13/36.