Saya di sini 4 tahun lepas, dan saya masih ingat, ketika itu, syarahan TED belumpun dimuat naik. Rasanya, ia diberi kepada wargaTED dalam kotak satu set kotak DVD, yang diletakkan di atas rak, dan masih disitu. (Ketawa) Dan sebenarnya, Chris hubungi saya seminggu selepas syarahan saya, katanya "Kami akan mula muat naik. "Boleh kami muat naik video kamu?" Saya jawab, "Boleh saja." 4 tahun kemudian, ia telah dimuat turun sebanyak 4 juta kali. Rasanya ia boleh didarab dengan 20 atau lebih untuk mengetahui jumlah penonton. Dan kata Chris, ramai yang ternanti-nanti video saya. (Ketawa) (Tepukan) Apa pendapat kamu? (Ketawa) Ucapan kali ini telah dirancang sebagai sambungan untuk anda semua. Ayuh kita mulakan. (Ketawa) Al Gore telah berucap di seminar TED pada masa 4 tahun lalu dan berucap tentang krisis iklim. Saya menyebut tentang syarahannya pada akhir syarahan saya. Jadi, saya mahu mulakan dari situ kerana sebenarnya saya cuma ada 18 minit. (Ketawa) Seperti yang disebut tadi -- (Ketawa) Ternyata, dia benar. Maksud saya, sememang ada krisis iklim dan jika ada yang tidak percaya, mereka perlu kerap keluar rumah. (Ketawa) Namun saya percaya ada krisis iklim kedua, yang mana sama teruk, yang mempunyai punca yang sama, yang perlu ditangani dengan segera juga. Anda mungkin berkata, "Beginilah, saya tak perlukan ini. Saya punyai satu krisis iklim, saya tak perlukan yang kedua." (Ketawa) Namun ini bukanlah krisis sumber alam- walaupun saya berpendapat begitu -- tetapi ia krisis sumber manusia. Saya yakin, seperti yang telah dijelaskan oleh ramai penceramah beberapa hari lalu, bahawa kita tidak memanfaatkan bakat yang ada. Ramai orang menjalani kehidupan mereka tanpa menyedari bakat yang mereka ada, atau pun sedar sekiranya mereka berbakat. Saya jumpa ramai orang yang menyangka mereka tiada kelebihan apa. Sebenarnya, saya membahagikan dunia ini kepada dua kumpulan. Jeremy Bentham, seorang ahli falsafah utilitarian ulung pernah berhujah begini. Katanya, "Ada dua jenis manusia di dunia ini: yang membahagi dunia kepada dua jenis dan yang tidak." (Ketawa) Saya jenis pertama. (Laughter) Saya jumpai banyak jenis manusia yang tidak menikmati kerja mereka. Mereka sekadar menjalani kehidupan seharian. Mereka tidak gembira dengan apa yang dilakukan. Mereka melaluinya dan tidak menikmatinya, dan menantikan hujung minggu. Saya juga temui mereka yang menyukai apa yang dilakukan dan tidak mahu menukar apa yang dilakukan. Jika anda kata, "Hentikan kerja ini," mereka tidak akan memahaminya. Ini bukan soal kerja, ia adalah diri mereka. Kata mereka, "Tetapi inilah diri saya. Alangkah bodoh jika saya tinggalkannya, kerana ia mencerminkan diri saya." Tidak ramai yang begitu. Malah, sebaliknya, sebilangan kecil manusia masih bersikap begitu. Dan saya rasa terdapat penjelasan yang munasabah. Antaranya penyumbang utamanya adalah pendidikan, kerana pendidkan, secara tidak langsung, mengenepikan ramai orang dari bakat semulajadi mereka. Dan sumber manusia adalah seperti sumber alam; ia seringkali tertanam jauh. Anda perlu mencarinya, ia tidal mudah dijumpai di permukaan. Anda perlu cipta suasana yang membolehkannya menonjolkan diri. Dan anda mungkin berasa pendidikan akan membuatnya muncul, kebiasaannya, tidak. Setiap sistem pendidikan di dunia sedang melalui pembaharuan dan ia tidak mencukupi. Pembaharuan tidak berguna, kerana ia sekadar membaiki model yang telah rosak. Apa yang diperlukan -- dan istilah ini kerap digunakan kebelakangan ini -- ia bukan evolusi tapi revolusi dalam pendidikan. Ia perlu diterjemah kepada perkara lain. (Tepukan) Antara cabaran sebenarnya adalah menginovasi dasar pendidikan. Inovasi adalah sukar, kerana ini bermakna sesuatu yang tidak digemari perlu dilakukan, kebanyakannya. Ia bermaksud mencabar perkara yang dianggap remeh, perkara yang dianggap jelas. Masalah utama reformasi atau transformasi adalah perlawanan akal wajar. Perkara yang dianggap, "Tidak boleh mengguna cara lain, hanya ini caranya ." Saya teringat kata-kata Abraham Lincoln, rasanya anda pasti suka saya menyebutnya pada saat ini. (Ketawa) Beliau ucapkan ini pada Disember 1862 di perjumpaan Kongres tahunan kedua. Perlu ditekankan yang saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa itu. Kami tidak pelajari sejarah Amerika di Britain. (Ketawa) Kami rahsiakannya. Ini polisi kami. (Ketawa) Sudah pasti, ada peristiwa menarik sedang berlaku, yang mana warga Amerika dikalangan kami pasti tahu. Tetapi katanya: "Dogma sejarah lalu yang disembunyikan tidak kuat untuk hadapi masalah hari ini. Cabarannya penuh dengan kepayahan, dan kita perlu bangkit seiring dengan cabaran." Saya sukakannya. Bukan mengatasi, tapi bangkit bersamanya. "Memandangkan cabaran kita baru, makanya kita perlu berfikir dan bertindak cara baru. Merdekakan diri kita dan selamatkan negara kita." Saya suka istilah "merdekakan." Anda tahu maknanya? Bahawa ada pemikiran yang membelenggu kita, yang mana ianya diambil mudah dianggap sebagai perkara biasa, cara biasa ianya dilakukan. Banyak idea kita telah sedia dicipta, bukan untuk menghadapi situasi zaman ini, tetapi untuk menghadapi cabaran zaman dulu. Tetapi minda kita masih terbelenggu olehnya, dan kita telah memerdekakan diti kita daripada mereka. Bercakap lebih senang dari perbuatan. Sebenarnya susah untuk kita mengetahui apa kita ambil mudah. Dan sebabnya ialah anda ambil mudah. (Ketawa) Saya mahu bertanya mengenai kebiasaan anda. Berapa ramai di sini berumur 25 tahun ke atas? Ia bukan sesuatu yang anda ambil mudah, saya pasti anda tahu itu. Ada sesiapa berumur 25 tahun ke bawah? Baik. Sekarang, 25 tahun ke atas, sila angkat tangan jika anda memakai jam? Lihat, ramai antara kita di sini, bukan? Tanya soalan sama kepada sekumpulan remaja. anak remaja tidak memakai jam tangan. Bukan maksud mereka tidak boleh, mereka biasanya tidak suka. Dan sebabnya kita dibesarkan pada zaman sebelum digital, berumur 25 tahun ke atas. Oleh itu, bagi kita, jika mahu tahu waktu, perlu memakai alat pemberitahu masa. Remaja kini membesar dalam zaman digital, dan masa, pada mereka, ada di mana jua. Mereka tidak memerlukannya. Dan, anda juga tidak memerlukannya. Ia cuma kebiasaan dan anda meneruskan kebiasaan itu. Anak saya tidak pernah pakai jam tangan. anak saya, Kate, 20 tahun. Dia tidak nampak manfaatnya. Katanya, "Ia cuma alat dengan satu fungsi." (Ketawa) "Seperti, ketinggalan zaman?" Saya jawab, "Tidak, tidak, ia juga ada tarikh." (Ketawa) "Ia punya pelbagai fungsi." (Ketawa) Tetapi, dalam pendidikan, ada perkara lama yang masih membelenggu kita. Beberapa contoh. Antaranya adalah laluan lurus: yang bermula di sini dan anda perlu lalui satu trek sekiranya anda ikuti, hidup anda akan terjamin seumur hidup. Penceramah di TED pernah memberitahu secara tersirat, kadangkala jelas, pelbagai cerita: tentang kehidupan yang tidak lurus, ia rawak. Kita bina kehidupan secara simbiotik dan kita teroka bakat sendiri bersesuaian dengan situasi yang dicipta untuk kita. Tetapi, kita akhirnya menjadi taksub dengan jalan lurus itu. Dan barangkali, puncak pendidikan adalah menara gading. Kita seperti taksub menghantar anak muda ke kolej. Universiti tertentu. Bukannya melarang, tetapi bukan semua perlu pergi, atau pergi segera. Mungkin mereka boleh belajar kemudian. Pernah satu ketika di San Francisco pada majlis tandatangan buku. Ada seorang lelaki membeli buku, dalam lingkungan 30-an. Saya tanya, "Kerja apa?" Jawapnya, "Bomba." Saya tanya, "Sudah lama menjadi bomba?" "Sentiasa. Saya sentiasa ahli bomba." "Sejak bila?" Jawapnya, "Sejak kecil. Sebenarnya, ia bermula semasa di sekolah, di sekolah, semua mahu menjadi bomba." (Ketawa) Katanya, "Saya betul mahu jadi bomba." Dan katanya, "Apabila di sekolah menengah, guru saya tidak percaya. Ada guru yang perlekehkan cita-cita saya. Katanya saya membazir hidup saya jika itu yang saya cita-citakan: saya sepatutnya ke kolej, jadi seorang profesional, dan saya berpotensi dan saya mensia-siakan bakat saya." Katanya, "Ia amat memalukan. Ia berlaku di depan semua murid dan saya rasa malu. Tapi itu yang saya impikanan, sebaik tamat sekolah, saya pohon dan diterima bekerja di jabatan bomba. Kamu tahu, saya terkenangkan beliau, beberapa minit lalu apabila kamu bercerita tentang guru tersebut, kerana 6 bulan lepas, saya telah selamatkannya," (Ketawa) Katanya, "Cikgu terlibat kemalangan, dan saya keluarkannya dari kereta, beri CPR, dan saya juga selamatkan isterinya." Katanya, "Saya kini mungkin orang berguna" (Ketawa) (Tepukan) Bagi saya, *komuniti manusia bergantung kepada pelbagai bakat, bukan hanya satu kebolehan sahaja. Cabaran utama kita -- (Tepukan) Cabaran utama kita adalah menyusun semula keperluan kebolehan dan kepandaian kita. Jalan lurus ini adalah masalah. Semasa saya tiba di L.A. 9 tahun lalu, saya terbaca kenyataan dasar -- yang berniatnya baik -- berbunyi, "Kolej bermula di tadika." Tidak, tidak begitu. (Ketawa) Ia tidak begitu. Jika saya sempat, saya boleh ceritakan, tapi tidak. (Ketawa) Tadika bermula di tadika. (Ketawa) Kawan saya pernah berkata, "Anak kecil 3 tahun bukanlah separuh 6 tahun." (Ketawa) (Tepukan) Mereka berusia 3 tahun. Tetapi seperti syarahan sebelum ini, terdapat persaingan untuk menyertai tadika -- untuk menyertai tadika yang bagus -- ada temuduga untuk kanak-kanak 3 tahun. Anak kecil berdepan penemuduga yang bosan, sambil memegang resume -- (Ketawa) menyemak resume lalu bertanya "Ini je?" (Ketawa) (Tepukan) "36 bulan hidup, ini saja yang dicapai?" (Ketawa) "Kamu gagal - mengaku sajalah. (Ketawa) 6 bulan pertama, menyusu, kan." (Ketawa) Tengok tu, ianya konsep yang melampau? Isu seterusnya ialah pematuhan. Kita bina sistem pendidikan berasakan model makanan segera. Ada Jamie Oliver sebut beberapa hari lalu. Ada 2 model jaminan kualiti dalam katering. Pertama, makanan segera, di mana semua perlu seragam. Kedua adalah seperti Restoran Zagat dan Michelin, di mana tiada penyeragaman, mereka disesuaikan dengan keadaan setempat. Malangnya kita telah jual diri kepada sistem pendidikan makanan segera, dan ia menelan jiwa dan tenaga kita sama seperti makan segera yang menelan fizikal kita. (Tepukan) Kita perlu sedar tentang beberapa perkara. Pertama, bakat manusia adalah pelbagai. Setiap orang berbeza kebolehannya. Saya pernah dihadiahkan gitar semasa kecil sebaya Eric Clapton mendapat gitar pertamanya. (Ketawa) Eric berjaya, tidak saya. Itu maksud saya. (Ketawa) Dari satu sudut -- saya gagal. Saya tak mampu mempelajarinya walau sekerap mana berlatih atau berusaha. Ia tetap tidak boleh. (Ketawa) Bukan sekadar itu sahaja. Ia adalah kerana minat. Biasanya, seorang itu pakar dalam perkara yang tidak disukai Ia berkenaan minat, dan apa yang beri keseronokan pada jiwa dan tenaga kita. Dan jika anda melakukan pekerjaan yang anda suka, dan pandai, masa berjalan dengan berbeza. Isteri saya baru selesai tulis satu novel, dan saya rasa ia sebuah buku yang hebat, tapi dia menghilang diri berjam-jam. Anda pasti tahu, jika berbuat sesuatu yang disukai, sejam rasa seperti lima minit. Jika berbuat sesuatu yang tidak disukai, lima minit rasa seperti satu jam. Dan sebab utama ramai orang tidak teruskan pelajaran ialah kerana ia tidak beri kepuasan diri, ia tidak merangsang tenaga atau minat. Jadi saya rasa kita perlu ubah metafora. Kita harus berubah dari model pendidikan bercorak industri, model pembuatan, yang berasaskan garis lurus dan pematuhan dan pengelompokan. Kita harus ubah kepada model yang berteraskan prinsip pertanian. Kita perlu sedar bahawa perkembangan manusia bukanlah proses mekanikal; ia proses organik. Dan anda tidak boleh menjangka apa yang lahir dari perkembangan manusia. Seperti petani, kita boleh menyediakan keadaan sesuai untuk perkembangan yang segar. Maka apabila kita ingin membuat perubahan dan transformasi pendidikan ia bukan seperti mengklon sistem. Ada sistem yang bagus KIPP, ia sistem yang baik. Ada banyak model yang hebat. Ia berkenaan penyesuaian kepada keadaan anda dan menyesuaikan pendidikan kepada pelajar. Dan dengan demikian, rasanya, ia jawapan kepada masa depan kerana ia bukan bertujuan untuk mencari jawapan baru; ia adalah untuk mencipta pergerakan pendidikan yang mana manusia mencari penyelesaian sendiri, tetapi dengan bantuan luaran berpandukan kurikulum tersendiri. Di dewan ini, ada hadirin yang mewakili sumber luar biasa dalam perniagaan, dalam multimedia, dalam Internet. Teknologi ini, digabung dengan bakat luar biasa para guru boleh mecipta peluang kepada revolusi pendidikan. Saya menggesa anda supaya melibatkan diri kerana ia penting, bukan hanya kita, tapi untuk masa depan anak-anak kita. Tapi kita harus berhijrah dari model industri kepada model pertanian, yang mana setiap sekolah boleh berkembang di masa depan. Di situ anak-anak mengenali kehidupan. Atau di rumah, jika itu yang dipilih, untuk dididik oleh keluarga atau kawan. Banyak impian yang dikongsikan beberapa hari ini, Dan ingin saya katakan sedikit lagi -- Saya amat terkejut mendengar lagu Natalie Merchant semalam, teringat sajak lama. Saya akan deklamasikan sajak pendek dari W.B. Yeats pasti anda yang kenalinya. Dia bersajak untuk kekasihnya, Maud Bonne, dan dia merintih nasibnya tidak dapat memberi apa yang dingini kekasihnya. Dan katanya,"Apa yang aku ada, mungkin tidak sesuai untukmu." Sambungnya lagi, "Jika aku memiliki sutera sulaman syurga, dijalin cahaya emas dan perak, Kain biru, suram, dan gelap, daripada malam, siang, dan petang, Akan ku bentangkan kain ini di bawah kakimu: Malangnya, kerana miskin, aku hanya mampu bermimpi; Ku bentang impianku di bawah kakimu; Hati-hati melangkah kerana langkahan itu atas impianku." Dan setiap hari, di mana-mana, anak-anak kita membentang impian mereka di bawah kaki kita. Dan kita harus berhati-hati. Terima kasih. (Tepukan) Terima kasih banyak.. (Tepukan) Terima kasih. (Tepukan)