Apabila anda meletakkan satu ulangan di dalam ulangan lain, ia dipanggil ulangan bersarang. Contohnya, di sini kita diberi kod untuk melukis satu segi tiga dengan ukuran sisi 100 piksel menggunakan blok ulang kali, tetapkannya ke tiga,sekali untuk setiap sisi segi tiga. Tetapi kita mahu melukis enam segi tiga. Untuk berbuat demikian, kita mengambil ulangan itu dan meletakkannya di dalam blok ulang kali lain. Hebat kan!