Dalam video ini kita akan bercakap tentang urutan operasi. Dan saya nak anda tumpukan perhatian kerana, semua yang anda akan lakukan dalam matematik adalah berdasarkan asas yang kukuh tentang urutan operasi. Jadi, bilakah kita akan guna urutan operasi? Mari saya bagi contoh. Tujuan utamanya ialah supaya kita ada 1 cara untuk mentafsir masalah matematik. Katakan saya ada masalah matematik: 7 + 3 x 5 Jika kita tak ikut urutan operasi, kita ada 2 cara untuk mentafsir masalah ini. Anda boleh lakukan dari kiri ke kanan. Anda boleh kata "Saya buat 7 + 3 kemudian darab dengan 5" 7 + 3 = 10 dan darab dengan 5. 10 x 5 = 50. Itu satu cara anda boleh mentafsir. Jika kita tak ikut urutan operasi, anda hanya pergi dari kiri ke kanan. Cara lain anda boleh lakukannya ialah "oh, saya nak mendarab dulu baru menambah" Saya cuba ikut kod warna - 7 + dan anda buat 3 x 5 dulu 7 + ... 3 x 5 = 15 dan 7 + 15 = 22. Ingat, kita lakukan masalah ini dengan 2 cara berbeza: ini kita buat dari kiri ke kanan, buat penambahan kemudian pendaraban. Yang ini kita buat pendaraban dulu, kemudian penambahan. kita dapat 2 jawapan berbeza. Ini tak sesuai dalam matematik. Ini tak boleh diterima, dan sebab itu kita mesti guna urutan operasi. Jadi untuk lakukan urutan operasi ini kita buat dalam kurungan dulu. Mari saya tulis disini. Kurungan dulu, kemudian eksponen. Jika anda tak tahu apa itu eksponen, jangan risau. Dalam video ini kita tak ada eksponen dalam contoh kita. anda tak perlu risau untuk video ini. Kemudian pendaraban. Kemudian pendaraban dan pembahagian. Akhir sekali ialah penambahan dan penolakkan. Saya akan melabel ia disini. Jika kita gunakan urutan operasi, jika kita ikut urutan operasi kita akan dapat jawapan yang sama untuk setiap masalah. Apakah cara yang paling sesuai untuk mentafsir masalah ini? Kita tak ada kurungan kurungan seperti ini, Kita tak ada kurungan disini. saya akan buat contoh yang ada kurungan nanti. Kita tak ada eksponen disini, tapi kita ada pendaraban dan pembahagian atau kita hanya ada pendaraban disini. Jadi mengikut urutan operasi "lakukan pendaraban dan pembahgian dulu" Mari lakukan pendaraban dulu. Ia dapat keutamaan daripada penambahan atau penolakkan. Kita ada 3 x 5 iaitu 15, kemudian kita tambah 7. Penambahan dan penolakkan. Kita hanya ada penambahan. Kita lakukan pendaraban tadi dan kita dapat 15, kemudian tambah 7... 22 Berdasarkan urutan operasi, ini adalah jawapan yang betul, cara yang betul unutk mentafsir masalah ini. Mari buat contoh lain. Anda akan lebih faham. Saya buat dengan warna merah jambu. Katakan saya ada 7 + 3 letak kurungan disini x 4 bahagi dengan 2 - 5 x 6 nampak agak susah disini tapi jika anda ikut urutan operasi, anda boleh selesaikan dengan mudah dan diharap kita akan dapat jawapan yang sama. Mari ikut urutan operasi. Kita perlu selesaikan dalam kurungan dulu. Ada kurungan tak disini? Ya, ada! Ada kurungan antara 7 + 3 Jadi 7 + 3 = 10. Kita boleh selesaikan dengan ikut urutan operasi kepada darab 10 dengan yang lain. mari saya salin semula, supaya saya tak perlu tulis ia banyak kali. Jadi mari saya salin semula. Jadi 10 akan darab dengan yang lain. Apa kita perlu lakukan seterusnya? Tiada lagi kurungan disini. Teruskan dengan eksponen. Tiada eksponen disini. Jika anda nak tahu apa itu eksponen ia macam ini 7 kuasa dua Anda akan ada nombor kecil diatas ini. Kita tiada eksponen disini, jadi kita tak perlu risau. Kemudian lakukan pendaraban dan pembahagian. Di mana ada pendaraban? Kita ada pendaraban, pembahagian dan pendaraban lagi. Jika anda ada pendaraban dan pembahagian dalam level yang sama dan pendaraban atau pembahagian dalam tahap yang sama, lakukan dari kiri ke kanan. Jadi dalam situasi ini, anda akan darabkan 4 kemudian bahagi 2. Kemudian kita buat 5 x 6 sebelum menolak disini. Mari mengira. Kita lakukan pendaraban dulu. Kita darabkan yang ini dulu. Kita boleh lakukan pendaraban serentak kerana ia tak ubah apa-apa, tapi saya akan lakukan satu persatu. Kita akan lakukan 10 x 4. 10 x 4 = 40 Kemudian anda ada 40 bahagi 2 mari saya salin lagi sekali. Lagi senang begini. Ingat, pendaraban dan pembahagian berada ditahap yang sama jadi kita akan lakukannya dari kiri ke kanan. Anda boleh lakukannya pendaraban dulu tapi ia tak ikut turutan. Lebih senang jika lakukan dari kiri ke kanan. Anda ada 40 bahagi 2 tolak 5 darab 6. Anda ada 1 pembahagian disini. Anda akan lakukannya. Anda ada bahagi dan darab. Mereka tak bersama. Jadi anda boleh lakukannya serentak. Anda perlu lakukan ini sebelum menolak, kerana darab/bahagi diutamakan dulu sebelum tambah/tolak. Kita boleh letakkan kurungan. Kita perlu lakukan ini dan ini dulu sebelum menolak kerana mereka diutamakan. 40 bahagi 2 ialah 20. Kita ada simbol tolak disini. -5 x 6 = 30. 20 - 30 = -10. Dan ini adalah tafsiran yang tepat. Saya nak jelaskan disini: jika anda ada operasi ditahap yang sama katakan anda ada 1 + 2 - 3 + 4 - 1 tambah dan tolak berada ditahap yang sama dalam urutan operasi, anda lakukan dari kiri ke kanan. Anda tafsirkan ini sebagai 1 + 2 = 3 Ini sama dengan 3 - 3 + 4 -1. Kemudian anda buat 3 - 3 = 0, + 4, - 1. Atau ini sama dengan 4 - 1. Sama dengan 3. Anda lakukan dari kiri ke kanan. Sama juga dengan darab dan bahagi berada di tahap yang sama. Jika anda ada 4 x 2 bahagi dengan 3, x 2, anda buat 4 x 2 = 8, bahagi 3, x 2 8 bahagi 3-- anda dapat pecahan- sama dengan 8/3. Jadi 8/3 x 2. 8/3 x 2 = 16/3. Ini cara anda mentafsir-- anda tak darab ini dulu kemudian bahagi 2. Satu masa yang anda tak perlu ikut urutan operasi ialah jika anda ada penambahan atau pendaraban sahaja. Jika anda ada 1 + 5 +7 + 3 + 2 anda boleh lakukan dengan bebas. Anda boleh mulakan dengan 2 + 3; anda boleh mulakan dari kanan ke kiri; dari kiri ke kanan; dari tengah-- jika hanya melibatkan penambahan. Sama juga jika anda ada hanya pendaraban-- 1 x 5 x 7 x 3 x 2 anda bebas untuk selesaikannya. Ini hanya untuk penambahan dan pendaraban. Jika ada bahagi disini atau tolak disini, lebih baik jika lakukannya dari kiri ke kanan.