[Script Info] Title: [Events] Format: Layer, Start, End, Style, Name, MarginL, MarginR, MarginV, Effect, Text Dialogue: 0,0:00:00.42,0:00:04.66,Default,,0000,0000,0000,,Terjemahan Google adalah alat percuma yang membolehkan anda menterjemah ayat, dokumen Dialogue: 0,0:00:04.66,0:00:07.68,Default,,0000,0000,0000,,malahan keseluruhan laman web dengan serta-merta. Dialogue: 0,0:00:07.68,0:00:12.10,Default,,0000,0000,0000,,Tetapi bagaimana sebenarnya ia berfungsi? Walaupun ia kelihatan seperti kami mempunyai bilik yang dipenuhi Dialogue: 0,0:00:12.10,0:00:17.47,Default,,0000,0000,0000,,oleh orang bunian dwibahasa yang bekerja untuk kami, hakikatnya semua terjemahan kami datangnya dari komputer. Dialogue: 0,0:00:17.47,0:00:22.52,Default,,0000,0000,0000,,Komputer ini menggunakan proses yang dipanggil "terjemahan mesin statistik"--iaitu cuma cara istimewa untuk Dialogue: 0,0:00:22.52,0:00:25.44,Default,,0000,0000,0000,,mengatakan yang komputer kami menjana terjemahan berdasarkan corak yang dijumpai dalam jumlah teks yang besar. Dialogue: 0,0:00:25.44,0:00:30.54,Default,,0000,0000,0000,,Tetapi mari melangkah selangkah ke belakang. Jika anda mahu mengajar seseorang bahasa yang baru, anda mungkin Dialogue: 0,0:00:30.54,0:00:34.81,Default,,0000,0000,0000,,bermula dengan mengajar mereka kosa kata dan peraturan tatabahasa yang menerangkan bagaimana untuk membina ayat. Dialogue: 0,0:00:34.81,0:00:39.91,Default,,0000,0000,0000,,Komputer boleh belajar bahasa asing dengan cara yang sama - dengan merujuk kepada kosa kata Dialogue: 0,0:00:39.91,0:00:42.38,Default,,0000,0000,0000,,dan satu set peraturan. Dialogue: 0,0:00:42.38,0:00:46.31,Default,,0000,0000,0000,,Tetapi bahasa adalah rumit dan, sebagaimana yang boleh diberitahu oleh mana-mana pelajar bahasa, terdapat Dialogue: 0,0:00:46.31,0:00:51.68,Default,,0000,0000,0000,,pengecualian terhadap kebanyakan peraturan. Apabila anda cuba menguasai semua pengecualian ini, dan pengecualian Dialogue: 0,0:00:51.68,0:00:57.24,Default,,0000,0000,0000,,demi pengecualian, dalam program komputer, mutu terjemahan mula merosot. Dialogue: 0,0:00:57.24,0:01:01.78,Default,,0000,0000,0000,,Terjemahan Google mengambil pendekatan yang berlainan. Daripada cuba mengajari komputer kami semua peraturan Dialogue: 0,0:01:01.78,0:01:07.06,Default,,0000,0000,0000,,bahasa, kami membenarkan komputer kami meneroka peraturan tersebut dengan sendiri. Ia melakukannya dengan Dialogue: 0,0:01:07.06,0:01:10.62,Default,,0000,0000,0000,,menganalisis berjuta-juta dokumen yang telah diterjemahkan oleh penterjemah manusia. Teks yang Dialogue: 0,0:01:10.62,0:01:17.26,Default,,0000,0000,0000,,telah diterjemahkan ini datang daripada buku, organisasi seperti PBB dan laman Dialogue: 0,0:01:17.26,0:01:19.95,Default,,0000,0000,0000,,web dari seluruh dunia. Dialogue: 0,0:01:19.95,0:01:23.81,Default,,0000,0000,0000,,Komputer kami mengimbas teks ini mencari corak statistik penting--iaitu, corak di antara Dialogue: 0,0:01:23.81,0:01:27.97,Default,,0000,0000,0000,,terjemahan dan teks asalyang tidak mungkin berlaku secara kebetulan. Sebaik sahaja komputer menjumpai Dialogue: 0,0:01:27.97,0:01:33.83,Default,,0000,0000,0000,,suatu corak, ia boleh menggunakan corak ini untuk menterjemah teks yang serupa pada masa hadapan. Dialogue: 0,0:01:33.83,0:01:38.71,Default,,0000,0000,0000,,Apabila anda mengulangi proses ini berbilion kali, hasilnya anda mempunyai berbilion corak dan Dialogue: 0,0:01:38.71,0:01:43.70,Default,,0000,0000,0000,,satu program komputer yang amat pintar. Dialogue: 0,0:01:43.70,0:01:48.40,Default,,0000,0000,0000,,Bagaimanapun, untuk beberapa bahasa kami tidak banyak mempunyai dokumen diterjemahkan yang tersedia Dialogue: 0,0:01:48.40,0:01:53.05,Default,,0000,0000,0000,,dan oleh itu jumlah corak yang dikesan oleh perisian kami juga adalah kurang. Inilah sebabnya mutu Dialogue: 0,0:01:53.05,0:01:58.48,Default,,0000,0000,0000,,terjemahan kami akan berbeza-beza mengikut bahasa dan pasangan bahasa. Kami sedia maklum yang Dialogue: 0,0:01:58.48,0:02:03.24,Default,,0000,0000,0000,,terjemahan kami tidak selalunya sempurna tetapi dengan memberikan teks diterjemahkan yang baru secara tetap, Dialogue: 0,0:02:03.24,0:02:05.54,Default,,0000,0000,0000,,kami boleh menjadikan komputer kami lebih pintar dan terjemahan kami lebih baik. Dialogue: 0,0:02:05.54,0:02:09.67,Default,,0000,0000,0000,,Oleh itu, lain kali bila anda menterjemah ayat atau laman web dengan Terjemahan Google, fikirkan tentang Dialogue: 0,0:02:09.67,0:02:15.35,Default,,0000,0000,0000,,berjuta-juta dokumen dan berbilion corak tersebut yang pada akhirnya membawa anda kepada Dialogue: 0,0:02:15.35,0:02:17.65,Default,,0000,0000,0000,,terjemahan anda - dan semuanya berlaku dalam sekelip mata. Dialogue: 0,0:02:17.65,0:02:19.26,Default,,0000,0000,0000,,Hebat juga, betul tak? Dialogue: 0,0:02:19.26,9:59:59.99,Default,,0000,0000,0000,,Cubalah di translate.google.com.