1 00:00:00,420 --> 00:00:04,660 Terjemahan Google adalah alat percuma yang membolehkan anda menterjemah ayat, dokumen 2 00:00:04,660 --> 00:00:07,680 malahan keseluruhan laman web dengan serta-merta. 3 00:00:07,680 --> 00:00:12,099 Tetapi bagaimana sebenarnya ia berfungsi? Walaupun ia kelihatan seperti kami mempunyai bilik yang dipenuhi 4 00:00:12,099 --> 00:00:17,470 oleh orang bunian dwibahasa yang bekerja untuk kami, hakikatnya semua terjemahan kami datangnya dari komputer. 5 00:00:17,470 --> 00:00:22,520 Komputer ini menggunakan proses yang dipanggil "terjemahan mesin statistik"--iaitu cuma cara istimewa untuk 6 00:00:22,520 --> 00:00:25,439 mengatakan yang komputer kami menjana terjemahan berdasarkan corak yang dijumpai dalam jumlah teks yang besar. 7 00:00:25,439 --> 00:00:30,539 Tetapi mari melangkah selangkah ke belakang. Jika anda mahu mengajar seseorang bahasa yang baru, anda mungkin 8 00:00:30,539 --> 00:00:34,809 bermula dengan mengajar mereka kosa kata dan peraturan tatabahasa yang menerangkan bagaimana untuk membina ayat. 9 00:00:34,809 --> 00:00:39,909 Komputer boleh belajar bahasa asing dengan cara yang sama - dengan merujuk kepada kosa kata 10 00:00:39,909 --> 00:00:42,379 dan satu set peraturan. 11 00:00:42,379 --> 00:00:46,309 Tetapi bahasa adalah rumit dan, sebagaimana yang boleh diberitahu oleh mana-mana pelajar bahasa, terdapat 12 00:00:46,309 --> 00:00:51,679 pengecualian terhadap kebanyakan peraturan. Apabila anda cuba menguasai semua pengecualian ini, dan pengecualian 13 00:00:51,679 --> 00:00:57,239 demi pengecualian, dalam program komputer, mutu terjemahan mula merosot. 14 00:00:57,239 --> 00:01:01,779 Terjemahan Google mengambil pendekatan yang berlainan. Daripada cuba mengajari komputer kami semua peraturan 15 00:01:01,779 --> 00:01:07,060 bahasa, kami membenarkan komputer kami meneroka peraturan tersebut dengan sendiri. Ia melakukannya dengan 16 00:01:07,060 --> 00:01:10,619 menganalisis berjuta-juta dokumen yang telah diterjemahkan oleh penterjemah manusia. Teks yang 17 00:01:10,619 --> 00:01:17,259 telah diterjemahkan ini datang daripada buku, organisasi seperti PBB dan laman 18 00:01:17,259 --> 00:01:19,950 web dari seluruh dunia. 19 00:01:19,950 --> 00:01:23,810 Komputer kami mengimbas teks ini mencari corak statistik penting--iaitu, corak di antara 20 00:01:23,810 --> 00:01:27,969 terjemahan dan teks asalyang tidak mungkin berlaku secara kebetulan. Sebaik sahaja komputer menjumpai 21 00:01:27,969 --> 00:01:33,829 suatu corak, ia boleh menggunakan corak ini untuk menterjemah teks yang serupa pada masa hadapan. 22 00:01:33,829 --> 00:01:38,710 Apabila anda mengulangi proses ini berbilion kali, hasilnya anda mempunyai berbilion corak dan 23 00:01:38,710 --> 00:01:43,700 satu program komputer yang amat pintar. 24 00:01:43,700 --> 00:01:48,399 Bagaimanapun, untuk beberapa bahasa kami tidak banyak mempunyai dokumen diterjemahkan yang tersedia 25 00:01:48,399 --> 00:01:53,049 dan oleh itu jumlah corak yang dikesan oleh perisian kami juga adalah kurang. Inilah sebabnya mutu 26 00:01:53,049 --> 00:01:58,479 terjemahan kami akan berbeza-beza mengikut bahasa dan pasangan bahasa. Kami sedia maklum yang 27 00:01:58,479 --> 00:02:03,240 terjemahan kami tidak selalunya sempurna tetapi dengan memberikan teks diterjemahkan yang baru secara tetap, 28 00:02:03,240 --> 00:02:05,539 kami boleh menjadikan komputer kami lebih pintar dan terjemahan kami lebih baik. 29 00:02:05,539 --> 00:02:09,670 Oleh itu, lain kali bila anda menterjemah ayat atau laman web dengan Terjemahan Google, fikirkan tentang 30 00:02:09,670 --> 00:02:15,349 berjuta-juta dokumen dan berbilion corak tersebut yang pada akhirnya membawa anda kepada 31 00:02:15,349 --> 00:02:17,650 terjemahan anda - dan semuanya berlaku dalam sekelip mata. 32 00:02:17,650 --> 00:02:19,260 Hebat juga, betul tak? 33 00:02:19,260 --> 99:59:59,999 Cubalah di translate.google.com.