Nama saya Aloe Blacc.
Saya rasa sains komputer sangat penting
untuk dipelajari
kerana sains komputer adalah masa depan
kita.
Dan saya rasa ia adalah penting bagi
orang untuk mengawal teknologi
yang secara literal mengawal kehidupan
mereka.
Untuk menghasilkan gerakan tarian yang berbeza
berlaku pada masa yang tepat dengan muzik,
anda boleh menggunakan sesuatu yang
bernama peristiwa.
Peristiwa memberitahu program anda untuk
mendengar apabila sesuatu berlaku,
dan bertindak dengan segera.
Beberapa contoh peristiwa adalah mendengar
klik tetikus,
butang anak panah, atau ketikan pada
skrin.
Peristiwa yang akan kita gunakan sekarang
akan mendengar perubahan lagu.
Perubahan itu akan mencetus penari anda
untuk melakukan tarian baru.
Penari profesional melatih koreografi
mereka dengan mengira rentak lagu.
Dalam muzik, ukuran merujuk kepada
sebilangan rentak.
Dalam kebanyakan lagu popular ukurannya
adalah 4 rentak.
Untuk mengaktifkan penari anda, anda
perlukan blok peristiwa hijau.
Blok peristiwa ini berkata selepas empat
ukuran.
Kerana ia berada di bawah blok
peristiwa selepas empat ukuran,
penari anda akan menunggu empat ukuran lagu
tersebut sebelum memulakan tarian mereka.
Perhatikan pengira ukuran di atas
paparan anda.
Lihat dan dengar peristiwa yang akan
mencetuskan kod tarian.
Dan tepat pada isyaratnya penari kami
mula menari!