Suatu hari nanti, bintang yang terakhir akan mati, dan alam semesta akan menjadi gelap buat selama-lamanya Ia mungkin menjadi bintang kerdil merah, sebuah bintang yang kecil yang merupakan juga salah satu taruhan terbaik kita untuk mencari kehidupan makhluk asing dan mungkin menjadi rumah terakhir untuk kemanusiaan sebelum alam semesta tidak boleh dihuni jadi apakah yang kita tahu tentangnya, dan mengapakah bintang-bintang tersebut ialah harapan terakhir kita? Sekurang-kurangnya 70% daripada bintang-bintang ialah bintang kerdil merah yang merupakan bintang terkecil yang beratnya kira-kira 7 hingga 50% daripada jisim matahari kita yang lebih besar sedikit daripada Musytari, masih besar juga Bintang tersebut sangatlah malap Terlalulah mustahil untuk melihatnya dengan mata kasar Anda tidak dapat menyaksikannya pada langit malam Walaupun dengan teknologi kita kita hanya dapat memerhatikan bintang-bintang kerdil merah dalam kawasan terdekat Lebih kurang 20 daripada 30 bintang-bintang yang dekat dengan Bumi ialah bintang kerdil merah Seperti semua bintang, bintang kerdil merah melakurkan hidrogen menjadi helium tetapi sementara bintang yang besar mengumpulkan helium yang dilakur di terasnya bintang kerdil merah kekal berolak, yang bermakna, helium dan hidrogen bercampur- aduk secara malar jadi mereka menggunakan bahan api dengan sangat perlahan sebelum terpadam Bintang kerdil merah menyala dengan sangat perlahan yang purata jangka hayatnya adalah antara satu hingga sepuluh trilion tahun berbanding dengan Matahari yang bertahan selama 5 bilion tahun yang mendatang Kerana alam semesta berusia 13.75 bilion tahun tidak ada satu bintang kerdil merah yang mencapai tahap perkembangan yang selanjutnya Setiap daripada satu trilion yang wujud masih bayi Berkata tentang bayi, bintang terkecil dalam alam semesta ialah bintang kerdil merah juga kerana bintang kerdil merah berada dalam ambang untuk menjadi bintang hanya lebih sedikit hidrogen, dan mereka tidak lebih daripada bintang perang bintang-bintang yang gagal yang tidak mampu mengekalkan tindak balas pelakuran untuk masa yang panjang jadi bagaimanakah dengan makhluk asing dan rumah baru untuk kemanusiaan? Oleh kerana matahari akan mati pada satu hari nanti, kita perlulah mencari rumah baharu dan di mana ada planet yang boleh dihuni, di situlah kemungkinan ada makhluk asing Balai Cerap Kepler menemui bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada bintang kerdil merah menempatkan planet berbatu antara setengah dan empat kali ganda daripada jisim Bumi Kebanyakan daripada mereka berada di zon boleh dihuni, di kawasan di sekeliling bintang di mana air dalam keadaan cecair tetapi kerana bintang kerdil merah menyala dengan suhu yang secara relatifnya, dingin sesebuah planet perlulah berada dalam jarak dekat untuk dihuni barangkali, dekat seperti Utarid dengan matahari atau lebih dekat lagi yang membawa pelbagai masalah Contohnya, planet yang dekat dengan bintang mungkin akan mengalami 'penguncian pasang surut' (penguncian putaran) yang bermakna hanya bahagian yang sama selalu menghadapi bintang itu Ada bahagian yang terlalulah panas sementara bahagian yang gelap membeku yang menyebabkan kehidupan berkembang dengan sukar walaupun, sesebuah planet yang mempunyai lautan yang besar yang mungkin mampu untuk menyebarkan tenaga bintang dan mencipta keseimbangan yang tertentu Daya graviti bintang kerdil merah mampu menekan planet itu dan memanaskannya sehingga kehilangan air Planet-planet tersebut boleh menjadi seperti Zuhrah yang sepanas neraka Masalah yang lain adalah kerana banyak bintang kerdil merah mempunyai tenaga output yang berbeza Mereka boleh diselimuti oleh bintik bintang yang menutupi cahaya yang dipancar sehingga 40% ke atas, berbulan-bulan lamanya yang menyebabkan lautan-lautan di planet tersebut untuk membeku pada masa lainnya, bintang-bintang tersebut boleh memancarkan suar suria letusan maha hebat yang memancarkan tenaga yang menakjubkan Bintang-bintang kerdil merah mampu menggandakan kercerahan dalam masa beberapa minit yang mampu mencabut sebahagian besar atmosfera planet dan membakarnya menjadikannya steril di sisi lainnya, jangka hayat yang terlalulah panjang ialah satu kelebihan Sebuah bintang kerdil merah dengan tahap aktiviti yang sederhana mampu menjadi tempat yang bagus untuk planet yang menampung kehidupan Kehidupan di Bumi telah wujud kira-kira empat bilion tahun yang lalu dan kita mempunyai satu bilion lagi sebelum matahari menjadi sangatlah panas dan kehidupan di Bumi menjadi sangatlah mustahil Kita akan mati ataupun meninggalkan Bumi untuk mencari rumah baharu Kita mampu membina peradaban yang berpotensi untuk kekal selama bertrilion-trilion tahun di sekeliling sebuah bintang kerdil merah dengan ciri-ciri yang menepati Terdapat 5% daripada bintang kerdil merah di Bima Sakti yang mungkin boleh didiami, secara kasarnya, planet-planet bersaiz Bumi Itu boleh melebihi empat bilion jumlahnya tetapi kehidupan tidak memerlukan sebuah planet seperti Bumi Calon untuk kehidupan di sekeliling bintang kerdil merah mungkin bulan-bulan di gergasi gas yang dipanggil Super Bumi, planet-planet berbatu yang sangatlah besar Dianggarkan terdapat 60 bilion planet yang berpotensi untuk didiami di sekitar bintang kerdil merah, dan di Bima Sakti sahaja (belum yang lain) jadi bintang kerdil merah mungkin menjadi sangatlah penting untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan tetapi semua benda akan mati termasuklah bintang kerdil merah Setelah bertrilion-trilion tahun, hayat bintang kerdil merah yang terakhir di alam semesta akan berakhir ia bukanlah peristiwa yang menakjubkan Apabila kehabisan hidrogen, ia mengecut sehingga menjadi sebuah bintang kerdil biru, terbakar sepenuhnya Setelah bahan apinya habis, ia menjadi sebuah bintang kerdil putih sebuah objek yang sebesar Bumi, dipadatkan sepadat-padatnya yang terdiri daripada gas-gas yang merosot, kebanyakannya ialah nukleus-nukleus Helium-4 Apabila ketiadaan sumber tenaga, ia akan sejuk dengan sangat perlahan selama bertrilion-trilion tahun sehingga menjadi keadaan terakhir, sebuah bintang kerdil hitam yang sejuk Bintang kerdil putih dan kerdil hitam sangatlah menakjubkan sehingga layak mempunyai video sendiri Apa-apa pun, ia mengambil masa yang lama sebelum bintang yang terakhir di alam semesta lenyap Ini boleh dikatakan sangat seronok untuk mengetahui jika kemanusiaan berjaya meneroka angkasa raya kita mempunyai masa sebelum alam semesta 'terpadam' Video kami berjaya dihasilkan, terima kasih atas sokongan anda di Patreon.com Jika anda ingin membantu kami membuat lebih banyak lagi, kami menghargai sokongan anda