WEBVTT 00:00:09.305 --> 00:00:15.209 Bahasa Inggeris menjadi bahasa ibunda bagi kira-kira 365 juta penduduk dunia. 00:00:16.609 --> 00:00:20.710 Lebih dua bilion yang lain belajar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris 00:00:20.711 --> 00:00:23.059 sebagai bahasa kedua atau ketiga 00:00:24.376 --> 00:00:26.082 Jika anda bertutur Bahasa Inggeris 00:00:26.083 --> 00:00:31.535 anda boleh difahami oleh hampir 2.5 bilion manusia 00:00:32.485 --> 00:00:36.838 Jadi, mengapa anda perlu belajar bahasa asing yang lain? 00:00:36.839 --> 00:00:41.143 Bukankah itu hanya membuang masa sahaja? 00:00:41.144 --> 00:00:45.382 Nelson Mandela pernah dikritik hebat 00:00:45.383 --> 00:00:49.112 oleh kaum kulit hitam Afrika Selatan kerana bertutur bahasa Afrikaan 00:00:50.022 --> 00:00:51.488 Dia menjawab, 00:00:51.489 --> 00:00:55.225 "Apabila anda bertutur dengan seseorang dalam bahasa yang dia fahami, 00:00:56.055 --> 00:00:57.613 ia pergi ke akalnya. 00:00:59.023 --> 00:01:02.040 Apabila anda bertutur kepadanya dalam bahasa ibundanya, 00:01:02.720 --> 00:01:04.312 ia pergi ke hatinya". 00:01:05.391 --> 00:01:06.661 Justeru, 00:01:06.662 --> 00:01:09.330 jika anda ingin memenangi hati seseorang, 00:01:09.331 --> 00:01:11.705 anda perlu berbicara ke hatinya. 00:01:13.185 --> 00:01:14.973 Ketua paderi memahami hal ini. 00:01:14.974 --> 00:01:18.884 John Paul II fasih dalam 10 bahasa 00:01:18.885 --> 00:01:22.343 dan banyak bahasa lagi pada peringkat asas. 00:01:22.953 --> 00:01:26.591 Ke mana sahaja dia pergi, dia akan bertegur sapa 00:01:26.592 --> 00:01:30.847 mengucapkan beberapa patah perkataan dalam bahasa ibunda mereka, 00:01:30.848 --> 00:01:35.845 dan itulah kunci utama dia begitu digemari. 00:01:37.395 --> 00:01:39.804 Sesiapa yang ada ibu mentua bangsa asing, 00:01:39.805 --> 00:01:43.265 atau bakal ibu mentua bangsa asing pasti memahami juga. 00:01:44.005 --> 00:01:46.406 Mereka mungkin bertutur Bahasa Inggeris dengan teman wanitanya, 00:01:46.407 --> 00:01:50.552 tetapi jika mahu mengambil hati ibu teman wanita mereka, 00:01:51.222 --> 00:01:55.181 si jejaka sanggup belajar bahasa yang paling aneh sekalipun, 00:01:55.185 --> 00:01:56.872 termasuk Bahasa Belanda. 00:01:56.876 --> 00:01:58.668 (Ketawa) 00:01:58.676 --> 00:02:01.104 Dan biasanya orang akan tertawan. 00:02:01.974 --> 00:02:03.300 Mengapa? 00:02:04.030 --> 00:02:09.044 Bahasa ibunda kita terkait dengan 00:02:09.045 --> 00:02:13.050 perwatakan kita, dengan identiti kita. 00:02:13.051 --> 00:02:17.694 Seluruh sejarah peribadi kita berakar, 00:02:17.695 --> 00:02:20.727 tertanam di dalam bahasa ibunda kita. 00:02:21.451 --> 00:02:27.648 Sungguh banyak kenangan dan perasaan yang terkait pada perkataan, luahan hati, 00:02:28.764 --> 00:02:31.642 dan pada tatabahasa yang kita pelajari sejak kecil. 00:02:32.646 --> 00:02:37.141 Jadi, jika anda belajar bahasa orang lain, 00:02:37.142 --> 00:02:40.350 anda menunjukkan yang anda benar-benar meminati 00:02:40.351 --> 00:02:44.168 kehidupan dan perwatakan mereka. 00:02:44.959 --> 00:02:47.585 Ibu mentua mana yang tidak akan berbangga? 00:02:48.711 --> 00:02:52.581 Apabila anda dengar bahasa ibunda anda, anda rasa ada hubungan. 00:02:53.834 --> 00:02:55.617 Apabila anda pergi ke sesuatu tempat, 00:02:55.618 --> 00:02:59.592 dan anda bertutur dalam bahasa asing untuk berhari-hari atau minggu, 00:03:00.642 --> 00:03:03.011 sejurus anda berada dalam pesawat 00:03:03.012 --> 00:03:06.279 dan pramugari menyapa anda dalam bahasa ibunda anda, 00:03:06.280 --> 00:03:08.408 anda pasti, anda dalam perjalanan pulang. 00:03:10.478 --> 00:03:14.450 Andai bahasa ibunda mempunyai wangian, 00:03:14.451 --> 00:03:18.680 Saya fikir ia akan berbau biskut kuki 00:03:18.681 --> 00:03:21.103 dan haruman sop ayam yang menenangkan, 00:03:21.773 --> 00:03:23.828 dan minyak wangi nenek, 00:03:24.668 --> 00:03:27.941 mungkin sedikit bauan kapur barus. 00:03:28.742 --> 00:03:34.000 Mungkin ini sebabnya mengapa bahasa yang dibina, 00:03:34.001 --> 00:03:40.301 seperti Esperanto, tidak begitu meluas seperti yang dijangkakan. 00:03:41.212 --> 00:03:44.212 Walaupun ia direka dengan bijak, 00:03:44.213 --> 00:03:46.995 dan mudah dipelajari, 00:03:48.334 --> 00:03:53.085 tidak ada negara yang menggunakan bahasa buatan sebagai bahasa ibunda. 00:03:53.948 --> 00:03:58.939 Dan bukan sebagai bahasa asing yang diajar secara sistematik 00:03:58.940 --> 00:04:02.564 pada skala besar dan dalam tempoh yang panjang. 00:04:03.414 --> 00:04:05.161 sekalipun ia pernah dicuba. 00:04:05.831 --> 00:04:11.871 Walaupun terdapat kesukaran dengan bahasa semualajadi 00:04:11.872 --> 00:04:15.434 seperti ketidakseragaman yang menjengkelkan, 00:04:15.435 --> 00:04:20.154 percanggahan di antara ejaan dan sebutan, 00:04:20.156 --> 00:04:24.694 kadangkala kerumitan tatabahasa. 00:04:25.655 --> 00:04:27.304 Namun, 00:04:28.304 --> 00:04:34.192 kita memilih untuk belajar bahasa yang menjadi sebati dengan kita. 00:04:35.812 --> 00:04:39.654 Bahasa yang dibina bercakap kepada akal. 00:04:40.774 --> 00:04:44.772 Bahasa semula ada wangian biskut kuki. 00:04:46.056 --> 00:04:51.981 Bagi Nelson Mandela, mempelajari Afrikaan adalah untuk "mengetahui musuh kita". 00:04:51.982 --> 00:04:56.910 Katanya, "Anda mesti kenali bahasa dan kegemaran mereka, 00:04:56.911 --> 00:05:00.243 harapan serta kebimbangan mereka, jika anda mahu menewaskan mereka." 00:05:01.073 --> 00:05:03.644 Beliau berjaya. 00:05:04.724 --> 00:05:08.186 Tetapi bukan semuanya mengenai musuh, bukan? 00:05:09.254 --> 00:05:12.111 Hal ini berkaitan dengan semua bentuk hubungan manusia. 00:05:13.445 --> 00:05:17.746 Dan sayalah orang terakhir yang akan mengatakan ibu mentua adalah musuh, 00:05:17.747 --> 00:05:18.983 mengikut takrif. 00:05:19.833 --> 00:05:22.762 Kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu, 00:05:22.763 --> 00:05:25.642 Saya sedang memandu sekitar Poland bersama keluarga saya. 00:05:27.172 --> 00:05:31.413 Waktu itu, kedai-kedai hampir tutup dan kami perlu membeli makanan. 00:05:32.257 --> 00:05:35.692 Akhirnya, kami nampak ada pasar raya di kawasan sebelah jalan kami. 00:05:36.908 --> 00:05:41.637 Cara untuk ke sana dengan cepat ialah dengan membuat pusingan U. 00:05:41.638 --> 00:05:43.328 Jadi, itulah yang saya lakukan. 00:05:44.368 --> 00:05:46.578 Mungkin ia membahayakan. 00:05:47.528 --> 00:05:49.696 Yang pastinya, ia melanggar peraturan. 00:05:52.065 --> 00:05:57.638 Di tempat letak kereta, belum sempat saya mematikan enjin, 00:05:58.238 --> 00:06:00.053 saya dengar bunyi ketukan. 00:06:01.250 --> 00:06:06.096 Saya turunkan tingkap dan dua pasang mata terjegil. 00:06:07.624 --> 00:06:11.963 Itulah dua pasang mata pegawai polis. 00:06:13.296 --> 00:06:17.564 Saya tidak benar-benar fasih dalam bahasa Polish 00:06:17.565 --> 00:06:19.255 dan pada masa yang ideal, 00:06:19.985 --> 00:06:23.526 tetapi saya masih boleh melakukan perbualan mudah. 00:06:24.336 --> 00:06:27.780 Tetapi pada masa itu, dengan dihantui rasa bersalah 00:06:28.620 --> 00:06:31.755 mata bertentang mata dengan dua pegawai beruniform, 00:06:33.175 --> 00:06:38.315 setiap perkataan Polish yang wajar yang saya tahu meluncur dari mulut saya. 00:06:39.719 --> 00:06:43.789 Ya, saya tidak berfikir sejenak pun, 00:06:44.549 --> 00:06:47.728 untuk mencuba menangani keadaan ini dalam bahasa Inggeris. 00:06:49.078 --> 00:06:53.318 Mungkin, bahasa Inggeris boleh memberikan saya kelebihan bahasa. 00:06:54.278 --> 00:06:57.280 tetapi itu mungkin menjadikan pegawai polis itu tidak selesa. 00:06:58.244 --> 00:07:00.934 Jadi, saya tetap mahu bertutur dalam Polish. 00:07:01.774 --> 00:07:02.798 Bagaimana? 00:07:04.479 --> 00:07:08.699 Sudut kecil bahasa Polish di otak saya terus kosong. 00:07:10.388 --> 00:07:11.965 kecuali satu perkara. 00:07:13.204 --> 00:07:17.942 Ada satu perkara yang sering saya ulangi 00:07:17.943 --> 00:07:20.814 sehinggakan saya boleh ulanginya dalam tidur. 00:07:22.501 --> 00:07:24.960 Ia sebuah puisi kanak-kanak, 00:07:27.563 --> 00:07:29.652 mengenai seekor katak yang sakit. 00:07:30.273 --> 00:07:32.251 (Ketawa) 00:07:32.951 --> 00:07:34.522 Itu yang saya lakukan. 00:07:34.523 --> 00:07:39.523 Saya tahu ia sesuatu yang pelik, tetapi tiba-tiba saya katakan: 00:07:40.417 --> 00:07:42.532 (Bahasa Polish) Seekor katak terasa lemah 00:07:42.532 --> 00:07:46.084 dia berjumpa doktor dan mengatakan yang dia sakit. 00:07:46.085 --> 00:07:50.458 Doktor itu pun memakai kaca mata sebab dia sudah agak tua." 00:07:51.564 --> 00:07:53.882 Saya memandang ke arah pegawai polis itu. 00:07:53.883 --> 00:07:56.483 Dan mereka memandang tepat kepada saya. 00:07:56.484 --> 00:07:57.813 (Ketawa) 00:07:58.653 --> 00:08:01.659 Saya rasa salah seorang pegawai itu menggaru kepalanya. 00:08:02.669 --> 00:08:05.242 Dan kemudian mereka tersenyum. 00:08:06.112 --> 00:08:07.339 Mereka tersenyum. 00:08:07.340 --> 00:08:10.879 Dan dengan itu, saya menjadi tenang, 00:08:10.880 --> 00:08:14.256 sehingga beberapa perkataan yang lebih relevan 00:08:14.257 --> 00:08:16.677 boleh masuk kembali ke dalam kepala saya, 00:08:16.688 --> 00:08:19.687 dengan tergagap-gagap saya boleh menyebutkan separuh ayat seperti, 00:08:19.688 --> 00:08:23.483 "Maaf, perlukan makanan, tidak akan buat lagi." 00:08:24.763 --> 00:08:26.262 Mereka lepaskan saya. 00:08:27.334 --> 00:08:32.458 Semasa saya bergegas menuju kedai, mereka menyahut (Polish) “Szczęśliwej podróży!" 00:08:32.480 --> 00:08:34.020 "Selamat jalan!" 00:08:34.650 --> 00:08:39.006 Bukan tujuan saya mengapi-apikan anda untuk belajar bahasa 00:08:39.006 --> 00:08:42.696 supaya anda boleh ke mana-mana, melanggar peraturan dan melepaskn diri. 00:08:44.586 --> 00:08:49.481 Tetapi kejadian ringkas ini menunjukkan hanya beberapa perkataan 00:08:50.261 --> 00:08:53.760 seberapa mudah atau bodoh sekalipun, hanya beberapa perkataan, 00:08:53.761 --> 00:08:57.991 boleh menusuk kalbu dan melembutkannya. 00:08:58.901 --> 00:09:01.771 Bagaimanapun, ada alternatif kepada katak yang sakit itu. 00:09:01.772 --> 00:09:04.207 Ada satu perkara yang saya tahu dengan baik iaitu 00:09:05.857 --> 00:09:07.232 sebuah lagu minum arak. 00:09:07.233 --> 00:09:08.525 (Ketawa) 00:09:09.185 --> 00:09:11.394 Pegawai polis itu mungkin tidak akan senyum. 00:09:12.124 --> 00:09:14.430 Mungkin saya akan dibawa ke balai polis 00:09:14.431 --> 00:09:15.661 untuk ujian darah. 00:09:17.603 --> 00:09:21.133 Anda tidak perlu belajar banyak bahasa 00:09:21.134 --> 00:09:24.153 dan anda tidak perlu mempelajarinya dengan fasih. 00:09:24.154 --> 00:09:26.162 Hanya sedikit boleh memberikan kesan. 00:09:27.122 --> 00:09:30.383 Sepuluh perkataan yang menusuk jiwa boleh memberikan kesan mendalam 00:09:30.384 --> 00:09:32.964 daripada seribu perkataan yang sekadar masuk ke akal. 00:09:34.644 --> 00:09:38.741 Anda boleh menggunakan bahasa Inggeris dan bertemu di pertengahan. 00:09:39.851 --> 00:09:44.822 Tetapi anda juga boleh menjadi orang yang melangkah garisan tengah itu 00:09:44.823 --> 00:09:49.393 dan bertemu teman baru anda atau seteru anda, 00:09:49.394 --> 00:09:51.480 bertemu mereka di kawasan mereka sendiri. 00:09:52.375 --> 00:09:55.334 Bertutur bahasa orang lain bukan satu kelemahan. 00:09:55.336 --> 00:09:57.066 Malah, ia membuktikan anda kuat. 00:09:57.856 --> 00:10:04.241 Hanya orang yang berani dan berusaha melangkah garisanlah 00:10:05.221 --> 00:10:06.923 yang akan menang. 00:10:08.292 --> 00:10:12.210 Jangan takut melakukan kesilapan. Kesilapan adalah sifat seorang manusia. 00:10:12.918 --> 00:10:16.836 Dalam hal ini, ada bonus. 00:10:18.091 --> 00:10:20.692 Jika anda membuat kesilapan, 00:10:20.693 --> 00:10:26.090 anda berikan peluang kepada orang lain membantu dan mengenali anda. 00:10:26.091 --> 00:10:31.933 Dengan ini, hubungan yang baru terjalin akan menjadi lebih kuat. 00:10:32.934 --> 00:10:37.190 Jadi, adakah anda mahu diri anda difahami 00:10:38.320 --> 00:10:39.970 atau anda mahu menjalin hubungan? 00:10:41.650 --> 00:10:46.520 Mari terus belajar dan menggunakan bahasa Inggeris. 00:10:48.080 --> 00:10:52.561 Supaya kita boleh berinteraksi dengan pelbagai golongan, seperti di TEDx ini. 00:10:53.591 --> 00:10:57.697 Bahasa Inggeris adalah alat yang hebat untuk berkongsi pengetahuan, 00:10:57.698 --> 00:11:03.750 untuk persidangan antarabangsa mengenai masalah sejagat. 00:11:04.940 --> 00:11:10.161 Yang penting, bahasa Inggeris adalah laluan ke hati 365 juta penutur. 00:11:11.131 --> 00:11:17.170 Kepada 356 juta orang, bahasa Inggeris adalah wangian biskut kuki. 00:11:18.927 --> 00:11:20.517 Tetapi mengapa berhenti di situ? 00:11:22.007 --> 00:11:24.535 Mengapa tidak melakukan usaha tambahan 00:11:24.536 --> 00:11:27.696 dan belajar sekurang-kurangnya satu bahasa asing yang lain? 00:11:28.776 --> 00:11:31.784 Terdapat pelbagai perisa biskut kuki di luar sana. 00:11:31.785 --> 00:11:34.181 Mari kita mencuba perisa yang baru. 00:11:34.990 --> 00:11:36.051 Terima kasih. 00:11:36.463 --> 00:11:37.755 (Tepukan)