0:00:09.305,0:00:15.209 Bahasa Inggeris menjadi bahasa ibunda[br]bagi kira-kira 365 juta penduduk dunia. 0:00:16.609,0:00:20.710 Lebih dua bilion yang lain [br]belajar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris 0:00:20.711,0:00:23.059 sebagai bahasa kedua atau ketiga 0:00:24.376,0:00:26.082 Jika anda bertutur Bahasa Inggeris 0:00:26.083,0:00:31.535 anda boleh difahami oleh [br]hampir 2.5 bilion manusia 0:00:32.485,0:00:36.838 Jadi, mengapa anda perlu belajar[br]bahasa asing yang lain? 0:00:36.839,0:00:41.143 Bukankah itu hanya[br]membuang masa sahaja? 0:00:41.144,0:00:45.382 Nelson Mandela pernah[br]dikritik hebat 0:00:45.383,0:00:49.112 oleh kaum kulit hitam Afrika Selatan[br]kerana bertutur bahasa Afrikaan 0:00:50.022,0:00:51.488 Dia menjawab, 0:00:51.489,0:00:55.225 "Apabila anda bertutur dengan seseorang [br]dalam bahasa yang dia fahami, 0:00:56.055,0:00:57.613 ia pergi ke akalnya. 0:00:59.023,0:01:02.040 Apabila anda bertutur kepadanya dalam [br]bahasa ibundanya, 0:01:02.720,0:01:04.312 ia pergi ke hatinya". 0:01:05.391,0:01:06.661 Justeru, 0:01:06.662,0:01:09.330 jika anda ingin memenangi [br]hati seseorang, 0:01:09.331,0:01:11.705 anda perlu berbicara ke hatinya. 0:01:13.185,0:01:14.973 Ketua paderi memahami hal ini. 0:01:14.974,0:01:18.884 John Paul II fasih[br]dalam 10 bahasa 0:01:18.885,0:01:22.343 dan banyak bahasa lagi[br]pada peringkat asas. 0:01:22.953,0:01:26.591 Ke mana sahaja dia pergi,[br]dia akan bertegur sapa 0:01:26.592,0:01:30.847 mengucapkan beberapa patah[br]perkataan dalam bahasa ibunda mereka, 0:01:30.848,0:01:35.845 dan itulah kunci utama[br]dia begitu digemari. 0:01:37.395,0:01:39.804 Sesiapa yang ada ibu mentua bangsa asing, 0:01:39.805,0:01:43.265 atau bakal ibu mentua bangsa asing[br]pasti memahami juga. 0:01:44.005,0:01:46.406 Mereka mungkin bertutur Bahasa Inggeris[br]dengan teman wanitanya, 0:01:46.407,0:01:50.552 tetapi jika mahu mengambil hati[br]ibu teman wanita mereka, 0:01:51.222,0:01:55.181 si jejaka sanggup belajar[br]bahasa yang paling aneh sekalipun, 0:01:55.185,0:01:56.872 termasuk Bahasa Belanda. 0:01:56.876,0:01:58.668 (Ketawa) 0:01:58.676,0:02:01.104 Dan biasanya orang akan tertawan. 0:02:01.974,0:02:03.300 Mengapa? 0:02:04.030,0:02:09.044 Bahasa ibunda kita [br]terkait dengan 0:02:09.045,0:02:13.050 perwatakan kita, dengan identiti kita. 0:02:13.051,0:02:17.694 Seluruh sejarah peribadi kita[br]berakar, 0:02:17.695,0:02:20.727 tertanam di dalam[br]bahasa ibunda kita. 0:02:21.451,0:02:27.648 Sungguh banyak kenangan dan perasaan[br]yang terkait pada perkataan, luahan hati, 0:02:28.764,0:02:31.642 dan pada tatabahasa[br]yang kita pelajari sejak kecil. 0:02:32.646,0:02:37.141 Jadi, jika anda belajar[br]bahasa orang lain, 0:02:37.142,0:02:40.350 anda menunjukkan yang anda[br]benar-benar meminati 0:02:40.351,0:02:44.168 kehidupan dan perwatakan mereka. 0:02:44.959,0:02:47.585 Ibu mentua mana yang[br]tidak akan berbangga? 0:02:48.711,0:02:52.581 Apabila anda dengar bahasa ibunda anda,[br]anda rasa ada hubungan. 0:02:53.834,0:02:55.617 Apabila anda pergi ke sesuatu tempat, 0:02:55.618,0:02:59.592 dan anda bertutur dalam bahasa asing[br]untuk berhari-hari atau minggu, 0:03:00.642,0:03:03.011 sejurus anda berada dalam pesawat 0:03:03.012,0:03:06.279 dan pramugari menyapa anda dalam [br]bahasa ibunda anda, 0:03:06.280,0:03:08.408 anda pasti, anda dalam perjalanan pulang. 0:03:10.478,0:03:14.450 Andai bahasa ibunda [br]mempunyai wangian, 0:03:14.451,0:03:18.680 Saya fikir ia akan berbau biskut kuki 0:03:18.681,0:03:21.103 dan haruman sop ayam[br]yang menenangkan, 0:03:21.773,0:03:23.828 dan minyak wangi nenek, 0:03:24.668,0:03:27.941 mungkin sedikit bauan kapur barus. 0:03:28.742,0:03:34.000 Mungkin ini sebabnya[br]mengapa bahasa yang dibina, 0:03:34.001,0:03:40.301 seperti Esperanto, tidak begitu meluas[br]seperti yang dijangkakan. 0:03:41.212,0:03:44.212 Walaupun ia direka dengan bijak, 0:03:44.213,0:03:46.995 dan mudah dipelajari, 0:03:48.334,0:03:53.085 tidak ada negara yang menggunakan[br]bahasa buatan sebagai bahasa ibunda. 0:03:53.948,0:03:58.939 Dan bukan sebagai bahasa asing[br]yang diajar secara sistematik 0:03:58.940,0:04:02.564 pada skala besar[br]dan dalam tempoh yang panjang. 0:04:03.414,0:04:05.161 sekalipun ia pernah dicuba. 0:04:05.831,0:04:11.871 Walaupun terdapat kesukaran[br]dengan bahasa semualajadi 0:04:11.872,0:04:15.434 seperti ketidakseragaman yang menjengkelkan, 0:04:15.435,0:04:20.154 percanggahan di antara [br]ejaan dan sebutan, 0:04:20.156,0:04:24.694 kadangkala kerumitan tatabahasa. 0:04:25.655,0:04:27.304 Namun, 0:04:28.304,0:04:34.192 kita memilih untuk belajar bahasa[br]yang menjadi sebati dengan kita. 0:04:35.812,0:04:39.654 Bahasa yang dibina bercakap kepada akal. 0:04:40.774,0:04:44.772 Bahasa semula ada[br]wangian biskut kuki. 0:04:46.056,0:04:51.981 Bagi Nelson Mandela, mempelajari Afrikaan[br]adalah untuk "mengetahui musuh kita". 0:04:51.982,0:04:56.910 Katanya, "Anda mesti kenali bahasa[br]dan kegemaran mereka, 0:04:56.911,0:05:00.243 harapan serta kebimbangan mereka, [br]jika anda mahu menewaskan mereka." 0:05:01.073,0:05:03.644 Beliau berjaya. 0:05:04.724,0:05:08.186 Tetapi bukan semuanya [br]mengenai musuh, bukan? 0:05:09.254,0:05:12.111 Hal ini berkaitan[br]dengan semua bentuk hubungan manusia. 0:05:13.445,0:05:17.746 Dan sayalah orang terakhir yang akan[br]mengatakan ibu mentua adalah musuh, 0:05:17.747,0:05:18.983 mengikut takrif. 0:05:19.833,0:05:22.762 Kira-kira tujuh atau [br]lapan tahun lalu, 0:05:22.763,0:05:25.642 Saya sedang memandu sekitar[br]Poland bersama keluarga saya. 0:05:27.172,0:05:31.413 Waktu itu, kedai-kedai hampir tutup[br]dan kami perlu membeli makanan. 0:05:32.257,0:05:35.692 Akhirnya, kami nampak ada pasar raya[br]di kawasan sebelah jalan kami. 0:05:36.908,0:05:41.637 Cara untuk ke sana dengan[br]cepat ialah dengan membuat pusingan U. 0:05:41.638,0:05:43.328 Jadi, itulah yang saya lakukan. 0:05:44.368,0:05:46.578 Mungkin ia membahayakan. 0:05:47.528,0:05:49.696 Yang pastinya, ia melanggar peraturan. 0:05:52.065,0:05:57.638 Di tempat letak kereta, [br]belum sempat saya mematikan enjin, 0:05:58.238,0:06:00.053 saya dengar bunyi ketukan. 0:06:01.250,0:06:06.096 Saya turunkan tingkap dan [br]dua pasang mata terjegil. 0:06:07.624,0:06:11.963 Itulah dua pasang mata pegawai polis. 0:06:13.296,0:06:17.564 Saya tidak benar-benar fasih [br]dalam bahasa Polish 0:06:17.565,0:06:19.255 dan pada masa yang ideal, 0:06:19.985,0:06:23.526 tetapi saya masih boleh melakukan[br]perbualan mudah. 0:06:24.336,0:06:27.780 Tetapi pada masa itu, [br]dengan dihantui rasa bersalah 0:06:28.620,0:06:31.755 mata bertentang mata dengan[br]dua pegawai beruniform, 0:06:33.175,0:06:38.315 setiap perkataan Polish yang wajar[br]yang saya tahu meluncur dari mulut saya. 0:06:39.719,0:06:43.789 Ya, saya tidak berfikir sejenak pun, 0:06:44.549,0:06:47.728 untuk mencuba menangani[br]keadaan ini dalam bahasa Inggeris. 0:06:49.078,0:06:53.318 Mungkin, bahasa Inggeris boleh[br]memberikan saya kelebihan bahasa. 0:06:54.278,0:06:57.280 tetapi itu mungkin menjadikan[br]pegawai polis itu tidak selesa. 0:06:58.244,0:07:00.934 Jadi, saya tetap mahu[br]bertutur dalam Polish. 0:07:01.774,0:07:02.798 Bagaimana? 0:07:04.479,0:07:08.699 Sudut kecil bahasa Polish di otak saya[br]terus kosong. 0:07:10.388,0:07:11.965 kecuali satu perkara. 0:07:13.204,0:07:17.942 Ada satu perkara yang[br]sering saya ulangi 0:07:17.943,0:07:20.814 sehinggakan saya boleh[br]ulanginya dalam tidur. 0:07:22.501,0:07:24.960 Ia sebuah puisi kanak-kanak, 0:07:27.563,0:07:29.652 mengenai seekor katak yang sakit. 0:07:30.273,0:07:32.251 (Ketawa) 0:07:32.951,0:07:34.522 Itu yang saya lakukan. 0:07:34.523,0:07:39.523 Saya tahu ia sesuatu yang pelik,[br]tetapi tiba-tiba saya katakan: 0:07:40.417,0:07:42.532 (Bahasa Polish) Seekor katak terasa lemah 0:07:42.532,0:07:46.084 dia berjumpa doktor[br]dan mengatakan yang dia sakit. 0:07:46.085,0:07:50.458 Doktor itu pun memakai kaca mata[br]sebab dia sudah agak tua." 0:07:51.564,0:07:53.882 Saya memandang ke arah [br]pegawai polis itu. 0:07:53.883,0:07:56.483 Dan mereka memandang tepat[br]kepada saya. 0:07:56.484,0:07:57.813 (Ketawa) 0:07:58.653,0:08:01.659 Saya rasa salah seorang pegawai itu[br]menggaru kepalanya. 0:08:02.669,0:08:05.242 Dan kemudian mereka tersenyum. 0:08:06.112,0:08:07.339 Mereka tersenyum. 0:08:07.340,0:08:10.879 Dan dengan itu, saya menjadi tenang, 0:08:10.880,0:08:14.256 sehingga beberapa perkataan yang lebih relevan 0:08:14.257,0:08:16.677 boleh masuk kembali[br]ke dalam kepala saya, 0:08:16.688,0:08:19.687 dengan tergagap-gagap saya boleh[br]menyebutkan separuh ayat seperti, 0:08:19.688,0:08:23.483 "Maaf, perlukan makanan,[br]tidak akan buat lagi." 0:08:24.763,0:08:26.262 Mereka lepaskan saya. 0:08:27.334,0:08:32.458 Semasa saya bergegas menuju kedai, [br]mereka menyahut (Polish) “Szczęśliwej podróży!" 0:08:32.480,0:08:34.020 "Selamat jalan!" 0:08:34.650,0:08:39.006 Bukan tujuan saya mengapi-apikan[br]anda untuk belajar bahasa 0:08:39.006,0:08:42.696 supaya anda boleh ke mana-mana, [br]melanggar peraturan dan melepaskn diri. 0:08:44.586,0:08:49.481 Tetapi kejadian ringkas ini[br]menunjukkan hanya beberapa perkataan 0:08:50.261,0:08:53.760 seberapa mudah atau bodoh sekalipun,[br]hanya beberapa perkataan, 0:08:53.761,0:08:57.991 boleh menusuk kalbu dan melembutkannya. 0:08:58.901,0:09:01.771 Bagaimanapun, ada alternatif[br]kepada katak yang sakit itu. 0:09:01.772,0:09:04.207 Ada satu perkara yang saya[br]tahu dengan baik iaitu 0:09:05.857,0:09:07.232 sebuah lagu minum arak. 0:09:07.233,0:09:08.525 (Ketawa) 0:09:09.185,0:09:11.394 Pegawai polis itu mungkin[br]tidak akan senyum. 0:09:12.124,0:09:14.430 Mungkin saya akan dibawa[br]ke balai polis 0:09:14.431,0:09:15.661 untuk ujian darah. 0:09:17.603,0:09:21.133 Anda tidak perlu belajar banyak bahasa 0:09:21.134,0:09:24.153 dan anda tidak perlu [br]mempelajarinya dengan fasih. 0:09:24.154,0:09:26.162 Hanya sedikit boleh memberikan kesan. 0:09:27.122,0:09:30.383 Sepuluh perkataan yang menusuk jiwa[br]boleh memberikan kesan mendalam 0:09:30.384,0:09:32.964 daripada seribu perkataan[br]yang sekadar masuk ke akal. 0:09:34.644,0:09:38.741 Anda boleh menggunakan bahasa Inggeris[br]dan bertemu di pertengahan. 0:09:39.851,0:09:44.822 Tetapi anda juga boleh menjadi[br]orang yang melangkah garisan tengah itu 0:09:44.823,0:09:49.393 dan bertemu teman baru anda[br]atau seteru anda, 0:09:49.394,0:09:51.480 bertemu mereka di kawasan mereka sendiri. 0:09:52.375,0:09:55.334 Bertutur bahasa orang lain[br]bukan satu kelemahan. 0:09:55.336,0:09:57.066 Malah, ia membuktikan anda kuat. 0:09:57.856,0:10:04.241 Hanya orang yang berani dan berusaha[br]melangkah garisanlah 0:10:05.221,0:10:06.923 yang akan menang. 0:10:08.292,0:10:12.210 Jangan takut melakukan kesilapan.[br]Kesilapan adalah sifat seorang manusia. 0:10:12.918,0:10:16.836 Dalam hal ini, ada bonus. 0:10:18.091,0:10:20.692 Jika anda membuat kesilapan, 0:10:20.693,0:10:26.090 anda berikan peluang kepada[br]orang lain membantu dan mengenali anda. 0:10:26.091,0:10:31.933 Dengan ini, hubungan yang baru terjalin[br]akan menjadi lebih kuat. 0:10:32.934,0:10:37.190 Jadi, adakah anda mahu [br]diri anda difahami 0:10:38.320,0:10:39.970 atau anda mahu menjalin hubungan? 0:10:41.650,0:10:46.520 Mari terus belajar[br]dan menggunakan bahasa Inggeris. 0:10:48.080,0:10:52.561 Supaya kita boleh berinteraksi dengan [br]pelbagai golongan, seperti di TEDx ini. 0:10:53.591,0:10:57.697 Bahasa Inggeris adalah alat yang hebat [br]untuk berkongsi pengetahuan, 0:10:57.698,0:11:03.750 untuk persidangan antarabangsa[br]mengenai masalah sejagat. 0:11:04.940,0:11:10.161 Yang penting, bahasa Inggeris adalah[br]laluan ke hati 365 juta penutur. 0:11:11.131,0:11:17.170 Kepada 356 juta orang, bahasa Inggeris [br]adalah wangian biskut kuki. 0:11:18.927,0:11:20.517 Tetapi mengapa berhenti di situ? 0:11:22.007,0:11:24.535 Mengapa tidak melakukan [br]usaha tambahan 0:11:24.536,0:11:27.696 dan belajar sekurang-kurangnya[br]satu bahasa asing yang lain? 0:11:28.776,0:11:31.784 Terdapat pelbagai perisa[br]biskut kuki di luar sana. 0:11:31.785,0:11:34.181 Mari kita mencuba perisa yang baru. 0:11:34.990,0:11:36.051 Terima kasih. 0:11:36.463,0:11:37.755 (Tepukan)