1 00:00:15,895 --> 00:00:17,974 Saya mahu berkongsi dengan anda semua 2 00:00:17,974 --> 00:00:19,484 sebuah idea yang saya percaya 3 00:00:19,484 --> 00:00:23,037 dapat membentuk masa depan pembelajaran diperibadikan. 4 00:00:23,037 --> 00:00:26,074 Semua orang dapat 5 00:00:26,074 --> 00:00:28,665 melakukannya hari ini juga, ia percuma, 6 00:00:28,665 --> 00:00:30,833 dan ia tidak dapat dirampas daripada anda. 7 00:00:31,184 --> 00:00:34,274 Saya namakannya "Blog Pembelajaran Seumur Hidup". 8 00:00:34,274 --> 00:00:37,308 Ia tidak seperti blog-blog lain 9 00:00:37,308 --> 00:00:40,402 yang bertujuan untuk menarik minat pembaca, 10 00:00:40,402 --> 00:00:42,598 tapi untuk membantu orang muda belajar. 11 00:00:42,598 --> 00:00:44,948 Agak mudah saja. 12 00:00:44,948 --> 00:00:48,756 Pertama, fikirkan budak yang anda sayangi. 13 00:00:49,386 --> 00:00:53,968 Kemudian, daftarkan sebuah akaun Google, atau sebagainya, 14 00:00:53,968 --> 00:00:56,446 dan bantu mereka sediakan sebuah blog. 15 00:00:56,446 --> 00:00:59,556 Jika anda rasa mereka terlalu muda untuk miliki akaun Google sendiri, 16 00:00:59,556 --> 00:01:01,806 mereka boleh gunakan akaun anda. 17 00:01:02,968 --> 00:01:04,718 Akhirnya, 18 00:01:04,718 --> 00:01:06,086 inilah yang utama: 19 00:01:06,086 --> 00:01:09,971 pastikan anda ada widget e-mel, 20 00:01:09,971 --> 00:01:12,809 dan libatkan diri sendiri 21 00:01:12,809 --> 00:01:16,519 dan sekurang-kurangnya 4 orang dewasa yang juga sayangkan budak itu. 22 00:01:17,538 --> 00:01:20,719 Jika keluarga anda adalah seperti keluarga saya, 23 00:01:20,719 --> 00:01:23,254 kita ada sebuah persamaan: 24 00:01:23,255 --> 00:01:25,191 datuk nenek. 25 00:01:26,091 --> 00:01:27,785 Orang tua dan orang muda mempunyai interaksi yang ketara. 26 00:01:27,785 --> 00:01:30,969 Orang tua dan orang muda mempunyai interaksi yang ketara. 27 00:01:30,969 --> 00:01:35,532 Pemenang anugerah TED Talk, Sugata Mitra, 28 00:01:35,532 --> 00:01:38,133 menamakannya "Granny Cloud", 29 00:01:38,133 --> 00:01:42,502 iaitu sokongan yang memotivasikan budak-budak agar lebih berusaha. 30 00:01:43,738 --> 00:01:46,001 Jika keluarga anda bukan begitu, 31 00:01:46,001 --> 00:01:47,734 semakin banyak yang bukan begitu, 32 00:01:47,734 --> 00:01:50,427 khasnya di kawasan di mana saya tinggal, 33 00:01:50,427 --> 00:01:52,988 maka mungkin cuma ada ibu atau bapa saja, 34 00:01:52,988 --> 00:01:56,286 dan mungkin terdapatnya isu teknikal and bahasa, 35 00:01:56,286 --> 00:01:58,283 tapi bagi kebanyakan budak, 36 00:01:58,283 --> 00:02:01,445 terdapat beberapa orang dewasa yang ambil berat padanya 37 00:02:01,445 --> 00:02:03,570 dan mahu membantu. 38 00:02:04,220 --> 00:02:06,550 Mungkin guru tuisyen, 39 00:02:06,550 --> 00:02:08,147 pekerja sosial, 40 00:02:08,147 --> 00:02:09,419 saudara jauh, 41 00:02:09,419 --> 00:02:10,848 atau cikgu. 42 00:02:12,071 --> 00:02:15,611 Kira-kira 20 minit diperlukan 43 00:02:15,611 --> 00:02:19,915 untuk sediakan blog ini. 44 00:02:19,915 --> 00:02:22,666 Saya telah sediakan arahan 45 00:02:22,666 --> 00:02:26,770 di sebuah laman web: blogsandbadges.com. 46 00:02:27,470 --> 00:02:29,778 Langkah seterusnya lebih sukar, 47 00:02:29,778 --> 00:02:32,013 tapi di situlah keseronokan bermula. 48 00:02:32,013 --> 00:02:33,821 Bagi anak bongsu saya, Charlie, 49 00:02:33,821 --> 00:02:35,552 ini permulaannya: 50 00:02:35,552 --> 00:02:38,459 "Tak nak!" 51 00:02:40,929 --> 00:02:43,697 Charlie telah melihat kesan blog 52 00:02:43,697 --> 00:02:45,563 pada abangnya, Max, 53 00:02:45,563 --> 00:02:49,046 dan berasa bahawa dia belum bersedia untuknya. 54 00:02:49,046 --> 00:02:52,285 Max berhenti ke sekolah pada tahun lalu 55 00:02:52,285 --> 00:02:55,216 agar dia dapat ikuti pembelajaran ini selama 6 bulan, 56 00:02:55,216 --> 00:02:58,524 iaitu "semester in Geeklylandia", 57 00:02:58,524 --> 00:03:00,672 sebuah nama yang kami berikan. 58 00:03:00,672 --> 00:03:02,987 Pengalaman dan blog dia, 59 00:03:02,987 --> 00:03:05,378 "Postcards from Geeklylandia", 60 00:03:05,378 --> 00:03:09,021 telah menunjukkan kepada saya dan isteri saya, kedua-duanya pendidik, 61 00:03:09,021 --> 00:03:12,623 keberkesanan blog dan alat pembelajaran seumur hidup. 62 00:03:13,696 --> 00:03:16,942 Berbeza dengan MOOC dan Khan Academy, 63 00:03:16,942 --> 00:03:21,572 blog budak-budak adalah tentang membuat sambil belajar. 64 00:03:23,282 --> 00:03:26,181 Menulis dalam bentuk media yang menarik, misalnya blog, 65 00:03:26,181 --> 00:03:29,226 memupuk 3 ciri utama yang membantu budak-budak 66 00:03:29,226 --> 00:03:31,373 bersedia untuk masa depan. 67 00:03:31,951 --> 00:03:36,589 Pertama: Berkomunikasi dengan orang lain dengan menulis 68 00:03:36,589 --> 00:03:39,406 secara berkesan dan kreatif. 69 00:03:40,052 --> 00:03:44,363 Kedua: Berkomunikasi dengan komputer dan peranti 70 00:03:44,363 --> 00:03:46,922 secara teknikal dan logik. 71 00:03:47,312 --> 00:03:52,038 Ketiga: Memupuk sikap berdikari dan tabah, 72 00:03:52,038 --> 00:03:55,222 iaitu sikap yang mendorong kita 73 00:03:55,222 --> 00:03:58,005 untuk berinterasi dengan orang dan komputer 74 00:03:58,005 --> 00:04:00,529 dan menyempurnakan sesuatu. 75 00:04:02,418 --> 00:04:04,659 Saya berusaha untuk fikirkan cara 76 00:04:04,659 --> 00:04:07,382 untuk menjelaskan apa yang saya mahu sampaikan, 77 00:04:07,382 --> 00:04:10,653 kerana idea ini amat mudah 78 00:04:10,653 --> 00:04:13,394 tapi boleh dihuraikan lagi. 79 00:04:14,024 --> 00:04:16,076 Mendorong budak-budak untuk menulis blog 80 00:04:16,076 --> 00:04:20,343 adalah semudah menyuruh mereka sediakan tugasan 81 00:04:20,343 --> 00:04:22,579 yang telah disiapkan. 82 00:04:22,579 --> 00:04:26,000 Atau, menulis keterangan gambar 83 00:04:26,000 --> 00:04:29,233 bagi gambar yang diambil baru-baru ini. 84 00:04:30,546 --> 00:04:34,199 Mungkin 3 kali setahun, atau setiap hari. 85 00:04:35,075 --> 00:04:36,748 Sedikit adalah baik. 86 00:04:36,748 --> 00:04:38,575 Banyak adalah bagus. 87 00:04:39,349 --> 00:04:42,357 Setiap blog akan menerima galakan 88 00:04:42,357 --> 00:04:46,389 daripada datuk nenek, ibu bapa dan kawan-kawan ahli keluarga. 89 00:04:46,389 --> 00:04:49,677 Oleh sebab saya dihubungkan dengan blog anak saya, 90 00:04:49,677 --> 00:04:51,850 saya akan terima setiap blognya. 91 00:04:51,850 --> 00:04:55,922 Mungkin saya tidak dapat memberikan komen pada waktu pagi, 92 00:04:55,922 --> 00:04:58,184 saya tahu hasil kerja mereka, 93 00:04:58,184 --> 00:04:59,905 dan sedia untuk berbincang dengan mereka 94 00:04:59,905 --> 00:05:02,786 semasa waktu makan malam, atau sarapan. 95 00:05:03,269 --> 00:05:06,553 Platform blog hampir sama 96 00:05:06,553 --> 00:05:08,347 dengan Platform Facebook, 97 00:05:08,347 --> 00:05:10,631 tapi terdapat perbezaan yang penting 98 00:05:10,631 --> 00:05:13,106 antara budaya rakan sebaya di Facebook 99 00:05:13,106 --> 00:05:15,612 dengan budaya dalam talian yang wujud 100 00:05:15,612 --> 00:05:17,920 apabila budak-budak menulis blog kepada ibu bapa, 101 00:05:17,920 --> 00:05:21,121 datuk nenek dan kawan-kawan ahli keluarga. 102 00:05:21,698 --> 00:05:27,072 Setelah Max, Charlie, dan budak-budak lain yang saya kenal 103 00:05:27,072 --> 00:05:29,140 keluar dari sekolah menengah 104 00:05:29,140 --> 00:05:31,947 dan lanjutkan pelajaran, atau bekerja, 105 00:05:31,947 --> 00:05:37,685 mereka telah mengumpulkan semua hasil kerja dalam komputer. 106 00:05:37,685 --> 00:05:40,084 Mereka boleh gunakannya untuk meneliti semula 107 00:05:40,084 --> 00:05:43,229 pencapaian dan pembelajaran mereka, 108 00:05:43,229 --> 00:05:45,547 dan mereka boleh sediakan portfolio daripadanya, 109 00:05:45,547 --> 00:05:47,125 hasil kerja terbaik, 110 00:05:47,125 --> 00:05:50,758 lencana, sijil dan diploma. 111 00:05:54,038 --> 00:05:57,267 Ramai budak melalui sebuah tahap 112 00:05:57,267 --> 00:05:59,565 di mana mereka suka membaca, 113 00:05:59,565 --> 00:06:02,000 tapi mereka benci menulis. 114 00:06:02,000 --> 00:06:05,962 Kedua-duanya perlukan latihan dan agak sukar pada mulanya. 115 00:06:06,526 --> 00:06:11,571 Kita selalu mengajar anak-anak kita membaca dan bertutur, 116 00:06:11,571 --> 00:06:13,465 dan berlatih dengan mereka 117 00:06:13,465 --> 00:06:15,599 sejak mereka kecil lagi, 118 00:06:15,599 --> 00:06:17,553 tapi menulis jarang dihiraukan 119 00:06:17,553 --> 00:06:20,748 dan ia diserahkan kepada sekolah. 120 00:06:20,748 --> 00:06:22,893 Apabila anda serahkan tugas itu kepada sekolah, 121 00:06:22,893 --> 00:06:25,913 saya katakannya dengan penuh hormat kepada guru-guru, 122 00:06:25,913 --> 00:06:30,567 hasil tulisan pelajar dihantar untuk disemak 123 00:06:30,567 --> 00:06:33,894 dan dikembalikan kemudian dengan tulisan merah. 124 00:06:33,894 --> 00:06:38,536 Saya cuma mahu sampaikan pendapat saya. 125 00:06:38,536 --> 00:06:42,118 Isteri saya seorang guru kelas gred 7 126 00:06:42,118 --> 00:06:43,950 di sebuah sekolah awam. 127 00:06:43,950 --> 00:06:46,206 Dia bekerja setiap hujung minggu, 128 00:06:46,206 --> 00:06:49,644 menyemak kertas soalan dan memberikan komen kepada pelajar. 129 00:06:49,644 --> 00:06:51,874 Di sekolah rendah yang biasa, 130 00:06:51,874 --> 00:06:54,805 terdapat kira-kira 20 pelajar dalam sebuah kelas, 131 00:06:54,805 --> 00:06:59,391 setiap pelajar mendapat sedikit perhatian. 132 00:07:00,041 --> 00:07:02,118 Jika pelajar ada blog pembelajaran 133 00:07:02,118 --> 00:07:04,380 yang diikuti 5 orang dewasa, 134 00:07:04,380 --> 00:07:07,167 maka ada 5 orang yang ambil berat padanya, 135 00:07:07,167 --> 00:07:10,326 dia mendapat lebih banyak perhatian. 136 00:07:10,326 --> 00:07:11,767 Saya bukannya mengatakan 137 00:07:11,767 --> 00:07:14,358 komen datuk nenek pada blog 138 00:07:14,358 --> 00:07:17,590 adalah sama seperti komen guru. 139 00:07:17,590 --> 00:07:21,424 Masa dan kesesuaian adalah berbeza. 140 00:07:21,424 --> 00:07:23,193 Guru ialah profesional 141 00:07:23,193 --> 00:07:26,339 yang diupah untuk mengajar sepenuh masa. 142 00:07:26,339 --> 00:07:29,327 Orang dewasa lain dalam dunia digital 143 00:07:29,327 --> 00:07:33,245 mungkin tidak ada kemahiran yang dimiliki guru, 144 00:07:33,245 --> 00:07:37,004 tapi mereka boleh memberikan sokongan, galakan 145 00:07:37,004 --> 00:07:39,412 dan komitmen seumur hidup, 146 00:07:39,412 --> 00:07:42,327 ini adalah penting. 147 00:07:43,645 --> 00:07:45,636 Di sekolah menengah 148 00:07:45,636 --> 00:07:49,317 di mana biasanya cikgu mengajar 5 kelas, 149 00:07:49,317 --> 00:07:52,970 nisbah kemajuan bagi blog ialah 500:1, 150 00:07:52,970 --> 00:07:56,125 ia mengandaikan hanya 5 orang dewasa 151 00:07:56,125 --> 00:07:58,452 yang daftarkan diri untuk blog. 152 00:07:59,041 --> 00:08:01,825 Ini sebuah peningkatan yang baik. 153 00:08:01,825 --> 00:08:04,251 Inisiatif pendidikan yang lain 154 00:08:04,251 --> 00:08:07,480 tidak memberikan hasil yang begitu baik. 155 00:08:07,480 --> 00:08:10,202 Jadi, jika anda percaya 156 00:08:10,202 --> 00:08:12,956 membuat sambil belajar amat berkesan, 157 00:08:12,956 --> 00:08:15,196 bukannya menerima secara pasif, 158 00:08:15,196 --> 00:08:18,761 dan menulis secara berkesan dan kreatif 159 00:08:18,761 --> 00:08:21,767 ialah kemahiran yang mesti dipelajari, 160 00:08:21,767 --> 00:08:25,801 dan dorongan untuk menulis amat dipengaruhi 161 00:08:25,801 --> 00:08:28,125 oleh komen daripada orang dewasa yang prihatin, 162 00:08:28,125 --> 00:08:31,807 maka anda mempercayai potensinya. 163 00:08:31,807 --> 00:08:34,537 Pelajar yang menulis blog kepada orang dewasa yang prihatin 164 00:08:34,537 --> 00:08:37,430 menunjukkan kemajuan yang tinggi 165 00:08:37,430 --> 00:08:39,748 dalam salah satu kitaran pembelajaran: 166 00:08:39,748 --> 00:08:42,561 menulis dan memberikan komen. 167 00:08:42,561 --> 00:08:45,364 Ini adalah sama seperti membaca kepada anak anda. 168 00:08:45,364 --> 00:08:48,051 Setiap orang tahu cara untuk melakukannya. 169 00:08:48,051 --> 00:08:51,261 Tidak melakukannya akan memudaratkan anak anda. 170 00:08:51,261 --> 00:08:52,553 Menulis pun begitu. 171 00:08:52,553 --> 00:08:54,749 Anda boleh lakukan sesuatu yang percuma dan mudah 172 00:08:54,749 --> 00:08:58,600 untuk membantu anak-anak anda. 173 00:08:59,237 --> 00:09:00,744 Soalan saya: 174 00:09:00,744 --> 00:09:03,636 Mahukah anda sediakan blog ini untuk anak anda? 175 00:09:03,636 --> 00:09:05,197 Sila angkat tangan atau berdiri 176 00:09:05,197 --> 00:09:08,353 jika anda telah bersedia untuk melakukannya. 177 00:09:13,538 --> 00:09:15,444 Terima kasih. 178 00:09:15,444 --> 00:09:17,571 (Tepukan)