Saya mahu berkongsi
dengan anda semua
sebuah idea yang saya percaya
dapat membentuk masa depan
pembelajaran diperibadikan.
Semua orang dapat
melakukannya hari ini juga,
ia percuma,
dan ia tidak dapat
dirampas daripada anda.
Saya namakannya
"Blog Pembelajaran Seumur Hidup".
Ia tidak seperti blog-blog lain
yang bertujuan untuk
menarik minat pembaca,
tapi untuk membantu
orang muda belajar.
Agak mudah saja.
Pertama, fikirkan budak
yang anda sayangi.
Kemudian, daftarkan sebuah
akaun Google, atau sebagainya,
dan bantu mereka
sediakan sebuah blog.
Jika anda rasa mereka terlalu muda
untuk miliki akaun Google sendiri,
mereka boleh gunakan akaun anda.
Akhirnya,
inilah yang utama:
pastikan anda ada widget e-mel,
dan libatkan diri sendiri
dan sekurang-kurangnya 4 orang dewasa
yang juga sayangkan budak itu.
Jika keluarga anda
adalah seperti keluarga saya,
kita ada sebuah persamaan:
datuk nenek.
Orang tua dan orang muda
mempunyai interaksi yang ketara.
Orang tua dan orang muda
mempunyai interaksi yang ketara.
Pemenang anugerah TED Talk,
Sugata Mitra,
menamakannya "Granny Cloud",
iaitu sokongan yang memotivasikan
budak-budak agar lebih berusaha.
Jika keluarga anda bukan begitu,
semakin banyak yang bukan begitu,
khasnya di kawasan
di mana saya tinggal,
maka mungkin cuma ada
ibu atau bapa saja,
dan mungkin terdapatnya
isu teknikal and bahasa,
tapi bagi kebanyakan budak,
terdapat beberapa orang dewasa
yang ambil berat padanya
dan mahu membantu.
Mungkin guru tuisyen,
pekerja sosial,
saudara jauh,
atau cikgu.
Kira-kira 20 minit diperlukan
untuk sediakan blog ini.
Saya telah sediakan arahan
di sebuah tapak web:
blogsandbadges.com.
Langkah seterusnya lebih sukar,
tapi di situlah keseronokan bermula.
Bagi anak bongsu saya, Charlie,
ini permulaannya:
"Tak nak!"
Charlie telah melihat kesan blog
pada abangnya, Max,
dan berasa bahawa
dia belum bersedia untuknya.
Max berhenti ke sekolah
pada tahun lalu
agar dia dapat ikuti
pembelajaran ini selama 6 bulan,
iaitu "semester in Geeklylandia",
sebuah nama yang kami berikan.
Pengalaman dan blog dia,
"Postcards from Geeklylandia",
telah menunjukkan kepada saya
dan isteri saya, kedua-duanya pendidik,
keberkesanan blog dan
alat pembelajaran seumur hidup.
Berbeza dengan MOOC dan Khan Academy,
blog budak-budak adalah
tentang membuat sambil belajar.
Menulis dalam bentuk media
yang menarik, misalnya blog,
memupuk 3 ciri utama
yang membantu budak-budak
bersedia untuk masa depan.
Pertama: Berkomunikasi dengan
orang lain dengan menulis
secara berkesan dan kreatif.
Kedua: Berkomunikasi dengan
komputer dan peranti
secara teknikal dan logik.
Ketiga: Memupuk sikap
berdikari dan tabah,
iaitu sikap yang mendorong kita
untuk berinterasi dengan
orang dan komputer
dan menyempurnakan sesuatu.
Saya berusaha untuk fikirkan cara
untuk menjelaskan apa
yang saya mahu sampaikan,
kerana idea ini amat mudah
tapi boleh dihuraikan lagi.
Mendorong budak-budak
untuk menulis blog
adalah semudah menyuruh
mereka sediakan tugasan
yang telah disiapkan.
Atau, menulis keterangan gambar
bagi gambar yang diambil
baru-baru ini.
Mungkin 3 kali setahun,
atau setiap hari.
Sedikit adalah baik.
Banyak adalah bagus.
Setiap blog akan menerima galakan
daripada datuk nenek, ibu bapa
dan kawan-kawan ahli keluarga.
Oleh sebab saya dihubungkan
dengan blog anak saya,
saya akan terima setiap blognya.
Mungkin saya tidak dapat
memberikan komen pada waktu pagi,
saya tahu hasil kerja mereka,
dan sedia untuk
berbincang dengan mereka
semasa waktu makan malam,
atau sarapan.
Reka bentuk blog hampir sama
dengan reka bentuk Facebook,
tapi terdapat perbezaan yang penting
antara budaya rakan sebaya di Facebook
dengan budaya dalam talian yang wujud
apabila budak-budak
menulis blog kepada ibu bapa,
datuk nenek dan
kawan-kawan ahli keluarga.
Setelah Max, Charlie, dan
budak-budak lain yang saya kenal
keluar dari sekolah menengah
dan lanjutkan pelajaran,
atau bekerja,
mereka telah mengumpulkan
semua hasil kerja dalam komputer.
Mereka boleh gunakannya
untuk meneliti semula
pencapaian dan pembelajaran mereka,
dan mereka boleh
sediakan portfolio daripadanya,
hasil kerja terbaik,
lencana, sijil dan diploma.
Ramai budak melalui sebuah tahap
di mana mereka suka membaca,
tapi mereka benci menulis.
Kedua-duanya perlukan latihan
dan agak sukar pada mulanya.
Kita selalu mengajar anak-anak kita
membaca dan bertutur,
dan berlatih dengan mereka
sejak mereka kecil lagi,
tapi menulis jarang dihiraukan
dan ia diserahkan kepada sekolah.
Apabila anda serahkan
tugas itu kepada sekolah,
saya katakannya dengan
penuh hormat kepada guru-guru,
hasil tulisan pelajar
dihantar untuk disemak
dan dikembalikan kemudian
dengan tulisan merah.
Saya cuma mahu
sampaikan pendapat saya.
Isteri saya seorang guru kelas gred 7
di sebuah sekolah awam.
Dia bekerja setiap hujung minggu,
menyemak kertas soalan dan
memberikan komen kepada pelajar.
Di sekolah rendah yang biasa,
terdapat kira-kira 20 pelajar
dalam sebuah kelas,
setiap pelajar mendapat sedikit perhatian.
Jika pelajar ada blog pembelajaran
yang diikuti 5 orang dewasa,
maka ada 5 orang
yang ambil berat padanya,
dia mendapat lebih banyak perhatian.
Saya bukannya mengatakan
komen datuk nenek pada blog
adalah sama seperti komen guru.
Masa dan kesesuaian adalah berbeza.
Guru ialah profesional
yang diupah untuk
mengajar sepenuh masa.
Orang dewasa lain
dalam dunia digital
mungkin tidak ada
kemahiran yang dimiliki guru,
tapi mereka boleh
memberikan sokongan, galakan
dan komitmen seumur hidup,
ini adalah penting.
Di sekolah menengah
di mana biasanya
cikgu mengajar 5 kelas,
nisbah kemajuan bagi blog ialah 500:1,
ia mengandaikan hanya 5 orang dewasa
yang daftarkan diri untuk blog.
Ini sebuah peningkatan yang baik.
Inisiatif pendidikan yang lain
tidak memberikan hasil
yang begitu baik.
Jadi, jika anda percaya
membuat sambil belajar amat berkesan,
bukannya menerima secara pasif,
dan menulis secara berkesan dan kreatif
ialah kemahiran yang mesti dipelajari,
dan dorongan untuk menulis
amat dipengaruhi
oleh komen daripada
orang dewasa yang prihatin,
maka anda mempercayai potensinya.
Pelajar yang menulis blog
kepada orang dewasa yang prihatin
menunjukkan kemajuan yang tinggi
dalam salah satu kitaran pembelajaran:
menulis dan memberikan komen.
Ini adalah sama seperti
membaca kepada anak anda.
Setiap orang tahu
cara untuk melakukannya.
Tidak melakukannya akan
memudaratkan anak anda.
Menulis pun begitu.
Anda boleh lakukan sesuatu
yang percuma dan mudah
untuk membantu anak-anak anda.
Soalan saya:
Mahukah anda sediakan
blog ini untuk anak anda?
Sila angkat tangan atau berdiri
jika anda telah bersedia
untuk melakukannya.
Terima kasih.
(Tepukan)