Stacy: Stampy, Lizzy, Preston - terima kasih
kerana sudi datang dengan saya.
Apa yang saya ingin tunjukkan kepada anda
hanya selepas plateau mesa ini.
Saya rasa anda akan menyukainya!
TUNGGU SEKEJAP ADA LUBANG DI TREK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(menjerit) Semua orang baik?
Stampy: Ah, saya lihat masalahnya.
Lihat!
Ada lubang di trek.
Stacy: Biar betul, Stampy?
Lizzy: Mungkin kita harus kumpulkan blok
untuk membaikinya.
Preston: Mari kita jadikannya sebagai
satu perlumbaan.
Siapa yang sampai di atas terdahulu
menang.
Stacy: Ok, bersiap sedia, GO!
Ok, saya akan mengumpulkan beberapa
terracotta ini.
Tunggu.
Rakan, saya tidak dapat melombong!
Preston: Sama.
Lizzy: Saya tidak dapat juga.
Stacy: Ok, ini amat pelik.
Stampy, bolehkah anda melombong?
Stampy: Saya tidak dapat melombong!
Stacy: Ok, semua orang bertenang.
Stampy: Adakah permainan rosak?
Stacy: Kalau ia benar rosak, bagaimana
kita boleh membaikinya?
Lizzy: Saya tidak tahu.
Stampy: Adakah sesiapa yang tahu bagaimana
untuk menulis kod Minecraft?
(poof) Preston: Apa itu?
Stampy: Saya tidak pernah lihat barang ini.
Lizzy: Ia sangat comel!
Stacy: Adakah ia ... adakah ia boleh
dijinakkan?
Preston: Ok, apa yang sedang berlaku?
Salah seorang perlu kembali ke dunia
sebenar dan membaiki ini.
All: Bukan saya!
Stacy: Bukan s- (Aih.)
Ok, Saya akan pergi.
Hai!
Oh, ok, hai, saya di dunia sebenar
sekarang.
Saya akan cuba mencari pejabat Minecraft.
Tetapi, saya akan memerlukan bantuan anda.
Mulakan tutorial, mula belajar cara untuk
pengaturcaraan, dan saya jumpa anda lagi
selepas beberapa tahap, ok?
Semoga saya berjaya!
Saya rasa ini jalannya.
Aduh!
Kaktus!
Saya baik!
Untuk menyelesaikan cabaran Hour of Code,anda
perlu menulis kod untuk memprogramkan ejen
Anda akan bekerjasama dengan ejen untuk melepasi
sebarang halangan di laluan anda, jadi anda
boleh memilih item yang anda perlukan
untuk perjalanan anda.
Hanya Ejen yang boleh letakkan dan pecahkan
blok, dan hanya anda yang boleh mengumpul item.
Skrin anda akan dibahagikan kepada tiga
bahagian utama. Di kiri ialah Minecraft.
Di tengah ialah toolbox dengan perintah
yang boleh difahami Ejen.
Dan di sebelah kanan, ialah ruang kerja.
Di situlah anda menyimpulkan perintah untuk
membina program untuk mengawal Ejen.
Ejen boleh berjalan, pusing, dan
mengaktifkan plat tekanan.
55
00:02:16,489 --> 00:02:19,969
Ia juga boleh memusnahkan blok dan
menempatkan blok.
Apabila ia menempatkan blok seperti rel
minecart ini,ia menempatnya di bawahnya sendiri.
Jika anda terlupa langkah, arahan untuk
setiap tahap berada di atas.
Jika anda mahu mencuba lagi, anda boleh klik
butang biru "set semula" untuk menetapkan semula
seperti asal.
Dan jika anda perlu memadam satu blok kod,
seretnya dari ruang kerja ke toolbox.
Jangan lupa untuk klik "jalan" untuk
membolehkan Ejen bergerak.
Ok, teruskan dan cuba beberapa tahap.
Semoga berjaya!