Stacy: Stampy, Lizzy, Preston
- terima kasih kerana bersama saya.
Ia berada di sebalik dataran tinggi mesa.
Anda pasti sukainya.
Sebentar - ada lubang dalam trek!
(menjerit) Adakah anda semua okey?
Stampy: Ah, saya nampak masalahnya.
Lihat!
Ada lubang dalam trek.
Stacy: Betulkah, Stampy?
Lizzy: Mungkin kami patut
kumpulkan blok untuk membaikinya.
Preston: Marilah berlumba.
Orang pertama untuk kembali
ke atas menang.
Stacy: Okey, bersedia, dan, MULA!
Okey, saya akan kumpulkan
sedikit terakota.
Tunggu.
Saya tidak dapat melombong!
Preston: Sama.
Lizzy: Saya juga.
Stacy: Okey, ini pelik.
Stampy, anda boleh melombong?
Stampy: Saya tidak dapat melombong!
Stacy: Okey, semua bertenang.
Stampy: Adakah permainan rosak?
Stacy: Jika ya, bagaimana untuk baiki?
Lizzy: Saya tidak tahu.
Stampy: Sesiapa tahu menulis
kod Minecraft?
(poof) Preston: Apa benda itu?
Stampy: Saya tidak pernah melihatnya.
Lizzy: Ia begitu comel!
Stacy: Adakah ia...boleh dijinakkan?
Preston: Okey, apa yang berlaku?
Seseorang perlu kembali ke
dunia sebenar dan membaikinya.
Semua: Bukan itu!
Stacy: Bukan (Mengeluh.)
Okey, saya akan pergi.
Hei!
Oh, okey, hei, jadi saya
berada di dunia sebenar sekarang.
Saya akan cube mencari pejabat Minecraft.
Tapi, saya perlukan bantuan anda.
Mulakan bimbingan, mula belajar kod,
dan saya akan jumpa anda selepas
beberapa peringkat, okey?
Semoga berjaya!
Saya rasa ia ke sini.
Ow!
Kaktus!
Saya okey!
Untuk melengkapkan cabaran Hour of Code,
anda perlu tulis kod untuk program ajen.
Anda perlu bekerjasama dengan Ajen
untuk kosongkan laluan, jadi anda boleh
ambil benda yang diperlukan.
Hanya Ajen boleh letak dan pecahkan blok,
dan hanya anda boleh kumpulkan benda.
Skrin dibahagikan kepada 3 bahagian utama.
Pada sebelah kiri adalah Minecraft.
Di tengah adalah kotak alatan dengan
arahan yang difahami oleh Ajen.
Di kanan, adalah ruang bekerja.
Anda boleh susun arahan utnuk bina
atur cara untuk mengawal Ajen di sana.
Ajen boleh berjalan, pusing, dan
mengaktifkan plat tekanan.
Ia juga boleh memusnahkan
blok dan blok yang ditempatkan.
Apabila ia meletakkan blok seperti rel
kereta lombong, ia tersusun di bawah.
Jika anda terlupa, arahan
untuk setiap peringkat berada di atas.
Untuk cuba semula, tekan butang
"Reset" untuk menetapkan kesemuanya
kepada permulaan.
Jika anda perlu padamkan blok kod,
tarik dari ruang bekerja ke kotak alatan.
Ingat untuk tekan "Run"
supaya AJen bergerak.
Okey, cubalah beberapa peringkat.
Semoga berjaya!