Saya akan mulakan dengan
bercakap sedikit tentang apakah itu autisme.
Saya akan mulakan dengan
bercakap sedikit tentang apakah itu autisme.
Autisme ialah
satu kontinum yang besar:
daripada autisme yang sangat serius --
kanak-kanak yang tiada interaksi verbal --
sehinggalah ahli sains
dan jurutera yang bijak.
Saya sebenarnya
rasa sangat selesa di sini
kerana terdapat banyak
genetik autisme di sini.
Anda tidak akan...
(Tepukan)
Ia sebuah kontinum ciri-ciri.
Bilakah seseorang itu
didapati menderitai
sindrom Asperger, yang merupakan
autisme yang tidak serius?
Mungkin Einstein, Mozart dan
Tesla akan didiagnosis dengan
spektrum autistik
pada hari ini.
Salah satu perkara yang
saya ambil berat ialah,
membolehkan anak-anak ini
menjadi pencipta
dalam hal yang
berkaitan dengan tenaga,
seperti dalam ceramah Bill Gates
pagi ini.
Jika anda mahu memahami
autisme, haiwan,...
Saya mahu bercakap tentang
cara-cara pemikiran yang berbeza.
Anda perlu elakkan
penggunaan bahasa lisan.
Saya berfikir
menggunakan gambaran,
saya tidak berfikir
menggunakan bahasa.
Minda autistik
memfokuskan pada perincian.
Ini sebuah ujian
di mana anda perlu
pilih huruf besar
atau huruf kecil.
Minda autistik akan pilih huruf kecil
dengan lebih cepat.
Minda autistik akan pilih huruf kecil
dengan lebih cepat.
Otak yang normal
akan abaikan perincian.
Jika anda bina sebuah jambatan,
perincian adalah penting
kerana ia akan roboh
jika perincian diabaikan.
Banyak polisi pada masa kini
menjadi semakin abstrak.
Banyak polisi pada masa kini
menjadi semakin abstrak.
Orang ramai semakin tidak
mengutamakan kemahiran tangan.
Orang ramai semakin tidak
mengutamakan kemahiran tangan.
Saya risau kerana banyak sekolah
telah keluarkan kelas kemahiran tangan.
Saya risau kerana banyak sekolah
telah keluarkan kelas kemahiran tangan.
Sebab, seni dan
kelas-kelas sebegini
ialah kelas-kelas
di mana saya cemerlang.
Semasa saya
menguruskan lembu,
saya sedar hal-hal remeh yang
tidak disedari kebanyakan orang
yang akibatkan lembu mogok.
Contohnya,
bendera yang berkibar
di depan kemudahan veterinar.
Seluruh kemudahan veterinar ini
akan dirobohkan
sedangkan hanya bendera itu
yang perlu dialihkan.
Pergerakan yang pantas,
kontras.
Semasa saya bermula pada tahun 70-an,
saya masuk ke empis
untuk melihat
apa yang dilihat lembu.
Orang ramai ingat ia gila.
Sehelai kot pada dinding,
bayang-bayang, hos di lantai
akan akibatkan lembu mogok.
Orang ramai tidak sedar
hal-hal ini --
Rantai yang tergantung --
Ia ditunjukkan dengan baik
dalam filem itu.
Saya suka filem itu.
Bagaimana mereka
hasilkan projek saya.
Itu penampilan gek saya.
Lukisan saya juga muncul
dalam filem itu.
Filem itu dinamakan
"Temple Grandin",
bukannya
"Berfikir Menggunakan Gambaran."
Apakah itu
berfikir menggunakan gambaran?
Ini seperti
filem di dalam otak.
Minda saya berfungsi seperti
gambar-gambar di Google.
Semasa kecil, saya tidak tahu
cara pemikiran saya berbeza.
Saya ingat semua orang
berfikir menggunakan gambaran.
Semasa saya menulis buku saya,
"Berfikir Menggunakan Gambaran,"
saya menemu ramah orang ramai
tentang bagaimana mereka berfikir.
Saya terkejut apabila mendapati
cara pemikiran saya agak berbeza.
Contohnya, jika saya kata,
"Fikirkan sebuah menara gereja",
kebanyakan orang
terbayangkan gereja generik.
Mungkin ia tidak benar di sini,
tapi ia benar
di banyak tempat yang lain.
Saya hanya melihat
gambar yang khusus.
Ia muncul di memori saya seperti
gambar-gambar di Google.
Di filem itu,
terdapat satu babak di mana
setelah perkataan "kasut" disebut,
banyak kasut tahun 50-an dan 60-an
muncul dalam imaginasi saya.
Itulah gereja
zaman kanak-kanak saya.
Ia khusus. Terdapat lebih banyak lagi,
Fort Collins.
Bagaimana dengan yang terkenal?
Ia muncul seperti ini.
Sangat cepat, seperti
gambar-gambar di Google.
Satu gambar muncul
pada satu-satu masa.
Saya fikir, "Mungkin saya boleh
fikiran keadaan bersalji,
atau beribut petir,"
saya boleh mengubahnya
ke dalam bentuk video.
Pemikiran visual ialah
aset yang sangat penting
dalam reka bentuk
kemudahan pengendalian lembu saya.
Saya bekerja keras
untuk memperbaik
bagaimana lembu dilayan
di tempat sembelih.
Saya tidak akan tunjukkan
slaid penyembelihan lembu.
Ia terdapat di YouTube
jika anda mahu lihat.
Satu perkara yang saya dapat lakukan
dalam reka bentuk saya ialah,
menguji sebuah kemudahan
dalam minda saya,
menguji sebuah kemudahan
dalam minda saya,
seperti sistem komputer realiti maya.
Ini ialah pandangan udara
salah satu projek saya yang
dihasilkan semula dalam filem itu.
Ia sangat hebat.
Terdapat banyak orang
yang menderitai Asperger
dan autisme yang bekerja
di set filem juga.
(Gelak ketawa)
Salah satu perkara yang
risaukan saya ialah:
Anak-anak ini pergi ke mana?
Bukannya di Silicon Valley,
di mana mereka sepatutnya berada.
(Gelak ketawa)
(Tepukan)
Salah satu perkara yang saya belajar
di tahap awal ialah,
saya perlu menjual hasil kerja saya,
tapi bukan diri sendiri.
Saya menjual
hasil kerja saya dengan
menunjukkan lukisan saya
dan gambar.
Semasa tahun 50-an,
adab sopan diajarkan.
Ia membantu saya
semasa saya kecil.
Saya diajar agar jangan
tarik barang niaga dari rak
di kedai dan buangkannya.
Apabila anak-anak belajar
di gred 3 atau 4,
anda mungkin dapati bahawa
mereka berfikiran visual.
melukis secara perspektif.
Saya mahu tegaskan
bukannya setiap anak autistik
berfikir secara visual.
Beberapa tahun lalu,
saya jalani imbasan otak.
Saya kerap bergurau tentang
talian jauh Internet yang besar
ke bahagian korteks visual saya.
Ini imej tensor.
Talian jauh Internet saya
dua kali ganda lebih besar
daripada subjek kawalan.
Garisan merah itu milik saya;
garisan biru itu milik subjek kawalan
yang sejantina dan seusia saya.
Garisan saya sangat besar;
Garisan biru
milik subjek kawalan
adalah sangat kecil.
Beberapa kajian kini
menunjukkan bahawa
mereka yang berada di spektrum berfikir
menggunakan korteks visual utama.
Pemikiran visual
ialah sejenis pemikiran.
Minda autistik lebih cenderung kepada
minda pakar -
pandai dalam sesuatu,
tidak pandai dalam sesuatu yang lain.
Saya tidak pandai dalam algebra.
Saya tidak dibenarkan
belajar geometri
atau trigonometri.
Kesilapan besar: Saya dapati banyak budak
yang tidak belajar algebra
belajar geometri
dan trigonometri.
Seterusnya,
pemikiran berdasarkan corak.
Ia lebih abstrak.
Mereka ialah jurutera,
pengatur cara komputer.
Ini pemikiran berdasarkan corak.
Mentadak itu
ialah hasil lipatan
sehelai kertas -
tidak gunakan
pita Scotch dan gunting.
Latar belakangnya ialah
corak melipat.
Semua ini ialah
jenis-jenis pemikiran:
pemikiran visual foto-realistik,
seperti saya;
pemikiran berdasarkan corak -
berminda muzik dan matematik.
Sesetengah daripadanya
mempunyai masalah membaca.
Terdapat juga masalah di mana
anak-anak menderitai disleksia.
Anda akan melihat
pemikiran yang berbeza ini.
Seterusnya, pemikiran verbal. Mereka tahu
setiap fakta tentang apa-apa saja.
Terdapat juga isu deria.
Saya risau kerana saya terpaksa
pakai alat ini di muka saya.
Saya datang ke sini
setengah jam lebih awal
agar saya dapat pakai dan
biasakan diri dengannya.
Ia dibengkokkan agar
tidak terkena dagu saya.
Sesetengah budak tersinggung oleh
cahaya pendarfluor;
yang lain mempunyai masalah
sensitiviti bunyi.
Ia tidak tetap.
Pemikiran visual membolehkan saya
memahami pemikiran haiwan.
Pemikiran visual membolehkan saya
memahami pemikiran haiwan.
Fikirkannya:
Haiwan berfikir menggunakan deria,
bukannya verbal:
berfikir menggunakan gambar,
bunyi dan bau.
Fikirkan berapa banyak maklumat
yang terdapat pada pili bomba.
Anjing tahu
siapa pernah ke situ dan bila.
Adakah ia kawan atau musuh?
Adakah mereka dapat mengawan?
Terdapat banyak maklumat
pada pili bomba itu.
Semuanya maklumat terperinci.
Perincian sebegini
membolehkan saya
memahami haiwan.
Minda haiwan dan minda saya
mengkategorikan maklumat
yang berdasarkan deria.
mengkategorikan maklumat
yang berdasarkan deria.
Lelaki di atas kuda
dan lelaki di atas tanah
ialah dua perkara yang berbeza.
Mungkin terdapat seekor kuda
yang pernah didera seorang penunggang;
kuda itu tiada masalah
dengan doktor haiwan
dan pemakai ladam, tapi anda
dilarang menunggangnya.
Mungkin kuda yang lain
dipukul pemakai ladam
dan kuda itu takutkan
apa-apa saja di atas tanah;
selain doktor haiwan,
tiada orang boleh menunggangnya.
Begitu juga dengan lembu.
Lelaki di atas kuda,
dan lelaki di atas tanah
ialah dua perkara yang berbeza.
Ia dua gambar yang berbeza.
Fikirkan betapa khususnya
perkara ini.
Saya dapati banyak orang tidak pandai
mengkategorikan maklumat.
Saya dapati banyak orang tidak pandai
mengkategorikan maklumat.
Semasa saya mencari
punca masalah peralatan
atau punca masalah
di tempat sembelih,
orang di situ tidak tahu punca masalahnya,
"Adakah ia masalah melatih orang?
atau masalah peralatan?"
Dalam erti kata lain,
mengkategorikan masalah peralatan
daripada masalah orang.
Saya dapati banyak orang
sukar melakukannya.
Katakan, saya dapati
ia masalah peralatan.
Adakah ia masalah kecil
yang boleh saya atasi?
Atau, adakah seluruh
reka bentuk sistem salah?
Orang ramai sukar mencari
punca masalahnya.
Mari kita lihat sesuatu seperti
menjadikan sistem penerbangan
lebih selamat.
Saya telah mengembara berjuta-juta batu
dengan kapal terbang.
Saya telah mengembara berjuta-juta batu
dengan kapal terbang.
Jika saya bekerja di
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan,
Apakah yang akan saya
perhatikan selalu?
Bahagian ekor kapal terbang.
Bagi kemalangan yang serius
dalam 20 tahun yang lalu,
sama ada ekor tertanggal atau
bahagian stereng di ekor rosak.
sama ada ekor tertanggal atau
bahagian stereng di ekor rosak.
Ekor.
Ia sangat mudah.
Semasa juruterbang berjalan di sekitar
kapal terbang, dia tidak dapat lihat
bahagian dalam ekor.
Sekarang,
semasa saya fikirkan semua itu,
saya fikirkan
maklumat yang khusus.
Ia khusus.
Ia pemikiran bawah-atas.
Saya ambil cebisan maklumat
dan kumpulkannya.
Ini seekor kuda yang sangat takutkan
topi koboi hitam.
Ini seekor kuda yang sangat takutkan
topi koboi hitam.
Kuda ini pernah didera seseorang
yang memakai topi begini.
Tapi,
topi koboi putih adalah okey.
Dunia ini perlukan
semua minda yang berbeza
untuk bekerjasama.
Kita perlu mengembangkan
semua minda yang berbeza ini.
Salah satu perkara yang
buat saya sakit hati ialah,
semasa saya mengembara dan
adakan perjumpaan autisme,
saya temui
anak-anak yang pintar,
tapi tidak pandai bersosial.
Tapi, tiada orang yang
mengembangkan minat mereka
dalam sesuatu seperti sains.
Ini membawa kepada
guru sains saya.
Dia digambarkan dengan baik
dalam filem itu.
Semasa di sekolah menengah,
saya tidak hiraukan
pembelajaran saya
sehinggalah kelas sains
En. Carlock.
Dia ialah Dr. Carlock
dalam filem itu.
Dia mencabar saya
untuk mengkaji
sebuah bilik ilusi optik.
Maksudnya, anda perlu tunjukkan
sesuatu yang menarik
kepada anak-anak.
Mungkin salah satu perkara
yang harus dilakukan TED ialah,
maklumkan kepada sekolah tentang
ceramah yang terdapat di TED.
Terdapat juga banyak bahan
yang baik di Internet
yang dapat merangsang
anak-anak ini.
Saya banyak menemui
anak-anak ini
dan guru-guru di luar bandar Midwest.
Bagi tempat lain,
jika anda berada
di luar kawasan teknologi,
mereka tidak tahu apa yang perlu
dilakukan terhadap anak-anak ini.
Mereka juga tidak melakukan sesuatu
dengan betul.
Anda boleh jadikan
sesebuah minda
minda yang lebih banyak
berfikir dan kognitif,
atau jadikan seseorang itu
lebih bersosial.
Sesetengah kajian autisme
telah menunjukkan
mungkin terdapat
lebih banyak saraf di sini;
bagi mereka yang pintar,
mereka kekurangan saraf sosial tertentu.
Ia keseimbangan antara
pemikiran dengan sosial.
Bagi kes yang serius,
seseorang itu tiada interaksi verbal.
Dalam minda manusia yang normal,
bahasa meliputi pemikiran visual;
haiwan juga begitu.
Ini hasil kerja Dr. Bruce Miller.
Dia mengkaji pesakit Alzheimer
yang menderitai demensia di
lobus temporal depan.
Demensia menjejaskan bahagian otak
yang mengawal bahasa.
Ini hasil seni seseorang yang dahulunya
pemasang stereo kereta.
Van Gogh tidak tahu apa-apa
tentang fizik.
Tapi,
ia sangat menarik kerana
terdapat hasil kerja yang
menunjukkan bahawa
corak pusaran
dalam lukisan ini
mengikuti sebuah model
statistik pergolakan.
Ini membawa kepada
idea yang menarik bahawa
mungkin sesetengah corak matematik ini
terdapat di dalam otak kita.
Dan tentang Wolfram --
Saya tuliskan semua perkataan
yang saya gunakan
kerana ia akan digunakan
dalam ceramah autisme saya.
Kita perlu tunjukkan perkara yang menarik
kepada anak-anak ini.
Kelas automotif, kelas melukis dan
kelas seni telah dihentikan.
Kelas automotif, kelas melukis dan
kelas seni telah dihentikan.
Seni ialah subjek terbaik saya
di sekolah.
Kita perlu berfikir tentang
semua minda yang berbeza ini
dan bekerjasama dengan mereka
kerana kita perlukan mereka
pada masa depan.
Mari kita melihat pekerjaan.
Guru sains saya
menyebabkan saya belajar
kerana saya tidak mahu belajar.
Tapi anda tahu? Saya mendapat
pengalaman kerja.
Banyak budak yang pintar ini
tidak belajar perkara asas,
contohnya menepati masa.
Saya diajar tentangnya
semasa berusia 8 tahun.
Saya perlu jaga tatatertib meja makan
semasa jamuan hari Ahad di rumah nenek saya.
Saya diajar tentangnya semasa
saya sangat kecil.
Semasa berusia 13 tahun,
saya menjahit baju
di kedai seorang tukang jahit.
Saya menjalankan
latihan amali di kolej,
saya membina sesuatu,
dan saya juga belajar
membuat tugasan.
Semasa kecil,
saya cuma mahu melukis kuda.
Emak saya kata, "Mari kita lukis
sesuatu yang berbeza."
Mereka perlu belajar
membuat sesuatu yang berbeza.
Katakan, seorang budak
mempunyai obsesi terhadap Lego.
Biarkannya membina
sesuatu yang berbeza.
Minda autistik
mempunyai obsesi terhadap sesuatu.
Minda autistik
mempunyai obsesi terhadap sesuatu.
Jika seorang budak
suka kereta lumba,
gunakanlah kereta lumba
untuk matematik.
Kaji masa yang digunakan kereta lumba
untuk sampai ke jarak tertentu.
Gunakan obsesi tersebut
untuk memotivasikan budak itu.
Saya jengkel apabila guru-guru,
khasnya di tempat lain,
Saya jengkel apabila guru-guru,
khasnya di tempat lain,
tidak tahu apa yang perlu dilakukan
terhadap anak-anak ini.
Ia buat saya sakit hati.
Apakah yang boleh dilakukan mereka yang
berfikiran visual setelah dewasa?
Reka bentuk grafik, perkara yang
berkaitan dengan komputer,
fotografi,
reka bentuk industri.
Mereka yang berfikir menggunakan corak
akan menjadi
ahli matematik,
jurutera perisian,
pengatur cara komputer;
kerja-kerja sebegitu.
Mereka yang berminda perkataan
ialah wartawan yang baik;
mereka juga ialah
pelakon yang baik.
Kerana saya autistik,
saya perlu belajar kemahiran sosial
seperti dalam lakonan.
Mereka perlu mempelajarinya.
Kita perlu bekerjasama
dengan pelajar-pelajar ini.
Ini membawa kepada mentor.
Guru sains saya bukan
cikgu yang bertauliah.
Dulu, dia bekerja sebagai
ahli sains angkasa NASA.
Kini,
di beberapa buah negeri,
jika anda mempunyai ijazah
dalam biologi atau kimia,
anda boleh mengajar biologi
atau kimia di sekolah.
Kita perlu laksanakannya.
Apa yang saya perhatikan ialah,
banyak guru yang baik
berkhidmat di kolej komuniti,
tapi kita perlukan sesetengah guru ini
di sekolah menengah.
Cara lain yang mungkin berjaya ialah,
terdapat banyak orang
yang telah bersara
daripada bidang perisian,
mereka boleh mengajar anak-anak anda.
Tidak apa jika apa yang diajar
telah lapuk
kerana anda mahu
memberikan rangsangan.
Anda mahu merangsang anak itu.
Setelah terangsang,
dia akan belajar benda baru.
Mentor adalah penting.
Apa yang guru sains saya
lakukan untuk saya
adalah sangat penting.
Kita perlu berikan bimbangan
dan upah mereka.
Jika anda terima mereka sebagai
pelatih amali di syarikat anda,
tentang autisme,
minda Asperger,
berikan tugas yang khusus.
Jangan kata, "Reka perisian baru."
Arahan anda perlu khusus:
"Kita akan mereka
perisian telefon,
ia perlu lakukan sesuatu
yang khusus.
Ia hanya boleh gunakan
sebanyak mana memori."
Itulah kekhususan yang diperlukan.
Sampai sini sajalah ceramah saya.
Saya mahu berterima kasih
kepada semua kerana hadir.
Saya gembira berada di sini.
(Tepukan)
Ada soalan untuk saya? OK.
(Tepukan)
Chris Anderson:
Terima kasih atas ceramah tadi.
Anda pernah tulis ini,
saya sukainya:
"Jika berlakunya keajaiban
dan autisme telah tersingkir dari Bumi,
"Jika berlakunya keajaiban
dan autisme telah tersingkir dari Bumi,
maka manusia masih akan
bersosial di depan kayu api
di jalan masuk ke gua."
Temple Grandin:
Siapakah yang hasilkan lembing batu yang pertama?
Orang Asperger.
Jika tanpa genetik autisme,
Silicon Valley tidak akan wujud
dan krisis tenaga tidak akan diselesaikan.
(Tepukan)
Chris Anderson:
Saya mahu tanya anda beberapa soalan lagi,
jika anda berasa tidak sesuai,
anda boleh kata,
"Soalan seterusnya."
Jika seseorang di sini
mempunyai seorang anak autistik
atau kenal seorang anak autistik
dan berasa terasing
daripada anak itu,
apakah nasihat anda?
Temple Grandin:
Pertama, dari segi usia.
Jika anak itu berusia
2, 3, atau 4 tahun,
tiada pertuturan,
tiada interaksi sosial,
Ini sangat penting:
Jangan tunggu. Berikan pengajaran satu ke satu
sekurang-kurangnya 20 jam seminggu.
Terdapat pelbagai tahap autisme.
Separuh daripada mereka
yang berada di spektrum
tidak akan belajar bertutur;
mereka tidak akan bekerja di
Silicon Valley,
mereka tidak sesuai melakukannya.
Bagi anak-anak yang pintar
tapi tidak tahu bersosial
yang menderitai autisme,
anda perlu merangsang mereka
dengan perkara yang menarik.
Saya mempunyai interaksi sosial
melalui minat yang sama.
Saya tunggang kuda,
hasilkan model roket
dan makmal elektronik
bersama budak-budak lain.
Pada tahun 60-an,
kami rekatkan cermin pada
membran getah di pembesar suara
dan mulakan pertunjukan cahaya.
Kami menganggapnya sangat hebat.
Chris Anderson:
Adakah ia tidak realistik
jika mereka harap atau fikir bahawa
anak itu sayang mereka?
jika mereka harap atau fikir bahawa
anak itu sayang mereka?
Temple Grandin:
Anak itu sangat setia,
jika rumah anda terbakar,
dia akan selamatkan anda.
Chris Anderson:
Jika anda tanya soalan ini:
"apakah yang paling menarik minat anda?"
Kebanyakan orang akan kata,
"Anak-anak saya"
atau "Kekasih saya."
Apakah yang paling menarik minat anda?
Temple Grandin:
Perkara yang saya lakukan
akan jadikan dunia ini lebih baik.
Apabila si emak kepada
seorang anak autistik kata,
"Anak saya belajar di kolej
kerana buku anda
atau salah satu ceramah anda,"
saya rasa gembira.
Saya bekerja dengan pihak
yang sembelih lembu
pada tahun 80-an;
tempat itu sangat dahsyat.
Saya bangunkan sistem markah yang mudah
untuk tempat sembelih
di mana mereka cuma mengukur hasil:
berapa ekor lembu jatuh?
Berapa ekor lembu ditujah
penujah lembu?
Berapa ekor lembu
yang mengembu?
Ia sangat mudah.
Hanya perlu perhatikan
beberapa perkara.
Ia berfungsi dengan baik.
Saya berpuas hati
melihat perubahan sebenar
di dunia ini.
Kita perlukan lebih banyak perkara yang mudah
dan lebih kurang perkara yang abstrak.
Kita perlukan lebih banyak perkara yang mudah
dan lebih kurang perkara yang abstrak.
(Tepukan)
Chris Anderson: Semasa dalam talian telefon,
anda katakan sesuatu yang sangat mengejutkan saya.
Chris Anderson: Semasa dalam talian telefon,
anda katakan sesuatu yang sangat mengejutkan saya.
Anda sangat berminat terhadap ladang server.
Cakap tentangnya.
Temple Grandin: Saya sangat gembira
apabila saya membaca tentangnya.
Ia mengandungi maklumat.
Ia merupakan perpustakaan.
Bagi saya, pengetahuan sangat bernilai.
Sepuluh tahun lalu,
Bagi saya, pengetahuan sangat bernilai.
Sepuluh tahun lalu,
perpustakaan kami kebanjiran.
Ia berlaku sebelum Internet berleluasa.
Saya sedih kerana
semua buku telah rosak;
pengetahuan telah musnah.
Ladang server,
atau pusat data,
ialah perpustakaan
yang menyimpan pengetahuan.
Chris Anderson: Kami sangat gembira
kerana anda datang ke TED.
Temple Grandin:
Terima kasih.
(Tepukan)