Saya akan mulakan dengan bercakap sedikit tentang apa itu autisme. Saya akan mulakan dengan bercakap sedikit tentang apa itu autisme. Autisme ialah satu kontinum yang besar: daripada autisme yang sangat serius -- kanak-kanak yang tiada interaksi verbal -- sehinggalah ahli sains dan jurutera yang bijak. Saya sebenarnya rasa sangat selesa di sini kerana ada banyak genetik autisme di sini. Anda tidak akan... (Tepukan) Ia sebuah kontinum ciri-ciri. Bilakah seseorang itu didapati menderitai sindrom Asperger, yang merupakan autisme yang tidak serius? Mungkin Einstein, Mozart dan Tesla akan didiagnosis dengan spektrum autistik pada hari ini. Salah satu perkara yang saya ambil berat ialah, membolehkan anak-anak ini menjadi pencipta dalam hal yang berkaitan dengan tenaga, seperti dalam ceramah Bill Gates pagi ini. Jika anda mahu memahami autisme, haiwan,... Saya mahu bercakap tentang cara-cara pemikiran yang berbeza. Anda perlu elakkan penggunaan bahasa lisan. Saya berfikir menggunakan gambaran, saya tidak berfikir menggunakan bahasa. Minda autistik memfokuskan pada perincian. Ini sebuah ujian di mana anda perlu pilih huruf besar atau huruf kecil. Minda autistik akan pilih huruf kecil dengan lebih cepat. Otak yang normal akan abaikan perincian. Jika anda bina sebuah jambatan, perincian adalah penting kerana ia akan roboh jika perincian diabaikan. Banyak polisi pada masa kini menjadi semakin abstrak. Orang ramai semakin tidak mengutamakan kemahiran tangan. Saya risau kerana banyak sekolah telah keluarkan kelas kemahiran tangan. Sebab, seni dan kelas-kelas sebegini ialah kelas-kelas di mana saya cemerlang. Semasa saya menguruskan lembu, saya sedar hal-hal remeh yang tidak disedari kebanyakan orang yang akibatkan lembu mogok. Contohnya, bendera yang berkibar di depan kemudahan veterinar. Seluruh kemudahan veterinar ini akan dirobohkan sedangkan hanya bendera itu yang perlu dialihkan. Pergerakan yang pantas, kontras. Semasa saya bermula pada tahun 70-an, saya masuk ke empis untuk melihat apa yang dilihat lembu. Orang ramai ingat ia gila. Sehelai kot pada dinding, bayang-bayang, hos di lantai akan akibatkan lembu mogok. Orang ramai tidak sedar hal-hal ini -- Rantai yang tergantung -- Ia ditunjukkan dengan baik dalam filem itu. Saya suka filem itu. Bagaimana mereka hasilkan projek saya. Itu penampilan gek saya. Lukisan saya juga muncul dalam filem itu. Filem itu dinamakan "Temple Grandin", bukannya "Berfikir Menggunakan Gambaran." Apakah itu berfikir menggunakan gambaran? Ini seperti filem di dalam otak. Minda saya berfungsi seperti gambar-gambar di Google. Semasa kecil, saya tidak tahu cara pemikiran saya berbeza. Saya ingat semua orang berfikir menggunakan gambaran. Semasa saya menulis buku saya, "Berfikir Menggunakan Gambaran," saya menemu ramah orang ramai tentang bagaimana mereka berfikir. Saya terkejut apabila mendapati cara pemikiran saya agak berbeza. Contohnya, jika saya kata, "Fikirkan sebuah menara gereja", kebanyakan orang terbayangkan gereja generik. Mungkin ia tidak benar di sini, tapi ia benar di banyak tempat yang lain. Saya hanya melihat gambar yang khusus. Ia muncul di memori saya seperti gambar-gambar di Google. Di filem itu, terdapat satu babak di mana setelah perkataan "kasut" disebut, banyak kasut tahun 50-an dan 60-an muncul dalam imaginasi saya. Itulah gereja zaman kanak-kanak saya. Ia khusus. Terdapat lebih banyak lagi, Fort Collins. Bagaimana dengan yang terkenal? Ia muncul seperti ini. Sangat cepat, seperti gambar-gambar di Google. Satu gambar muncul pada satu-satu masa. Saya fikir, "Mungkin saya boleh fikiran keadaan bersalji, atau beribut petir," saya boleh mengubahnya ke dalam bentuk video. Pemikiran visual ialah aset yang sangat penting dalam reka bentuk kemudahan pengendalian lembu saya. Saya bekerja keras untuk memperbaik bagaimana lembu dilayan di tempat sembelih. Saya tidak akan tunjukkan slaid penyembelihan lembu. Ia terdapat di YouTube jika anda mahu lihat. Satu perkara yang saya dapat lakukan dalam reka bentuk saya ialah, menguji sebuah kemudahan dalam minda saya, menguji sebuah kemudahan dalam minda saya, seperti sistem komputer realiti maya. Ini ialah pandangan udara salah satu projek saya yang dihasilkan semula dalam filem itu. Ia sangat hebat. Terdapat banyak orang yang menderitai Asperger dan autisme yang bekerja di set filem juga. (Gelak ketawa) Salah satu perkara yang risaukan saya ialah: Anak-anak ini pergi ke mana? Bukannya di Silicon Valley, di mana mereka sepatutnya berada. (Gelak ketawa) (Tepukan) Salah satu perkara yang saya belajar di tahap awal ialah, saya perlu menjual hasil kerja saya, tapi bukan diri sendiri. Saya menjual hasil kerja saya dengan menunjukkan lukisan saya dan gambar. Semasa tahun 50-an, adab sopan diajarkan. Ia membantu saya semasa saya kecil. Saya diajar agar jangan tarik barang niaga dari rak di kedai dan buangkannya. Apabila anak-anak belajar di gred 3 atau 4, anda mungkin dapati bahawa mereka berfikiran visual. melukis secara perspektif. Saya mahu tegaskan bukannya setiap anak autistik berfikir secara visual. Beberapa tahun lalu, saya jalani imbasan otak. Saya kerap bergurau tentang talian jauh Internet yang besar ke bahagian korteks visual saya. Ini imej tensor. Talian jauh Internet saya dua kali ganda lebih besar daripada subjek kawalan. Garisan merah itu milik saya; garisan biru itu milik subjek kawalan yang sejantina dan seusia saya. Garisan saya sangat besar; Garisan biru milik subjek kawalan adalah sangat kecil. Beberapa kajian kini menunjukkan bahawa mereka yang berada di spektrum berfikir menggunakan korteks visual utama. Pemikiran visual ialah sejenis pemikiran. Minda autistik lebih cenderung kepada minda pakar - pandai dalam sesuatu, tidak pandai dalam sesuatu yang lain. Saya tidak pandai dalam algebra. Saya tidak dibenarkan belajar geometri atau trigonometri. Kesilapan besar: Saya dapati banyak budak yang tidak belajar algebra belajar geometri dan trigonometri. Seterusnya, pemikiran berdasarkan corak. Ia lebih abstrak. Mereka ialah jurutera, pengatur cara komputer. Ini pemikiran berdasarkan corak. Mentadak itu ialah hasil lipatan sehelai kertas - tidak gunakan pita Scotch dan gunting. Latar belakangnya ialah corak melipat. Semua ini ialah jenis-jenis pemikiran: pemikiran visual foto-realistik, seperti saya; pemikiran berdasarkan corak - berminda muzik dan matematik. Sesetengah daripadanya mempunyai masalah membaca. Terdapat juga masalah di mana anak-anak menderitai disleksia. Anda akan melihat pemikiran yang berbeza ini. Seterusnya, pemikiran verbal. Mereka tahu setiap fakta tentang apa-apa saja. Terdapat juga isu deria. Saya risau kerana saya terpaksa pakai alat ini di muka saya. Saya datang ke sini setengah jam lebih awal agar saya dapat pakai dan biasakan diri dengannya. Ia dibengkokkan agar tidak terkena dagu saya. Sesetengah budak tersinggung oleh cahaya pendarfluor; yang lain mempunyai masalah sensitiviti bunyi. Ia tidak tetap. Pemikiran visual membolehkan saya memahami pemikiran haiwan. Pemikiran visual membolehkan saya memahami pemikiran haiwan. Fikirkannya: Haiwan berfikir menggunakan deria, bukannya verbal: berfikir menggunakan gambar, bunyi dan bau. Fikirkan berapa banyak maklumat yang terdapat pada pili bomba. Anjing tahu siapa pernah ke situ dan bila. Adakah ia kawan atau musuh? Adakah mereka dapat mengawan? Terdapat banyak maklumat pada pili bomba itu. Semuanya maklumat terperinci. Perincian sebegini membolehkan saya memahami haiwan. Minda haiwan dan minda saya mengkategorikan maklumat yang berdasarkan deria. mengkategorikan maklumat yang berdasarkan deria. Lelaki di atas kuda dan lelaki di atas tanah ialah dua perkara yang berbeza. Mungkin terdapat seekor kuda yang pernah didera seorang penunggang; kuda itu tiada masalah dengan doktor haiwan dan pemakai ladam, tapi anda dilarang menunggangnya. Mungkin kuda yang lain dipukul pemakai ladam dan kuda itu takutkan apa-apa saja di atas tanah; selain doktor haiwan, tiada orang boleh menunggangnya. Begitu juga dengan lembu. Lelaki di atas kuda, dan lelaki di atas tanah ialah dua perkara yang berbeza. Ia dua gambar yang berbeza. Fikirkan betapa khususnya perkara ini. Saya dapati banyak orang tidak pandai mengkategorikan maklumat. Saya dapati banyak orang tidak pandai mengkategorikan maklumat. Semasa saya mencari punca masalah peralatan atau punca masalah di tempat sembelih, orang di situ tidak tahu punca masalahnya, "Adakah ia masalah melatih orang? atau masalah peralatan?" Dalam erti kata lain, mengkategorikan masalah peralatan daripada masalah orang. Saya dapati banyak orang sukar melakukannya. Katakan, saya dapati ia masalah peralatan. Adakah ia masalah kecil yang boleh saya atasi? Atau, adakah seluruh reka bentuk sistem salah? Orang ramai sukar mencari punca masalahnya. Mari kita lihat sesuatu seperti menjadikan sistem penerbangan lebih selamat. Saya telah mengembara berjuta-juta batu dengan kapal terbang. Saya telah mengembara berjuta-juta batu dengan kapal terbang. Jika saya bekerja di Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Apa yang akan saya perhatikan selalu? Bahagian ekor kapal terbang. Bagi kemalangan yang serius dalam 20 tahun yang lalu, sama ada ekor tertanggal atau bahagian stereng di ekor rosak. sama ada ekor tertanggal atau bahagian stereng di ekor rosak. Ekor. Ia sangat mudah. Semasa juruterbang berjalan di sekitar kapal terbang, dia tidak dapat lihat bahagian dalam ekor. Sekarang, semasa saya fikirkan semua itu, saya fikirkan maklumat yang khusus. Ia khusus. Ia pemikiran bawah-atas. Saya ambil cebisan maklumat dan kumpulkannya. Ini seekor kuda yang sangat takutkan topi koboi hitam. Ini seekor kuda yang sangat takutkan topi koboi hitam. Kuda ini pernah didera seseorang yang memakai topi begini. Tapi, topi koboi putih adalah okey. Dunia ini perlukan semua minda yang berbeza untuk bekerjasama. Kita perlu mengembangkan semua minda yang berbeza ini. Salah satu perkara yang buat saya sakit hati ialah, semasa saya mengembara dan adakan perjumpaan autisme, saya temui anak-anak yang pintar, tapi tidak pandai bersosial. Tapi, tiada orang yang mengembangkan minat mereka dalam sesuatu seperti sains. Ini membawa kepada guru sains saya. Dia digambarkan dengan baik dalam filem itu. Semasa di sekolah menengah, saya tidak hiraukan pembelajaran saya sehinggalah kelas sains En. Carlock. Dia ialah Dr. Carlock dalam filem itu. Dia mencabar saya untuk mengkaji sebuah bilik ilusi optik. Maksudnya, anda perlu tunjukkan sesuatu yang menarik kepada anak-anak. Mungkin salah satu perkara yang harus dilakukan TED ialah, maklumkan kepada sekolah tentang ceramah yang terdapat di TED. Terdapat juga banyak bahan yang baik di Internet yang dapat merangsang anak-anak ini. Saya banyak menemui anak-anak ini dan guru-guru di luar bandar Midwest. Bagi tempat lain, jika anda berada di luar kawasan teknologi, mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap anak-anak ini. Mereka juga tidak melakukan sesuatu dengan betul. Anda boleh jadikan sesebuah minda minda yang lebih banyak berfikir dan kognitif, atau jadikan seseorang itu lebih bersosial. Sesetengah kajian autisme telah menunjukkan mungkin terdapat lebih banyak saraf di sini; bagi mereka yang pintar, mereka kekurangan saraf sosial tertentu. Ia keseimbangan antara pemikiran dengan sosial. Bagi kes yang serius, seseorang itu tiada interaksi verbal. Dalam minda manusia yang normal, bahasa meliputi pemikiran visual; haiwan juga begitu. Ini hasil kerja Dr. Bruce Miller. Dia mengkaji pesakit Alzheimer yang menderitai demensia di lobus temporal depan. Demensia menjejaskan bahagian otak yang mengawal bahasa. Ini hasil seni seseorang yang dahulunya pemasang stereo kereta. Van Gogh tidak tahu apa-apa tentang fizik. Tapi, ia sangat menarik kerana terdapat hasil kerja yang menunjukkan bahawa corak pusaran dalam lukisan ini mengikuti sebuah model statistik pergolakan. Ini membawa kepada idea yang menarik bahawa mungkin sesetengah corak matematik ini terdapat di dalam otak kita. Dan tentang Wolfram -- Saya tuliskan semua perkataan yang saya gunakan kerana ia akan digunakan dalam ceramah autisme saya. Kita perlu tunjukkan perkara yang menarik kepada anak-anak ini. Kelas automotif, kelas melukis dan kelas seni telah dihentikan. Kelas automotif, kelas melukis dan kelas seni telah dihentikan. Seni ialah subjek terbaik saya di sekolah. Kita perlu berfikir tentang semua minda yang berbeza ini dan bekerjasama dengan mereka kerana kita perlukan mereka pada masa depan. Mari kita melihat pekerjaan. Guru sains saya menyebabkan saya belajar kerana saya tidak mahu belajar. Tapi anda tahu? Saya mendapat pengalaman kerja. Banyak budak yang pintar ini tidak belajar perkara asas, contohnya menepati masa. Saya diajar tentangnya semasa berusia 8 tahun. Saya perlu jaga tatatertib meja makan semasa jamuan hari Ahad di rumah nenek saya. Saya diajar tentangnya semasa saya sangat kecil. Semasa berusia 13 tahun, saya menjahit baju di kedai seorang tukang jahit. Saya menjalankan latihan amali di kolej, saya membina sesuatu, dan saya juga belajar membuat tugasan. Semasa kecil, saya cuma mahu melukis kuda. Emak saya kata, "Mari kita lukis sesuatu yang berbeza." Mereka perlu belajar membuat sesuatu yang berbeza. Katakan, seorang budak mempunyai obsesi terhadap Lego. Biarkannya membina sesuatu yang berbeza. Minda autistik mempunyai obsesi terhadap sesuatu. Minda autistik mempunyai obsesi terhadap sesuatu. Jika seorang budak suka kereta lumba, gunakanlah kereta lumba untuk matematik. Kaji masa yang digunakan kereta lumba untuk sampai ke jarak tertentu. Gunakan obsesi tersebut untuk memotivasikan budak itu. Saya jengkel apabila guru-guru, khasnya di tempat lain, Saya jengkel apabila guru-guru, khasnya di tempat lain, tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap anak-anak ini. Ia buat saya sakit hati. Setelah dewasa, apa yang boleh dilakukan mereka yang berfikiran visual? Reka bentuk grafik, perkara yang berkaitan dengan komputer, fotografi, reka bentuk industri. Mereka yang berfikir menggunakan corak akan menjadi ahli matematik, jurutera perisian, pengatur cara komputer; kerja-kerja sebegitu. Mereka yang berminda perkataan ialah wartawan yang baik; mereka juga ialah pelakon yang baik. Kerana saya autistik, saya perlu belajar kemahiran sosial seperti dalam lakonan. Mereka perlu mempelajarinya. Kita perlu bekerjasama dengan pelajar-pelajar ini. Ini membawa kepada mentor. Guru sains saya bukan cikgu yang bertauliah. Dulu, dia bekerja sebagai ahli sains angkasa NASA. Kini, di beberapa buah negeri, jika anda mempunyai ijazah dalam biologi atau kimia, anda boleh mengajar biologi atau kimia di sekolah. Kita perlu laksanakannya. Apa yang saya perhatikan ialah, banyak guru yang baik berkhidmat di kolej komuniti, tapi kita perlukan sesetengah guru ini di sekolah menengah. Cara lain yang mungkin berjaya ialah, terdapat banyak orang yang telah bersara daripada bidang perisian, mereka boleh mengajar anak-anak anda. Tidak apa jika apa yang diajar telah lapuk kerana anda mahu memberikan rangsangan. Anda mahu merangsang anak itu. Setelah terangsang, dia akan belajar benda baru. Mentor adalah penting. Apa yang guru sains saya lakukan untuk saya adalah sangat penting. Kita perlu berikan bimbangan dan upah mereka. Jika anda terima mereka sebagai pelatih amali di syarikat anda, tentang autisme, minda Asperger, berikan tugas yang khusus. Jangan kata, "Reka perisian baru." Arahan anda perlu khusus: "Kita akan mereka perisian telefon, ia perlu lakukan sesuatu yang khusus. Ia hanya boleh gunakan sebanyak mana memori." Itulah kekhususan yang diperlukan. Sampai sini sajalah ucapan saya. Saya mahu berterima kasih kepada semua kerana hadir. Saya gembira berada di sini. (Tepukan) Ada soalan untuk saya? OK. (Tepukan) Chris Anderson: Terima kasih atas ceramah tadi. Anda pernah tulis ini, saya sukainya: "Jika berlakunya keajaiban dan autisme telah tersingkir dari Bumi, "Jika berlakunya keajaiban dan autisme telah tersingkir dari Bumi, maka manusia masih akan bersosial di depan kayu api di jalan masuk ke gua." Temple Grandin: Siapa yang hasilkan lembing batu yang pertama? Orang Asperger. Jika tanpa genetik autisme, Silicon Valley tidak akan wujud dan krisis tenaga tidak akan diselesaikan. (Tepukan) CA: Saya ada beberapa soalan lagi, jika anda berasa tidak sesuai, anda boleh kata, "Soalan seterusnya." Jika seseorang di sini mempunyai seorang anak autistik atau kenal seorang anak autistik dan berasa terasing daripada anak itu, apa nasihat anda? TG: Pertama, dari segi usia. Jika anak itu berusia 2, 3, atau 4 tahun, tiada pertuturan, tiada interaksi sosial, Ini sangat penting: Jangan tunggu. Berikan pengajaran satu ke satu sekurang-kurangnya 20 jam seminggu. Terdapat pelbagai tahap autisme. Separuh daripada mereka yang berada di spektrum tidak akan belajar bertutur dan bekerja di Silicon Valley, mereka tidak sesuai melakukannya. Bagi yang pintar, tidak tahu bersosial dan menderitai autisme, anda perlu merangsang mereka dengan perkara yang menarik. Saya mempunyai interaksi sosial melalui minat yang sama. Saya tunggang kuda, hasilkan model roket dan makmal elektronik bersama budak-budak lain. Pada tahun 60-an, kami rekatkan cermin pada membran getah di pembesar suara dan mulakan pertunjukan cahaya. Kami menganggapnya sangat hebat. CA: Adakah ia tidak realistik jika mereka harap atau fikir bahawa anak itu sayang mereka? TA: Anak itu sangat setia, jika rumah anda terbakar, dia akan selamatkan anda. CA: Jika soalan ini ditanya: "apa yang paling menarik minat anda?" Kebanyakan orang akan kata, "Anak-anak saya" atau "Kekasih saya." Apa yang paling menarik minat anda? TA: Perkara yang saya lakukan akan jadikan dunia ini lebih baik. Apabila si emak kepada seorang anak autistik kata, "Anak saya belajar di kolej kerana buku anda atau salah satu ucapan anda," saya rasa gembira. Saya bekerja dengan pihak yang sembelih lembu pada tahun 80-an; tempat itu sangat dahsyat. Saya bangunkan sistem markah yang mudah untuk tempat sembelih dan mereka cuma mengukur hasil: berapa ekor lembu jatuh? Berapa ekor lembu ditujah penujah lembu? Berapa ekor lembu yang mengembu? Ia sangat mudah. Hanya perlu perhatikan beberapa perkara. Ia berfungsi dengan baik. Saya berpuas hati melihat perubahan sebenar di dunia ini. Kita perlukan lebih banyak perkara yang mudah dan lebih kurang perkara yang abstrak. (Tepukan) CA: Semasa berhubung melalui telefon, anda bercakap sesuatu. Anda amat berminat pada ladang server. Cakap tentangnya. TG: Saya sangat gembira apabila saya membaca tentangnya. Ia mengandungi maklumat. Ia merupakan perpustakaan. Bagi saya, pengetahuan sangat bernilai. Sepuluh tahun lalu, perpustakaan kami kebanjiran. Ia berlaku sebelum Internet berleluasa. Saya sedih kerana semua buku telah rosak. Pengetahuan telah musnah. Ladang server, atau pusat data, ialah perpustakaan yang menyimpan pengetahuan. CA: Kami sangat gembira kerana anda datang ke TED. TA: Terima kasih. (Tepukan)