Wow!
Tiga teka-teki telah selesai!
Dan kami telah menangkap...seekor salmon.
Tidak begitu menarik dibanding mendapat timbunan
emas,tetapi kita akan ambil apa yang kita dapat.
Dan saya mempunyai perasaan bahawa cangkerang
nautilus akan menjadi berguna nanti.
Saya tertanya-tanya apa yang bersembunyi
di runtuhan ini.
Mungkin satu petunjuk lain!
Mari kita lihat di dalamnya.
Nama saya Netty dan selamat datang
ke runtuhan saya.
Kami membuat keputusan setiap masa
berdasarkan kondisi.
Jika ia kelihatan seperti hendak hujan,
kita akan membawa payung.
Jika kita lapar, maka kita akan makan snek.
Jika kita melihat creeper, kita akan lari
ke arah yang bertentangan.
Komputer membuat keputusan jenis ini juga.
Mereka sebenarnya boleh bertindak balas
terhadap kondisi dengan menggunakan kod.
Untuk program tindak balas seperti ini menggunakan
kod perintah, pilih blok jika laluan
Pilih senarai lungsur untuk menghasilkan
perintah.
Contohnya, jika anda menulis perintah "jika
laluan ke kanan" dan letakkan pusing kanan
di dalam syarat, apabila Steve sampai
ke laluan terbuka di sebelah kanannya,
dia akan sentiasa pusing ke kanan.
Jika tiada laluan ke kanan,
dia tidak akan pusing kanan.
Perintah if bersyarat ini berguna apabila
anda menjalankan kod dalam situasi yang
tidak dapat diramalkan seperti runtuhan
misteri di gua bawah air.
Cuba gunakan blok if dan meneroka
menggunakan kod anda.
Wow!
Runtuhan Netty amat hebat.
Mungkin saya perlu pindah keluar dari
rumah ibu-bapa saya.
Jadi apakah pendapat anda?
Bolehkah kita gunakan kondisi untuk
menyelesaikan teka-teki terakhir?
Mari kita cuba.