The Internet: Alamat IP dan DNS
Hai! Nama saya Paola,
dan saya seorang jurutera perisian
di Microsoft. Mari kita bincangkan bagaimana internet
berfungsi. Tugas saya bergantung pada rangkaian yang
boleh bercakap antara satu sama lain, tetapi
pada 1970-an tiada kaedah standard untuk ini.
Ia mengambil usaha Vint Cerf dan Bob Kahn
untuk mencipta protokol internetworking, dan
menjayakan komunikasi. Ciptaan ini
memberi asas kepada internet.
Internet adalah rangkaian dalam rangkaian. Ia
menghubungkan berbilion-bilion peranti bersama di
seluruh dunia. Jadi anda mungkin disambungkan
ke komputer riba atau telefon melalui wifi,
sambungan wifi itu bersambung ke pembekal perkhidmatan
internet (ISP), dan ISP itu menghubungkan
anda ke berbilion-bilion peranti di seluruh
dunia melalui beratus-ratus ribu
rangkaian yang saling berhubung. Satu perkara
yang tidak dihargai oleh kebanyakan orang adalah
internet sebenarnya suatu reka bentuk falsafah
dan seni bina yang dinyatakan dalam satu set
protokol. Protokol adalah satu set
peraturan dan piawaian, jika semua pihak
bersetuju menggunakannya, ia akan membolehkan mereka
berkomunikasi tanpa masalah. Bagaimana internet
berfungsi secara fizikal adalah kurang penting daripada
kenyataan bahawa falsafah reka bentuk ini telah membenarkan
internet untuk menyesuaikan dan menerima
teknologi komunikasi baru. Ini kerana untuk
teknologi baru menggunakan internet dalam cara yang
sama, ia hanya perlu mengetahui protokol mana
untuk bekerjasama dengan. Semua peranti di
internet mempunyai alamat yang unik. Alamat
dalam internet hanya beberapa angka,
seperti nombor telefon atau alamat jalan,
yang unik untuk setiap komputer atau peranti
di dalam rangkaian. Ini serupa dengan
kebanyakan rumah dan perniagaan mempunyai alamat
mel. Anda tidak perlu mengenali seseorang untuk
menghantar surat kepada mereka dalam mel, tetapi anda
perlu tahu alamat mereka dan bagaimana untuk menulis
alamat dengan betul supaya surat itu boleh
dibawa oleh sistem mel ke destinasinya.
Sistem alamat untuk komputer di internet
adalah sama dan ia membentuk sebahagian
protokol yang sangat penting yang digunakan dalam
komunikasi internet dipanggil protokol internet
atau IP. Alamat komputer dipanggil alamat
IP. Melayari laman web sebenarnya
ialah komputer anda meminta informasi dari
komputer lain. Komputer anda menghantar mesej
ke alamat IP komputer lain dan bersama itu
ia juga melampirkan alamat asalnya, jadi
komputer lain tahu di mana untuk menghantar tindak
balasnya. Anda mungkin pernah melihat alamat IP. Ia
hanya sebilangan nombor! Nombor-nombor ini disusun
dalam hierarki. Sama seperti alamat rumah mengandungi
negara, bandar, jalan, dan nombor rumah, alamat IP
mempunyai banyak bahagian. Sama seperti semua
data digital, setiap nombor ini diwakili dalam
bit. Alamat IP tradisional adalah 32 bit,
dengan 8 bit untuk setiap bahagian alamat.
Angka terdahulu biasanya mengenal pasti negara
dan rangkaian serantau peranti. Kemudian
sub-rangkaian, dan akhirnya alamat
peranti tertentu. Versi alamat IP ini
dipanggil IPv4. Ia dicipta pada tahun
1973 dan digunakan secara meluas pada awal
80-an, dan menyediakan lebih daripada 4 bilion
alamat unik untuk peranti yang berhubung
di internet. Tetapi internet menjadi
jauh lebih popular daripada Vint Cerf
bayangkan dan 4 bilion alamat unik
tidak akan mencukupi. Kami kini berada di pertengahan
peralihan berbilang tahun kepada format alamat IP yang
lebih panjang dipanggil IPv6, ia menggunakan 128 bit setiap
alamat dan menyediakan lebih daripada 340 undecillion
alamat unik. Itu lebih daripada cukup untuk
setiap bijirin pasir di Bumi memiliki
alamat IP sendiri. Kebanyakan pengguna tidak pernah
melihat atau mengambil berat tentang alamat internet.
sistem nama domain atau DNS mengaitkan nama
seperti www.example.com dengan alamat yang
sesuai. Komputer anda menggunakan DNS untuk
mencari nama domain dan dapatkan alamat IP yang
berkaitan untuk menyambungkan komputer
anda ke destinasi di internet. Dan ia
berlaku seperti ini: (suara 1)
"Hai, saya mahu pergi ke www.code.org."
(suara 2) "Mm ..saya tidak tahu alamat IP
untuk domain itu izinkan saya bertanya. Hai,
bagaimana untuk menuju ke code.org? "(suara 3)
"Ya, saya ada alamatnya di sini 174.129.14.120."
(suara 2) "Baik, terima kasih. Saya akan
mencatatnya dan simpan untuk masa depan jika
saya perlukannya lagi. Hai, ini alamat yang
anda mahu." (Suara 1) "Hebat!Terima kasih." Jadi
bagaimana kita mereka sistem untuk berbilion-bilion
peranti untuk mencari satu daripada berbilion
laman web? Pelayan DNS tidak mungkin dapat
menangani semua permintaan dari semua peranti.
Jawapannya, pelayan DNS disambungkan ke
hierarki yang diedarkan, dan ia dibahagikan
ke zon, membahagikan tanggungjawab untuk
domain utama seperti .org, .com, .net, dll.
DNS pada asalnya dicipta untuk menjadi terbuka
dan protokol komunikasi awam untuk kerajaan
dan institusi pendidikan. Kerana ia adalah
awam, DNS terdedah kepada serangan siber.
Contoh serangan adalah pemalsuan DNS.
Penggodam memasuki pelayan DNS dan berubah
untuk memadankan nama domain dengan alamat IP yang
salah. Ini membolehkan penyerang menghantar orang
ke laman web penyamar. Jika ini berlaku kepada
anda, anda terdedah kepada lebih banyak masalah
kerana menggunakan laman web palsu itu seolah-olah
ia benar. Internet adalah besar dan semakin
berkembang setiap hari. Tetapi sistem nama domain
dan protokol internet direka untuk diselaraskan,
tidak kira betapa banyak internet berkembang.