3 tahun lepas,
Saya buat keputusan yang terbaik
dalam hidup saya.
Sebagai resolusi tahun baru,
Saya berhenti berdiet,
berhenti risau tentang berat badan,
dan belajar untuk makan
dengan lebih berhati-hati.
Sekarang, saya hanya makan apabila lapar,
dan saya telah turun 5kg.
Ini saya, masa berumur 13 tahun,
apabila saya diet buat kali pertama.
Ketika tengok gambar itu, saya fikir,
"Kamu tak perlukan diet,
kamu perlukan perunding fesyen."
(Gelak ketawa)
Tapi saya rasa, saya perlu
turunkan berat badan,
apabila berat badan naik balik,
sudah tentu saya
salahkan diri sendiri.
Dan sepanjang tiga dekad
yang berikutnya,
saya cuba pelbagai jenis diet.
Tak kira apa yang saya cuba,
berat yang saya hilang
pasti naik balik.
Saya pasti ramai yang tahu
bagaimana perasaannya.
Sebagai neurosaintis,
Saya tertanya-tanya,
kenapa susah sangat?
Tentu sekali, berat bergantung pada
amoun yang dimakan
dan tenaga yang dibakar.
Apa yang ramai orang tidak sedar,
perasaan lapar dan
penggunaan tenaga
dikawal oleh otak,
tanpa disedari.
Otak banyak melakukan kerja
di belakang tabir,
dan itu suatu yang baik,
kerana minda sedar mudah terganggu.
Nasib baik kita tidak perlu
diingatkan untuk bernafas
apabila terlalu asyik menonton filem,
tidak lupa cara untuk berjalan
kerana memikirkan tentang makan malam.
Otak mempunyai deria tersendiri
terhadap berat badan seseorang
tanpa mengira kepercayaan
seseorang itu dalam keadaan sedar.
Ini dipanggil "titik set",
satu istilah yang mengelirukan,
kerana ia sebenarnya julat
dalam lingkungan 5-7kg.
Anda boleh mengubah gaya hidup
bagi menaik turun berat badan
dalam lingkungan julat itu,
tetapi jauh lebih sukar untuk berada
di luar julat tersebut.
Hipotalamus, bahagian otak
yang mengawal berat badan,
terdapat banyak isyarat kimia
dalam otak yang menyuruh
badan untuk menambah berat,
dan banyak juga yang menyuruh badan
untuk menurunkan berat,
dan sistem ini bertindak
seperti termostat,
bertindak balas
kepada isyarat dari badan
dengan menyelaraskan rasa lapar,
aktiviti dan metabolisme,
bagi menstabilkan berat badan
apabila kondisi berubah.
Itu yang termostat buat, bukan?
mengekalkan suhu di dalam rumah
apabila cuaca di luar berubah.
Suhu dalam rumah boleh diubah
dengan membuka tingkap
pada musim sejuk,
tapi itu tidak akan mengubah
seting termostat
yang bertindak balas
dengan mengaktifkan relau
bagi memanaskan balik tempat.
Otak bertindak dengan cara yang sama,
bertindak balas kepada penurunan berat
bagi mengembalikan badan
kepada apa yang dianggapnya
sebagai normal.
Jika banyak berat badan hilang,
otak bertindak seolah-olah
anda kelaparan,
tidak kira pada mulanya,
anda kurus atau gemuk,
tindak balas otak tetap sama.
Alangkah indah sekiranya
otak boleh beritahu
jika kita perlu turunkan berat,
tetapi tidak mungkin.
Jika banyak berat badan hilang,
anda jadi lapar,
dan otot kurang membakar tenaga.
Dr. Rudy Leibel
dari Universiti Columbia
mendapati bahawa orang yang hilang
10% daripada berat badan mereka
membakar kurang 250 ke 400 kalori
kerana metabolisme mereka disekat.
Amaun itu agak banyak.
Maknanya, untuk seseorang
berjaya dalam diet
dia mesti kurangkan makan sebanyak itu
buat selama-lamanya
berbanding seseorang yang sama berat
tetapi sudah sentiasa kurus.
Dari perspektif evolusi,
tentangan badan terhadap
penurunan berat masuk akal.
Apabila makanan terhad,
hidup nenek moyang kita
bergantung pada penjimatan tenaga.
Kenaikan semula berat
apabila makanan kembali ada
dapat melindungi mereka
terhadap kekurangan berikutnya.
Sepanjang sejarah manusia,
kebuluran sentiasa menjadi
masalah yang lebih besar
daripada makan berlebihan.
Satu fakta yang menyedihkan:
Titil set boleh naik,
tapi jarang turun.
Jika ibu anda pernah sebut
yang hidup ini tidak adil,
inilah maksud dia.
(Gelak ketawa)
Diet yang berjaya
tidak menurunkan titik set.
Walaupun berat badan kekal
selama 7 tahun,
otak sentiasa cuba
menaikkan kembali berat.
Terutamanya jika penurunan itu
disebabkan kebuluran yang panjang.
Tapi dalam dunia moden yang ada burger,
kita jarang ada masalah itu.
Perbezaan antara zaman nenek moyang
dengan zaman sekarang
merupakan sebab kenapa Dr Yoni Freedhoff
dari Universiti Ottawa
mahu membawa pesakit beliau
kembali pada zaman
di mana makanan adalah terhad,
dan ia juga sebab kenapa
mengubah persekitaran pemakanan
merupakan penyelesaian terbaik
kepada obesiti.
Malangnya, kenaikan
berat badan sementara
boleh menjadi kekal.
Jika terlalu lama berada
pada berat yang tinggi,
mungkin buat beberapa tahun,
otak mungkin tentukan yang itu
adalah normal yang baru.
Ahli psikologi mengelaskan
pemakan kepada 2 kumpulan,
mereka yang makan apabila lapar
dan mereka yang cuba
mengawal pemakanan mereka
melalui keazaman, seperti berdiet.
Kita panggil mereka "pemakan intuitif"
dan "pemakan berkawal".
Yang menariknya, pemakan intuitif
kurang cenderung untuk mengalami
berat badan berlebihan,
dan mereka kurang berfikir
tentang makanan.
Pemakan berkawal lebih cenderung
untuk makan berlebihan
apabila dijaja dengan pengiklanan,
pilihan saiz besar di restoran
makanan segera dan bufet.
Keinginan kecil,
seperti satu skup ais krim,
mungkin membawa kepada
nafsu makan yang tinggi
bagi pemakan berkawal.
Kanak-kanak terutamanya
lebih terdedah
kepada kitaran diet lalu mendorong
mereka makan mengikut nafsu.
Beberapa kajian
jangka panjang menunjukkan
remaja yang berdiet pada umur
awal belasan tahun
3 kali lebih cenderung
untuk menjadi gemuk
5 tahun kemudiannya,
walaupun pada mulanya
berat badan mereka normal,
dan semua kajian ini mendapati
bahawa faktor sama
yang meramal pertambahan berat badan
juga meramal perkembangan
kecelaruan makan.
Faktor yang satu lagi,
ibu bapa di luar sana,
diusik oleh ahli keluarga
disebabkan berat badan.
Jangan buat macam tu.
(Gelak ketawa)
Saya tinggalkan hampir semua
graf saya di rumah,
tapi saya kena sampaikan yang ini.
Saya seorang "geek".
(Gelak ketawa)
Kajian ini melihat
kepada risiko kematian
sepanjang tempoh 14 tahun
berdasarkan 4 tabiat sihat:
makan buah dan sayur yang mencukupi,
bersenam 3 kali seminggu,
tidak merokok,
dan minum alkohol secara sederhana.
Kita mula dengan subjek kajian
yang mempunyai berat normal.
Tinggi bar mewakili risiko kematian,
dan nombor 0, 1, 2, 3, 4
pada paksi mengufuk
mewakili bilangan tabiat sihat
yang seseorang itu amalkan.
Seperti yang dijangka,
lebih sihat gaya hidup,
lebih kecil kemungkinan subjek
meninggal dunia semasa kajian.
Sekarang kita lihat
pada subjek berat badan berlebihan.
Mereka yang tidak
mengamalkan tabiat sihat
berisiko kematian lebih tinggi.
Menambah hanya 1 tabiat sihat,
menarik golongan lebihan
berat badan ke dalam julat normal.
Bagi orang obes tanpa tabiat sihat,
risiko mereka sangat tinggi,
7 kali lebih tinggi
daripada kumpulan paling sihat
dalam kajian ini.
Tetapi gaya hidup sihat
juga membantu golongan obes.
Malah, jika anda lihat pada kumpulan
yang mengamalkan
kesemua tabiat sihat,
berat badan tidak memberi
perbezaan yang besar.
Anda boleh kawal kesihatan
dengan mengawal gaya hidup,
biarpun gagal menurunkan
dan mengekalkan berat badan.
Diet tidak boleh
dipercayai sepenuhnya.
5 tahun selepas berdiet,
berat badan kebanyakan orang naik kembali.
40% daripada mereka
naik jauh lebih banyak.
Jika difikirkan,
kesan tipikal berdiet
ialah kecenderungan untuk naik berat
dalam jangka masa panjang
daripada hilang berat badan.
Jika saya sudah
yakinkan anda bahawa berdiet
mungkin merupakan satu masalah,
Soalan seterusnya ialah,
apa yang anda lakukan?
Jawapan saya ialah: kesedaran.
Saya tak suruh
anda belajar bertafakur
ataupun yoga.
Saya bercakap mengenai
kesedaran tentang pemakanan:
belajar memahami isyarat badan
supaya anda makan apabila lapar
dan berhenti apabila kenyang,
kerana kenaikan berat berpokok pada
isu makan apabila tidak lapar
Bagaimana harus anda lakukan?
Izinkan diri anda makan
sebanyak mana anda
mahu dan cuba fikir
apa yang buatkan badan rasa bagus.
Makan tanpa gangguan.
Fikirkan bagaimana badan anda rasa
apabila anda mula makan dan berhenti,
biarkan perasaan lapar yang tentukan
bila anda harus berhenti.
Ambil masa setahun
untuk saya belajar perkara ini,
tapi ia benar-benar berbaloi.
Saya berasa lebih tenang
apabila dikelilingi makanan
berbanding sebelum ini.
Saya tidak selalu memikirkannya.
Saya lupa yang kami
ada coklat di rumah.
Rasa macam makhluk asing
ambil alih otak saya.
Memang lain.
Saya harus katakan,
pendekatan ini mungkin tidak
buatkan anda hilang berat
kecuali anda selalu
makan apabila tak lapar,
tetapi para doktor tidak tahu
mana-mana pendekatan
yang memberi penurunan
berat yang ketara,
inilah sebabnya, ramai
orang mula fokus pada
mencegah pertambahan berat
bukannya menurunkan berat.
Sedarlah:
Jika berdiet berkesan,
kita semua sudah kurus.
(Gelak ketawa)
Kenapa kita masih buat benda sama
dan harapkan kesan yang berlainan?
Mungkin berdiet nampaknya tidak bahaya,
tapi sebenarnya memberi
banyak kesan sampingan.
Paling teruk,
ia merosakkan kehidupan:
Obsesi berat mendorong
kepada kecelaruan makan,
terutamanya dalam kalangan
kanak-kanak muda.
Di Amerika, 80% budak perempuan
berumur 10 tahun
mengatakan mereka pernah berdiet.
Mereka belajar menilai diri
pada skala yang salah.
Walaupun dilakukan dengan terbaik,
berdiet membazirkan masa dan tenaga.
Ia memerlukan keazaman
yang mungkin boleh digunakan
untuk membantu anak-anak
dengan kerja sekolah
atau menyiapkan kerja
projek yang penting,
dan disebabkan
semangat azam itu terhad,
sebarang strategi yang bergantung
pada pengenaan konsisten
selalunya bakal menggagalkan anda
apabila tumpuan anda beralih
ke sesuatu yang lain.
Saya akhiri dengan satu pandangan.
Bagaimana jika kita beritahu
semua gadis yang berdiet,
tak salah jika mereka
makan apabila lapar?
Bagaimana jika kita ajar mereka
mengawal nafsu makan
dan bukannya takut kepada nafsu itu?
Saya rasa mereka
akan lebih bahagia dan sihat,
dan apabila dewasa,
mungkin akan menjadi lebih kurus.
Kalaulah ada orang
beritahu saya perkara itu
masa saya 13 tahun.
Terima kasih.
(Tepukan)