0:00:00.258,0:00:02.213 3 tahun lepas, 0:00:02.213,0:00:05.463 Saya buat keputusan yang terbaik[br]dalam hidup saya. 0:00:05.463,0:00:07.526 Sebagai resolusi tahun baru, 0:00:07.526,0:00:11.765 Saya berhenti berdiet,[br]berhenti risau tentang berat badan, 0:00:11.765,0:00:14.790 dan belajar untuk makan[br]dengan lebih berhati-hati. 0:00:14.790,0:00:18.673 Sekarang, saya hanya makan apabila lapar, 0:00:18.673,0:00:21.736 dan saya telah turun 5kg. 0:00:21.736,0:00:24.273 Ini saya, masa berumur 13 tahun, 0:00:24.273,0:00:26.813 apabila saya diet buat kali pertama. 0:00:26.813,0:00:29.825 Ketika tengok gambar itu, saya fikir, 0:00:29.825,0:00:31.659 "Kamu tak perlukan diet, 0:00:31.659,0:00:34.330 kamu perlukan perunding fesyen." 0:00:34.330,0:00:36.737 (Gelak ketawa) 0:00:36.737,0:00:39.356 Tapi saya rasa, saya perlu[br]turunkan berat badan, 0:00:39.356,0:00:41.408 apabila berat badan naik balik, 0:00:41.408,0:00:43.916 sudah tentu saya[br]salahkan diri sendiri. 0:00:45.196,0:00:47.703 Dan sepanjang tiga dekad[br]yang berikutnya, 0:00:47.703,0:00:50.458 saya cuba pelbagai jenis diet. 0:00:50.458,0:00:52.530 Tak kira apa yang saya cuba, 0:00:52.530,0:00:55.361 berat yang saya hilang[br]pasti naik balik. 0:00:55.361,0:00:58.462 Saya pasti ramai yang tahu[br]bagaimana perasaannya. 0:00:58.822,0:01:00.523 Sebagai neurosaintis, 0:01:00.523,0:01:03.337 Saya tertanya-tanya,[br]kenapa susah sangat? 0:01:03.337,0:01:05.897 Tentu sekali, berat bergantung pada 0:01:05.897,0:01:08.487 amoun yang dimakan[br]dan tenaga yang dibakar. 0:01:08.487,0:01:10.703 Apa yang ramai orang tidak sedar, 0:01:10.703,0:01:12.516 perasaan lapar dan[br]penggunaan tenaga 0:01:12.516,0:01:14.620 dikawal oleh otak, 0:01:14.620,0:01:18.135 tanpa disedari. 0:01:18.135,0:01:21.695 Otak banyak melakukan kerja[br]di belakang tabir, 0:01:21.695,0:01:23.911 dan itu suatu yang baik, 0:01:23.911,0:01:30.372 kerana minda sedar mudah terganggu. 0:01:31.239,0:01:33.944 Nasib baik kita tidak perlu[br]diingatkan untuk bernafas 0:01:33.944,0:01:36.584 apabila terlalu asyik menonton filem, 0:01:36.584,0:01:38.601 tidak lupa cara untuk berjalan 0:01:38.601,0:01:41.516 kerana memikirkan tentang makan malam. 0:01:41.516,0:01:43.500 Otak mempunyai deria tersendiri 0:01:43.500,0:01:45.265 terhadap berat badan seseorang 0:01:45.265,0:01:48.327 tanpa mengira kepercayaan[br]seseorang itu dalam keadaan sedar. 0:01:48.327,0:01:50.367 Ini dipanggil "titik set", 0:01:50.367,0:01:52.033 satu istilah yang mengelirukan, 0:01:52.033,0:01:53.743 kerana ia sebenarnya julat 0:01:53.743,0:01:56.307 dalam lingkungan 5-7kg. 0:01:56.307,0:01:59.530 Anda boleh mengubah gaya hidup[br]bagi menaik turun berat badan 0:01:59.530,0:02:01.598 dalam lingkungan julat itu, 0:02:01.598,0:02:06.003 tetapi jauh lebih sukar untuk berada[br]di luar julat tersebut. 0:02:06.003,0:02:08.030 Hipotalamus, bahagian otak 0:02:08.030,0:02:09.943 yang mengawal berat badan, 0:02:09.943,0:02:12.366 terdapat banyak isyarat kimia 0:02:12.366,0:02:14.982 dalam otak yang menyuruh[br]badan untuk menambah berat, 0:02:14.982,0:02:18.666 dan banyak juga yang menyuruh badan[br]untuk menurunkan berat, 0:02:18.666,0:02:21.976 dan sistem ini bertindak[br]seperti termostat, 0:02:21.976,0:02:24.323 bertindak balas[br]kepada isyarat dari badan 0:02:24.323,0:02:27.931 dengan menyelaraskan rasa lapar,[br]aktiviti dan metabolisme, 0:02:27.931,0:02:31.657 bagi menstabilkan berat badan[br]apabila kondisi berubah. 0:02:31.657,0:02:33.759 Itu yang termostat buat, bukan? 0:02:33.759,0:02:37.191 mengekalkan suhu di dalam rumah 0:02:37.191,0:02:39.951 apabila cuaca di luar berubah. 0:02:39.951,0:02:42.773 Suhu dalam rumah boleh diubah 0:02:42.773,0:02:46.269 dengan membuka tingkap[br]pada musim sejuk, 0:02:46.269,0:02:49.845 tapi itu tidak akan mengubah[br]seting termostat 0:02:49.845,0:02:52.234 yang bertindak balas[br]dengan mengaktifkan relau 0:02:52.234,0:02:54.671 bagi memanaskan balik tempat. 0:02:54.671,0:02:57.993 Otak bertindak dengan cara yang sama, 0:02:57.993,0:03:00.406 bertindak balas kepada penurunan berat 0:03:00.406,0:03:02.290 bagi mengembalikan badan 0:03:02.290,0:03:06.320 kepada apa yang dianggapnya[br]sebagai normal. 0:03:06.320,0:03:08.295 Jika banyak berat badan hilang, 0:03:08.295,0:03:12.620 otak bertindak seolah-olah[br]anda kelaparan, 0:03:12.620,0:03:15.252 tidak kira pada mulanya,[br]anda kurus atau gemuk, 0:03:15.252,0:03:18.217 tindak balas otak tetap sama. 0:03:18.217,0:03:20.490 Alangkah indah sekiranya[br]otak boleh beritahu 0:03:20.490,0:03:21.956 jika kita perlu turunkan berat, 0:03:21.956,0:03:24.091 tetapi tidak mungkin. 0:03:24.091,0:03:26.984 Jika banyak berat badan hilang, 0:03:26.984,0:03:29.283 anda jadi lapar, 0:03:29.283,0:03:32.169 dan otot kurang membakar tenaga. 0:03:32.169,0:03:34.818 Dr. Rudy Leibel[br]dari Universiti Columbia 0:03:34.818,0:03:36.527 mendapati bahawa orang yang hilang 0:03:36.527,0:03:38.726 10% daripada berat badan mereka 0:03:38.726,0:03:41.549 membakar kurang 250 ke 400 kalori 0:03:41.549,0:03:43.936 kerana metabolisme mereka disekat. 0:03:43.936,0:03:46.203 Amaun itu agak banyak. 0:03:46.203,0:03:48.711 Maknanya, untuk seseorang[br]berjaya dalam diet 0:03:48.711,0:03:51.879 dia mesti kurangkan makan sebanyak itu[br]buat selama-lamanya 0:03:51.879,0:03:55.474 berbanding seseorang yang sama berat [br]tetapi sudah sentiasa kurus. 0:03:55.474,0:03:57.264 Dari perspektif evolusi, 0:03:57.264,0:03:59.808 tentangan badan terhadap[br]penurunan berat masuk akal. 0:03:59.808,0:04:02.944 Apabila makanan terhad,[br]hidup nenek moyang kita 0:04:02.944,0:04:05.438 bergantung pada penjimatan tenaga. 0:04:05.438,0:04:07.861 Kenaikan semula berat[br]apabila makanan kembali ada 0:04:07.861,0:04:10.798 dapat melindungi mereka[br]terhadap kekurangan berikutnya. 0:04:10.798,0:04:13.325 Sepanjang sejarah manusia, 0:04:13.325,0:04:16.327 kebuluran sentiasa menjadi[br]masalah yang lebih besar 0:04:16.327,0:04:18.011 daripada makan berlebihan. 0:04:18.011,0:04:22.242 Satu fakta yang menyedihkan: 0:04:22.242,0:04:25.071 Titil set boleh naik, 0:04:25.071,0:04:27.943 tapi jarang turun. 0:04:27.943,0:04:30.132 Jika ibu anda pernah sebut 0:04:30.132,0:04:32.428 yang hidup ini tidak adil, 0:04:32.428,0:04:35.221 inilah maksud dia. 0:04:35.221,0:04:38.259 (Gelak ketawa) 0:04:38.259,0:04:41.444 Diet yang berjaya[br]tidak menurunkan titik set. 0:04:41.444,0:04:42.988 Walaupun berat badan kekal 0:04:42.988,0:04:44.817 selama 7 tahun, 0:04:44.817,0:04:48.790 otak sentiasa cuba [br]menaikkan kembali berat. 0:04:48.790,0:04:53.956 Terutamanya jika penurunan itu[br]disebabkan kebuluran yang panjang. 0:04:53.956,0:04:57.400 Tapi dalam dunia moden yang ada burger, 0:04:57.400,0:05:00.644 kita jarang ada masalah itu. 0:05:00.644,0:05:04.290 Perbezaan antara zaman nenek moyang 0:05:04.290,0:05:06.693 dengan zaman sekarang 0:05:06.693,0:05:08.982 merupakan sebab kenapa Dr Yoni Freedhoff 0:05:08.982,0:05:11.042 dari Universiti Ottawa 0:05:11.042,0:05:13.743 mahu membawa pesakit beliau[br]kembali pada zaman 0:05:13.743,0:05:15.842 di mana makanan adalah terhad, 0:05:15.842,0:05:17.543 dan ia juga sebab kenapa 0:05:17.543,0:05:19.927 mengubah persekitaran pemakanan 0:05:19.927,0:05:24.043 merupakan penyelesaian terbaik 0:05:24.043,0:05:26.153 kepada obesiti. 0:05:26.153,0:05:29.430 Malangnya, kenaikan[br]berat badan sementara 0:05:29.430,0:05:31.475 boleh menjadi kekal. 0:05:31.475,0:05:34.109 Jika terlalu lama berada[br]pada berat yang tinggi, 0:05:34.109,0:05:36.583 mungkin buat beberapa tahun, 0:05:36.583,0:05:41.021 otak mungkin tentukan yang itu[br]adalah normal yang baru. 0:05:41.021,0:05:45.081 Ahli psikologi mengelaskan[br]pemakan kepada 2 kumpulan, 0:05:45.081,0:05:46.699 mereka yang makan apabila lapar 0:05:46.699,0:05:50.538 dan mereka yang cuba[br]mengawal pemakanan mereka 0:05:50.538,0:05:55.331 melalui keazaman, seperti berdiet. 0:05:55.331,0:06:01.842 Kita panggil mereka "pemakan intuitif"[br]dan "pemakan berkawal". 0:06:01.842,0:06:04.025 Yang menariknya, pemakan intuitif 0:06:04.025,0:06:06.656 kurang cenderung untuk mengalami[br]berat badan berlebihan, 0:06:06.656,0:06:10.358 dan mereka kurang berfikir[br]tentang makanan. 0:06:10.358,0:06:14.002 Pemakan berkawal lebih cenderung 0:06:14.002,0:06:16.865 untuk makan berlebihan[br]apabila dijaja dengan pengiklanan, 0:06:16.865,0:06:20.728 pilihan saiz besar di restoran[br]makanan segera dan bufet. 0:06:20.728,0:06:22.473 Keinginan kecil, 0:06:22.473,0:06:25.679 seperti satu skup ais krim, 0:06:25.679,0:06:31.289 mungkin membawa kepada[br]nafsu makan yang tinggi 0:06:31.289,0:06:33.186 bagi pemakan berkawal. 0:06:33.186,0:06:35.113 Kanak-kanak terutamanya[br]lebih terdedah 0:06:35.113,0:06:38.242 kepada kitaran diet lalu mendorong[br]mereka makan mengikut nafsu. 0:06:38.242,0:06:41.071 Beberapa kajian[br]jangka panjang menunjukkan 0:06:41.071,0:06:45.223 remaja yang berdiet pada umur[br]awal belasan tahun 0:06:45.223,0:06:48.548 3 kali lebih cenderung[br]untuk menjadi gemuk 0:06:48.548,0:06:50.085 5 tahun kemudiannya, 0:06:50.085,0:06:52.904 walaupun pada mulanya[br]berat badan mereka normal, 0:06:52.904,0:06:55.553 dan semua kajian ini mendapati 0:06:55.553,0:06:57.860 bahawa faktor sama 0:06:57.860,0:07:01.254 yang meramal pertambahan berat badan 0:07:01.254,0:07:04.254 juga meramal perkembangan[br]kecelaruan makan. 0:07:04.254,0:07:05.822 Faktor yang satu lagi, 0:07:05.822,0:07:07.251 ibu bapa di luar sana, 0:07:07.251,0:07:10.480 diusik oleh ahli keluarga 0:07:10.480,0:07:11.991 disebabkan berat badan. 0:07:11.991,0:07:13.827 Jangan buat macam tu. 0:07:13.827,0:07:15.565 (Gelak ketawa) 0:07:15.565,0:07:18.201 Saya tinggalkan hampir semua [br]graf saya di rumah, 0:07:18.201,0:07:20.596 tapi saya kena sampaikan yang ini. [br] 0:07:20.596,0:07:22.991 Saya seorang "geek". 0:07:22.991,0:07:25.386 (Gelak ketawa) 0:07:25.386,0:07:27.734 Kajian ini melihat [br]kepada risiko kematian 0:07:27.734,0:07:29.600 sepanjang tempoh 14 tahun 0:07:29.600,0:07:32.102 berdasarkan 4 tabiat sihat: 0:07:32.102,0:07:34.222 makan buah dan sayur yang mencukupi, 0:07:34.222,0:07:36.448 bersenam 3 kali seminggu, 0:07:36.448,0:07:37.824 tidak merokok, 0:07:37.824,0:07:39.794 dan minum alkohol secara sederhana. 0:07:39.794,0:07:41.723 Kita mula dengan subjek kajian 0:07:41.723,0:07:43.311 yang mempunyai berat normal. 0:07:43.311,0:07:45.198 Tinggi bar mewakili risiko kematian, 0:07:45.198,0:07:47.579 dan nombor 0, 1, 2, 3, 4 0:07:47.579,0:07:48.825 pada paksi mengufuk 0:07:48.825,0:07:50.858 mewakili bilangan tabiat sihat 0:07:50.858,0:07:52.418 yang seseorang itu amalkan. 0:07:52.418,0:07:55.407 Seperti yang dijangka, [br]lebih sihat gaya hidup, 0:07:55.407,0:07:58.319 lebih kecil kemungkinan subjek [br]meninggal dunia semasa kajian. 0:07:58.319,0:07:59.641 Sekarang kita lihat 0:07:59.641,0:08:01.487 pada subjek berat badan berlebihan. 0:08:01.487,0:08:03.559 Mereka yang tidak [br]mengamalkan tabiat sihat 0:08:03.559,0:08:05.330 berisiko kematian lebih tinggi. 0:08:05.330,0:08:07.094 Menambah hanya 1 tabiat sihat, 0:08:07.094,0:08:10.556 menarik golongan lebihan [br]berat badan ke dalam julat normal. 0:08:10.556,0:08:13.298 Bagi orang obes tanpa tabiat sihat, 0:08:13.298,0:08:16.008 risiko mereka sangat tinggi, [br]7 kali lebih tinggi 0:08:16.008,0:08:18.144 daripada kumpulan paling sihat [br]dalam kajian ini. 0:08:18.144,0:08:22.084 Tetapi gaya hidup sihat [br]juga membantu golongan obes. 0:08:22.084,0:08:24.602 Malah, jika anda lihat pada kumpulan 0:08:24.602,0:08:26.876 yang mengamalkan [br]kesemua tabiat sihat, 0:08:26.876,0:08:29.488 berat badan tidak memberi [br]perbezaan yang besar. 0:08:29.488,0:08:31.544 Anda boleh kawal kesihatan 0:08:31.544,0:08:33.418 dengan mengawal gaya hidup, 0:08:33.418,0:08:35.039 biarpun gagal menurunkan 0:08:35.039,0:08:36.635 dan mengekalkan berat badan. 0:08:36.635,0:08:40.745 Diet tidak boleh [br]dipercayai sepenuhnya. 0:08:40.745,0:08:42.392 5 tahun selepas berdiet, 0:08:42.392,0:08:45.310 berat badan kebanyakan orang naik kembali. 0:08:45.310,0:08:47.792 40% daripada mereka [br]naik jauh lebih banyak. 0:08:47.792,0:08:49.217 Jika difikirkan, 0:08:49.217,0:08:51.564 kesan tipikal berdiet 0:08:51.564,0:08:53.452 ialah kecenderungan untuk naik berat 0:08:53.452,0:08:56.221 dalam jangka masa panjang [br]daripada hilang berat badan. 0:08:56.221,0:08:59.075 Jika saya sudah [br]yakinkan anda bahawa berdiet 0:08:59.075,0:09:01.104 mungkin merupakan satu masalah, 0:09:01.104,0:09:03.742 Soalan seterusnya ialah, [br]apa yang anda lakukan? 0:09:03.742,0:09:08.198 Jawapan saya ialah: kesedaran. 0:09:08.198,0:09:10.733 Saya tak suruh [br]anda belajar bertafakur 0:09:10.733,0:09:12.725 ataupun yoga. 0:09:12.725,0:09:15.277 Saya bercakap mengenai [br]kesedaran tentang pemakanan: 0:09:15.277,0:09:18.785 belajar memahami isyarat badan 0:09:18.785,0:09:21.174 supaya anda makan apabila lapar 0:09:21.174,0:09:23.516 dan berhenti apabila kenyang, 0:09:23.516,0:09:25.694 kerana kenaikan berat berpokok pada 0:09:25.694,0:09:28.760 isu makan apabila tidak lapar 0:09:28.760,0:09:30.244 Bagaimana harus anda lakukan? 0:09:30.244,0:09:32.078 Izinkan diri anda makan 0:09:32.078,0:09:34.283 sebanyak mana anda [br]mahu dan cuba fikir 0:09:34.283,0:09:36.035 apa yang buatkan badan rasa bagus. 0:09:36.035,0:09:39.764 Makan tanpa gangguan. 0:09:39.764,0:09:41.563 Fikirkan bagaimana badan anda rasa 0:09:41.563,0:09:43.617 apabila anda mula makan dan berhenti, 0:09:43.617,0:09:46.104 biarkan perasaan lapar yang tentukan 0:09:46.104,0:09:47.572 bila anda harus berhenti. 0:09:47.572,0:09:49.993 Ambil masa setahun [br]untuk saya belajar perkara ini, 0:09:49.993,0:09:51.764 tapi ia benar-benar berbaloi. 0:09:51.764,0:09:54.849 Saya berasa lebih tenang [br]apabila dikelilingi makanan 0:09:54.849,0:09:57.712 berbanding sebelum ini. 0:09:57.712,0:10:00.277 Saya tidak selalu memikirkannya. 0:10:00.277,0:10:02.830 Saya lupa yang kami [br]ada coklat di rumah. 0:10:02.830,0:10:06.134 Rasa macam makhluk asing [br]ambil alih otak saya. 0:10:06.134,0:10:08.712 Memang lain. 0:10:08.712,0:10:11.378 Saya harus katakan, 0:10:11.378,0:10:14.171 pendekatan ini mungkin tidak [br]buatkan anda hilang berat 0:10:14.171,0:10:17.088 kecuali anda selalu [br]makan apabila tak lapar, 0:10:17.088,0:10:20.986 tetapi para doktor tidak tahu [br]mana-mana pendekatan 0:10:20.986,0:10:25.461 yang memberi penurunan [br]berat yang ketara, 0:10:25.461,0:10:28.831 inilah sebabnya, ramai [br]orang mula fokus pada 0:10:28.831,0:10:30.990 mencegah pertambahan berat 0:10:30.990,0:10:34.213 bukannya menurunkan berat. 0:10:34.213,0:10:35.749 Sedarlah: 0:10:35.749,0:10:39.960 Jika berdiet berkesan, [br]kita semua sudah kurus. 0:10:39.960,0:10:41.860 (Gelak ketawa) 0:10:41.860,0:10:43.497 Kenapa kita masih buat benda sama 0:10:43.497,0:10:46.380 dan harapkan kesan yang berlainan? 0:10:46.380,0:10:48.063 Mungkin berdiet nampaknya tidak bahaya, 0:10:48.063,0:10:51.781 tapi sebenarnya memberi [br]banyak kesan sampingan. 0:10:51.781,0:10:54.216 Paling teruk, [br]ia merosakkan kehidupan: 0:10:54.216,0:10:56.532 Obsesi berat mendorong [br]kepada kecelaruan makan, 0:10:56.532,0:10:59.475 terutamanya dalam kalangan [br]kanak-kanak muda. 0:10:59.475,0:11:04.353 Di Amerika, 80% budak perempuan [br]berumur 10 tahun 0:11:04.353,0:11:06.130 mengatakan mereka pernah berdiet. 0:11:06.130,0:11:08.391 Mereka belajar menilai diri 0:11:08.391,0:11:11.494 pada skala yang salah. 0:11:11.494,0:11:13.519 Walaupun dilakukan dengan terbaik, 0:11:13.519,0:11:16.247 berdiet membazirkan masa dan tenaga. 0:11:16.247,0:11:20.469 Ia memerlukan keazaman [br]yang mungkin boleh digunakan 0:11:20.469,0:11:23.091 untuk membantu anak-anak [br]dengan kerja sekolah 0:11:23.091,0:11:26.707 atau menyiapkan kerja [br]projek yang penting, 0:11:26.707,0:11:30.194 dan disebabkan [br]semangat azam itu terhad, 0:11:30.194,0:11:34.817 sebarang strategi yang bergantung [br]pada pengenaan konsisten 0:11:34.817,0:11:39.693 selalunya bakal menggagalkan anda 0:11:39.693,0:11:43.542 apabila tumpuan anda beralih [br]ke sesuatu yang lain. 0:11:43.542,0:11:47.474 Saya akhiri dengan satu pandangan. 0:11:47.474,0:11:50.377 Bagaimana jika kita beritahu [br]semua gadis yang berdiet, 0:11:50.377,0:11:53.378 tak salah jika mereka [br]makan apabila lapar? 0:11:53.378,0:11:55.628 Bagaimana jika kita ajar mereka [br]mengawal nafsu makan 0:11:55.628,0:11:57.753 dan bukannya takut kepada nafsu itu? 0:11:57.753,0:12:01.180 Saya rasa mereka [br]akan lebih bahagia dan sihat, 0:12:01.180,0:12:03.195 dan apabila dewasa, 0:12:03.195,0:12:06.968 mungkin akan menjadi lebih kurus. 0:12:06.968,0:12:09.081 Kalaulah ada orang [br]beritahu saya perkara itu 0:12:09.081,0:12:12.502 masa saya 13 tahun. 0:12:12.502,0:12:13.958 Terima kasih. 0:12:13.958,0:12:15.547 (Tepukan)