♪ (muzik) ♪
(perantara) Spesies terancam.
Mungkin anda mendengar istilah
itu sebelumnya,
tapi apakah sebenarnya spesis
terancam?
Dan kenapa mereka perlukan
bantuan kita?
Mari kita siasat.
Perkataan 'spesis' merujuk
pada satu kumpulan
atau sejenis hidupan yang sama
yang boleh berkembang.
Contohnya, manusia adalah
spesis,
tapi haiwan, tumbuhan dan serangga
yang berlainan juga adalah spesis.
Singa, burung hantu, cicak,
rama-rama, semut dan lebah,
pokok, rumput dan bunga yang
kita tanam,
bahkan contoh spesis yang lain. buah-buahan dan
sayuran yang kita makan.
Tapi apakah maksudnya, apabila spesis
terancam?
Secara zahir, spesis terancam
bermaksud:
spesis yang dalam
kepupusan
atau lenyap
sepenuhnya.
Bagi membantu jejaki
spesis tersebut
dan betapa terancamnya ia,
ia diletakkan dalam kategori,
berdasarkan perkara seperti:
populasinya, habitat, dan data
saintifik yang lain.
Kumpulan-kumpulan dari lingkungan
yang sedikit hingga pupus sepenuhnya.
Sementara semua kumpulan ini sedang
dinilai,
spesis tersebut disenaraikan
sangat terancam,
terdedah atau
spesis tersebut diancam
kepupusan.
Apakah penyebab spesis
menjadi terancam dan pupus?
Mari lihat satu contoh.
(bunyi hutan)
Lebih dari 65 juta tahun lalu,
sekurang-kurangnya 700 spesis
dinosaur di Bumi.
(bunyi hutan)
Perubahan alam sekitar yang
mendadak menyebabkan mereka pupus.
♪ (muzik perkusi) ♪
Saintis mengatakan satu asteroid yang besar
menghentam Bumi,
atas kesan itu banyak
dinosaur terbunuh,
dan Bumi menjadi padang jarak
padang terkukur.
Gunung berapi meletus,
melepaskan debu, asap dan
karbon di udara.
Awan hitam menyelubungi
langit
dan iklim berubah dengan cepat,
membuatkan tumbuhan dan haiwan sukar
untuk hidup.
Persekitaran yang tidak sihat
ini
menyebabkan banyak dinosaur
yang tinggal menjadi terancam.
Tanpa udara dan air yang bersih,
sumber makanan dan tempat perlindungan,
mereka lenyap sepenuhnya.
Hanya beberapa yang hidup
dan berevolusi kepada apa yang
kita ketahui sekarang.
(riuh-rendah burung)
Misalnya, anda dapat lihat
bagaimana satu tindakan
boleh menyebabkan satu
tindak balas rantaian
boleh membentuk satu persekitaran
yang sangat tidak sihat.
Kini, kita masih mengalami perubahan
persekitaran
dan atmosfera Bumi,
Tapi kita juga mengalami perubahan
disebabkan aktiviti manusia.
Aktiviti seperti memancing,
bercucuk tanam,
membuat jalan raya dan bangunan,
penggunaan elektrik, memandu,
membeli-belah,
dan banyak perkara yang kita lakukan
setiap hari
boleh mendatangkan kesan
pada habitat
atau tempat yang kita duduki
di seluruh dunia.
Apabila habitat berubah,
spesis hidupan akan terkesan.
Perkara seperti
penebangan hutan,
pencemaran air, cahaya dan
bunyi,
menggunakan terlalu banyak sumber
asli,
dan spesis diletakkan di tempat
yang bukan milik mereka
semuanya meletakkan tanaman,
haiwan dan manusia dalam bahaya.
Berjuta-juta spesis di atas Bumi,
tapi kajian saintifik mengatakan
sebanyak 2000 spesis
akan pupus
setiap tahun.
Mari bertanyakan pakar, Leigh,
lihat jika dia boleh terangkan lebih lanjut
tentang beberapa spesis yang perlukan
bantuan kita.
(Leigh) Hai semua, dan terima
kasih banyak-banyak
kerana berminat mempelajari
tentang spesis terancam.
Sedihnya, tiada menitik beratkan
tumbuhan dan haiwan
yang pupus di seluruh dunia setiap hari.
Ambil contoh harimau.
(bunyi mengaum)
Pada abad lalu, harimau Bali, Caspia
dan Jawa semuanya telah pupus.
Hanya dua subspesis yang tinggal
hari ini:
Harimau Benua dan Kepulauan Sunda.
Yang sedihnya, kedua-duanya
terancam.
Pemburuan haram, kehilangan habitat
dan konflik isu manusia yang lain
telah menyebabkan populasi harimau
menurun lepas tahun ke tahun.
Malangnya, hanya 3900 harimau yang
tinggal hari ini.
Sama dengan harimau, gajah, badak sumbu
dan ikan paus
juga terdiri daripada populasi
dan subspesis yang berbeza.
yang mana semakin menghampiri
kepupusan disebabkan aktiviti
manusia.
Berita baiknya, di seluruh
dunia,
saintis dan pakar seperti saya
bekerja keras setiap hari
untuk melindungi spesis terancam,
untuk meningkatkan populasi mereka
di hutan
supaya kita tidak kehilangan mereka.
Dan berita yang paling bagus,
bukan pakar seperti saya saja
boleh membantu.
Anda juga mempunyai kuasa.
(kanak-kanak bersorak)
(perantara) Leigh, betul.
Anda boleh mengambil langkah
untuk membetulkan
sistem semula jadi yang menampung
kita dan semua spesis di bumi,
seperti harimau, badak sumbu, gajah
dan banyak lagi.
Anda boleh bantu perbaiki
kualiti udara
dan mengurangkan pelepasan
gas rumah hijau
dengan menutup lampu dan elektrik
apabila tidak menggunakannya