♪ (muzik) ♪ (perantara) Spesies terancam. Mungkin anda mendengar istilah itu sebelumnya, tapi apakah sebenarnya spesis terancam? Dan kenapa mereka perlukan bantuan kita? Mari kita siasat. Perkataan 'spesis' merujuk pada satu kumpulan atau sejenis hidupan yang sama yang boleh berkembang. Contohnya, manusia adalah spesis, namun haiwan, tumbuhan dan serangga yang berlainan juga adalah spesis. Singa, burung hantu, cicak, rama-rama, semut dan lebah, pokok, rumput dan bunga yang kita tanam, bahkan contoh yang lain buah-buahan dan sayuran yang kita makan. Tapi apakah maksudnya, apabila spesis terancam? Secara zahir, spesis terancam bermaksud: spesis yang dalam kepupusan atau lenyap sepenuhnya. Bagi membantu jejaki spesis tersebut dan betapa terancamnya ia, ia diletakkan dalam kategori, berdasarkan perkara seperti: populasinya, habitat, dan data saintifik yang lain. Kumpulan-kumpulan dari lingkungan yang sedikit hingga pupus sepenuhnya. Sementara semua kumpulan ini sedang dinilai, spesis tersebut disenaraikan sangat terancam, terdedah atau spesis tersebut diancam kepupusan. Apakah penyebab spesis menjadi terancam dan pupus? Mari lihat satu contoh. (bunyi hutan) Lebih dari 65 juta tahun lalu, sekurang-kurangnya 700 spesis dinosaur di Bumi. (bunyi hutan) Perubahan alam sekitar yang mendadak menyebabkan mereka pupus. ♪ (muzik perkusi) ♪ Saintis mengatakan satu asteroid besar menghentam Bumi, atas kesan itu banyak dinosaur terbunuh, dan Bumi menjadi padang jarak padang terkukur. Gunung berapi meletus, melepaskan debu, asap dan karbon di udara. Awan hitam menyelubungi langit dan iklim berubah dengan cepat, membuatkan tumbuhan dan haiwan sukar untuk hidup. Persekitaran yang tidak sihat ini menyebabkan banyak dinosaur yang tinggal menjadi terancam. Tanpa udara dan air yang bersih, sumber makanan dan tempat perlindungan, mereka lenyap sepenuhnya. Hanya beberapa spesis yang hidup dan berevolusi kepada apa yang kita ketahui sekarang seperti burung. (riuh-rendah burung) Misalnya, anda dapat lihat bagaimana satu tindakan boleh menyebabkan satu tindak balas rantaian boleh membentuk satu persekitaran yang sangat tidak sihat. Kini, kita masih mengalami perubahan persekitaran dan atmosfera Bumi, Tapi kita juga mengalami perubahan disebabkan aktiviti manusia. Aktiviti seperti memancing, bercucuk tanam, membuat jalan raya dan bangunan, penggunaan elektrik, memandu, membeli-belah, dan banyak perkara yang kita lakukan setiap hari boleh mendatangkan kesan besar pada habitat atau tempat yang kita duduki di seluruh dunia. Apabila habitat berubah, spesis hidupan akan terkesan. Perkara seperti penebangan hutan, pencemaran air, cahaya dan bunyi, menggunakan terlalu banyak sumber asli, dan spesis diletakkan di tempat yang bukan milik mereka semuanya meletakkan tanaman, haiwan dan manusia dalam bahaya. Berjuta-juta spesis di atas Bumi, tapi kajian saintifik mengatakan sebanyak 2000 spesis akan pupus setiap tahun. Mari bertanyakan pakar, Leigh, jika dia boleh terangkan lebih lanjut tentang beberapa spesis yang perlukan bantuan kita. (Leigh) Hai, terima kasih banyak-banyak kerana berminat mempelajari tentang spesis terancam. Sedihnya, tiada menitik beratkan tumbuhan dan haiwan yang pupus di seluruh dunia setiap hari. Ambil contoh harimau. (bunyi mengaum) Pada abad lalu, harimau Bali, Caspia dan Jawa semuanya telah pupus. Hanya dua subspesis yang tinggal hari ini: Harimau Benua dan Kepulauan Sunda. Yang sedihnya, kedua-duanya terancam. Pemburuan haram, kehilangan habitat dan konflik isu manusia yang lain telah menyebabkan populasi harimau menurun lepas tahun ke tahun. Malangnya, hanya 3900 harimau yang tinggal hari ini. Sama dengan harimau, gajah, badak sumbu dan ikan paus juga terdiri daripada populasi dan subspesis yang berbeza. yang mana semakin menghampiri kepupusan disebabkan aktiviti manusia. Berita baiknya, di seluruh dunia, saintis dan pakar seperti saya bekerja keras setiap hari untuk melindungi spesis terancam, untuk meningkatkan populasi mereka di hutan supaya kita tidak kehilangan mereka. Dan berita yang paling bagus, bukan pakar seperti saya saja boleh membantu. Anda juga mempunyai kuasa. (kanak-kanak bersorak) (perantara) Leigh, betul. Anda boleh mengambil langkah untuk membetulkan sistem semula jadi yang menampung kita dan semua spesis di bumi, seperti harimau, badak sumbu, gajah dan banyak lagi. Anda boleh bantu perbaiki kualiti udara dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan menutup lampu dan barang elektonik apabila tidak menggunakannya dan sebaliknya berbasikal, berjalan atau mengambil kenderaan awam daripada memandu. Anda beringat untuk tidak membazir makanan dan air. Anda boleh suarakan kepada pemimpin dan kerajaan anda supaya mereka membuat keputusan yang bagus melindungi alam semula jadi. Anda juga boleh suarakan kepada keluarga dan rakan-rakan tentang bagaimana kita semua perlu menjaga Bumi dengan baik. Anda boleh menyokong pertubuhan seperti WWF yang berusaha melindungi alam sekitar dan semua hidupan di planet kita. Jika kita memainkan peranan untuk pertahankan alam semula jadi, kita dapat melindungi spesis di seluruh dunia, termasuk diri kita sendiri. ♪ (muzik) ♪