1 00:00:00,391 --> 00:00:02,549 Ini adalah mesin layan diri di Los Angeles. 2 00:00:02,549 --> 00:00:05,480 Ia di dalam pusat beli-belah, dan ia menjual telur ikan. 3 00:00:05,480 --> 00:00:09,130 Ia adalah mesin layan diri kaviar. 4 00:00:09,130 --> 00:00:10,729 Ini adalah Art-o-mat, 5 00:00:10,729 --> 00:00:12,318 mesin layan diri seni yang menjual 6 00:00:12,318 --> 00:00:14,088 ciptaan seni kecil hasil artis berbeza, 7 00:00:14,088 --> 00:00:16,258 biasanya atas blok kayu kecil atau kotak mancis, 8 00:00:16,258 --> 00:00:18,229 dalam edisi terhad. 9 00:00:18,229 --> 00:00:20,323 Ini Oliver Medvedik. Dia bukan mesin layan diri, 10 00:00:20,323 --> 00:00:22,702 tapi dia merupakan salah seorang pengasas Genspace, 11 00:00:22,702 --> 00:00:24,714 suatu biolab komuniti di Brooklyn, New York, 12 00:00:24,714 --> 00:00:25,898 di mana sesiapa saja boleh mendaftar 13 00:00:25,898 --> 00:00:29,150 dan mempelajari teknik seperti membesarkan E. coli yang bercahaya dalam gelap 14 00:00:29,150 --> 00:00:31,570 atau belajar bagaimana mengambil DNA strawberri. 15 00:00:31,570 --> 00:00:35,149 Malah, saya lihat Oliver mengekstrak DNA strawberi seperti ini kira-kira setahun lalu, 16 00:00:35,149 --> 00:00:37,254 dan inilah yang membawa saya ke jalan aneh ini 17 00:00:37,254 --> 00:00:38,976 yang akan saya ceritakan sekarang. 18 00:00:38,976 --> 00:00:42,034 Kerana DNA strawberi sungguh menarik, begitu cantik sekali. 19 00:00:42,034 --> 00:00:44,261 Saya tak pernah terfikir bahawa DNA sesuatu yang cantik, 20 00:00:44,261 --> 00:00:45,974 sehingga melihatnya dalam bentuk ini. 21 00:00:45,974 --> 00:00:47,929 Dan ramai orang, terutamanya dalam komuniti seni, 22 00:00:47,929 --> 00:00:50,061 tidak semestinya terlibat dalam sains sebegini. 23 00:00:50,061 --> 00:00:52,151 Saya menyertai Genspace dengan serta-merta dan 24 00:00:52,151 --> 00:00:54,122 saya tanya Oliver, "Jika boleh lakukan pada strawberi, 25 00:00:54,122 --> 00:00:55,663 bolehkah kita lakukan dengan manusia juga?" 26 00:00:55,663 --> 00:00:57,073 Dan 10 minit nanti, kami berdua 27 00:00:57,073 --> 00:00:58,592 memusingkannya dalam botol dan menulis 28 00:00:58,592 --> 00:01:01,332 protokol bagi pengekstrakan DNA manusia. 29 00:01:01,332 --> 00:01:03,424 Dan saya mula melakukannya sendiri, 30 00:01:03,424 --> 00:01:05,699 dan inilah rupa sebenar DNA saya. 31 00:01:05,699 --> 00:01:07,909 Di parti makan malam bersama rakan, rakan artis, 32 00:01:07,909 --> 00:01:10,146 saya ceritakan tentang projek ini, 33 00:01:10,146 --> 00:01:13,252 dan mereka tak percaya bahawa DNA sebenarnya boleh dilihat. 34 00:01:13,252 --> 00:01:15,578 Saya berkata, mari keluarkan beberapa bekalan. 35 00:01:15,578 --> 00:01:18,675 Dan saya mula mengadakan parti makan malam aneh ini setiap malam Jumaat 36 00:01:18,675 --> 00:01:20,169 di mana orang akan bertandang 37 00:01:20,169 --> 00:01:22,013 dan kami melakukan pengekstrakan DNA, 38 00:01:22,013 --> 00:01:23,479 malah saya juga merakamkannya, 39 00:01:23,479 --> 00:01:26,810 kerana ia juga menimbulkan riak wajah lucu. 40 00:01:26,810 --> 00:01:28,763 (Ketawa) 41 00:01:28,763 --> 00:01:30,890 Mereka ini boleh dikatakan tidak selalunya 42 00:01:30,890 --> 00:01:32,642 melibatkan diri dengan sains. 43 00:01:32,642 --> 00:01:36,447 Anda boleh lihat melalui reaksi mereka. 44 00:01:36,447 --> 00:01:38,068 Tapi mereka terpesona dengannya, 45 00:01:38,068 --> 00:01:39,756 dan saya amat tertarik melihat mereka 46 00:01:39,756 --> 00:01:41,587 teruja tentang sains. 47 00:01:41,587 --> 00:01:44,140 Maka saya mula melakukannya dengan kerap. 48 00:01:44,140 --> 00:01:46,862 Agak ganjil untuk melakukan ini pada malam Jumaat anda, 49 00:01:46,862 --> 00:01:48,203 tapi inilah yang saya mula lakukan, 50 00:01:48,203 --> 00:01:49,523 dan saya mula mengumpul 51 00:01:49,523 --> 00:01:51,705 DNA rakan saya di dalam bebuli-bebuli kecil 52 00:01:51,705 --> 00:01:52,968 dan mengkategorikannya. 53 00:01:52,968 --> 00:01:54,384 Inilah rupa DNA tersebut. 54 00:01:54,384 --> 00:01:56,547 Dan saya mula berfikir tentang beberapa perkara. 55 00:01:56,547 --> 00:01:59,148 Pertama, ini amat serupa dengan dinding Facebook saya. 56 00:01:59,148 --> 00:02:01,787 Jadi, saya telah mencipta suatu rangkaian genetik, 57 00:02:01,787 --> 00:02:03,341 satu rangkaian sosial genetik. 58 00:02:03,341 --> 00:02:05,320 Dan keduanya, suatu hari rakan saya datang 59 00:02:05,320 --> 00:02:08,390 dan melihatnya di atas meja saya dan berkata, "Oh. 60 00:02:08,390 --> 00:02:11,679 Kenapa mereka bernombor? Adakah orang ini lebih unik daripada yang lain? 61 00:02:11,679 --> 00:02:13,470 Saya langsung tak terfikir tentang itu. 62 00:02:13,470 --> 00:02:16,436 Mereka bernombor mengikut susunan DNA yang diekstrak oleh saya. 63 00:02:16,436 --> 00:02:18,768 Tapi ia membuatkan saya terfikir untuk mengumpulkan mainan, 64 00:02:18,768 --> 00:02:20,194 dan apa yang berlaku sekarang 65 00:02:20,194 --> 00:02:22,638 di dalam dunia mainan dengan kotak tanpa gambar, 66 00:02:22,638 --> 00:02:24,520 dan dapat mengumpul mainan yang jarang ini. 67 00:02:24,520 --> 00:02:26,835 Anda beli kotak ini. Anda tak pasti apa yang ada dalamnya. 68 00:02:26,835 --> 00:02:28,418 Tapi kemudian, setelah membukanya, 69 00:02:28,418 --> 00:02:30,004 anda dapati pelbagai mainan unik. 70 00:02:30,004 --> 00:02:31,472 Dan pada saya itu amat menarik. 71 00:02:31,472 --> 00:02:34,341 Saya mula berfikir tentang ini dan mesin layan diri kaviar dan Art-o-mat, 72 00:02:34,341 --> 00:02:38,077 dan entah mengapa, suatu malam saya melukis mesin layan diri, 73 00:02:38,077 --> 00:02:39,744 berfikir tentang membuat lukisan mesin layan diri, 74 00:02:39,744 --> 00:02:41,625 dan bebuli kecil berisi DNA saya dalamnya, 75 00:02:41,625 --> 00:02:43,752 dan saya lihat kerjasama indah antara 76 00:02:43,752 --> 00:02:46,528 helaian DNA dan gegelung mesin layan diri. 77 00:02:46,528 --> 00:02:49,048 Jadi, saya membuat keputusan untuk mencipta instalasi seni 78 00:02:49,048 --> 00:02:51,066 bergelar Mesin Layan Diri DNA. 79 00:02:51,066 --> 00:02:52,772 Inilah dia. 80 00:02:52,772 --> 00:02:58,530 (Muzik) 81 00:02:58,530 --> 00:03:03,410 ["Mesin Layan Diri DNA adalah instalasi seni berkaitan akses kita terhadap bioteknologi yang meningkat."] 82 00:03:07,223 --> 00:03:11,306 ["Dengan harga berpatutan, anda boleh membeli satu sampel 83 00:03:11,306 --> 00:03:14,695 DNA manusia daripada mesin layan diri tradisional."] 84 00:03:32,806 --> 00:03:35,311 ["Setiap sampel datang berpakej dengan satu koleksi 85 00:03:35,311 --> 00:03:38,263 edisi terhad gambaran spesimen manusia."] 86 00:03:42,207 --> 00:03:44,923 ["Mesin Layan Diri DNA menyifatkan DNA 87 00:03:44,923 --> 00:03:47,149 sebagai barang koleksi dan mengetengahkan 88 00:03:47,149 --> 00:03:50,920 isu undang-undang ke atas pemilikan DNA."] 89 00:03:52,103 --> 00:03:54,412 Gabriel Garcia-Colombo: Jadi Mesin Layan Diri DNA 90 00:03:54,412 --> 00:03:56,237 kini berada di beberapa galeri di New York 91 00:03:56,237 --> 00:03:58,248 dan nampaknya dapat dijual dengan laris. 92 00:03:58,248 --> 00:04:00,257 Kami dalam edisi pertama, berjumlah 100 keping 93 00:04:00,257 --> 00:04:02,017 harapnya dapat membuat edisi lain tak lama lagi. 94 00:04:02,017 --> 00:04:04,149 Saya berhasrat untuk memasarkannya ke pusat metro 95 00:04:04,149 --> 00:04:06,060 seperti Grand Central atau Penn Station, 96 00:04:06,060 --> 00:04:08,990 bersebelahan beberapa mesin layan diri lain di situ. 97 00:04:08,990 --> 00:04:11,305 Tapi dengan projek ini dan ramai projek lain saya 98 00:04:11,305 --> 00:04:13,427 saya mahu bertanya satu soalan kepada anda, iaitu, 99 00:04:13,427 --> 00:04:15,305 apabila penjujukan DNA dan bioteknologi, 100 00:04:15,305 --> 00:04:18,290 menjadi semurah pemotongan laser, misalnya, atau 101 00:04:18,290 --> 00:04:22,161 pencetakan 3D atau membeli kaviar dari mesin layan diri, 102 00:04:22,161 --> 00:04:24,814 sediakah anda memberi sampel DNA anda menjadi milik mesin ini? 103 00:04:24,814 --> 00:04:26,764 Dan berapakah nilai sampel-sampel ini? 104 00:04:26,764 --> 00:04:29,230 Dan adakah anda akan membeli sampel orang lain? 105 00:04:29,230 --> 00:04:32,859 Dan apakah yang anda boleh buat dengan sampel tersebut? 106 00:04:32,859 --> 00:04:34,602 Terima kasih. 107 00:04:34,602 --> 00:04:38,602 (Tepukan)