0:00:00.391,0:00:02.549 Ini adalah mesin layan diri di Los Angeles. 0:00:02.549,0:00:05.480 Ia di dalam pusat beli-belah,[br]dan ia menjual telur ikan. 0:00:05.480,0:00:09.130 Ia adalah mesin layan diri kaviar. 0:00:09.130,0:00:10.729 Ini adalah Art-o-mat, 0:00:10.729,0:00:12.318 mesin layan diri seni yang menjual 0:00:12.318,0:00:14.088 ciptaan seni kecil hasil artis berbeza, 0:00:14.088,0:00:16.258 biasanya atas blok kayu kecil atau kotak mancis, 0:00:16.258,0:00:18.229 dalam edisi terhad. 0:00:18.229,0:00:20.323 Ini Oliver Medvedik.[br]Dia bukan mesin layan diri, 0:00:20.323,0:00:22.702 tapi dia merupakan salah[br]seorang pengasas Genspace, 0:00:22.702,0:00:24.714 suatu biolab komuniti di Brooklyn, New York, 0:00:24.714,0:00:25.898 di mana sesiapa saja boleh mendaftar 0:00:25.898,0:00:29.150 dan mempelajari teknik seperti[br]membesarkan E. coli yang bercahaya dalam gelap 0:00:29.150,0:00:31.570 atau belajar bagaimana [br]mengambil DNA strawberri. 0:00:31.570,0:00:35.149 Malah, saya lihat Oliver mengekstrak DNA strawberi[br]seperti ini kira-kira setahun lalu, 0:00:35.149,0:00:37.254 dan inilah yang membawa saya [br]ke jalan aneh ini 0:00:37.254,0:00:38.976 yang akan saya ceritakan sekarang. 0:00:38.976,0:00:42.034 Kerana DNA strawberi sungguh[br]menarik, begitu cantik sekali. 0:00:42.034,0:00:44.261 Saya tak pernah terfikir bahawa DNA[br]sesuatu yang cantik, 0:00:44.261,0:00:45.974 sehingga melihatnya dalam bentuk ini. 0:00:45.974,0:00:47.929 Dan ramai orang, terutamanya dalam komuniti seni, 0:00:47.929,0:00:50.061 tidak semestinya terlibat dalam sains sebegini. 0:00:50.061,0:00:52.151 Saya menyertai Genspace[br]dengan serta-merta dan 0:00:52.151,0:00:54.122 saya tanya Oliver,[br]"Jika boleh lakukan pada strawberi, 0:00:54.122,0:00:55.663 bolehkah kita lakukan dengan manusia juga?" 0:00:55.663,0:00:57.073 Dan 10 minit nanti, kami berdua 0:00:57.073,0:00:58.592 memusingkannya dalam botol dan menulis 0:00:58.592,0:01:01.332 protokol bagi pengekstrakan DNA manusia. 0:01:01.332,0:01:03.424 Dan saya mula melakukannya sendiri, 0:01:03.424,0:01:05.699 dan inilah rupa sebenar DNA saya. 0:01:05.699,0:01:07.909 Di parti makan malam [br]bersama rakan, rakan artis, 0:01:07.909,0:01:10.146 saya ceritakan tentang projek ini, 0:01:10.146,0:01:13.252 dan mereka tak percaya bahawa DNA [br]sebenarnya boleh dilihat. 0:01:13.252,0:01:15.578 Saya berkata, mari[br]keluarkan beberapa bekalan. 0:01:15.578,0:01:18.675 Dan saya mula mengadakan[br]parti makan malam aneh ini setiap malam Jumaat 0:01:18.675,0:01:20.169 di mana orang akan bertandang 0:01:20.169,0:01:22.013 dan kami melakukan pengekstrakan DNA, 0:01:22.013,0:01:23.479 malah saya juga merakamkannya, 0:01:23.479,0:01:26.810 kerana ia juga menimbulkan riak wajah lucu. 0:01:26.810,0:01:28.763 (Ketawa) 0:01:28.763,0:01:30.890 Mereka ini boleh dikatakan tidak selalunya 0:01:30.890,0:01:32.642 melibatkan diri dengan sains. 0:01:32.642,0:01:36.447 Anda boleh lihat melalui reaksi mereka. 0:01:36.447,0:01:38.068 Tapi mereka terpesona dengannya, 0:01:38.068,0:01:39.756 dan saya amat tertarik[br]melihat mereka 0:01:39.756,0:01:41.587 teruja tentang sains. 0:01:41.587,0:01:44.140 Maka saya mula melakukannya dengan kerap. 0:01:44.140,0:01:46.862 Agak ganjil untuk melakukan ini[br]pada malam Jumaat anda, 0:01:46.862,0:01:48.203 tapi inilah yang saya mula lakukan, 0:01:48.203,0:01:49.523 dan saya mula mengumpul 0:01:49.523,0:01:51.705 DNA rakan saya di dalam bebuli-bebuli kecil 0:01:51.705,0:01:52.968 dan mengkategorikannya. 0:01:52.968,0:01:54.384 Inilah rupa DNA tersebut. 0:01:54.384,0:01:56.547 Dan saya mula berfikir[br]tentang beberapa perkara. 0:01:56.547,0:01:59.148 Pertama, ini amat serupa [br]dengan dinding Facebook saya. 0:01:59.148,0:02:01.787 Jadi, saya telah [br]mencipta suatu rangkaian genetik, 0:02:01.787,0:02:03.341 satu rangkaian sosial genetik. 0:02:03.341,0:02:05.320 Dan keduanya, suatu hari [br]rakan saya datang 0:02:05.320,0:02:08.390 dan melihatnya di atas meja saya[br]dan berkata, "Oh. 0:02:08.390,0:02:11.679 Kenapa mereka bernombor? Adakah [br]orang ini lebih unik daripada yang lain? 0:02:11.679,0:02:13.470 Saya langsung tak terfikir tentang itu. 0:02:13.470,0:02:16.436 Mereka bernombor mengikut susunan[br]DNA yang diekstrak oleh saya. 0:02:16.436,0:02:18.768 Tapi ia membuatkan saya [br]terfikir untuk mengumpulkan mainan, 0:02:18.768,0:02:20.194 dan apa yang berlaku sekarang 0:02:20.194,0:02:22.638 di dalam dunia mainan dengan kotak tanpa gambar, 0:02:22.638,0:02:24.520 dan dapat mengumpul mainan yang jarang ini. 0:02:24.520,0:02:26.835 Anda beli kotak ini. Anda tak pasti [br]apa yang ada dalamnya. 0:02:26.835,0:02:28.418 Tapi kemudian, setelah membukanya, 0:02:28.418,0:02:30.004 anda dapati pelbagai mainan unik. 0:02:30.004,0:02:31.472 Dan pada saya itu amat menarik. 0:02:31.472,0:02:34.341 Saya mula berfikir tentang ini dan [br]mesin layan diri kaviar dan Art-o-mat, 0:02:34.341,0:02:38.077 dan entah mengapa, suatu malam [br]saya melukis mesin layan diri, 0:02:38.077,0:02:39.744 berfikir tentang membuat[br]lukisan mesin layan diri, 0:02:39.744,0:02:41.625 dan bebuli kecil berisi DNA saya dalamnya, 0:02:41.625,0:02:43.752 dan saya lihat kerjasama indah antara 0:02:43.752,0:02:46.528 helaian DNA dan[br]gegelung mesin layan diri. 0:02:46.528,0:02:49.048 Jadi, saya membuat keputusan[br]untuk mencipta instalasi seni 0:02:49.048,0:02:51.066 bergelar Mesin Layan Diri DNA. 0:02:51.066,0:02:52.772 Inilah dia. 0:02:52.772,0:02:58.530 (Muzik) 0:02:58.530,0:03:03.410 ["Mesin Layan Diri DNA adalah instalasi seni[br]berkaitan akses kita terhadap bioteknologi yang meningkat."] 0:03:07.223,0:03:11.306 ["Dengan harga berpatutan, [br]anda boleh membeli satu sampel 0:03:11.306,0:03:14.695 DNA manusia daripada mesin layan diri tradisional."] 0:03:32.806,0:03:35.311 ["Setiap sampel datang berpakej dengan satu koleksi 0:03:35.311,0:03:38.263 edisi terhad gambaran spesimen manusia."] 0:03:42.207,0:03:44.923 ["Mesin Layan Diri DNA menyifatkan DNA 0:03:44.923,0:03:47.149 sebagai barang koleksi dan mengetengahkan 0:03:47.149,0:03:50.920 isu undang-undang ke atas pemilikan DNA."] 0:03:52.103,0:03:54.412 Gabriel Garcia-Colombo: Jadi[br]Mesin Layan Diri DNA 0:03:54.412,0:03:56.237 kini berada[br]di beberapa galeri di New York 0:03:56.237,0:03:58.248 dan nampaknya dapat dijual dengan laris. 0:03:58.248,0:04:00.257 Kami dalam edisi pertama,[br]berjumlah 100 keping 0:04:00.257,0:04:02.017 harapnya dapat membuat[br]edisi lain tak lama lagi. 0:04:02.017,0:04:04.149 Saya berhasrat untuk [br]memasarkannya ke pusat metro 0:04:04.149,0:04:06.060 seperti Grand Central atau Penn Station, 0:04:06.060,0:04:08.990 bersebelahan beberapa[br]mesin layan diri lain di situ. 0:04:08.990,0:04:11.305 Tapi dengan projek ini dan[br]ramai projek lain saya 0:04:11.305,0:04:13.427 saya mahu bertanya satu soalan[br]kepada anda, iaitu, 0:04:13.427,0:04:15.305 apabila penjujukan DNA dan bioteknologi, 0:04:15.305,0:04:18.290 menjadi semurah [br]pemotongan laser, misalnya, atau 0:04:18.290,0:04:22.161 pencetakan 3D atau membeli[br]kaviar dari mesin layan diri, 0:04:22.161,0:04:24.814 sediakah anda memberi sampel DNA anda[br]menjadi milik mesin ini? 0:04:24.814,0:04:26.764 Dan berapakah nilai sampel-sampel ini? 0:04:26.764,0:04:29.230 Dan adakah anda akan membeli sampel orang lain? 0:04:29.230,0:04:32.859 Dan apakah yang anda boleh buat[br]dengan sampel tersebut? 0:04:32.859,0:04:34.602 Terima kasih. 0:04:34.602,0:04:38.602 (Tepukan)