Ini adalah mesin layan diri di Los Angeles.
Ia di dalam pusat beli-belah,
dan ia menjual telur ikan.
Ia adalah mesin layan diri kaviar.
Ini adalah Art-o-mat,
mesin layan diri seni yang menjual
ciptaan seni kecil hasil artis berbeza,
biasanya atas blok kayu kecil atau kotak mancis,
dalam edisi terhad.
Ini Oliver Medvedik.
Dia bukan mesin layan diri,
tapi dia merupakan salah
seorang pengasas Genspace,
suatu biolab komuniti di Brooklyn, New York,
di mana sesiapa saja boleh mendaftar
dan mempelajari teknik seperti
membesarkan E. coli yang bercahaya dalam gelap
atau belajar bagaimana
mengambil DNA strawberri.
Malah, saya lihat Oliver mengekstrak DNA strawberi
seperti ini kira-kira setahun lalu,
dan inilah yang membawa saya
ke jalan aneh ini
yang akan saya ceritakan sekarang.
Kerana DNA strawberi sungguh
menarik, begitu cantik sekali.
Saya tak pernah terfikir bahawa DNA
sesuatu yang cantik,
sehingga melihatnya dalam bentuk ini.
Dan ramai orang, terutamanya dalam komuniti seni,
tidak semestinya terlibat dalam sains sebegini.
Saya menyertai Genspace
dengan serta-merta dan
saya tanya Oliver,
"Jika boleh lakukan pada strawberi,
bolehkah kita lakukan dengan manusia juga?"
Dan 10 minit nanti, kami berdua
memusingkannya dalam botol dan menulis
protokol bagi pengekstrakan DNA manusia.
Dan saya mula melakukannya sendiri,
dan inilah rupa sebenar DNA saya.
Di parti makan malam
bersama rakan, rakan artis,
saya ceritakan tentang projek ini,
dan mereka tak percaya bahawa DNA
sebenarnya boleh dilihat.
Saya berkata, mari
keluarkan beberapa bekalan.
Dan saya mula mengadakan
parti makan malam aneh ini setiap malam Jumaat
di mana orang akan bertandang
dan kami melakukan pengekstrakan DNA,
malah saya juga merakamkannya,
kerana ia juga menimbulkan riak wajah lucu.
(Ketawa)
Mereka ini boleh dikatakan tidak selalunya
melibatkan diri dengan sains.
Anda boleh lihat melalui reaksi mereka.
Tapi mereka terpesona dengannya,
dan saya amat tertarik
melihat mereka
teruja tentang sains.
Maka saya mula melakukannya dengan kerap.
Agak ganjil untuk melakukan ini
pada malam Jumaat anda,
tapi inilah yang saya mula lakukan,
dan saya mula mengumpul
DNA rakan saya di dalam bebuli-bebuli kecil
dan mengkategorikannya.
Inilah rupa DNA tersebut.
Dan saya mula berfikir
tentang beberapa perkara.
Pertama, ini amat serupa
dengan dinding Facebook saya.
Jadi, saya telah
mencipta suatu rangkaian genetik,
satu rangkaian sosial genetik.
Dan keduanya, suatu hari
rakan saya datang
dan melihatnya di atas meja saya
dan berkata, "Oh.
Kenapa mereka bernombor? Adakah
orang ini lebih unik daripada yang lain?
Saya langsung tak terfikir tentang itu.
Mereka bernombor mengikut susunan
DNA yang diekstrak oleh saya.
Tapi ia membuatkan saya
terfikir untuk mengumpulkan mainan,
dan apa yang berlaku sekarang
di dalam dunia mainan dengan kotak tanpa gambar,
dan dapat mengumpul mainan yang jarang ini.
Anda beli kotak ini. Anda tak pasti
apa yang ada dalamnya.
Tapi kemudian, setelah membukanya,
anda dapati pelbagai mainan unik.
Dan pada saya itu amat menarik.
Saya mula berfikir tentang ini dan
mesin layan diri kaviar dan Art-o-mat,
dan entah mengapa, suatu malam
saya melukis mesin layan diri,
berfikir tentang membuat
lukisan mesin layan diri,
dan bebuli kecil berisi DNA saya dalamnya,
dan saya lihat kerjasama indah antara
helaian DNA dan
gegelung mesin layan diri.
Jadi, saya membuat keputusan
untuk mencipta instalasi seni
bergelar Mesin Layan Diri DNA.
Inilah dia.
(Muzik)
["Mesin Layan Diri DNA adalah instalasi seni
berkaitan akses kita terhadap bioteknologi yang meningkat."]
["Dengan harga berpatutan,
anda boleh membeli satu sampel
DNA manusia daripada mesin layan diri tradisional."]
["Setiap sampel datang berpakej dengan satu koleksi
edisi terhad gambaran spesimen manusia."]
["Mesin Layan Diri DNA menyifatkan DNA
sebagai barang koleksi dan mengetengahkan
isu undang-undang ke atas pemilikan DNA."]
Gabriel Garcia-Colombo: Jadi
Mesin Layan Diri DNA
kini berada
di beberapa galeri di New York
dan nampaknya dapat dijual dengan laris.
Kami dalam edisi pertama,
berjumlah 100 keping
harapnya dapat membuat
edisi lain tak lama lagi.
Saya berhasrat untuk
memasarkannya ke pusat metro
seperti Grand Central atau Penn Station,
bersebelahan beberapa
mesin layan diri lain di situ.
Tapi dengan projek ini dan
ramai projek lain saya
saya mahu bertanya satu soalan
kepada anda, iaitu,
apabila penjujukan DNA dan bioteknologi,
menjadi semurah
pemotongan laser, misalnya, atau
pencetakan 3D atau membeli
kaviar dari mesin layan diri,
sediakah anda memberi sampel DNA anda
menjadi milik mesin ini?
Dan berapakah nilai sampel-sampel ini?
Dan adakah anda akan membeli sampel orang lain?
Dan apakah yang anda boleh buat
dengan sampel tersebut?
Terima kasih.
(Tepukan)