Bagus!
Kita berjaya menangkap ikan kod!
Adakah anda tahu jika anda memberi makan
ikan kod kepada ikan lumba-lumba, ia akan
membimbing anda ke sebuah kapal karam di
mana harta karun mungkin tersembunyi.
Kita mesti semakin dekat.
Set teka-teki seterusnya akan pasti lebih sukar,
lebih baik kita pelajari beberapa kemahiran pengekodan.
Apakah ini?
Gua?
Selamat datang, pengembara!
Nama saya Squid.
Saya perasan anda telah mengguna set perintah
yang sama berulang kali dalam beberapa
teka-teki sebelum ini.
Mesti agak meletihkan.
Pernahkah anda berharap mempunyai cara lain
untuk melakukan pekara yang berulang,seperti
membasuh pinggan atau menggosok gigi
tanpa menjadi penat atau bosan?
Itukan bagus.
Komputer pandai melakukan perkara yang sama
berulang kali menggunakan pengekodan ulangan.
Apabila anda ingin program anda menjalankan perintah
yang sama berkali-kali, anda boleh gunakan ulangan!
Ulangan mengandungi arahan dengan perintah
untuk mengulang sehingga mencapai matlamat.
Sebaik sahaja program anda mulakan ulang
sehingga matlamat, ia akan terus membaca perintah
di dalamnya sehingga ia mencapai matlamat.
Cuba menerokanya!
Tempatkan perintah yang anda mahu ulangi di
dalam blok ulang sehingga matlamat,
klik jalan, dan lihat tindakannya!
Itu agak pelik kan.
Siapa tahu sotong boleh kod?
Saya tidak tahu mereka mempunyai jari.
Jadi sekarang kita tahu tentang ulangan
Mari kita gunakannya untuk mencari lebih
banyak harta karun.
Sari kata oleh komuniti Amara.org