Bagus! Kita berjaya menangkap ikan kod! Adakah anda tahu jika anda memberi makan ikan kod kepada ikan lumba-lumba, ia akan membimbing anda ke sebuah kapal karam di mana harta karun mungkin tersembunyi. Kita mesti semakin dekat. Set teka-teki seterusnya akan pasti lebih sukar, lebih baik kita pelajari beberapa kemahiran pengekodan. Apakah ini? Gua? Selamat datang, pengembara! Nama saya Squid. Saya perasan anda telah mengguna set perintah yang sama berulang kali dalam beberapa teka-teki sebelum ini. Mesti agak meletihkan. Pernahkah anda berharap mempunyai cara lain untuk melakukan pekara yang berulang,seperti membasuh pinggan atau menggosok gigi tanpa menjadi penat atau bosan? Itukan bagus. Komputer pandai melakukan perkara yang sama berulang kali menggunakan pengekodan ulangan. Apabila anda ingin program anda menjalankan perintah yang sama berkali-kali, anda boleh gunakan ulangan! Ulangan mengandungi arahan dengan perintah untuk mengulang sehingga mencapai matlamat. Sebaik sahaja program anda mulakan ulang sehingga matlamat, ia akan terus membaca perintah di dalam sehingga ia mencapai matlamat. Cuba menerokanya! Tempatkan perintah yang anda mahu ulangi di dalam blok ulang sehingga matlamat, klik jalan, dan lihat tindakannya! Itu agak pelik kan. Siapa tahu sotong boleh kod? Saya tidak tahu mereka mempunyai jari. Jadi sekarang kita tahu tentang ulangan Mari kita gunakannya untuk mencari lebih banyak harta karun. Sari kata oleh komuniti Amara.org