Hebat! Kami tangkap ikan kod! Tahukah anda, jika dolphin makan ikan kod, ia akan membawa anda ke bangkai kapal di mana mungkin terdapat harta karun? Kami pasti sudah dekat. Set teka-teki seterusnya lebih sukar, jadi kami perlu belajar kemahiran kod. Apakah ini? Sebuah gua? Salam, pengembara! Nama saya Squid. Nampaknya anda gunakan arahan sama berulang kali dalam teka-teki terdahulu. Ia pasti memenatkan. Pernahkan anda terfikir untuk lakukan sesuatu berulang kali, seperti mencuci pinggan mangkuk atau berus gigi tanpa merasa penat atau bosan? Ia pastinya bagus. Komputer pandai melakukan perkara berulang dengan gelung kod. Jika anda ingin program anda lakukan arahan sama berulang kali, guna gelung! Gelung mengandungi arahan untuk mengulangi sehingga matlamat. Apabila program anda mulakan gelung ulangi sehingga matlamat, ia akan berulang di dalam sehingga mencapai matlamat. Cubalah sendiri! Masukkan arahan untuk diulangi dalam blok berulang sehingga matlamat, klik Run, dan lihat ia bergerak! Itu agak pelik. Siapa tahu sotong tahu mengekod? Saya tidak tahu mereka ada jari. Kami sudah tahu tentang gelung. Mari kami menggunakannya untuk mendapatkan lebih harta karun. Sarikata oleh komuniti Amara.org