Mana-mana dua titik boleh dihubungkan dengan satu ruas(segmen) garisan Ya, betul Hubungkan dua pasang titik hitam supaya kedua-dua segmen garisan yang terhasil adalah selari Mari kita lihat jika kita boleh lakukannya Jadi, saya boleh melukis satu segmen yang menghubungkan titik ini dan titik ini dan lagi satu yang menghubungkan titik ini dan titik ini Dan kedua-dua segmen ini kelihatan agak selari Malah, saya rasa ini adalah jawapannya Jika kita telah melakukannya dengan cara yang lain, jika kita hubungkan titik itu ke titik itu, dan titik ini ke sini ia kelihatannya tidak sebegitu selari Jelasnya, jika segmen ini dipanjangkan, mereka akan bertemu pada satu titik Biar saya kembalikannya seperti apa yang saya lakukan mula-mula Biar saya buatkan dua-dua segmen garisan ini selari Dan ini adalah segmen garisan kerana mereka mempunyai dua titik di setiap penghujung Setiap satu mempunyai dua titik penghujung Dan mereka terus memanjang selama-lamanya Sebenarnya, ia tidak bersambung selama-lamanya. segmen-segmen ini berterusan selama-lamanya dengan tiada arah, arahnya kosong Jika ia adalah sinar garis, ia akan berterusan selamanya dalam satu arah sahaja Jika ia adalah garisan ( bukan segmen garisan) ia berterusan selamanya dalam kedua-dua arah Malah, garisan tidak mempunyai titik penghujung kerana ia akan terus memanjang selama-lamanya dalam kedua-dua arah Mari kita lakukan lagi satu contoh Leretkan sinar ini supaya ia mempunyai titik penghujung di A jadi kita mahu jadikan titik penghujungnya di A, di mana sinar itu berakhir dan melalui terus melepasi titik hitam lagi satu Sinar itu juga sepatutnya selari dengan garis merah jambu itu. Jadi saya ada dua pilihan Saya boleh membuatnya agar ia melalui titik hitam ini tapi jelasnya ia tidak selari malah, ia kelihatan seperti berserenjang (menghasilkan sudut 90 darjah) Jadi mari kita buatkannya agar melalui titik ini Ya, apabila saya lakukan sebegitu, ia memang kelihatan seperti sinar ini selari dengan garisan merah jambu Dan ia juga adalah sinar garisan kerana ia hanya mempunya satu titik penghujung Ini adalah di mana sinar saya berakhir Ia titik penghujung Jelasnya ia memang benar-benar berakhir di situ. Dan ia berterusan dalam arah lagi satu Dalam kes ini, arahnya ke kanan. Sinar ini terus memanjang ke kanan Jadi ia berterusan selamanya dalam satu -- berterusan selamanya dalam satu arah