Mana-mana dua titik boleh dihubungkan dengan satu ruas(segmen) garisan
Ya, betul
Hubungkan dua pasang titik hitam
supaya kedua-dua segmen garisan yang terhasil adalah selari
Mari kita lihat jika kita boleh lakukannya
Jadi, saya boleh melukis satu segmen yang
menghubungkan titik ini dan titik ini
dan lagi satu yang menghubungkan
titik ini dan titik ini
Dan kedua-dua segmen ini kelihatan agak selari
Malah, saya rasa ini adalah jawapannya
Jika kita telah melakukannya dengan cara yang lain, jika kita hubungkan titik itu
ke titik itu, dan titik ini ke sini
ia kelihatannya tidak sebegitu selari
Jelasnya, jika segmen ini dipanjangkan,
mereka akan bertemu pada satu titik
Biar saya kembalikannya seperti apa yang saya lakukan mula-mula
Biar saya buatkan dua-dua segmen garisan ini selari
Dan ini adalah segmen garisan kerana mereka
mempunyai dua titik di setiap penghujung
Setiap satu mempunyai dua titik penghujung
Dan mereka terus memanjang selama-lamanya
Sebenarnya, ia tidak bersambung selama-lamanya.
segmen-segmen ini berterusan selama-lamanya dengan tiada arah, arahnya kosong
Jika ia adalah sinar garis, ia akan berterusan selamanya
dalam satu arah sahaja
Jika ia adalah garisan ( bukan segmen garisan) ia berterusan selamanya
dalam kedua-dua arah
Malah, garisan tidak mempunyai titik penghujung
kerana ia akan terus memanjang selama-lamanya
dalam kedua-dua arah
Mari kita lakukan lagi satu contoh
Leretkan sinar ini supaya ia mempunyai titik penghujung di A
jadi kita mahu jadikan titik penghujungnya di A, di mana sinar itu berakhir
dan melalui terus melepasi titik hitam lagi satu
Sinar itu juga sepatutnya selari dengan garis merah jambu itu.
Jadi saya ada dua pilihan
Saya boleh membuatnya agar ia melalui titik hitam ini
tapi jelasnya ia tidak selari
malah, ia kelihatan seperti berserenjang (menghasilkan sudut 90 darjah)
Jadi mari kita buatkannya agar melalui titik ini
Ya, apabila saya lakukan sebegitu, ia memang kelihatan seperti sinar ini
selari dengan garisan merah jambu
Dan ia juga adalah sinar garisan kerana ia hanya mempunya satu titik penghujung
Ini adalah di mana sinar saya berakhir
Ia titik penghujung
Jelasnya ia memang benar-benar berakhir di situ.
Dan ia berterusan dalam arah lagi satu
Dalam kes ini, arahnya ke kanan.
Sinar ini terus memanjang ke kanan
Jadi ia berterusan selamanya dalam satu -- berterusan selamanya
dalam satu arah