Hai, nama saya Tony. Selamat datang ke Every Frame A Painting. Hari ini saya ingin membincangkan mengenai seorang pengarah yang saya gemari, tetapi saya perlu mengemukakan beberapa perkara dahulu. Saya rasakan filem-filem komedi hari ini - terutama sekali filem-filem Amerika Syarikat - sudah kehilangan taring mereka. Bukannya dari segi jenaka, pelakon, dialog, mahupun cerita; meskipun memang ada banyak isunya di sini. Kerisauan besar saya adalah teknik penggambarannya. Pengunaan visual dan bunyi untuk menyampaikan lawak-lawak yang ada begitu… “Apa?!” “Bosan betullah. Padam.” Saya faham setiap orang punya citarasa yang berbeza. Jika ada benda yang lucu bagi anda, luculah. Saya tak katakan filem-filem ini teruk ataupun anda ini teruk kerana menyukai mereka. Pokoknya, filem-filem ini tak nampak macam filem langsung. Mereka macam 'improv' yang disunting sedikit. Semua orang berdiri dan bercakap sesama sendiri dalam jarak dekat. Lawak-lawak ini tak disampaikan secara visual, semuanya pakai bunyi langsung. Bahkan, hanya dialog sahaja yang kedengaran. Ini begitu menyedihkan kerana ia cuma sedikit daripada apa yang boleh ditunjukkan dalam wayang. Selain daripada animasi dan beberapa iklan, komedi visual seakan sudah bergerak mundur. Sebab itulah karya-karya Edgar Wright sesuai untuk penggemar komedi jenis sebegini. Beliau merupakan salah seorang pengarah genre ini yang menggunakan sepenuhnya apa yang boleh ditunjukkan. Di mana tempat yang sedikit orang lihat, di situlah akan ada kelucuan. Saya berikan contoh: bayangkan anda perlu gerakkan watak anda dari satu kota ke satu kota lain untuk meneruskan cerita anda. Bolehkah anda hasilkan lawak dari situasi ini? Tak boleh. Melainkan, ada unit ke-2 dihantar buat tugas ini: syot beralih dari kiri ke kanan, anda masukkan mercu tanda dan papan tanda, rakaman lintasan helikopter serta muzik yang rancak supaya penonton tidak berasa bosan. Teknik ini begitu malas dan membosankan. Kita dah lihat benda sebegini berjuta-juta kali. Apa yang akan berlaku jika anda begitu kreatif dengan adegan ini? Macam itulah! Ini bukan sahaja dibuat dari beberapa potongan cepat. Kita dapat lihat banyak penceritaan visual di sini. 2 syot teksi ini menunjukkan tempat mula serta destinasi kita. 2 syot ini menunjukkan kita menjauhi kawasan bandar. Watak utama kita bergerak ke depan atau ke kanan mengikut arahan skrin. Kita mematikan muzik dan menaikkan efek bunyi, menjadi potongan-potongan kita ketara, dan ada persembahan yang hebat dari Simon Pegg dan pokoknya. ...contoh tadi tiada konteks. Macam tak adil je, saya minta maaf. Apa kata kalau anda punya filem yang menceritakan sebuah malapetaka besar, dan anda ingin memberikan bayangan sebelumnya? Watak-watak anda tak perasan benda yang penting di TV. Macam mana ia akan ditunjukkan? Apakan anda akan letakkan sahaja 2 gambar dalam masa 2 saat dengan tiada syot yang menunjukkan hubungan watak-watak dengan TV? Ataupun...anda akan buat begini? OK, ini lagi tak adil. Bayangkan pula kalau ada satu watak kamu yang sudah berhenti minum arak tetapi watak-watak yang lain begitu kecewa dengannya, dan kamu ingin membuat lawak daripadanya. Bagaimanakah kamu akan melakukannya? Mereka akan tercegat di situ bercakap mengenai tabiat minumnya? Ataupun, anda akan buat begini? Benda-benda inilah yang membezakan antara pengarah yang biasa-biasa dengan pengarah yang hebat: kebolehan menghasilkan adegan yang picisan dengan cara yang baru untuk mengfilemkannya. Pengarah-pengarah hebat tahu anda boleh tertawa daripada setakat pementasan sahaja. Satu contoh dari David Bordwell: benda yang masuk ke dalam gambar itu kelakar. Benda yang berlawanan juga memberikan hasil yang sama. Anda boleh tertawa daripada zum. Anda boleh ketawa daripada syot naik. Anda boleh ketawa daripada syot pan. Bak kata Martin Scorcese, wayang itu terdiri daripada apa yang ada dalam gambar dan apa yang tiada di dalam gambar. Jadi, fikirkanlah tentang apa yang ada di dalam gambar. Tak kiralah sama ada komedinya bijak atau bodoh. Jika teknik itu berkesan, ia akan berkesan. Maka, saya ingin menyenaraikan 8 teknik manipulasi bunyi dan visual Edgar Wright saya mahukan pengarah-pengarah komedi lain cuba. 1. Orang masuk ke dalam gambar dengan cara yang kelakar. 2. Orang keluar dari gambar dengan cara yang kelakar. 3. "Ke sana dan ke mari." 4. Peralihan adegan yang sepadan. 5. Efek bunyi yang tepat pada masanya. 6. Aksi yang segerak dengan muzik. 7. Kiu pencahayaan yang terlampau dramatik. Dan no. 8... (lompat pagar) ...apa kata kita tambah lagi no. 9. Jadi, jika anda seorang pembuat filem, berlatihlah dengan benda-benda ini. Gambar seumpama taman permainan, jadi bermainlah. Jika anda ke pawagam di lain masa tengok filem komedi $15 dan ia tampak kurang kreatif daripada apa yang dijumpai di Vine... ...anda tak patut rasa puas hati.