1 00:00:05,137 --> 00:00:06,554 Hai, nama saya Tony. 2 00:00:06,554 --> 00:00:08,466 Selamat datang ke Every Frame A Painting. 3 00:00:08,519 --> 00:00:10,219 Hari ini saya ingin membincangkan mengenai seorang pengarah 4 00:00:10,219 --> 00:00:11,349 yang saya gemari, tetapi saya perlu 5 00:00:11,349 --> 00:00:13,018 mengemukakan beberapa perkara dahulu. 6 00:00:13,038 --> 00:00:14,518 Saya rasakan filem-filem komedi hari ini 7 00:00:14,518 --> 00:00:15,878 - terutama sekali filem-filem Amerika Syarikat - 8 00:00:15,878 --> 00:00:17,368 sudah kehilangan taring mereka. 9 00:00:17,368 --> 00:00:19,678 Bukannya dari segi jenaka, pelakon, dialog, mahupun cerita; 10 00:00:19,678 --> 00:00:21,538 meskipun memang ada banyak isunya di sini. 11 00:00:21,538 --> 00:00:24,038 Kerisauan besar saya adalah teknik penggambarannya. 12 00:00:24,038 --> 00:00:25,938 Pengunaan visual dan bunyi untuk menyampaikan 13 00:00:25,938 --> 00:00:27,529 lawak-lawak yang ada begitu… 14 00:00:27,529 --> 00:00:28,289 “Apa?!” 15 00:00:28,289 --> 00:00:32,289 “Bosan betullah. Padam.” 16 00:00:32,451 --> 00:00:34,961 Saya faham setiap orang punya citarasa yang berbeza. 17 00:00:34,961 --> 00:00:37,141 Jika ada benda yang lucu bagi anda, luculah. 18 00:00:37,141 --> 00:00:39,125 Saya tak katakan filem-filem ini teruk ataupun 19 00:00:39,125 --> 00:00:40,445 anda ini teruk kerana menyukai mereka. 20 00:00:40,445 --> 00:00:43,026 Pokoknya, filem-filem ini tak nampak macam filem langsung. 21 00:00:43,026 --> 00:00:45,386 Mereka macam 'improv' yang disunting sedikit. 22 00:00:45,386 --> 00:00:47,126 Semua orang berdiri dan bercakap sesama sendiri dalam jarak dekat. 23 00:00:47,126 --> 00:00:49,366 Lawak-lawak ini tak disampaikan secara visual, 24 00:00:49,366 --> 00:00:51,266 semuanya pakai bunyi langsung. 25 00:00:51,266 --> 00:00:53,276 Bahkan, hanya dialog sahaja yang kedengaran. 26 00:00:53,276 --> 00:00:54,589 Ini begitu menyedihkan kerana ia cuma sedikit 27 00:00:54,589 --> 00:00:57,252 daripada apa yang boleh ditunjukkan dalam wayang. 28 00:00:57,252 --> 00:00:59,311 Selain daripada animasi dan beberapa iklan, 29 00:00:59,311 --> 00:01:01,721 komedi visual seakan sudah bergerak mundur. 30 00:01:01,721 --> 00:01:03,921 Sebab itulah karya-karya Edgar Wright sesuai 31 00:01:03,931 --> 00:01:05,791 untuk penggemar komedi jenis sebegini. 32 00:01:08,520 --> 00:01:11,998 Beliau merupakan salah seorang pengarah genre ini yang menggunakan 33 00:01:11,998 --> 00:01:14,092 sepenuhnya apa yang boleh ditunjukkan. 34 00:01:14,092 --> 00:01:15,999 Di mana tempat yang sedikit orang lihat, 35 00:01:15,999 --> 00:01:17,359 di situlah akan ada kelucuan. 36 00:01:17,359 --> 00:01:19,719 Saya berikan contoh: bayangkan anda perlu 37 00:01:19,719 --> 00:01:21,409 gerakkan watak anda dari satu kota 38 00:01:21,409 --> 00:01:23,869 ke satu kota lain untuk meneruskan cerita anda. 39 00:01:23,869 --> 00:01:25,899 Bolehkah anda hasilkan lawak dari situasi ini? 40 00:01:25,899 --> 00:01:26,819 Tak boleh. 41 00:01:26,819 --> 00:01:28,539 Melainkan, ada unit ke-2 dihantar buat tugas ini: 42 00:01:28,539 --> 00:01:30,389 syot beralih dari kiri ke kanan, 43 00:01:30,389 --> 00:01:32,999 anda masukkan mercu tanda dan papan tanda, 44 00:01:32,999 --> 00:01:34,799 rakaman lintasan helikopter serta 45 00:01:34,799 --> 00:01:37,736 muzik yang rancak supaya penonton tidak berasa bosan. 46 00:01:38,523 --> 00:01:40,653 Teknik ini begitu malas dan membosankan. 47 00:01:40,653 --> 00:01:42,853 Kita dah lihat benda sebegini berjuta-juta kali. 48 00:01:42,853 --> 00:01:46,151 Apa yang akan berlaku jika anda begitu kreatif dengan adegan ini? 49 00:01:59,191 --> 00:02:00,282 Macam itulah! 50 00:02:00,282 --> 00:02:02,840 Ini bukan sahaja dibuat dari beberapa potongan cepat. 51 00:02:02,840 --> 00:02:05,425 Kita dapat lihat banyak penceritaan visual di sini. 52 00:02:05,898 --> 00:02:07,798 2 syot teksi ini menunjukkan tempat mula 53 00:02:07,818 --> 00:02:08,994 serta destinasi kita. 54 00:02:08,994 --> 00:02:11,704 2 syot ini menunjukkan kita menjauhi kawasan bandar. 55 00:02:11,704 --> 00:02:15,224 Watak utama kita bergerak ke depan atau ke kanan mengikut arahan skrin. 56 00:02:15,224 --> 00:02:17,494 Kita mematikan muzik dan menaikkan efek bunyi, 57 00:02:17,494 --> 00:02:19,684 menjadi potongan-potongan kita ketara, 58 00:02:19,684 --> 00:02:22,498 dan ada persembahan yang hebat dari Simon Pegg dan pokoknya. 59 00:02:22,815 --> 00:02:25,981 ...contoh tadi tiada konteks. Macam tak adil je, saya minta maaf. 60 00:02:28,121 --> 00:02:32,181 Apa kata kalau anda punya filem yang menceritakan sebuah malapetaka besar, 61 00:02:32,181 --> 00:02:34,897 dan anda ingin memberikan bayangan sebelumnya? 62 00:02:34,897 --> 00:02:37,783 Watak-watak anda tak perasan benda yang penting di TV. 63 00:02:37,783 --> 00:02:39,883 Macam mana ia akan ditunjukkan? 64 00:02:39,883 --> 00:02:42,573 Apakan anda akan letakkan sahaja 2 gambar dalam masa 2 saat 65 00:02:42,573 --> 00:02:46,573 dengan tiada syot yang menunjukkan hubungan watak-watak dengan TV? 66 00:02:46,774 --> 00:02:49,944 Ataupun...anda akan buat begini? 67 00:03:02,485 --> 00:03:06,485 OK, ini lagi tak adil. Bayangkan pula kalau ada satu watak kamu 68 00:03:06,485 --> 00:03:10,045 yang sudah berhenti minum arak tetapi watak-watak yang lain begitu kecewa 69 00:03:10,045 --> 00:03:12,735 dengannya, dan kamu ingin membuat lawak daripadanya. 70 00:03:12,735 --> 00:03:15,125 Bagaimanakah kamu akan melakukannya? 71 00:03:15,125 --> 00:03:18,135 Mereka akan tercegat di situ bercakap mengenai tabiat minumnya? 72 00:03:22,742 --> 00:03:24,942 Ataupun, anda akan buat begini? 73 00:03:34,955 --> 00:03:36,755 Benda-benda inilah yang membezakan antara 74 00:03:36,755 --> 00:03:39,555 pengarah yang biasa-biasa dengan pengarah yang hebat: 75 00:03:39,555 --> 00:03:42,225 kebolehan menghasilkan adegan yang picisan dengan 76 00:03:42,225 --> 00:03:43,765 cara yang baru untuk mengfilemkannya. 77 00:03:43,765 --> 00:03:46,835 Pengarah-pengarah hebat tahu anda boleh tertawa daripada setakat 78 00:03:46,835 --> 00:03:48,015 pementasan sahaja. 79 00:03:48,015 --> 00:03:52,685 Satu contoh dari David Bordwell: benda yang masuk ke dalam gambar itu kelakar. 80 00:04:00,378 --> 00:04:03,847 Benda yang berlawanan juga memberikan hasil yang sama. 81 00:04:10,731 --> 00:04:13,261 Anda boleh tertawa daripada zum. 82 00:04:22,522 --> 00:04:25,091 Anda boleh ketawa daripada syot naik. 83 00:04:33,363 --> 00:04:36,038 Anda boleh ketawa daripada syot pan. 84 00:04:46,444 --> 00:04:49,902 Bak kata Martin Scorcese, wayang itu terdiri daripada apa yang ada dalam gambar 85 00:04:49,902 --> 00:04:52,140 dan apa yang tiada di dalam gambar. Jadi, fikirkanlah tentang 86 00:04:52,140 --> 00:04:54,781 apa yang ada di dalam gambar. 87 00:04:54,781 --> 00:04:57,101 Tak kiralah sama ada komedinya bijak atau bodoh. 88 00:04:57,101 --> 00:05:00,091 Jika teknik itu berkesan, ia akan berkesan. 89 00:05:06,817 --> 00:05:10,817 Maka, saya ingin menyenaraikan 8 teknik manipulasi bunyi dan visual Edgar Wright 90 00:05:10,817 --> 00:05:13,547 saya mahukan pengarah-pengarah komedi lain cuba. 91 00:05:16,365 --> 00:05:19,215 1. Orang masuk ke dalam gambar dengan cara yang kelakar. 92 00:05:28,761 --> 00:05:31,519 2. Orang keluar dari gambar dengan cara yang kelakar. 93 00:05:44,828 --> 00:05:47,488 3. "Ke sana dan ke mari." 94 00:06:08,397 --> 00:06:11,199 4. Peralihan adegan yang sepadan. 95 00:06:22,207 --> 00:06:24,935 5. Efek bunyi yang tepat pada masanya. 96 00:06:38,608 --> 00:06:41,485 6. Aksi yang segerak dengan muzik. 97 00:06:53,642 --> 00:06:56,623 7. Kiu pencahayaan yang terlampau dramatik. 98 00:07:14,308 --> 00:07:16,767 Dan no. 8... (lompat pagar) 99 00:07:26,690 --> 00:07:29,132 ...apa kata kita tambah lagi no. 9. 100 00:07:37,777 --> 00:07:41,258 Jadi, jika anda seorang pembuat filem, berlatihlah dengan benda-benda ini. 101 00:07:41,258 --> 00:07:43,589 Gambar seumpama taman permainan, jadi bermainlah. 102 00:07:43,589 --> 00:07:46,359 Jika anda ke pawagam di lain masa tengok filem komedi $15 103 00:07:46,359 --> 00:07:49,496 dan ia tampak kurang kreatif daripada apa yang dijumpai di Vine... 104 00:07:50,796 --> 00:07:52,369 ...anda tak patut rasa puas hati.