Hai, nama saya Tony.
Selamat datang ke
Every Frame A Painting.
Hari ini saya ingin membincangkan
mengenai seorang pengarah
yang saya gemari,
tetapi saya perlu
mengemukakan beberapa
perkara dahulu.
Saya rasakan filem-filem komedi hari ini
- terutama sekali
filem-filem Amerika Syarikat -
sudah kehilangan taring mereka.
Bukannya dari segi jenaka, pelakon,
dialog, mahupun cerita;
meskipun memang ada
banyak isunya di sini.
Kerisauan besar saya adalah
teknik penggambarannya.
Pengunaan visual dan bunyi
untuk menyampaikan
lawak-lawak yang ada begitu…
“Apa?!”
“Bosan betullah. Padam.”
Saya faham setiap orang
punya citarasa yang berbeza.
Jika ada benda yang lucu
bagi anda, luculah.
Saya tak katakan filem-filem
ini teruk ataupun
anda ini teruk kerana
menyukai mereka.
Pokoknya, filem-filem ini tak
nampak macam filem langsung.
Mereka macam 'improv'
yang disunting sedikit.
Semua orang berdiri dan bercakap
sesama sendiri dalam jarak dekat.
Lawak-lawak ini tak
disampaikan secara visual,
semuanya pakai bunyi langsung.
Bahkan, hanya dialog sahaja
yang kedengaran.
Ini begitu menyedihkan
kerana ia cuma sedikit
daripada apa yang
boleh ditunjukkan dalam wayang.
Selain daripada animasi dan
beberapa iklan,
komedi visual seakan
sudah bergerak mundur.
Sebab itulah karya-karya Edgar
Wright sesuai
untuk penggemar komedi jenis sebegini.
Beliau merupakan salah seorang
pengarah genre ini yang menggunakan
sepenuhnya apa yang boleh
ditunjukkan.
Di mana tempat yang
sedikit orang lihat,
di situlah akan
ada kelucuan.
Saya berikan contoh:
bayangkan anda perlu
gerakkan watak anda
dari satu kota
ke satu kota lain untuk
meneruskan cerita anda.
Bolehkah anda hasilkan
lawak dari situasi ini?
Tak boleh.
Melainkan, ada unit ke-2
dihantar buat tugas ini:
syot beralih dari kiri ke kanan,
anda masukkan mercu tanda
dan papan tanda,
rakaman lintasan helikopter serta
muzik yang rancak supaya
penonton tidak berasa bosan.
Teknik ini begitu malas
dan membosankan.
Kita dah lihat benda
sebegini berjuta-juta kali.
Apa yang akan berlaku jika anda
begitu kreatif dengan adegan ini?
Macam itulah!
Ini bukan sahaja dibuat dari
beberapa potongan cepat.
Kita dapat lihat banyak
penceritaan visual di sini.
2 syot teksi ini
menunjukkan tempat mula
serta destinasi kita.
2 syot ini menunjukkan kita
menjauhi kawasan bandar.
Watak utama kita bergerak ke depan
atau ke kanan mengikut arahan skrin.
Kita mematikan muzik dan
menaikkan efek bunyi,
menjadi potongan-potongan
kita ketara,
dan ada persembahan yang hebat
dari Simon Pegg dan pokoknya.
...contoh tadi tiada konteks.
Macam tak adil je, saya minta maaf.
Apa kata kalau anda punya filem yang
menceritakan sebuah malapetaka besar,
dan anda ingin memberikan
bayangan sebelumnya?
Watak-watak anda tak perasan
benda yang penting di TV.
Macam mana ia akan ditunjukkan?
Apakan anda akan letakkan sahaja
2 gambar dalam masa 2 saat
dengan tiada syot yang menunjukkan
hubungan watak-watak dengan TV?
Ataupun...anda akan buat begini?
OK, ini lagi tak adil.
Bayangkan pula kalau ada satu watak kamu
yang sudah berhenti minum arak tetapi
watak-watak yang lain begitu kecewa
dengannya, dan kamu ingin membuat
lawak daripadanya.
Bagaimanakah kamu
akan melakukannya?
Mereka akan tercegat di situ
bercakap mengenai tabiat minumnya?
Ataupun, anda akan buat begini?
Benda-benda inilah yang
membezakan antara
pengarah yang biasa-biasa
dengan pengarah yang hebat:
kebolehan menghasilkan adegan
yang picisan dengan
cara yang baru
untuk mengfilemkannya.
Pengarah-pengarah hebat tahu
anda boleh tertawa daripada setakat
pementasan sahaja.
Satu contoh dari David Bordwell: benda
yang masuk ke dalam gambar itu kelakar.
Benda yang berlawanan juga
memberikan hasil yang sama.
Anda boleh tertawa daripada zum.
Anda boleh ketawa daripada syot naik.
Anda boleh ketawa daripada syot pan.
Bak kata Martin Scorcese, wayang itu
terdiri daripada apa yang ada dalam gambar
dan apa yang tiada di dalam
gambar. Jadi, fikirkanlah tentang
apa yang ada di dalam gambar.
Tak kiralah sama ada
komedinya bijak atau bodoh.
Jika teknik itu berkesan,
ia akan berkesan.
Maka, saya ingin menyenaraikan 8 teknik
manipulasi bunyi dan visual Edgar Wright
saya mahukan pengarah-pengarah
komedi lain cuba.
1. Orang masuk ke dalam gambar
dengan cara yang kelakar.
2. Orang keluar dari gambar
dengan cara yang kelakar.
3. "Ke sana dan ke mari."
4. Peralihan adegan yang sepadan.
5. Efek bunyi yang tepat pada masanya.
6. Aksi yang segerak dengan muzik.
7. Kiu pencahayaan
yang terlampau dramatik.
Dan no. 8... (lompat pagar)
...apa kata kita tambah lagi no. 9.
Jadi, jika anda seorang pembuat filem,
berlatihlah dengan benda-benda ini.
Gambar seumpama taman permainan,
jadi bermainlah.
Jika anda ke pawagam di lain
masa tengok filem komedi $15
dan ia tampak kurang kreatif daripada
apa yang dijumpai di Vine...
...anda tak patut rasa puas hati.