Jadi, saya mulakan dengan ini: Beberapa tahun lalu, seorang perancang acara menelefon saya kerana saya akan menyampaikan satu ucapan. Beberapa tahun lalu, seorang perancang acara menelefon saya kerana saya akan menyampaikan satu ucapan. Dia kata, "Saya sedang terkial-kial mencari bahan tulisan tentang anda bagi mengisi lembar iklan." Dia kata, "Saya terkial-kial mencari bahan tulisan tentang anda bagi mengisi lembar iklan." Dia kata, "Saya terkial-kial mencari bahan tulisan tentang anda bagi mengisi lembar iklan." Saya terfikir, "Apa yang susahnya?" Dia kata, "Saya pernah lihat anda berucap, saya rasa, saya akan menggelar anda penyelidik, tapi saya bimbang, tidak ada orang akan hadir kerana mereka akan fikir anda membosankan dan tidak penting." (Gelak ketawa) Dan saya jawab, "Okey." Dan dia kata, "Apa yang menarik tentang ucapan anda ialah, anda seorang penglipur lara. Jadi saya rasa, beri anda gelaran penglipur lara." Saya kurang yakin, lalu bertanya, "Apa gelarannya?" Saya kurang yakin, lalu bertanya, "Apa gelarannya?" Dan dia menjawab, "Saya akan gelar anda penglipur lara." Dan saya terfikir, "Kenapa tidak pari-pari ajaib?" (Gelak Ketawa) Saya balas, "Biar saya fikirkan sejenak." Saya beranikan hati, dan berfikir, saya memang penglipur lara. Saya penyelidik kualitatif. Saya kumpulkan cerita-cerita; itu tugas saya. Dan mungkin cerita hanyalah data berjiwa. Dan mungkin saya hanya penglipur lara. Jadi saya pun berkata, panggil saya penyelidik-penglipur lara." Dan dia menjawab, "Haha. Itu tidak wujud." (Gelak ketawa) Jadi saya penyelidik-penglipur lara, dan hari ini, saya sampaikan ucapan ini -- meluaskan tanggapan -- jadi, saya akan berucap dan bercerita tentang satu kajian saya yang secara dasarnya, telah meluaskan tanggapan saya, dan sebenarnya telah mengubah cara saya hidup, bercinta, bekerja, dan mendidik anak. Dan di sini bermulanya cerita saya. Sewaktu menjadi penyelidik muda, pelajar kedoktoran, di tahun pertama, seorang profesor penyelidikan berkata kepada kami, "Ini dia, jika sesuatu itu tidak boleh diukur, ia tidak wujud. berkata kepada kami, "Ini dia, jika sesuatu itu tidak boleh diukur, ia tidak wujud. Saya sangka dia bergurau sahaja. Saya berkata, "Yakah?" dan beliau jawab, "Sudah tentu". Dan anda harus faham, saya mempunyai ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan sedang menjalani pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang kerja sosial, jadi keseluruhan kerjaya akademik saya di kelilingi mereka yang seolah-olah percaya dengan "kekusutan hidup, menyukainya." Dan saya lebih kepada: "kekusutan hidup, bersihkan, aturkan dan simpan di dalam kotak bento. (Gelak ketawa) Dan bagi saya, itu hala tuju saya, kerjaya yang membawa saya ke -- mengikut perpatah dalam kalangan pekerja kebajikan: "Menghala kepada ketidakselesaan kerja". Namun, saya ketepikan ketidakselesaan dan berusaha dapatkan semua A. Itu mantera saya. Jadi, saya amat teruja. Dan saya berfikir, Itu mantera saya. Jadi, saya amat teruja. Dan saya berfikir, ini kerjaya untuk saya, kerana saya gemar hal-hal yang kusut-masai. ini kerjaya untuk saya, kerana saya gemar hal-hal yang kusut-masai. Tetapi saya mahu menguraikannya. Saya mahu memahaminya. Saya mahu kupas semua yang saya tahu penting dan sebarkan rahsianya untuk pengetahuan semua. Jadi, saya bermula dengan hubungan. Kerana, setelah 10 tahun sebagai pekerja sosial, apa yang saya sedar ialah, kita wujud kerana hubungan. Itu yang memberi tujuan dan erti dalam hidup kita. Ini matlamatnya. Tidak kira sama ada anda pekerja keadilan sosial, kesihatan mental, penderaan dan pengabaian, apa yang kami tahu ialah hubungan, kemampuan merasa terhubung -- itu kejadian kita secara neurobiologi -- tujuan kewujudan kita. Jadi saya akan mulakan dengan hubungan. Anda tentu tahu keadaan di mana ketua anda menilai anda dan nyatakan anda lakukan 37 perkara cemerlang dan satu perkara -- "peluang untuk majukan diri?" (Gelak ketawa) Dan yang bermain di fikiran hanyalah peluang memajukan diri, betul? Ternyata, begitu juga kajian saya kerana apabila anda tanya tentang kasih sayang, mereka cerita tentang patah hati. Apabila anda tanya tentang kekitaan, mereka cerita tentang pengalaman mereka yang menyakitkan apabila dipinggirkan. Dan apabila anda tanya tentang hubungan, mereka cerita mengenai hubungan terputus. Jadi, secara pantas -- setelah hampir enam minggu menyelidik-- Saya menemui sesuatu yang tidak bernama, yang benar-benar mengurai hubungan dengan cara yang tidak saya fahami atau pernah temui. Jadi, saya mengundur diri dari penyelidikan ini dan berfikir, saya perlu memahaminya. Dan ia rupanya, rasa malu. Dan rasa malu memang mudah difahami sebagai bimbang sekiranya tidak terhubung: Sekiranya, sesuatu tentang saya, diketahui atau dilihat orang, saya tidak akan layak terhubung? Apa yang boleh saya katakan ialah: ia sejagat; kita semua berasa begitu. Mereka yang tidak pernah mengalami rasa malu, tidak mampu merasa empati atau terhubung. Tidak ada orang yang mahu menghadapinya, dan lagi anda menidaknya, lagi malu anda. Ini yang menyokong rasa malu, "Saya tidak cukup baik," -- perasaan yang kita semua kenal: "Saya tidak cukup sempurna. Saya tidak cukup langsing, yang kita kenal: "Saya tidak cukup sempurna. Saya tidak cukup langsing, tidak cukup kaya, tidak cukup lawa, tidak cukup pandai, tidak cukup dinaikkan pangkat." Apa yang menyokongnya ialah, rasa mudah tersinggung yang amat sangat. Beranggapan, bagi menjalin hubungan, kita harus dilihat, benar-benar dilihat. Dan anda tahu perasaan saya tentang rasa mudah tersinggung. Saya membencinya. Dan saya rasa, ini peluang untuk mengatasi keadaan ini. Saya akan fahaminya, saya akan mengambil setahun, saya akan mengupas rasa malu, saya akan dapat memahami apa itu mudah tersinggung, dan saya akan mengakalinya. Jadi saya bersedia, dan benar-benar teruja. Seperti yang anda tahu, hasilnya tidak begitu elok. (Gelak ketawa) Anda sedia maklum, saya memang boleh bercerita tentang rasa malu, tetapi saya akan menghabiskan masa semua orang. Secara ringkasnya, pada dasarnya -- dan ini yang sangat penting, yang saya pelajari setelah lama menjalani penyelidikan ini. Setahun bertukar menjadi enam tahun: ribuan cerita, ratusan wawancara panjang, perbincangan kumpulan berfokus. Sehingga ada yang mengirimi saya keratan-keratan diari dan kisah-kisah mereka -- Sehingga ada yang mengirimi saya keratan-keratan diari dan kisah-kisah mereka -- ribuan maklumat dalam tempoh enam tahun. Dan saya seolah-olah dapat menanganinya. Saya seolah-olah memahami apa itu rasa malu, begini cara ia bertindak. Saya hasilkan sebuah buku, saya terbitkan sebuah teori, tetapi ada sesuatu yang tidak kena -- dan ini dia, sekiranya, saya membahagikan, secara kasar, orang-orang yang saya wawancara, kepada mereka yang mempunyai kepercayaan diri -- itu pokok pangkalnya, kepercayaan diri -- mereka mempunyai rasa kasih sayang dan kekitaan yang mendalam -- dan mereka yang berhempas pulas mendapatkannya, dan asyik tertanya-tanya jika mereka cukup baik. Terdapat hanya satu pembolehubah yang membezakan antara mereka yang mempunyai rasa kasih sayang dan kekitaan, dan mereka yang berhempas pulas mendapatkannya. Iaitu, mereka yang mempunyai rasa kasih sayang dan kekitaan yang mendalam, percaya mereka layak berkasih sayang dan berkepunyaan. Itu saja. Mereka percaya mereka berkelayakan. Dan bagi saya, apa yang sukar yang menghalang hubungan ialah rasa gusar bahawa kita tidak layak untuk dihubungkan, ialah sesuatu, secara peribadi dan profesional, saya rasa perlu memahami secara mendalam. Jadi apa yang saya buat ialah, ambil semua wawancara Jadi apa yang saya buat ialah, ambil semua wawancara terdapatnya rasa layaknya diri, mereka yang hidup sedemikian, dan pandang itu sahaja. Apa persamaan yang ada pada mereka? Saya ketagihan peralatan pejabat, tapi itu ucapan yang lain. Saya ketagihan peralatan pejabat, tapi itu ucapan yang lain. Jadi, saya ada kad manila dan pena, dan saya berfikir, "Apakah tajuk penyelidikan saya ini?" Dan timbul di fikiran ialah, ketulusan. Mereka mempunyai ketulusan, hasil daripada kepercayaan diri yang tinggi. Saya pun tulis di kad manila, dan mula mengamati data yang ada. Sebenarnya, saya mulakan, dalam tempoh empat hari, menganalisa data secara intensif, saya mengambil wawancara-wawancara, cerita-cerita, kejadian-kejadian. Apa temanya? Apa coraknya? Suami saya bersama-sama anak keluar bandar kerana saya seperti Jackson Pollock ketika berkarya, saya hanya mengarang dan dalam mod penyelidik. Dan ini penemuan saya. Persamaan mereka ialah keberanian. Dan ingin saya terangkan maksud keberanian kepada anda. Keberanian, definasi asal keberanian pada awal penerimaannya ke dalam bahasa inggeris -- daripada perkataan Latin, "cor", bererti hati, dan definasi asal ialah, menceritakan tentang diri anda dengan ikhlas. Dan secara ringkasnya, mereka ini sanggup menjadi tidak sempurna. Mereka merasa belas kasihan dan sanggup berbuat baik kepada diri sendiri dahulu, dan kemudian orang lain, kerana, ternyata, kita tidak akan merasa belas kasihan terhadap orang lain, sekiranya kita tidak berbuat baik kepada diri sendiri. Dan akhir sekali, mempunyai hubungan dan -- ini yang sukar dilakukan -- hasil dari kesahihan, mereka sanggup mengubah siapa mereka harus jadi, untuk menjadi diri mereka yang sebenarnya. Ini yang anda harus lakukan untuk hubungan. Ini yang anda harus lakukan untuk hubungan. Persamaan lain yang ada pada mereka ialah: Mereka terima rasa mudah tersinggung dengan hati terbuka. Mereka percaya apa yang menyebabkan mereka mudah tersinggung menjadikan mereka indah. Mereka tidak berkata rasa mudah tersinggung sesuatu yang selesa, Mereka tidak berkata rasa mudah tersinggung sesuatu yang selesa, mereka juga tidak berkata ia menyeksakan -- seperti yang saya dengari semasa wawancara. Mereka hanya kata, ia perlu. Mereka bercakap tentang kesanggupan mengucap "Saya sayang kamu" dahulu, Mereka bercakap tentang kesanggupan mengucap "Saya sayang kamu" dahulu, kesanggupan melakukan sesuatu kesanggupan melakukan sesuatu yang tiada jaminan, kesanggupan bersabar sementara menunggu panggilan doktor selepas menjalani ujian mamogram. Mereka sanggup melibatkan diri dalam perhubungan yang tidak tentu keberhasilannya. Mereka anggap ini perkara asas. Saya sendiri berpendapat ini pengkhianatan. Saya tidak percaya saya begitu taksub dalam menyelidik, di mana tugas kami -- seperti yang anda ketahui, definasi penyelidikan ialah, mengawal dan meramal, mengamati fenomena bagi tujuan yang tersurat untuk mengawal dan meramal. Dan sekarang, misi saya untuk mengawal dan meramal telah menghasilkan jawapan, iaitu rasa mudah tersinggung wujud dalam kehidupan kita dan kita harus berhenti mengawal dan meramal. Ini menyebabkan jiwa saya terganggu sedikit -- (Gelak ketawa) -- sebenarnya, ia seperti ini. (Gelak ketawa) Memang benar. Bagi saya, ia gangguan jiwa, bagi pakar terapi saya, ia kesedaran rohaniah. Kesedaran rohaniah berbunyi lebih baik daripada gangguan jiwa, tetapi saya pasti itu gangguan jiwa. Lalu, saya ketepikan data dan mencari pakar terapi. Begini: anda tahu siapa diri anda apabila berkata kepada kawan-kawan, "Saya rasa saya perlukan seseorang. Siapakah yang awak syorkan?" Lebih kurang lima orang kawan saya berkata, "Oooh. Saya tidak akan menjadi pakar terapi awak." (Gelak ketawa) Saya bertanya, "Apa maksud awak?" Dan mereka menjawab, "Maksud saya, jangan bawa kayu pengukur kamu." Saya menjawab, "Okey." Jadi saya bertemu pakar terapi. Janji temu pertama saya dengan dia, Diana -- Saya bawa bersama satu senarai cara-cara mereka yang hidup dengan ketulusan, dan saya duduk. Dan dia bertanya, "Apa khabar?" Dan saya menjawab, "Saya baik. Saya okey." Dia berkata, "Apa masalahnya?" Dan ini pakar terapi yang bertemu pakar-pakar terapi yang lain. Kami terpaksa berbuat demikian kerana meter "B.S." mereka bagus. (Gelak ketawa) Dan saya pula berkata, "Ini masalahnya, saya kebingungan." Dan dia bertanya, "Apa yang dibingungkan?" Dan saya menjawab, "Saya mempunyai isu mudah tersinggung. Saya tahu rasa mudah tersinggung ialah inti pati rasa malu dan takut, dan kita berhempas pulas untuk mendapatkan kelayakan tetapi nampaknya, ia juga punca kegembiraan, kreativiti, kekitaan, kasih sayang. Dan saya rasa, saya ada masalah dan memerlukan pertolongan." Dan saya berkata, "Ini dia: bukan hal-hal kekeluargaan, bukan hal-hal mengarut di zaman kanak-kanak." (Gelak ketawa) Saya hanya perlukan beberapa strategi." (Gelak ketawa) (Tepukan) Terima kasih. Dia pun menjawab begini. (Gelak ketawa) Dan saya berkata, "Ini teruk betul, kan?" Dia menjawab, "Ia bukan baik mahupun teruk." (Gelak ketawa) "Ia hanya ia." Dan saya berkata, "Alamak, ini nampaknya teruk." (Gelak ketawa) Dan ia berlaku sedemikian, dan juga tidak. Dan ini berterusan selama setahun. Seperti yang anda tahu, terdapat mereka yang akan beralah dan terima hakikatnya apabila sedar rasa mudah tersinggung dan kemesraan adalah penting. A: Itu bukan saya. B: Saya tidak bergaul dengan orang-orang seperti itu. (Gelak ketawa) Ia, bagi saya, satu pertarungan jalanan selama setahun. Pasakan demi pasakan. Rasa mudah tersinggung tolak, saya tolak balik. Saya kalah, tetapi mendapat kembali kehidupan saya. Dan saya teruskan semula penyelidikan saya dan mengambil beberapa tahun kemudian, cuba benar-benar memahami siapa sebenarnya mereka, yang berhati tulus, apa pilihan yang mereka ambil dan apa yang kita lakukan dengan rasa mudah tersinggung. dan apa yang kita lakukan dengan rasa mudah tersinggung. Kenapa kita berhempas pulas dengannya? Adakah saya seorang sahaja yang berhempas pulas dengan rasa mudah tersinggung? Tidak. Jadi ini yang saya mengerti daripadanya. Kita matikan rasa mudah tersinggung -- apabila menunggu panggilan. Yang lucunya, saya bertanya di Twitter dan Facebook, "Bagaimana anda definasikan rasa mudah tersinggung? Apa yang membuat anda rasa mudah tersinggung? Dan dalam sejam setengah, saya mendapat 150 jawapan. Kerana, saya ingin tahu pendapat mereka di luar sana. Kerana, saya ingin tahu pendapat mereka di luar sana. Minta bantuan suami kerana saya tidak sihat, dan kami baru sahaja berkahwin; mulakan seks dengan suami; mulakan seks dengan isteri; ditolak; mengajak seseorang keluar; menunggu panggilan doktor; diberhentikan kerja; memberhentikan pekerja -- kita menghuni di dunia sebegini. Kita hidup dalam dunia yang mudah tersinggung. Dan salah satu cara kita mengatasinya ialah, kita matikan rasa mudah tersinggung. Dan saya rasa, ada buktinya -- dan ia bukan satu sahaja sebab wujudnya bukti, pada pendapat saya, itu satu perjuangan penting -- kita yang paling banyak berhutang, obes, ketagihan, dan kelompok dewasa mengambil ubat-ubatan dalam sejarah Amerika Syarikat. ketagihan, dan kelompok dewasa mengambil ubat-ubatan dalam sejarah Amerika Syarikat. Masalahnya -- dan saya pelajarinya daripada kajian ini -- kita tidak boleh memilih untuk matikan emosi. Anda tidak boleh berkata, ini tidak elok. Ini rasa mudah tersinggung, ini kesedihan, ini rasa malu, ini rasa takut, ini kekecewaan. Saya tidak mahu merasai semua itu. Saya mahu minum beberapa gelas bir dan makan muffin pisang. (Gelak ketawa) Saya tidak mahu merasai semua ini. Saya tahu anda faham. Mencerobohi hidup anda, itu tugas saya. Yallah! (Gelak ketawa) Kita tidak boleh matikan perasaan itu tanpa matikan kesan-kesan lain, emosi kita. Anda tidak boleh pilih untuk matikannya. Apabila kita matikan semua itu, kita matikan kegembiraan, kita matikan kesyukuran, kita matikan keriangan. Dan hasilnya, kita sengsara, dan mencari tujuan dan maksud, dan kemudian, merasa mudah tersinggung, kita minum beberapa gelas bir dan makan muffin pisang. Dan ia menjadi satu kitran yang memudaratkan. Saya rasa, kita perlu merenung kenapa dan bagaimana kita matikan perasaan. Dan ia bukan sahaja bagi ketagihan. Seperkara lagi yang kita lakukan ialah, menjadikan segala yang tidak pasti, pasti. Agama telah menjadi percayakan takdir dan misteri kepada kepastian. Agama telah menjadi percayakan takdir dan misteri kepada kepastian. Saya betul, anda salah. Diam! Itu saja. Hanya pasti. Selagi kita takut, selagi itu kita mudah tersinggung, lagi takut. Selagi kita takut, selagi itu kita mudah tersinggung, lagi merasa takut. Suasana politiks hari ini, begitu. Tidak wujud lagi wacana. Tidak wujud perbualan. Hanya celaan. Anda tahu apa maksud celaan dalam penyelidikan? Satu cara melepaskan kesakitan dan ketidakselesaan. Kita sempurnakan. Jika ada sesiapa yang mahu hidupnya sebegitu, sayalah orangnya, tetapi ia tidak mungkin berlaku. Kerana apa yang kita lakukan ialah, kita masukkan lemak dari pinggul ke pipi kita. Kerana apa yang kita lakukan ialah, kita masukkan lemak dari pinggul ke pipi kita. (Gelak ketawa) Harapan saya, dalam tempoh 100 tahun lagi, mereka akan lihat dan berkata, "Wah." (Gelak ketawa) Dan yang bahaya, kita sempurnakan anak-anak kita. Biar saya beritahu anda anggapan kita terhadap anak-anak kita. Apabila dilahirkan, mereka lasak untuk berhempas pulas. Dan apabila anda mendukung bayi yang sempurna itu, tugas kita bukan untuk berkata, "Lihat, dia cukup sempurna. Tugas saya, memastikan dia sentiasa sempurna -- pastikan dia memasuki pasukan tenis di tahun lima dan ke Yale di tingkatan satu." Itu bukan tugas kita. Tugas kita ialah, memerhati dan berkata, "Kamu tahu tak? Kamu tidak sempurna, dan kamu dijadikan untuk berhempas pulas, tetapi kamu berhak disayangi dan dipunyai." Itu tugas kita. Tunjukkan saya generasi yang dibesarkan begitu, maka berakhirlah masalah, yang kita hadapi hari ini. Kita berpura-pura apa yang kita lakukan tidak mempunyai kesan ke atas orang lain. Kita lakukan itu dalam kehidupan peribadi kita. Kita lakukan itu dalam dunia korporat -- sama ada menyelamatkan syarikat, tumpahan minyak, mengingat kembali -- kita berpura-pura apa yang kita lakukan tidak mempunyai impak ke atas orang lain. Saya akan berkata kepada syarikat-syarikat, ini bukan rodeo pertama kami. Kami hanya mahukan anda sahih dan tulus dan berkata, "Kami minta maaf. Kami hanya mahukan anda sahih dan tulus dan berkata, "Kami minta maaf. Kami akan membetulkannya." Tetapi ada kaedah lain, dan ini pesanan saya. Ini yang saya temui: benarkan kita dilihat, benar-benar dlihat, dilihat mudah tersinggung; menyayangi dengan sepenuh hati, walaupun tiada jaminan -- dan sebagai seorang ibu, saya akui, itu benar-benar sukar -- mengamalkan kesyukuran dan kesenangan di saat-saat mencemaskan, apabila kita tertanya-tanya, "Mampukah saya sayang kamu sedalam ini? Mampukah saya benar-benar percayainya? Mampukah saya bertegas? Daripada mengada-adakan kemungkinan, merenung sejenak dan berkata, "Saya bersyukur, kerana merasa mudah tersinggung bererti saya hidup." Dan akhir sekali, saya rasa yang paling mustahak, mempercayai apa yang kita ada mencukupi. Apabila kita mengamalkan kata-kata "Saya mencukupi", kita akan berhenti menjerit dan mula mendengar, kita menjadi lebih baik dan mesra terhadap orang di sekitar kita, dan lebih lemah lembut kepada diri sendiri. Setakat ini sahaja. Terima kasih. (Tepukan)