[Bagaimana untuk kawal pandemik coronavirus?] [Pakar penyakit berjangkit Adam Kucharski] [Soalan 1: Apa maksud pembendungan dalam wabak?] Pembendungan ialah idea bahawa usaha difokuskan kepada kawalan kebanyakannya pada kes dan kontaknya. Anda tidak mengganggu orang ramai, anda terima satu kes baru, anda asingkannya, anda hitungkan kontak mereka, siapa yang berpotensi menjadi peluang pendedahan kemudian anda memantau mereka, mungkin mengkuarantin mereka agar tiada penularan lanjutan. Hal ini ialah kaedah bersasar yang berfokus, amat berkesan sewaktu wabak SARS. Tapi bagi saya, untuk jangkitan ini, kerana sesetengah kes dilepas pandang atau tak dikesan, anda benar-benar perlu ambil kira sekumpulan besar orang berisiko. Jika beberapa tidak dikesan, Ia berpotensi untuk menjadi wabak. [Soalan 2: Jika pembendungan tak cukup, apakah yang akan berlaku?] Dalam hal ini, ia tentang perubahan besar dalam interaksi sosial kita, maka ia memerlukan, peluang untuk virus tersebar jenis kontak rapat ni, secara puratanya, setiap orang dalam populasi, perlu mengurangkan jenis interaksi itu sebanyak dua pertiga untuk mengawalnya. Mungkin melalui bekerja dari rumah, mengubah gaya hidup dan jenis tempat sesak yang anda pergi dan makan. Dan sudah tentu, langkah seperti penutupan sekolah, dan lain-lain bagi mengurangkan pencampuran sosial masyarakat. [Soalan 3: Apakah risiko yang kita perlu orang ramai fikirkan?) Bukan sahaja tangan siapa yang anda jabat, malah siapa yang akan menjabat tangan itu. Saya rasa kita perlu fikirkan langkah darjat kedua ini, mungkin anda fikir anda berisiko rendah dan anda dalam kumpulan lebih muda, tapi anda tak sedar akan betapa dekatnya anda kepada orang yang berisiko tinggi. Saya rasa kita benar-benar perlu berfikir secara sosial hal ini boleh menjadi besar dari segi perubahan tindak laku, tapi ia perlu dilakukan untuk mengurangkan kesan yang mungkin kita hadapi. [Soalan 4: Berapakah jarak yang diperlukan antara satu sama lain?] Hal ini susah untuk ditetapkan, tapi perkara yang perlu kita ingat ialah tidak banyak bukti bahawa penyakit ini aerosol dan mampu bergerak jauh -- ia jarak yang agak dekat. Saya tak rasa jika anda duduk beberapa meter dari seseorang virus itu akan berjangkit kepada anda. Ia dalam interaksi rapat, dan hal ini adalah sebab penjalaran banyak berlaku apabila makan bersama dan berkumpul secara rapat. Kerana jika anda bayangkan tempat yang anda boleh menyebar virus ke permukaan dan ke tangan dan muka, situasi-situasi ini yang kita harus fikirkan. [Soalan 5: Apakah lagkah-langkah perlindungan yang wajar diambil oleh negara?] Hal ini ialah perkara yang ramai orang sedang cuba selesaikan, pertamanya apa yang membantu. Sebenarnya baru beberapa minggu lepas kita memahami bahawa hal ini boleh dikawal dengan campur tangan tahap ini, tapi bukan semua negara boleh lakukan hal yang China lakukan, sesetengah langkah ini memberi beban sosial, ekonomi, psikologi yang besar kepada populasi. Dan pastinya, masa kita terhad. China sudah melalui hal ini selama 6 minggu, sukar untuk kekalkan hal ini kita perlu fikirkan tukar ganti perkara yang kita minta orang ramai lakukan, perkara yang paling berkesan bagi mengurangkan beban. [Maklumat lanjut di: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit] [Organisasi Kesihatan Dunia]