1 00:00:00,303 --> 00:00:04,941 Hari ini, saya akan bercakap tentang cinta dari sudut matematik. 2 00:00:04,941 --> 00:00:06,331 Rasanya kita semua bersetuju 3 00:00:06,331 --> 00:00:10,122 bahawa ahli matematik pandai mencari kekasih. 4 00:00:10,122 --> 00:00:11,683 (Gelak ketawa) 5 00:00:11,683 --> 00:00:14,885 Tapi, ia bukannya sekadar kerana kami ada personaliti yang menarik, 6 00:00:14,885 --> 00:00:17,070 kemahiran berkomunikasi yang baik, 7 00:00:17,070 --> 00:00:18,836 dan kotak pensel yang hebat, 8 00:00:18,836 --> 00:00:19,892 (Gelak ketawa) 9 00:00:19,892 --> 00:00:23,750 Ia juga kerana kami telah meninjau dari sudut matematik 10 00:00:23,750 --> 00:00:25,981 cara untuk mencari pasangan yang sesuai. 11 00:00:25,981 --> 00:00:27,752 Dalam artikel kegemaran saya, 12 00:00:27,752 --> 00:00:29,875 iaitu artikel Matematik yang bertajuk 13 00:00:29,875 --> 00:00:33,171 "Mengapa saya tidak ada teman wanita", (Gelak ketawa) 14 00:00:33,171 --> 00:00:36,941 Peter Backus cuba menilai peluangnya untuk menemui seorang kekasih. 15 00:00:36,941 --> 00:00:39,217 Peter bukannya seorang lelaki yang tamak. 16 00:00:39,217 --> 00:00:41,542 Antara semua perempuan di U.K., 17 00:00:41,542 --> 00:00:44,955 Peter mencari seseorang yang tinggal berdekatan dengan rumahnya, 18 00:00:44,955 --> 00:00:46,776 seseorang yang sesuai dari segi usia, 19 00:00:46,776 --> 00:00:49,356 seseorang yang ada kelulusan universiti, 20 00:00:49,356 --> 00:00:51,804 seseorang yang dapat bergaul secara baik dengannya, 21 00:00:51,804 --> 00:00:53,680 seseorang yang ada daya tarikan, 22 00:00:53,680 --> 00:00:56,048 seseorang yang mendapati dia ada daya tarikan. 23 00:00:56,048 --> 00:00:58,751 (Gelak ketawa) 24 00:00:58,751 --> 00:01:05,147 Anggarannya, terdapat 26 perempuan di U.K. yang sesuai dengannya. 25 00:01:05,151 --> 00:01:07,522 Ia tak kelihatan baik, betul, Peter? 26 00:01:07,522 --> 00:01:09,079 Mari kita menilainya, 27 00:01:09,079 --> 00:01:11,914 ia 400 kali ganda lebih kurang berbanding 28 00:01:11,914 --> 00:01:16,359 anggaran jumlah makhluk asing yang wujud. 29 00:01:16,359 --> 00:01:21,346 Bagi Peter, Peluangnya ialah 1 dalam 285,000 30 00:01:21,346 --> 00:01:25,322 untuk bertemu salah seorang wanita tersebut pada suatu malam. 31 00:01:25,322 --> 00:01:30,911 Rasanya itulah sebabnya ahli matematik tak suka keluar pada waktu malam. 32 00:01:30,915 --> 00:01:34,853 Saya tak bersetuju dengan pandangan yang pesimistik ini, 33 00:01:34,853 --> 00:01:37,602 kerana saya tahu, anda semua pun tahu, 34 00:01:37,602 --> 00:01:40,044 bahawa itu bukannya cinta. 35 00:01:40,044 --> 00:01:45,024 Perasaan manusia bukannya terkawal dan mudah diramal. 36 00:01:45,024 --> 00:01:47,411 Tapi, saya tahu ia tak bermakna 37 00:01:47,411 --> 00:01:50,775 bahawa matematik tak dapat membantu kita 38 00:01:50,775 --> 00:01:54,616 kerana cinta, seperti pelbagai hidupan, juga mempunyai polanya, 39 00:01:54,616 --> 00:01:59,042 Pada asasnya, ilmu matematik digunakan untuk mengkaji pola, 40 00:01:59,042 --> 00:02:03,345 contohnya ramalan cuaca, turun naik harga saham, 41 00:02:03,345 --> 00:02:06,750 pergerakan planet, atau perkembangan bandar. 42 00:02:06,750 --> 00:02:12,854 Kita tahu, semua itu bukannya terkawal dan mudah diramal. 43 00:02:12,854 --> 00:02:16,467 Saya percaya bahawa matematik sangat berguna, 44 00:02:16,467 --> 00:02:21,631 dan ia berpontensi memberi kita perspektif yang baru, 45 00:02:21,631 --> 00:02:24,727 walaupun ia melibatkan sesuatu yang penuh misteri seperti cinta. 46 00:02:24,727 --> 00:02:26,675 Jadi, untuk menunjukkan kepada anda 47 00:02:26,675 --> 00:02:31,236 bahawa matematik amat mengagumkan, hebat, dan berguna kepada kita, 48 00:02:31,236 --> 00:02:39,220 saya akan tunjukkan 3 petua untuk cinta yang telah disahkan dari segi matematik. 49 00:02:39,980 --> 00:02:41,939 Baiklah, Petua #1: 50 00:02:41,939 --> 00:02:44,903 Cara untuk mencari kekasih dalam laman web dating. 51 00:02:46,323 --> 00:02:50,159 OkCupid ialah Laman web dating kegemaran saya. 52 00:02:50,159 --> 00:02:53,574 Ia dimulakan oleh sekumpulan ahli matematik. 53 00:02:53,574 --> 00:02:56,803 Ahli-ahli matematik ini telah mengumpulkan data 54 00:02:56,803 --> 00:02:59,936 pengguna laman web itu selama sepuluh tahun. 55 00:02:59,936 --> 00:03:04,070 Mereka cuba mencari pola-pola pengguna memperkenalkan dirinya 56 00:03:04,070 --> 00:03:07,236 dan cara mereka berinteraksi dalam laman web dating. 57 00:03:07,236 --> 00:03:10,555 Hasil-hasil kajian tersebut sangat menarik. 58 00:03:10,555 --> 00:03:12,447 Tapi, yang menjadi kegemaran saya, 59 00:03:12,447 --> 00:03:15,827 didapati bahawa dalam laman web dating, 60 00:03:15,827 --> 00:03:21,279 daya tarikan anda tidak menggambarkan kepopularan anda. 61 00:03:21,279 --> 00:03:25,391 Sebenarnya, jika orang lain rasa bahawa anda adalah hodoh, 62 00:03:25,391 --> 00:03:28,260 mungkin ia adalah baik bagi anda. 63 00:03:28,260 --> 00:03:30,066 Saya akan menerangkannya. 64 00:03:30,066 --> 00:03:34,565 Dalam sebuah bahagian dalam OkCupid, 65 00:03:34,565 --> 00:03:37,395 anda boleh menilai daya tarikan pengguna lain 66 00:03:37,395 --> 00:03:39,482 dengan menggunakan skor antara 1 hingga 5. 67 00:03:39,482 --> 00:03:43,032 Jika kita membandingkan skor purata ini 68 00:03:43,032 --> 00:03:45,896 dengan bilangan mesej yang diterima sekumpulan pengguna, 69 00:03:45,896 --> 00:03:47,606 anda akan faham 70 00:03:47,606 --> 00:03:49,879 perhubungan antara daya tarikan dengan 71 00:03:49,879 --> 00:03:51,782 kepopularan dalam laman web dating. 72 00:03:51,782 --> 00:03:55,177 Inilah graf yang dihasilkan oleh pihak OkCupid. 73 00:03:55,177 --> 00:03:58,230 Yang penting di sini, orang yang ada daya tarikan yang tinggi 74 00:03:58,230 --> 00:04:00,568 tidak semestinya akan menerima mesej yang banyak. 75 00:04:00,568 --> 00:04:05,232 Tapi persoalannya ialah, kenapa pengguna di sini 76 00:04:05,232 --> 00:04:09,276 adalah lebih popular daripada pengguna di sini 77 00:04:09,276 --> 00:04:12,170 walaupun skor daya tarikan mereka adalah sama? 78 00:04:12,170 --> 00:04:16,259 Sebabnya, rupa tidak begitu penting. 79 00:04:16,259 --> 00:04:19,057 Saya akan menerangkannya dengan menggunakan satu contoh. 80 00:04:19,057 --> 00:04:23,607 Ini ialah Portia de Rossi. 81 00:04:23,607 --> 00:04:28,159 Semua orang bersetuju bahawa Portia de Rossi sangat cantik. 82 00:04:28,159 --> 00:04:31,940 Tiada orang rasa dia adalah hodoh, tapi dia bukannya supermodel. 83 00:04:31,940 --> 00:04:36,561 Jika Portia de Rossi dibandingkan dengan Sarah Jessica Parker, 84 00:04:36,561 --> 00:04:39,846 ramai orang, termasuk saya, 85 00:04:39,846 --> 00:04:44,320 rasa bahawa Sarah Jessica Parker sangat cantik, 86 00:04:44,320 --> 00:04:46,990 dan mungkin dia merupakan salah seorang manusia 87 00:04:46,990 --> 00:04:49,639 yang paling cantik di bumi. 88 00:04:49,639 --> 00:04:53,888 Tapi orang lain, iaitu kebanyakan pengguna Internet, 89 00:04:53,888 --> 00:04:55,397 (Gelak ketawa) 90 00:04:56,047 --> 00:04:58,276 rasa bahawa dia nampak seperti kuda. 91 00:04:58,276 --> 00:05:01,932 (Gelak ketawa) 92 00:05:02,222 --> 00:05:05,098 Saya rasa jika orang ramai diminta untuk menilai 93 00:05:05,098 --> 00:05:07,260 Sarah Jessica Parker atau Portia de Rossi 94 00:05:07,260 --> 00:05:09,853 dengan menggunakan skor antara 1 hingga 5, 95 00:05:09,853 --> 00:05:13,128 saya rasa kedua-duanya akan mendapat skor yang hampir sama. 96 00:05:13,128 --> 00:05:15,709 Tapi, cara orang ramai mengundi adalah sangat berbeza. 97 00:05:15,709 --> 00:05:18,092 Orang ramai akan memberi Portia skor 4 98 00:05:18,092 --> 00:05:20,542 kerana mereka bersetuju bahawa dia sangat cantik, 99 00:05:20,542 --> 00:05:23,104 manakala skor yang diterima Sarah Jesica Parker 100 00:05:23,104 --> 00:05:25,666 adalah berbelah bagi. 101 00:05:25,666 --> 00:05:28,229 Sebenarnya, perbezaan inilah yang bermakna. 102 00:05:28,229 --> 00:05:30,695 Perbezaan inilah yang menjadikan anda lebih popular 103 00:05:30,695 --> 00:05:32,725 dalam laman web dating. 104 00:05:32,725 --> 00:05:34,236 Jadi, ia bermakna, 105 00:05:34,236 --> 00:05:36,735 jika ada orang rasa bahawa anda ada daya tarikan, 106 00:05:36,735 --> 00:05:38,683 maka ada juga orang yang rasa 107 00:05:38,683 --> 00:05:43,335 bahawa anda tak ada daya tarikan. 108 00:05:43,335 --> 00:05:45,923 Ia adalah lebih baik daripada semua orang rasa 109 00:05:45,923 --> 00:05:48,104 anda ialah seorang yang comel. 110 00:05:48,104 --> 00:05:49,923 Rasanya ia lebih munasabah 111 00:05:49,923 --> 00:05:52,997 jika anda melihatnya dari sudut pengguna yang menghantar mesej. 112 00:05:52,997 --> 00:05:55,738 Katakanlah anda rasa seseorang itu ada daya tarikan, 113 00:05:55,738 --> 00:05:59,992 tapi anda rasa mungkin orang lain tak berminat padanya. 114 00:05:59,992 --> 00:06:02,543 Maksudnya, anda tak ada pesaing yang ramai 115 00:06:02,543 --> 00:06:04,979 dan anda berpeluang berhubung dengan orang itu. 116 00:06:04,979 --> 00:06:07,803 Bandingkan, jika anda rasa seseorang itu ada daya tarikan, 117 00:06:07,803 --> 00:06:11,060 tapi anda rasa orang lain pun rasa begitu. 118 00:06:11,060 --> 00:06:14,624 Anda tak mahu memalukan diri sendiri, betul? 119 00:06:14,628 --> 00:06:16,904 Berikut ialah bahagian yang sangat menarik. 120 00:06:16,904 --> 00:06:21,378 Bila pengguna memilih gambar yang akan digunakan dalam laman web dating, 121 00:06:21,378 --> 00:06:23,670 selalunya mereka cuba mengelakkan 122 00:06:23,670 --> 00:06:26,850 bahagian yang mereka rasa akan kelihatan hodoh bagi orang lain. 123 00:06:26,850 --> 00:06:31,457 Contoh yang klasik, orang yang gemuk 124 00:06:31,457 --> 00:06:34,921 akan memilih gambar yang telah diubah suai, 125 00:06:34,921 --> 00:06:36,678 atau contohnya, orang yang botak 126 00:06:36,678 --> 00:06:39,477 akan memilih gambar yang menunjukkannya memakai topi. 127 00:06:39,477 --> 00:06:43,252 Tapi, anda tak patut membuat begitu jika anda mahu berjaya. 128 00:06:43,252 --> 00:06:48,347 Anda sepatutnya menggunakan sesuatu yang menjadikan anda berbeza, 129 00:06:48,356 --> 00:06:52,300 walaupun mungkin orang lain akan rasa ia adalah hodoh. 130 00:06:52,300 --> 00:06:55,544 Sebab, orang yang sukakan anda tak kisahkan semua itu. 131 00:06:55,544 --> 00:06:59,817 Orang yang tak sukakan anda pula boleh membantu anda. 132 00:06:59,817 --> 00:07:02,897 Baiklah, Petua #2: Cara untuk memilih pasangan yang sesuai. 133 00:07:02,897 --> 00:07:07,104 Katakanlah anda sangat popular dalam laman web dating. 134 00:07:07,104 --> 00:07:11,395 Tapi, bagaimana anda berubah daripada menjadi popular 135 00:07:11,395 --> 00:07:15,179 kepada menikmati kebahagian jangka panjang, iaitu 136 00:07:15,186 --> 00:07:18,957 bagaimana anda tahu sudah tiba masanya untuk berkahwin? 137 00:07:18,957 --> 00:07:21,169 Biasanya, pengguna dinasihatkan 138 00:07:21,169 --> 00:07:23,672 jangan berkahwin dengan orang pertama yang muncul 139 00:07:23,672 --> 00:07:25,995 dan menunjukkan minat pada anda. 140 00:07:26,255 --> 00:07:29,659 Tapi, anda juga tak mahu menunggu terlalu lama 141 00:07:29,659 --> 00:07:32,661 jika anda mahu memperoleh kebahagian jangka panjang. 142 00:07:32,661 --> 00:07:35,843 Seperti yang ditulis penulis kegemaran saya, Jane Austen, 143 00:07:35,843 --> 00:07:38,061 "Perempuan bujang yang berusia 7 dan 20 tahun 144 00:07:38,061 --> 00:07:41,486 tidak lagi dapat merasai atau mencetuskan rasa kasih sayang." 145 00:07:41,486 --> 00:07:43,718 (Gelak ketawa) 146 00:07:43,718 --> 00:07:47,272 Terima kasih, Jane. Apa yang awak tahu tentang cinta? 147 00:07:47,836 --> 00:07:49,341 Jadi, persoalannya ialah, 148 00:07:49,341 --> 00:07:51,936 bagaimana anda tahu sudah tiba masanya untuk berkahwin 149 00:07:51,936 --> 00:07:54,285 bila terdapatnya ramai orang yang boleh dipilih? 150 00:07:54,285 --> 00:07:58,240 Syukurlah, terdapat sebuah teori matematik yang boleh digunakan 151 00:07:58,240 --> 00:08:00,874 untuk membantu kita, iaitu teori pemberhentian optimum. 152 00:08:00,874 --> 00:08:02,524 Jadi, bayangkan, 153 00:08:02,524 --> 00:08:05,044 anda mula berdating semasa anda berusia 15 tahun. 154 00:08:05,044 --> 00:08:08,888 Secara ideal, anda mahu berkahwin semasa anda berusia 35 tahun. 155 00:08:08,888 --> 00:08:10,488 Terdapat sebilangan orang 156 00:08:10,488 --> 00:08:12,934 yang anda boleh keluar bersama sepanjang hidup anda 157 00:08:12,934 --> 00:08:14,848 dan kualiti mereka adalah berbeza-beza. 158 00:08:14,848 --> 00:08:17,979 Peraturannya, setelah anda berkahwin, 159 00:08:17,979 --> 00:08:20,862 anda tak boleh mencari calon lain yang berpotensi dikahwini. 160 00:08:20,862 --> 00:08:23,512 Anda juga tak boleh mencari bekas kekasih dan bercerai. 161 00:08:23,512 --> 00:08:25,082 Berdasarkan pengalaman saya, 162 00:08:25,082 --> 00:08:27,904 seseorang itu tak suka berjumpa bekas kekasihnya 163 00:08:27,904 --> 00:08:30,778 setelah mereka berpisah disebabkan orang lain. 164 00:08:30,778 --> 00:08:33,162 Mungkin itu cuma saya. 165 00:08:33,172 --> 00:08:36,037 Jadi, matematik menunjukkan apa yang anda patut buat 166 00:08:36,037 --> 00:08:39,558 pada 37% pertama dalam masa berdating anda, 167 00:08:39,558 --> 00:08:43,999 anda patut menolak setiap orang yang berpotensi berkahwin dengan anda. 168 00:08:43,999 --> 00:08:45,513 (Gelak ketawa) 169 00:08:45,513 --> 00:08:49,319 Kemudian, anda patut memilih orang seterusnya yang anda temui 170 00:08:49,319 --> 00:08:52,154 kerana dia adalah lebih baik berbanding yang lain. 171 00:08:52,154 --> 00:08:53,296 Inilah contohnya. 172 00:08:53,296 --> 00:08:54,839 Jika anda berbuat demikian, 173 00:08:54,839 --> 00:08:58,972 sebenarnya ia boleh dibuktikan dari segi matematik bahawa inilah cara terbaik 174 00:08:58,975 --> 00:09:03,437 untuk memaksimumkan peluang anda menemui pasangan yang sesuai. 175 00:09:03,437 --> 00:09:07,909 Malangnya, saya perlu beritahu anda bahawa cara ini mempunyai risikonya. 176 00:09:08,382 --> 00:09:13,072 Sebagai contoh, bayangkan jika pasangan yang sesuai itu ditemui 177 00:09:13,072 --> 00:09:15,846 dalam 37% yang pertama. 178 00:09:15,846 --> 00:09:18,939 Malangnya, anda perlu menolaknya. 179 00:09:18,939 --> 00:09:21,652 (Gelak ketawa) 180 00:09:21,652 --> 00:09:23,997 Jika anda percayakan kiraan matematik, 181 00:09:23,997 --> 00:09:27,793 dan jika anda tidak menemui orang yang lebih baik daripada yang lain, 182 00:09:27,793 --> 00:09:29,787 maka anda terpaksa menolak sesiapa pun 183 00:09:29,787 --> 00:09:31,781 dan mati bersendirian. 184 00:09:31,781 --> 00:09:33,776 (Gelak ketawa) 185 00:09:34,286 --> 00:09:36,651 Mungkin anda akan dikelilingi kucing 186 00:09:36,651 --> 00:09:39,376 yang menggigit-gigit mayat anda. 187 00:09:39,376 --> 00:09:43,422 Baiklah, risiko yang kedua, bayangkan, 188 00:09:43,422 --> 00:09:46,667 orang pertama yang anda temui dalam 37% yang pertama 189 00:09:46,667 --> 00:09:49,937 amat membosankan dan teruk. 190 00:09:49,937 --> 00:09:52,642 Tidak mengapa, kerana anda berada dalam fasa menolak. 191 00:09:52,642 --> 00:09:54,703 Jadi, tidak mengapa, anda boleh menolaknya. 192 00:09:55,073 --> 00:09:58,261 Tapi bayangkan, orang seterusnya yang anda temui 193 00:09:58,261 --> 00:10:02,709 tidak begitu membosankan dan teruk 194 00:10:02,709 --> 00:10:04,591 berbanding orang lain yang anda temui. 195 00:10:04,591 --> 00:10:08,963 Jika anda percayakan kiraan matematik, maka anda terpaksa berkahwin dengannya 196 00:10:08,963 --> 00:10:12,126 dan menjalani perkahwinan yang tidak bahagia. 197 00:10:12,126 --> 00:10:13,549 Saya berasa kesal dengannya. 198 00:10:13,549 --> 00:10:16,535 Tapi saya rasa Hallmark boleh memanfaatkannya 199 00:10:16,535 --> 00:10:18,461 dan membuka pasaran ini. 200 00:10:18,461 --> 00:10:20,919 Kad Hari Valentine seperti ini. (Gelak ketawa) 201 00:10:21,309 --> 00:10:22,371 "Suamiku yang dikasihi, 202 00:10:22,371 --> 00:10:24,183 kau taklah begitu teruk berbanding 203 00:10:24,183 --> 00:10:28,177 lelaki dalam 37% pertama yang keluar dengan aku." 204 00:10:29,362 --> 00:10:33,456 Sebenarnya, ia lebih romatik daripada apa yang saya usahakan. 205 00:10:33,456 --> 00:10:37,558 Jadi, cara ini tidak memberikan kadar kejayaan 100%, 206 00:10:37,558 --> 00:10:41,021 tapi tidak terdapatnya strategi lain yang lebih baik. 207 00:10:41,021 --> 00:10:44,104 Sebenarnya, terdapatnya beberapa jenis ikan 208 00:10:44,104 --> 00:10:47,297 yang mengikut dan menggunakan strategi ini. 209 00:10:47,297 --> 00:10:50,456 Ikan-ikan ini menolak pelamar yang berada dalam 210 00:10:50,456 --> 00:10:52,883 37% yang pertama semasa musim mengawan, 211 00:10:52,883 --> 00:10:56,944 kemudian ikan-ikan ini memilih ikan seterusnya yang ditemui selepas itu, 212 00:10:56,944 --> 00:10:59,000 entahlah, mungkin yang lebih besar dan kuat 213 00:10:59,000 --> 00:11:01,518 berbanding ikan-ikan lain yang ditemui sebelum itu. 214 00:11:01,518 --> 00:11:06,196 Rasanya tanpa disedari, manusia juga berbuat demikian. 215 00:11:06,196 --> 00:11:09,613 Kita memberikan masa kepada diri sendiri untuk berseronok, 216 00:11:09,613 --> 00:11:13,115 meninjau pasaran kita dan sebagainya bila kita masih muda. 217 00:11:13,115 --> 00:11:18,023 Kita mula mencari secara serius calon yang sesuai dikahwini 218 00:11:18,023 --> 00:11:19,913 bila mencecah usia pertengahan 20-an. 219 00:11:19,913 --> 00:11:22,716 Rasanya ini ialah bukti yang konklusif, 220 00:11:22,716 --> 00:11:26,982 bahawa otak kita boleh mengira secara semula jadi. 221 00:11:27,266 --> 00:11:29,477 Baiklah, itulah dia Petua #2. 222 00:11:29,477 --> 00:11:32,730 Sekarang, Petua #3: Cara untuk mengelakkan perceraian. 223 00:11:32,730 --> 00:11:35,868 Bayangkan anda telah memilih pasangan yang sesuai, 224 00:11:35,868 --> 00:11:40,475 dan anda telah berkahwin dengannya. 225 00:11:40,475 --> 00:11:44,719 Secara ideal, saya rasa semua orang mahu mengelakkan perceraian, 226 00:11:44,719 --> 00:11:49,085 melainkan, entahlah, mungkin isteri Piers Morgan? 227 00:11:49,825 --> 00:11:52,475 Tapi, memang menyedihkan, dalam kehidupan moden, 228 00:11:52,475 --> 00:11:55,834 1 dalam 2 perkahwinan di Amerika berakhir dengan perceraian, 229 00:11:55,834 --> 00:11:59,585 negara-negara lain tidak begitu ketinggalan. 230 00:11:59,585 --> 00:12:01,684 Anda boleh dimaafkan 231 00:12:01,684 --> 00:12:05,344 jika anda berfikir bahawa perbalahan yang mencetuskan perceraian 232 00:12:05,344 --> 00:12:08,877 bukannya perkara yang ideal untuk dinilai dari segi matematik. 233 00:12:08,877 --> 00:12:10,777 Sebab, adalah sukar untuk menentukan 234 00:12:10,777 --> 00:12:13,834 apa yang patut dinilai atau dinyatakan kuantitinya. 235 00:12:13,834 --> 00:12:20,407 Tapi, ia tidak menghalang ahli psikologi, John Gottman, berbuat demikian. 236 00:12:20,407 --> 00:12:25,602 Gottman memerhatikan beratus-ratus pasangan berbual 237 00:12:25,602 --> 00:12:28,064 dan merekodkan semua perbualan mereka. 238 00:12:28,064 --> 00:12:30,551 Jadi, dia merekodkan apa yang dibualkan, 239 00:12:30,551 --> 00:12:32,614 kekonduksian kulit mereka, 240 00:12:32,614 --> 00:12:34,324 air muka mereka, 241 00:12:34,324 --> 00:12:36,684 kadar denyutan jantung, dan tekanan darah mereka, 242 00:12:36,684 --> 00:12:38,532 pada dasarnya semua perkara, 243 00:12:38,532 --> 00:12:42,610 kecuali sama ada kata-kata si isteri adalah sentiasa betul. 244 00:12:42,880 --> 00:12:46,348 Sebenarnya, kata-kata si isteri memang betul. 245 00:12:46,348 --> 00:12:49,268 Tapi, apa yang ditemui Gottman dan pasukannya 246 00:12:49,268 --> 00:12:51,702 ialah salah satu peramal yang amat penting bagi 247 00:12:51,702 --> 00:12:53,922 sama ada pasangan suami isteri akan bercerai, 248 00:12:53,922 --> 00:12:59,022 iaitu sikap yang positif atau negatif dalam perbualan. 249 00:12:59,022 --> 00:13:01,634 Pasangan suami isteri yang ada risiko yang rendah 250 00:13:01,634 --> 00:13:05,861 mendapat lebih banyak skor positif berdasarkan ukuran Gottman. 251 00:13:05,861 --> 00:13:08,001 Manakala bagi perhubungan yang teruk, 252 00:13:08,001 --> 00:13:10,793 iaitu mereka yang mungkin akan bercerai, 253 00:13:10,793 --> 00:13:15,405 mereka berada dalam keadaan yang negatif. 254 00:13:15,405 --> 00:13:17,758 Dengan menggunakan cara yang mudah ini, 255 00:13:17,758 --> 00:13:20,260 Gottman dan kumpulannya dapat meramal 256 00:13:20,260 --> 00:13:23,103 sama ada pasangan suami isteri akan bercerai 257 00:13:23,103 --> 00:13:25,758 dan ketepatan ramalan ialah 90%. 258 00:13:25,758 --> 00:13:29,152 Setelah dia bekerjasama dengan seorang ahli matematik, James Murray, 259 00:13:29,152 --> 00:13:31,291 mereka mula memahami 260 00:13:31,291 --> 00:13:35,601 apa yang menyebabkan keadaan negatif ini dan bagaimana ia berlaku. 261 00:13:35,601 --> 00:13:41,668 Saya rasa hasil dapatan mereka amat mudah difahami dan menarik. 262 00:13:41,668 --> 00:13:43,709 Kedua-dua persamaan ini meramalkan 263 00:13:43,709 --> 00:13:46,050 bagaimana si isteri atau suami akan menjawab 264 00:13:46,050 --> 00:13:47,901 dalam perbualan yang seterusnya, 265 00:13:47,901 --> 00:13:49,749 sama ada secara positif atau negatif. 266 00:13:49,749 --> 00:13:51,596 Kedua-dua persamaan ini bergantung pada 267 00:13:51,596 --> 00:13:53,692 anginnya semasa dia bersendirian, 268 00:13:53,692 --> 00:13:55,826 anginnya semasa dia bersama pasangannya, 269 00:13:55,826 --> 00:13:58,045 tapi yang terpenting, ia bergantung pada 270 00:13:58,045 --> 00:14:01,774 setakat mana pasangan suami isteri itu saling mempengaruhi. 271 00:14:01,774 --> 00:14:04,072 Pada ketika ini, adalah penting untuk mengatakan 272 00:14:04,072 --> 00:14:08,256 bahawa kedua-dua persamaan ini juga didapati 273 00:14:08,256 --> 00:14:10,324 dapat menunjukkan dengan tepat 274 00:14:10,324 --> 00:14:14,716 apa yang berlaku antara dua negara yang terlibat dalam perlumbaan senjata. 275 00:14:14,716 --> 00:14:16,394 (Gelak ketawa) 276 00:14:17,894 --> 00:14:20,725 Jadi, pasangan suami isteri yang berbalah, 277 00:14:20,725 --> 00:14:23,819 berada dalam keadaan negatif, dan hampir-hampir bercerai 278 00:14:23,819 --> 00:14:28,107 adalah sama seperti permulaan perang nuklear dari sudut matematik. 279 00:14:28,107 --> 00:14:30,436 (Gelak ketawa) 280 00:14:30,436 --> 00:14:33,159 Tapi, perkara yang penting dalam kedua-dua persamaan ini 281 00:14:33,159 --> 00:14:35,417 ialah pengaruh seseorang itu pada orang lain, 282 00:14:35,417 --> 00:14:38,900 secara khusus, ia dikenali sebagai ambang kenegatifan. 283 00:14:38,900 --> 00:14:45,079 Ambang kenegatifan boleh dilihat dari segi betapa teruknya si suami 284 00:14:45,079 --> 00:14:49,724 sehingga si isteri mula berasa geram, dan sebaliknya. 285 00:14:49,724 --> 00:14:54,408 Bagi saya, pasangan suami isteri yang bahagia bertolak ansur, saling memahami, 286 00:14:54,408 --> 00:14:56,871 dan memberikan ruang peribadi kepada pasangannya. 287 00:14:56,871 --> 00:15:00,558 Jadi, saya rasa pasangan suami isteri yang amat bahagia 288 00:15:00,558 --> 00:15:03,534 mempunyai ambang kenegatifan yang sangat tinggi. 289 00:15:03,534 --> 00:15:05,532 Mereka membiarkan saja sesuatu 290 00:15:05,532 --> 00:15:08,487 dan akan membincangkannya jika ia sesuatu yang serius. 291 00:15:08,487 --> 00:15:12,523 Sebenarnya, persamaan matematik dan hasil dapatan pasukan tersebut 292 00:15:12,523 --> 00:15:15,318 telah menunjukkan yang sebaliknya. 293 00:15:15,318 --> 00:15:17,707 Pasangan suami isteri yang sangat bahagia 294 00:15:17,707 --> 00:15:21,519 mempunyai ambang kenegatifan yang sangat rendah. 295 00:15:21,519 --> 00:15:24,668 Mereka tidak membiarkan sesuatu 296 00:15:24,668 --> 00:15:28,399 dan memberikan ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati. 297 00:15:28,399 --> 00:15:33,413 Mereka sentiasa cuba membaiki perhubungan mereka 298 00:15:33,413 --> 00:15:36,418 dan ia memberikan kesan positif pada perkahwinan mereka. 299 00:15:36,418 --> 00:15:38,516 Mereka tidak membiarkan sesuatu 300 00:15:38,516 --> 00:15:43,896 dan tidak membenarkan perkara yang remeh menjadi serius. 301 00:15:44,246 --> 00:15:49,603 Semestinya, bukan saja ambang kenegatifan yang rendah 302 00:15:49,603 --> 00:15:53,952 dan saling bertolak ansur dapat menghasilkan perhubungan yang baik. 303 00:15:53,952 --> 00:15:56,650 Saya rasa adalah agak menarik 304 00:15:56,650 --> 00:15:59,053 kerana terdapatnya bukti dari segi matematik 305 00:15:59,053 --> 00:16:01,980 yang menyatakan bahawa jangan menyimpan kemarahan anda. 306 00:16:01,980 --> 00:16:04,598 Jadi, itulah dia tiga petua dari sudut matematik 307 00:16:04,598 --> 00:16:07,093 yang boleh membantu soal cinta dan perhubungan anda. 308 00:16:07,093 --> 00:16:09,826 Tapi saya berharap, selain digunakan sebagai petua, 309 00:16:09,826 --> 00:16:13,928 ia juga dapat membuka mata anda tentang kehebatan matematik. 310 00:16:13,928 --> 00:16:15,840 Kerana bagi saya, persamaan dan simbol 311 00:16:15,840 --> 00:16:18,312 bukannya merupakan sebuah perkara saja. 312 00:16:18,312 --> 00:16:19,875 Ia juga merupakan sebuah suara 313 00:16:19,875 --> 00:16:22,897 yang dapat menyatakan kekayaan alam semula jadi 314 00:16:22,897 --> 00:16:24,929 dan keringkasan yang mengejutkan 315 00:16:24,929 --> 00:16:28,794 yang terdapat dalam pola-pola yang berada di sekitar kita, 316 00:16:28,794 --> 00:16:30,657 daripada bagaimana dunia ini berfungsi 317 00:16:30,657 --> 00:16:32,300 sehingga bagaimana kita bertindak. 318 00:16:32,300 --> 00:16:34,405 Saya berharap, mungkin bagi beberapa orang, 319 00:16:34,405 --> 00:16:36,926 sedikit ilmu tentang cinta dari sudut matematik 320 00:16:36,926 --> 00:16:40,134 dapat menggalakkan anda agar lebih menyukai matematik. 321 00:16:40,134 --> 00:16:41,521 Terima kasih. 322 00:16:41,521 --> 00:16:43,815 (Tepukan)