Unplugged Activity | Membina Asas
Dalam arca pasir, anda perlu tahu
bahawa kegagalan adalah
sebahagian dari program di sini. Anda perlu menjangkanya,
anda perlu merancangnya, tetapi jika anda berterusan
ia hanya akan menjadi lebih baik dan lebih
menarik untuk anda. Itulah nama permainan
di sini, hanya teruskan dan kekal dengannya,
dan anda pasti akan menyukainya.
Pelajaran ini dipanggil "Membina Asas".
Dalam pelajaran ini, kami akan mengusahakan
tugas yang sepatutnya sangat sukar.
Anda akan mengetahui cara untuk membina struktur
sekurang-kurangnya setinggi cawan ini.
Dan ia harus cukup kuat untuk menahan
berat sebuah buku.
Tidak. Tidak. Uhh...tidak.
Ada kalanya ciptaan kami tidak
berjalan lancar.
Aduh! Ia runtuh tetapi mari kita
memperbaikinya.
Saya mempunyai idea yang sempurna!
Saya perlukan lebih banyak gumdrops.
Ada kalanya kita berasa kecewa
dan ingin berputus asa.
Mungkin ada banyak momen tersebut. (kecewa)
Aduh! Saya tidak dapat ini! Tetapi jika kita terus
bercuba, memberikan usaha terbaik berulang kali,
maka kita pasti akan berjaya lama-kelamaan.
Berjaya! Kegigihan adalah anda tetap berusaha
walaupun anda benar-benar mahu berputus asa.
Jika anda ingin mencipta sesuatu yang baru
dan berbeza, banyak kegagalan akan muncul dalam
proses. Petua kegigihan adalah pilih untuk
berterusan dan belajar dari kegagalan anda,
bukannya berputus asa kerana anda kecewa.
Kekecewaan sebenarnya bermakna ada sesuatu
yang indah di sebalik batu. (Boleh kita berjaya kali ini)
Jadi, jangan berputus asa sebelum anda berusaha.