Hari ini, seorang wanita yang kebingungan memandang saya dan berkata bahawa saya "ada bakat dalam bahasa." Saya tak perlu berfikir tentang penyebutan dan perkataan Saya tak perlu berfikir tentang penyebutan dan perkataan kerana saya "ada bakat dalam bahasa". Apabila pensyarah saya menanya soalan, jawapan saya akan mengandungi gaya yang luar biasa. Saya bercakap benar. Beri perhatian, kerana saya "ada bakat dalam bahasa". Apabila ayah saya tanya tentang gaya pertuturan saya, Saya akan jawab, "Ayah, saya sedang uruskan masalah ini." Apabila saya pergi membeli-belah, saya akan gunakan gaya pertuturan yang lain. Apabila anak saya tanya, "Apa cerita, mak?" Saya akan jawab, "Mak bergaduh dengan orang tadi." Kadangkala di kelas, saya bertanya dengan gaya pertuturan yang teruk, "Yo, kenapa tiada buku tentang kaum saya?" Ya, saya telah memutuskan untuk gunakan semua jenis gaya pertuturan saya. Sebab, saya "ada bakat dalam bahasa". Gaya pertuturan tiada batasannya. Sebab, bahasa Inggeris ada banyak jenis gaya pertuturan dan struktur ayat. Mungkin anda rasa bahasa Inggeris yang teruk adalah bodoh, tapi biarpun pertuturan orang Amerika bagus, ia kedengaran bodoh bagi orang British. Apabila pensyarah saya nampak saya dan kata, "Helo", saya akan kata, "Tidak... Sapaan ini tak betul, ia sepatutnya "Apa khabar?" Mungkin anda rasa ia tak sesuai, tapi bahasa kami juga ada nahunya. Apabila mak saya sindir saya dan kata, "Ya'll be mad going to the store." Saya kata, "Mak, ayat itu ada kesalahan nahu." "Mad" tak boleh wujud sebelum partisipel kini. Itu perkara asas dalam bahasa Inggeris." Jika saya pandai menyanyi, saya akan menyanyikannya di atas gunung, di subbandar dan kawasan kejiranan. Sebab, satu-satunya bahasa yang standard tercatat dalam Genesis. Mungkin anda rasa pertuturan saya teruk, tapi jangan menilai saya berdasarkannya dan berfikir ia tak dapat dibetulkan. Sebab, saya tahu 3 jenis gaya pertuturan yang dituturkan di rumah, kelas dan dengan kawan-kawan. Kadangkala saya gunakan gaya ini, kemudian tukar ke gaya kedua agar saya tak bosan. Kadangkala saya akan gunakan gaya ketiga di kelas. Jika saya tercampur gaya-gaya ini, saya akan huru-hara, saya bagaikan sedang memasak di bilik air. Saya tahu, saya perlu belajar bahasa anda kerana bahasa ibunda saya telah terpinggir. Jangan jangka saya dapat tuturkan bahasa anda dengan baik kerana pertuturan saya teruk. Kata-kata ini diucapkan oleh orang yang sudah bosan dengan idealisme di Eropah. Saya bertutur dalam gaya-gaya yang berbeza ini kerana bahasa ibunda saya telah terpinggir. Pertuturan saya yang teruk ini dapat mengingatkan kita, situasi kaum saya sekarang bukannya sukar difahami. Saya tak suka imej buruk yang diberikan kepada kaum saya. Jadi, melainkan anda nampak sendiri, jangan kata kami merompak bank. Saya sudah jengkel dengan diskriminasi yang tak munasabah ini. Jadi, jangan fikir ia adalah wajar, melainkan kebaikan yang dilakukan oleh kaum anda adalah sama dengan kritikan yang diterima oleh kaum saya. Bagaimana saya dapat hapuskan kesannya dalam bahasa anda? Jangan rasa keliru. Jangan teragak-agak. Saya bukannya mempromosikan kejahilan. Ini adalah tentang keindahan linguistik. Sebab itu, saya masukkan "menguasai 3 bahasa" dalam resume saya. Saya mahu mereka tahu, saya mampu menarik lebih banyak klien untuk mereka. Apabila mereka menelefon saya, saya akan tunjukkan kemahiran saya. Saya akan kata, "Apa khabar?" "Apa cerita?" Dan semestinya, "Helo." Sebab, saya "ada bakat dalam bahasa". Terima kasih. (Tepukan)