Hari ini,
seorang wanita yang kebingungan
memandang saya dan berkata
bahawa saya "ada bakat dalam bahasa."
Saya tak perlu berfikir tentang
penyebutan dan perkataan
Saya tak perlu berfikir tentang
penyebutan dan perkataan
kerana saya "ada bakat dalam bahasa".
Apabila pensyarah saya
menanya soalan,
jawapan saya akan mengandungi
gaya yang luar biasa.
Saya bercakap benar.
Beri perhatian,
kerana saya "ada bakat dalam bahasa".
Apabila ayah saya tanya
tentang gaya pertuturan saya,
Saya akan jawab,
"Ayah, saya sedang uruskan masalah ini."
Apabila saya pergi membeli-belah,
saya akan gunakan gaya
pertuturan yang lain.
Apabila anak saya tanya,
"Apa cerita, mak?"
Saya akan jawab,
"Mak bergaduh dengan orang tadi."
Kadangkala di kelas,
saya bertanya dengan
gaya pertuturan yang teruk,
"Yo, kenapa tiada buku
tentang kaum saya?"
Ya, saya telah memutuskan untuk
gunakan semua jenis
gaya pertuturan saya.
Sebab, saya "ada bakat dalam bahasa".
Gaya pertuturan tiada batasannya.
Sebab, bahasa Inggeris
ada banyak jenis
gaya pertuturan dan struktur ayat.
Mungkin anda rasa bahasa Inggeris
yang teruk adalah bodoh,
tapi biarpun pertuturan
orang Amerika bagus,
ia kedengaran bodoh bagi orang British.
Apabila pensyarah saya
nampak saya dan kata, "Helo",
saya akan kata, "Tidak...
Sapaan ini tak betul,
ia sepatutnya "Apa khabar?"
Mungkin anda rasa ia tak sesuai,
tapi bahasa kami juga ada nahunya.
Apabila mak saya sindir saya dan kata,
"Ya'll be mad going to the store."
Saya kata, "Mak, ayat itu
ada kesalahan nahu."
"Mad" tak boleh wujud
sebelum partisipel kini.
Itu perkara asas
dalam bahasa Inggeris."
Jika saya pandai menyanyi,
saya akan menyanyikannya
di atas gunung,
di subbandar dan kawasan kejiranan.
Sebab, satu-satunya bahasa yang standard
tercatat dalam Genesis.
Mungkin anda rasa
pertuturan saya teruk,
tapi jangan menilai saya berdasarkannya
dan berfikir ia tak dapat dibetulkan.
Sebab, saya tahu
3 jenis gaya pertuturan
yang dituturkan di rumah,
kelas dan dengan kawan-kawan.
Kadangkala saya gunakan gaya ini,
kemudian tukar ke gaya kedua
agar saya tak bosan.
Kadangkala saya akan gunakan
gaya ketiga di kelas.
Jika saya tercampur gaya-gaya ini,
saya akan huru-hara,
saya bagaikan sedang memasak di bilik air.
Saya tahu, saya perlu
belajar bahasa anda
kerana bahasa ibunda saya
telah terpinggir.
Jangan jangka saya dapat
tuturkan bahasa anda dengan baik
kerana pertuturan saya teruk.
Kata-kata ini diucapkan oleh
orang yang sudah bosan
dengan idealisme di Eropah.
Saya bertutur dalam
gaya-gaya yang berbeza ini
kerana bahasa ibunda saya
telah terpinggir.
Pertuturan saya yang teruk ini
dapat mengingatkan kita,
situasi kaum saya sekarang
bukannya sukar difahami.
Saya tak suka imej buruk
yang diberikan kepada kaum saya.
Jadi, melainkan anda nampak sendiri,
jangan kata kami merompak bank.
Saya sudah jengkel dengan
diskriminasi yang tak munasabah ini.
Jadi, jangan fikir ia adalah wajar,
melainkan kebaikan yang dilakukan
oleh kaum anda adalah sama dengan
kritikan yang diterima oleh kaum saya.
Bagaimana saya dapat hapuskan
kesannya dalam bahasa anda?
Jangan rasa keliru.
Jangan teragak-agak.
Saya bukannya mempromosikan kejahilan.
Ini adalah tentang keindahan linguistik.
Sebab itu, saya masukkan "menguasai
3 bahasa" dalam resume saya.
Saya mahu mereka tahu,
saya mampu menarik lebih
banyak klien untuk mereka.
Apabila mereka menelefon saya,
saya akan tunjukkan kemahiran saya.
Saya akan kata,
"Apa khabar?"
"Apa cerita?"
Dan semestinya, "Helo."
Sebab, saya "ada bakat dalam bahasa".
Terima kasih. (Tepukan)