Hour of Code Minecraft | Acara Di peringkat seterusnya, anda boleh pilih untuk menjadi Steve atau Alex. Tekan butang anak panah pada papan kekunci untuk gerak atas, bawah, kiri dan kanan. Sekarang anda boleh bergerak ke mana saja pada satu peringkat. Untuk menggunakan makhluk, gerak kepadanya, hadapinya, dan tekan spacebar. Untuk skrin sentuh, leret atas, bawah, kiri, dan kanan untuk bergerak sekeliling. Ketik permainan untuk menggunakan benda di depan anda. Apa yang berlaku selepas menggunakannya? Dalam Minecraft, kambing jatuhkan bulu bila dipotong, lembu lari bila dipukul, dan penjalar meletup apabila didekati. Reaksi ini berlaku kerana acara. Acara memberitahu atur cara untuk dengar atau tunggu apabila sesuatu berlaku. Kemudian, ia melakukan tindakan. Anda telah gunakan satu acara. Kod dalam slot "when spawned" berjalan apabila makhluk dicipta atau apabila permainan bermula. Seterusnya anda akan dapat slot baru untuk acara seperti "when touched" apabila menyentuh makhluk, atau "when used" apabila menggunakan makhluk. Atau, untuk menhilangkan zombi apabila matahari terbit, masukkan slot "when day"