Hour of Code Minecraft | Acara
Di peringkat seterusnya, anda boleh pilih
untuk menjadi Steve atau Alex.
Tekan butang anak panah pada papan kekunci
untuk gerak atas, bawah, kiri dan kanan.
Sekarang anda boleh bergerak
ke mana saja pada satu peringkat.
Untuk menggunakan makhluk, gerak
kepadanya, hadapinya, dan tekan spacebar.
Untuk skrin sentuh, leret atas, bawah,
kiri, dan kanan untuk bergerak sekeliling.
Ketik permainan untuk menggunakan
benda di depan anda.
Apa yang berlaku selepas menggunakannya?
Dalam Minecraft, kambing jatuhkan bulu
bila dipotong, lembu lari bila dipukul,
dan penjalar meletup apabila didekati.
Reaksi ini berlaku kerana acara.
Acara memberitahu atur cara untuk dengar
atau tunggu apabila sesuatu berlaku.
Kemudian, ia melakukan tindakan.
Anda telah gunakan satu acara.
Kod dalam slot "when spawned" berjalan
apabila makhluk dicipta
atau apabila permainan bermula.
Seterusnya anda akan dapat slot baru
untuk acara seperti "when touched"
apabila menyentuh makhluk, atau
"when used" apabila menggunakan makhluk.
Atau, untuk menhilangkan zombi apabila
matahari terbit, masukkan slot "when day"