Hai. Saya seorang arkitek. Saya satu-satunya arkitek di dunia ini yang membina bangunan dengan kertas seperti tiub kadbod ini. Saya membina pameran saya yang pertama ini dengan menggunakan tiub kertas. Tahun 1986, sebelum orang ramai mula bercakap tentang isu ekologi dan isu alam sekitar, saya baru mula menguji tiub kertas agar ia dapat digunakan sebagai struktur pembinaan. Agak rumit untuk menguji bahan baru ini untuk pembinaan, tapi ia lebih kuat daripada jangkaan saya, dan ia sangat kalis air. Dan, oleh sebab ia bahan perindustrian, ia juga kalis api. Kemudian, saya membina struktur sementara ini pada tahun 1990. Ini bangunan sementara pertama yang dibina dengan kertas. Terdapat 330 tiub, berdiameter 55 sm, hanya terdapat 12 tiub yang berdiameter 120 sm, atau seluas 4 kaki. hanya terdapat 12 tiub yang berdiameter 120 sm, atau seluas 4 kaki. Seperti yang anda lihat, tandas terletak di dalam. Jika kertas tandas telah habis, anda boleh mengoyak bahagian dinding. (Gelak ketawa) Jadi, ia sangat berguna. Tahun 2000, terdapat sebuah ekspo besar di Jerman. Saya diminta mereka bentuk bangunannya; ini kerana tema ekspo ialah isu-isu alam sekitar. Jadi, saya dipilih untuk membina pavilion dengan tiub kertas, kertas yang boleh dikitar semula. Matlamat reka bentuk saya bukan pada ia telah siap dibina. Matlamat saya adalah pada setelah bangunan itu dirobohkan, kerana banyak pavilion akan dibina oleh negara yang terlibat; tapi selepas 6 bulan, kami menghasilkan banyak bahan buangan industri. Jadi, bangunan saya perlu diguna semula atau dikitar semula. Selepas ekspo, bangunan itu dikitar semula. Jadi, itulah matlamat reka bentuk saya. Kemudian, saya sangat bernasib baik kerana memenangi pertandingan membina Pusat Pompidou yang kedua di Perancis, di bandar Metz. membina Pusat Pompidou yang kedua di Perancis, di bandar Metz. Oleh sebab saya sangat miskin; saya mahu menyewa sebuah pejabat di Paris, tapi saya tidak mampu menampungnya. Jadi, saya putuskan untuk membawa pelajar saya ke Paris dan membina pejabat kami di bahagian atas Pusat Pompidou di Paris dengan usaha sendiri. Jadi, kami membawa tiub kertas dan penyambung kayu untuk menyiapkan pejabat yang sepanjang 35 meter. Kami tinggal di situ selama 6 tahun tanpa membayar sebarang sewa. (Gelak ketawa) (Tepukan) Terima kasih. Saya ada satu masalah besar. Oleh sebab kami ialah sebahagian daripada pameran itu, jika kawan-kawan saya mahu jumpa saya, mereka terpaksa membeli tiket masuk untuk jumpa saya. Itulah masalahnya. Kemudian, saya menyiapkan Pusat Pompidou di Metz. Ia sebuah muzium yang sangat popular sekarang. Saya telah membina sebuah monumen yang besar untuk kerajaan itu. Tapi, saya sangat kecewa terhadap profesion saya sebagai arkitek. Ini kerana kami tidak membantu, kami tidak berkhidmat untuk masyarakat, tapi kami berkhidmat untuk orang yang ada hak istimewa, orang kaya, kerajaan, pemaju. Mereka mempunyai wang dan kuasa. Semua itu tidak dapat dilihat. Jadi, mereka mengupah kami untuk menampakkan kuasa dan wang mereka dengan cara membina monumen. Itulah profesion kami; ia begitu sejak dulu lagi. bahkan sekarang kami melakukan perkara yang sama. Jadi, saya sangat kecewa kerana kami tidak berkhidmat untuk masyarakat, walaupun terdapat banyak orang yang kehilangan rumah kerana bencana alam. Tapi saya mesti katakan, bencana alam bukan penyebabnya. Contohnya, gempa bumi tidak pernah menyebabkan kematian, tapi keruntuhan bangunan yang menyebabkan kematian. Itulah tanggungjawab arkitek. Kemudian, orang oramai perlukan tempat tinggal sementara, tapi tiada arkitek yang berada di situ kerana kami terlalu sibuk berkhidmat untuk orang yang mempunyai hak istimewa. Jadi saya terfikir, walaupun sebagai arkitek, kami boleh terlibat dalam pembinaan semula tempat tinggal sementara. Kami boleh menjadikannya lebih baik. Sebab itu, saya mula berkhidmat di kawasan bencana. Tahun 1994, terdapat sebuah bencana besar di Rwanda, Afrika. Dua puak, Hutu dan Tutsi, saling melawan. Lebih daripada 2 juta orang menjadi pelarian. Saya sangat terkejut melihat khemah pelarian yang disediakan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Mereka sangat miskin, dan mereka kesejukan dalam selimut semasa musim hujan. Mereka sangat miskin, dan mereka kesejukan dalam selimut semasa musim hujan. Dalam tempat perlindungan yang dibina PBB, mereka hanya diberikan sehelai cadar plastik; pelarian tersebut terpaksa menebang pokok, seperti ini. Tapi, lebih daripada 2 juta orang menebang pokok. Ia menjadi pembasmian hutan yang besar dan masalah alam sekitar. Sebab itu, paip aluminium dan berek aluminium mula diberikan. Ia sangat mahal, mereka tiada wang; jadi, mereka menebang pokok semula. Jadi, saya mencadangkan untuk memperbaik keadaan itu dengan menggunakan tiub kertas yang dikitar semula ini kerana ia sangat murah dan kuat. Tapi, peruntukan saya hanyalah 50 dolar seunit. Kami membina 50 unit sebagai ujian pemantauan untuk ketahanan, kelembapan, anai-anai dan sebagainya. Selepas itu, tahun 1995 di Kobe, Jepun, berlakunya sebuah gempa bumi besar. Hampir 7,000 ribu orang terbunuh. Bandar itu adalah seperti daerah Nagata ini, seluruh bandar terbakar selepas gempa bumi itu. Saya juga mendapati banyak orang pelarian Vietnam menderita dan berkumpul di gereja Katolik -- semua bangunan musnah sepenuhnya. Jadi, saya pergi ke situ dan mencadangkan kepada paderi, "Bagaimana jika kita membina semula gereja dengan kertas tiub?" Dia kata, "Oh Tuhan, awak gila? Selepas kebakaran, inikah yang awak cadangkan?" Dia tidak percayakan saya, tapi saya tidak berputus asa. Saya pergi ke Kobe dan berjumpa dengan persatuan untuk orang Vietnam. Mereka tinggal dalam keadaan ini dengan cadar plastik buruk di taman. Mereka tinggal dalam keadaan ini dengan cadar plastik buruk di taman. Saya mencadangkan pembinaan semula. Saya melancarkan pengumpulan dana. Saya membina tempat perlindungan tiub kertas untuk mereka. Untuk memudahkan pelajar membinanya dan meruntuhkannya, saya menggunakan pak bir sebagai dasar. Saya minta syarikat bir Kirin mengusulkannya, kerana pada masa itu, syarikat bir Asahi menghasilkan pak bir yang berwarna merah; ia tidak sepadan dengan warna tiub kertas. Keselarasan warna adalah sangat penting. Saya masih ingat, kami menjangkakan bir di dalam pak bir plastik tersebut, tapi ia kosong. (Gelak ketawa) Jadi, ia sangat mengecewakan. Pada musim panas, bersama pelajar saya, kami membina lebih daripada 50 unit tempat perlindungan. Akhirnya, paderi itu percayakan saya dalam pembinaan semula. Dia kata, "Asalkan awak kumpulkan wang sendiri, bawa pelajar sendiri untuk membina, awak boleh lakukannya." Jadi, kami menggunakan 5 minggu membina semula gereja itu. Ia sepatutnya berada di situ selama 3 tahun, tapi ia kekal di situ selama 10 tahun kerana orang ramai menyukainya. Kemudian, di Taiwan, berlakunya gempa bumi besar. Kami mencadangkan untuk mendermakan gereja ini; jadi kami menanggalkannya dan menghantarkannya ke situ untuk dibina sukarelawan. Ia berada di Taiwan sebagai gereja tetap sehingga kini. Jadi, bangunan ini menjadi bangunan tetap. Saya tertanya-tanya, apakah dia bangunan tetap dan bangunan sementara? Walaupun sebuah bangunan dibina dengan kertas, ia boleh menjadi kekal asalkan orang ramai menyukainya. Sebuah bangunan konkrit mungkin tidak tahan lama jika ia dibina demi keuntungan. Sebuah bangunan konkrit mungkin tidak tahan lama jika ia dibina demi keuntungan. Tahun 1999, di Turki, berlakunya gempa bumi besar; saya pergi ke situ dan gunakan bahan tempatan untuk bina sebuah tempat perlindungan. Tahun 2001, di India Barat, saya juga bina sebuah tempat perlindungan. Tahun 2004, di Sri Lanka, selepas gempa bumi Sumatra dan tsunami, saya bina semula kampung nelayan Islam. Tahun 2008, di Chengdu, kawasan Sichuan di China, hampir 70,000 ribu orang terbunuh; banyak sekolah musnah kerana rasuah antara pihak berkuasa dengan kontraktor. Saya diminta untuk membina semula gereja sementara. Saya membawa pelajar Jepun saya untuk bekerjasama dengan pelajar China. Dalam masa sebulan, kami menyiapkan 9 buah kelas, lebih daripada 500 meter persegi. Ia masih digunakan, walaupun setelah gempa bumi terkini di China. Tahun 2009, di Itali, L'Aquila, juga berlakunya gempa bumi besar. Foto ini sangat menarik: bekas Perdana Menteri Berlusconi dan bekas bekas bekas bekas Perdana Menteri Jepun, En. Aso -- anda tahu, kami terpaksa menukar perdana menteri setiap tahun. Mereka sangat baik kerana menampung modal saya. Saya cadangkan pembinaan semula yang besar, sebuah dewan muzik sementara, kerana L'Aquila sangat terkenal kerana muzik dan semua dewan konsert telah musnah. kerana L'Aquila sangat terkenal kerana muzik dan semua dewan konsert telah musnah. Jadi, semua ahli muzik telah berpindah keluar. Jadi, saya cadangkan kepada datuk bandar, saya mahu membina semula auditorium sementara. Dia kata, "Asalkan awak bawa wang sendiri, awak boleh lakukannya." Saya sangat bernasib baik. En. Berlusconi membawa ahli-ahli persidangan kemuncak G8 dan bekas perdana menteri kami ke situ; mereka membantu kami mengumpulkan wang. Saya mendapat 50 juta euro daripada kerajaan Jepun untuk membina semula auditorium sementara ini. Tahun 2010 di Haiti, berlakunya gempa bumi besar, mustahil ke situ melalui jalan udara, Tahun 2010 di Haiti, berlakunya gempa bumi besar, mustahil ke situ melalui jalan udara, jadi saya pergi ke Santo Domingo, negara jiran, dan memandu 6 jam untuk sampai ke Haiti bersama pelajar tempatan di Santo Domingo dan membina 50 unit tempat perlindungan dengan tiub kertas tempatan. Ini apa yang berlaku di Jepun 2 tahun lalu, di utara Jepun. Selepas gempa bumi dan tsunami, orang ramai dipindahkan ke sebuah bilik yang sebesar sebuah gimnasium. Tapi lihatlah, tiada privasi. Mereka menderita secara mental dan fizikal. Jadi, kami dan sukarelawan pelajar pergi ke situ untuk membina sesekat dengan tiub kertas. Ia tempat perlindungan yang ringkas dengan rangka tiub dan langsir. Tapi, pihak berkuasa tidak mahu kami menyediakan sesetengah kemudahan; mereka kata, ia menjadi sukar untuk mengawal mereka. Tapi, adalah perlu untuk menyediakannya. Mereka tidak mempunyai kawasan rata yang cukup untuk membina rumah kerajaan satu tingkat yang standard seperti yang ini. Lihatlah. Bahkan kerajaan sivil membina tempat tinggal sementara yang teruk seperti ini, sangat padat dan tidak teratur kerana tiada tempat simpanan, tiada apa-apa, air bocor. Saya terfikir, kami perlu membina bangunan banyak tingkat kerana tiada tanah dan ia juga tidak selesa. Jadi, saya cadangkannya kepada datuk bandar semasa saya sedang sediakan sesekat. Akhirnya, saya bertemu dengan seorang datuk bandar yang sangat baik di kampung Onagawa di Miyagi. Akhirnya, saya bertemu dengan seorang datuk bandar yang sangat baik di kampung Onagawa di Miyagi. Dia minta saya membina tempat tinggal 3 tingkat di tapak besbol. Saya menggunakan kontena penghantaran; para pelajar membantu kami menyediakan semua perabot. para pelajar membantu kami menyediakan semua perabot. Kami mahu mereka berasa selesa. Ia dalam lingkungan peruntukan kerajaan, kawasan tempat tinggal adalah sama, tapi ia lebih selesa. Banyak orang mahu tinggal di situ selama-lamanya. Saya sangat gembira mendengarnya. Sekarang, saya bekerja di New Zealand, Christchurch. Kira-kira 20 hari sebelum berlakunya gempa bumi di Jepun, sebuah gempa bumi besar berlaku di Christchurch dan banyak pelajar Jepun juga terbunuh. Gereja besar terpenting di bandar itu, simbol Christchurch, juga musnah sepenuhnya. Saya diminta ke situ untuk membina semula gereja besar sementara. Jadi, ia masih dalam pembinaan. Saya mahu terus membina monumen yang disukai orang ramai. Saya mahu terus membina monumen yang disukai orang ramai. Terima kasih banyak-banyak. (Tepukan) Terima kasih. (Tepukan) Terima kasih banyak-banyak. (Tepukan)