0:00:00.359,0:00:02.008 Hai. [br]Saya seorang arkitek. 0:00:02.008,0:00:04.456 Saya satu-satunya arkitek [br]di dunia ini 0:00:04.456,0:00:07.772 yang membina bangunan daripada [br]kertas seperti tiub kadbod ini. 0:00:07.772,0:00:10.338 Saya membina pameran saya [br]yang pertama ini 0:00:10.338,0:00:11.846 daripada tiub kertas. 0:00:11.846,0:00:16.271 Tahun 1986, sebelum orang ramai [br]mula bercakap tentang 0:00:16.271,0:00:20.474 isu ekologi dan isu alam sekitar, 0:00:20.474,0:00:23.764 saya baru mula menguji tiub kertas 0:00:23.764,0:00:26.499 agar ia dapat digunakan sebagai [br]struktur pembinaan. 0:00:26.499,0:00:31.652 Agak rumit untuk menguji [br]bahan baru ini untuk pembinaan, 0:00:31.652,0:00:34.150 tapi ia lebih kuat [br]daripada jangkaan saya, 0:00:34.150,0:00:36.362 dan ia sangat kalis air. 0:00:36.362,0:00:38.257 Dan, oleh sebab [br]ia bahan perindustrian, 0:00:38.257,0:00:40.960 ia juga kalis api. 0:00:40.960,0:00:44.793 Kemudian, saya membina struktur sementara ini [br]pada tahun 1990. 0:00:44.793,0:00:47.800 Ini bangunan sementara pertama [br]yang dibina daripada kertas. 0:00:47.800,0:00:51.870 Terdapat 330 tiub, [br]berdiameter 55 sm, 0:00:51.870,0:00:53.512 hanya terdapat 12 tiub yang berdiameter 120 sm, [br]atau seluas 4 kaki. 0:00:53.512,0:00:56.282 hanya terdapat 12 tiub yang berdiameter 120 sm, [br]atau seluas 4 kaki. 0:00:56.282,0:00:58.902 Seperti yang anda lihat, [br]tandas terletak di dalam. 0:00:58.902,0:01:01.553 Jika kertas tandas telah habis, 0:01:01.553,0:01:03.873 anda boleh mengoyak bahagian dinding. [br](Gelak ketawa) 0:01:03.873,0:01:06.265 Jadi, [br]ia sangat berguna. 0:01:06.265,0:01:10.304 Tahun 2000, terdapat sebuah [br]ekspo besar di Jerman. 0:01:10.304,0:01:12.923 Saya diminta [br]mereka bentuk bangunannya; 0:01:12.923,0:01:15.717 ini kerana tema ekspo ialah [br]isu-isu alam sekitar. 0:01:15.717,0:01:20.205 Jadi, saya dipilih untuk membina pavilion [br]daripada tiub kertas, 0:01:20.205,0:01:21.932 kertas yang boleh dikitar semula. 0:01:21.932,0:01:24.902 Matlamat reka bentuk saya [br]bukan pada ia telah siap dibina. 0:01:24.902,0:01:26.986 Matlamat saya adalah pada [br]setelah bangunan itu dirobohkan, 0:01:26.986,0:01:30.962 kerana banyak pavilion akan dibina [br]oleh negara yang terlibat; 0:01:30.962,0:01:34.062 tapi selepas 6 bulan, kami menghasilkan [br]banyak bahan buangan industri. 0:01:34.062,0:01:38.743 Jadi, bangunan saya perlu diguna semula [br]atau dikitar semula. 0:01:38.743,0:01:40.846 Selepas ekspo, [br]bangunan itu dikitar semula. 0:01:40.846,0:01:43.492 Jadi, itulah matlamat [br]reka bentuk saya. 0:01:43.492,0:01:46.580 Kemudian, saya sangat bernasib baik [br]kerana memenangi pertandingan 0:01:46.580,0:01:49.238 membina Pusat Pompidou yang kedua [br]di Perancis, di bandar Metz. 0:01:49.238,0:01:50.713 membina Pusat Pompidou yang kedua [br]di Perancis, di bandar Metz. 0:01:50.713,0:01:52.209 Oleh sebab saya sangat miskin; 0:01:52.209,0:01:54.376 saya mahu menyewa sebuah pejabat [br]di Paris, 0:01:54.376,0:01:55.893 tapi saya tidak mampu menampungnya. 0:01:55.893,0:01:57.934 Jadi, saya putuskan untuk [br]membawa pelajar saya ke Paris 0:01:57.934,0:02:01.450 dan membina pejabat kami di bahagian atas [br]Pusat Pompidou di Paris 0:02:01.450,0:02:02.685 dengan usaha sendiri. 0:02:02.685,0:02:06.014 Jadi, kami membawa tiub kertas [br]dan penyambung kayu 0:02:06.014,0:02:10.099 untuk menyiapkan pejabat [br]yang sepanjang 35 meter. 0:02:10.099,0:02:13.133 Kami tinggal di situ selama 6 tahun [br]tanpa membayar sebarang sewa. 0:02:13.133,0:02:17.004 (Gelak ketawa) [br](Tepukan) 0:02:17.004,0:02:19.391 Terima kasih. [br]Saya ada satu masalah besar. 0:02:19.391,0:02:21.745 Oleh sebab kami ialah [br]sebahagian daripada pameran itu, 0:02:21.745,0:02:25.049 jika kawan-kawan saya mahu jumpa saya, mereka terpaksa membeli tiket masuk untuk jumpa saya. 0:02:25.049,0:02:27.252 Itulah masalahnya. 0:02:27.252,0:02:30.020 Kemudian, saya menyiapkan [br]Pusat Pompidou di Metz. 0:02:30.020,0:02:31.974 Ia sebuah muzium [br]yang sangat popular sekarang. 0:02:31.974,0:02:35.140 Saya telah membina sebuah monumen yang besar [br]untuk kerajaan itu. 0:02:35.140,0:02:37.039 Tapi, [br]saya sangat kecewa terhadap 0:02:37.039,0:02:39.635 profesion saya sebagai arkitek. 0:02:39.635,0:02:43.663 Ini kerana kami tidak membantu, [br]kami tidak berkhidmat untuk masyarakat, 0:02:43.663,0:02:46.907 tapi kami berkhidmat untuk [br]orang yang ada hak istimewa, 0:02:46.907,0:02:50.099 orang kaya, kerajaan, pemaju. 0:02:50.099,0:02:52.619 Mereka mempunyai wang dan kuasa. 0:02:52.619,0:02:54.416 Semua itu tidak dapat dilihat. 0:02:54.416,0:02:58.244 Jadi, mereka mengupah kami untuk [br]menampakkan kuasa dan wang mereka 0:02:58.244,0:03:00.462 dengan cara membina monumen. 0:03:00.477,0:03:02.642 Itulah profesion kami; [br]ia begitu sejak dulu lagi. 0:03:02.642,0:03:04.994 bahkan sekarang kami melakukan [br]perkara yang sama. 0:03:04.994,0:03:08.318 Jadi, saya sangat kecewa kerana [br]kami tidak berkhidmat untuk masyarakat, 0:03:08.318,0:03:12.305 walaupun terdapat banyak orang 0:03:12.320,0:03:15.212 yang kehilangan rumah [br]kerana bencana alam. 0:03:15.212,0:03:18.255 Tapi saya mesti katakan, [br]bencana alam bukan penyebabnya. 0:03:18.255,0:03:21.240 Contohnya, gempa bumi tidak pernah [br]menyebabkan kematian, 0:03:21.240,0:03:23.413 tapi keruntuhan bangunan [br]yang menyebabkan kematian. 0:03:23.413,0:03:25.453 Itulah tanggungjawab arkitek. 0:03:25.453,0:03:27.190 Kemudian, orang oramai [br]perlukan tempat tinggal sementara, 0:03:27.190,0:03:28.852 tapi tiada arkitek yang berada di situ 0:03:28.852,0:03:32.512 kerana kami terlalu sibuk berkhidmat untuk orang [br]yang mempunyai hak istimewa. 0:03:32.512,0:03:36.391 Jadi saya terfikir, [br]walaupun sebagai arkitek, 0:03:36.391,0:03:41.147 kami boleh terlibat dalam pembinaan semula [br]tempat tinggal sementara. 0:03:41.147,0:03:42.939 Kami boleh menjadikannya lebih baik. 0:03:42.939,0:03:46.972 Sebab itu, saya mula berkhidmat [br]di kawasan bencana. 0:03:46.972,0:03:50.698 Tahun 1994, terdapat sebuah bencana besar [br]di Rwanda, Afrika. 0:03:50.698,0:03:53.430 Dua puak, Hutu dan Tutsi, [br]saling melawan. 0:03:53.430,0:03:55.928 Lebih daripada 2 juta orang [br]menjadi pelarian. 0:03:55.928,0:03:59.679 Saya sangat terkejut [br]melihat khemah pelarian 0:03:59.679,0:04:01.913 yang disediakan [br]Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. 0:04:01.913,0:04:05.207 Mereka sangat miskin, dan mereka kesejukan [br]dalam selimut semasa musim hujan. 0:04:05.207,0:04:07.330 Mereka sangat miskin, dan mereka kesejukan [br]dalam selimut semasa musim hujan. 0:04:07.330,0:04:10.085 Dalam tempat perlindungan [br]yang dibina PBB, 0:04:10.085,0:04:12.391 mereka hanya diberikan [br]sehelai cadar plastik; 0:04:12.391,0:04:16.540 pelarian tersebut terpaksa menebang pokok, [br]seperti ini. 0:04:16.540,0:04:18.306 Tapi, lebih daripada 2 juta orang [br]menebang pokok. 0:04:18.306,0:04:21.097 Ia menjadi pembasmian hutan yang besar 0:04:21.097,0:04:22.830 dan masalah alam sekitar. 0:04:22.830,0:04:26.060 Sebab itu, paip aluminium dan [br]berek aluminium mula diberikan. 0:04:26.060,0:04:28.347 Ia sangat mahal, [br]mereka tiada wang; 0:04:28.347,0:04:30.273 jadi, [br]mereka menebang pokok semula. 0:04:30.273,0:04:34.294 Jadi, saya mencadangkan untuk [br]memperbaik keadaan itu 0:04:34.294,0:04:36.454 dengan menggunakan tiub kertas [br]yang dikitar semula ini 0:04:36.454,0:04:39.387 kerana ia sangat murah dan kuat. 0:04:39.387,0:04:42.134 Tapi, peruntukan saya [br]hanyalah 50 dolar seunit. 0:04:42.134,0:04:45.095 Kami membina 50 unit [br]sebagai ujian pemantauan 0:04:45.095,0:04:50.801 untuk ketahanan, kelembapan, [br]anai-anai dan sebagainya. 0:04:50.801,0:04:55.381 Selepas itu, tahun 1995 [br]di Kobe, Jepun, 0:04:55.381,0:04:57.174 berlakunya sebuah [br]gempa bumi besar. 0:04:57.174,0:04:59.686 Hampir 7,000 ribu orang terbunuh. 0:04:59.686,0:05:02.677 Bandar itu adalah seperti [br]daerah Nagata ini, 0:05:02.677,0:05:05.995 seluruh bandar terbakar [br]selepas gempa bumi itu. 0:05:05.995,0:05:09.936 Saya juga mendapati [br]banyak orang pelarian Vietnam 0:05:09.936,0:05:12.531 menderita dan berkumpul [br]di gereja Katolik -- 0:05:12.531,0:05:14.450 semua bangunan musnah sepenuhnya. 0:05:14.450,0:05:17.951 Jadi, saya pergi ke situ dan [br]mencadangkan kepada paderi, 0:05:17.951,0:05:20.569 "Bagaimana jika kita membina semula gereja [br]daripada kertas tiub?" 0:05:20.569,0:05:23.709 Dia kata, [br]"Oh Tuhan! Awak gila? 0:05:23.709,0:05:25.818 Selepas kebakaran, [br]inikah yang awak cadangkan?" 0:05:25.818,0:05:29.446 Dia tidak percayakan saya, [br]tapi saya tidak berputus asa. 0:05:29.446,0:05:31.328 Saya pergi ke Kobe 0:05:31.328,0:05:33.957 dan berjumpa dengan [br]persatuan untuk orang Vietnam. 0:05:33.957,0:05:36.624 Mereka tinggal dalam keadaan ini [br]dengan cadar plastik buruk di taman. 0:05:36.624,0:05:37.905 Mereka tinggal dalam keadaan ini [br]dengan cadar plastik buruk di taman. 0:05:37.905,0:05:41.147 Saya mencadangkan pembinaan semula. [br]Saya melancarkan pengumpulan dana. 0:05:41.147,0:05:43.703 Saya membina tempat perlindungan [br]tiub kertas untuk mereka. 0:05:43.703,0:05:46.661 Untuk memudahkan pelajar membinanya 0:05:46.661,0:05:48.244 dan meruntuhkannya, 0:05:48.244,0:05:51.453 saya menggunakan pak bir [br]sebagai dasar. 0:05:51.453,0:05:54.043 Saya minta syarikat bir Kirin mengusulkannya, 0:05:54.043,0:05:56.763 kerana pada masa itu, [br]syarikat bir Asahi 0:05:56.763,0:05:58.775 menghasilkan pak bir [br]yang berwarna merah; 0:05:58.775,0:06:01.189 ia tidak sepadan dengan [br]warna tiub kertas. 0:06:01.189,0:06:03.507 Keselarasan warna [br]adalah sangat penting. 0:06:03.507,0:06:06.700 Saya masih ingat, [br]kami menjangkakan 0:06:06.700,0:06:09.055 bir di dalam [br]pak bir plastik tersebut, 0:06:09.055,0:06:10.949 tapi ia kosong. [br](Gelak ketawa) 0:06:10.949,0:06:14.341 Jadi, [br]ia sangat mengecewakan. 0:06:14.341,0:06:16.579 Pada musim panas, [br]bersama pelajar saya, 0:06:16.579,0:06:18.765 kami membina lebih daripada [br]50 unit tempat perlindungan. 0:06:18.765,0:06:21.536 Akhirnya, paderi itu percayakan saya [br]dalam pembinaan semula. 0:06:21.536,0:06:23.827 Dia kata, "Asalkan awak [br]kumpulkan wang sendiri, 0:06:23.827,0:06:26.081 bawa pelajar sendiri untuk membina, [br]awak boleh lakukannya." 0:06:26.081,0:06:28.564 Jadi, kami menggunakan 5 minggu [br]membina semula gereja itu. 0:06:28.564,0:06:32.062 Ia sepatutnya berada di situ [br]selama 3 tahun, 0:06:32.062,0:06:35.360 tapi ia kekal di situ selama 10 tahun [br]kerana orang ramai menyukainya. 0:06:35.360,0:06:39.169 Kemudian, di Taiwan, [br]berlakunya gempa bumi besar. 0:06:39.169,0:06:43.119 Kami mencadangkan untuk [br]mendermakan gereja ini; 0:06:43.119,0:06:44.720 jadi kami menanggalkannya 0:06:44.720,0:06:46.965 dan menghantarkannya ke situ [br]untuk dibina sukarelawan. 0:06:46.965,0:06:50.589 Ia berada di Taiwan sebagai [br]gereja tetap sehingga kini. 0:06:50.589,0:06:53.080 Jadi, bangunan ini [br]menjadi bangunan tetap. 0:06:53.080,0:06:57.729 Saya tertanya-tanya, apa itu bangunan tetap [br]dan bangunan sementara? 0:06:57.729,0:06:59.662 Walaupun sebuah bangunan [br]dibina daripada kertas, 0:06:59.662,0:07:03.192 ia boleh menjadi kekal [br]asalkan orang ramai menyukainya. 0:07:03.192,0:07:05.488 Sebuah bangunan konkrit mungkin tidak tahan lama [br]jika ia dibina demi keuntungan. 0:07:05.488,0:07:07.505 Sebuah bangunan konkrit mungkin tidak tahan lama [br]jika ia dibina demi keuntungan. 0:07:07.505,0:07:10.215 Tahun 1999, di Turki, [br]berlakunya gempa bumi besar; 0:07:10.215,0:07:14.365 saya pergi ke situ dan gunakan bahan tempatan [br]untuk bina sebuah tempat perlindungan. 0:07:14.365,0:07:18.219 Tahun 2001, di India Barat, [br]saya juga bina sebuah tempat perlindungan. 0:07:18.219,0:07:22.300 Tahun 2004, di Sri Lanka, [br]selepas gempa bumi Sumatra 0:07:22.300,0:07:25.981 dan tsunami, saya bina semula [br]kampung nelayan Islam. 0:07:25.981,0:07:31.432 Tahun 2008, di Chengdu, [br]kawasan Sichuan di China, 0:07:31.432,0:07:34.358 hampir 70,000 ribu orang terbunuh; 0:07:34.358,0:07:37.443 banyak sekolah musnah 0:07:37.443,0:07:40.893 kerana rasuah antara [br]pihak berkuasa dengan kontraktor. 0:07:40.893,0:07:43.861 Saya diminta untuk [br]membina semula gereja sementara. 0:07:43.861,0:07:47.647 Saya membawa pelajar Jepun saya [br]untuk bekerjasama dengan pelajar China. 0:07:47.647,0:07:50.508 Dalam masa sebulan, [br]kami menyiapkan 9 buah kelas, 0:07:50.508,0:07:52.160 lebih daripada [br]500 meter persegi. 0:07:52.160,0:07:56.632 Ia masih digunakan, [br]walaupun setelah gempa bumi terkini di China. 0:07:56.632,0:08:02.096 Tahun 2009, di Itali, L'Aquila, [br]juga berlakunya gempa bumi besar. 0:08:02.096,0:08:04.448 Foto ini sangat menarik: 0:08:04.448,0:08:07.165 bekas Perdana Menteri Berlusconi 0:08:07.165,0:08:11.583 dan bekas bekas bekas bekas [br]Perdana Menteri Jepun, En. Aso -- 0:08:11.583,0:08:15.464 anda tahu, kami terpaksa menukar [br]perdana menteri setiap tahun. 0:08:15.464,0:08:20.426 Mereka sangat baik [br]kerana menampung modal saya. 0:08:20.426,0:08:24.825 Saya cadangkan pembinaan semula yang besar, [br]sebuah dewan muzik sementara, 0:08:24.825,0:08:27.269 kerana L'Aquila sangat terkenal kerana muzik [br]dan semua dewan konsert telah musnah. 0:08:27.269,0:08:28.694 kerana L'Aquila sangat terkenal kerana muzik [br]dan semua dewan konsert telah musnah. 0:08:28.694,0:08:30.826 Jadi, semua ahli muzik [br]telah berpindah keluar. 0:08:30.826,0:08:32.253 Jadi, saya cadangkan [br]kepada datuk bandar, 0:08:32.253,0:08:34.488 saya mahu membina semula [br]auditorium sementara. 0:08:34.488,0:08:37.434 Dia kata, "Asalkan awak bawa wang sendiri, [br]awak boleh lakukannya." 0:08:37.434,0:08:38.617 Saya sangat bernasib baik. 0:08:38.617,0:08:40.918 En. Berlusconi membawa [br]ahli-ahli persidangan kemuncak G8 0:08:40.918,0:08:43.024 dan bekas perdana menteri kami [br]ke situ; 0:08:43.024,0:08:46.229 mereka membantu kami [br]mengumpulkan wang. 0:08:46.229,0:08:49.072 Saya mendapat 50 juta euro [br]daripada kerajaan Jepun 0:08:49.072,0:08:51.959 untuk membina semula [br]auditorium sementara ini. 0:08:51.959,0:08:56.679 Tahun 2010 di Haiti, berlakunya gempa bumi besar, [br]mustahil ke situ melalui jalan udara, 0:08:56.679,0:08:58.270 Tahun 2010 di Haiti, berlakunya gempa bumi besar, [br]mustahil ke situ melalui jalan udara, 0:08:58.270,0:09:01.287 jadi saya pergi ke [br]Santo Domingo, negara jiran, 0:09:01.287,0:09:04.202 dan memandu 6 jam [br]untuk sampai ke Haiti 0:09:04.202,0:09:07.493 bersama pelajar tempatan [br]di Santo Domingo 0:09:07.493,0:09:10.946 dan membina 50 unit tempat perlindungan [br]daripada tiub kertas tempatan. 0:09:10.946,0:09:14.559 Ini apa yang berlaku di Jepun [br]2 tahun lalu, di utara Jepun. 0:09:14.559,0:09:16.434 Selepas gempa bumi dan tsunami, 0:09:16.434,0:09:20.221 orang ramai dipindahkan ke sebuah bilik [br]yang sebesar sebuah gimnasium. 0:09:20.221,0:09:22.122 Tapi lihatlah, tiada privasi. 0:09:22.122,0:09:24.989 Mereka menderita [br]secara mental dan fizikal. 0:09:24.989,0:09:28.380 Jadi, kami dan sukarelawan pelajar [br]pergi ke situ 0:09:28.380,0:09:31.643 untuk membina sesekat [br]daripada tiub kertas. 0:09:31.643,0:09:35.874 Ia tempat perlindungan yang ringkas [br]dengan rangka tiub dan langsir. 0:09:35.874,0:09:38.390 Tapi, pihak berkuasa [br]tidak mahu kami menyediakan 0:09:38.390,0:09:40.437 sesetengah kemudahan; [br]mereka kata, 0:09:40.437,0:09:43.634 ia menjadi sukar [br]untuk mengawal mereka. 0:09:43.634,0:09:46.116 Tapi, adalah perlu [br]untuk menyediakannya. 0:09:46.116,0:09:48.621 Mereka tidak mempunyai kawasan rata [br]yang cukup untuk membina 0:09:48.621,0:09:51.906 rumah kerajaan satu tingkat [br]yang standard seperti yang ini. 0:09:51.906,0:09:54.156 Lihatlah. [br]Bahkan kerajaan sivil membina 0:09:54.156,0:09:58.285 tempat tinggal sementara [br]yang teruk seperti ini, 0:09:58.285,0:10:04.816 sangat padat dan tidak teratur kerana tiada tempat simpanan, tiada apa-apa, air bocor. 0:10:04.816,0:10:08.085 Saya terfikir, kami perlu [br]membina bangunan banyak tingkat 0:10:08.085,0:10:11.110 kerana tiada tanah [br]dan ia juga tidak selesa. 0:10:11.110,0:10:16.040 Jadi, saya cadangkannya kepada datuk bandar [br]semasa saya sedang sediakan sesekat. 0:10:16.040,0:10:19.671 Akhirnya, saya bertemu dengan seorang datuk bandar [br]yang sangat baik di kampung Onagawa di Miyagi. 0:10:19.671,0:10:20.991 Akhirnya, saya bertemu dengan seorang datuk bandar [br]yang sangat baik di kampung Onagawa di Miyagi. 0:10:20.991,0:10:25.377 Dia minta saya membina tempat tinggal [br]3 tingkat di tapak besbol. 0:10:25.377,0:10:28.103 Saya menggunakan [br]kontena penghantaran; 0:10:28.103,0:10:30.556 para pelajar membantu kami [br]menyediakan semua perabot. 0:10:30.556,0:10:33.354 para pelajar membantu kami [br]menyediakan semua perabot. 0:10:33.354,0:10:35.046 Kami mahu mereka [br]berasa selesa. 0:10:35.046,0:10:37.321 Ia dalam lingkungan [br]peruntukan kerajaan, 0:10:37.321,0:10:41.230 kawasan tempat tinggal [br]adalah sama, 0:10:41.230,0:10:42.370 tapi ia lebih selesa. 0:10:42.370,0:10:45.502 Banyak orang mahu tinggal [br]di situ selama-lamanya. 0:10:45.502,0:10:48.064 Saya sangat gembira mendengarnya. 0:10:48.064,0:10:52.001 Sekarang, saya bekerja [br]di New Zealand, Christchurch. 0:10:52.001,0:10:55.848 Kira-kira 20 hari sebelum berlakunya [br]gempa bumi di Jepun, 0:10:55.848,0:10:57.353 sebuah gempa bumi besar berlaku [br]di Christchurch 0:10:57.353,0:10:59.914 dan banyak pelajar Jepun juga terbunuh. 0:10:59.914,0:11:02.233 Gereja besar terpenting [br]di bandar itu, 0:11:02.233,0:11:05.004 simbol Christchurch, [br]juga musnah sepenuhnya. 0:11:05.004,0:11:09.102 Saya diminta ke situ untuk membina semula [br]gereja besar sementara. 0:11:09.102,0:11:11.389 Jadi, [br]ia masih dalam pembinaan. 0:11:11.389,0:11:14.729 Saya mahu terus membina monumen [br]yang disukai orang ramai. 0:11:14.729,0:11:16.959 Saya mahu terus membina monumen [br]yang disukai orang ramai. 0:11:16.959,0:11:18.398 Terima kasih banyak-banyak. 0:11:18.398,0:11:20.334 (Tepukan) 0:11:20.334,0:11:23.067 Terima kasih. [br](Tepukan) 0:11:23.067,0:11:25.824 Terima kasih banyak-banyak. [br](Tepukan)