Hai.
Saya seorang arkitek.
Saya satu-satunya arkitek
di dunia ini
yang membina bangunan daripada
kertas seperti tiub kadbod ini.
Saya membina pameran saya
yang pertama ini
daripada tiub kertas.
Tahun 1986, sebelum orang ramai
mula bercakap tentang
isu ekologi dan isu alam sekitar,
saya baru mula menguji tiub kertas
agar ia dapat digunakan sebagai
struktur pembinaan.
Agak rumit untuk menguji
bahan baru ini untuk pembinaan,
tapi ia lebih kuat
daripada jangkaan saya,
dan ia sangat kalis air.
Dan, oleh sebab
ia bahan perindustrian,
ia juga kalis api.
Kemudian, saya membina struktur sementara ini
pada tahun 1990.
Ini bangunan sementara pertama
yang dibina daripada kertas.
Terdapat 330 tiub,
berdiameter 55 sm,
hanya terdapat 12 tiub yang berdiameter 120 sm,
atau seluas 4 kaki.
hanya terdapat 12 tiub yang berdiameter 120 sm,
atau seluas 4 kaki.
Seperti yang anda lihat,
tandas terletak di dalam.
Jika kertas tandas telah habis,
anda boleh mengoyak bahagian dinding.
(Gelak ketawa)
Jadi,
ia sangat berguna.
Tahun 2000, terdapat sebuah
ekspo besar di Jerman.
Saya diminta
mereka bentuk bangunannya;
ini kerana tema ekspo ialah
isu-isu alam sekitar.
Jadi, saya dipilih untuk membina pavilion
daripada tiub kertas,
kertas yang boleh dikitar semula.
Matlamat reka bentuk saya
bukan pada ia telah siap dibina.
Matlamat saya adalah pada
setelah bangunan itu dirobohkan,
kerana banyak pavilion akan dibina
oleh negara yang terlibat;
tapi selepas 6 bulan, kami menghasilkan
banyak bahan buangan industri.
Jadi, bangunan saya perlu diguna semula
atau dikitar semula.
Selepas ekspo,
bangunan itu dikitar semula.
Jadi, itulah matlamat
reka bentuk saya.
Kemudian, saya sangat bernasib baik
kerana memenangi pertandingan
membina Pusat Pompidou yang kedua
di Perancis, di bandar Metz.
membina Pusat Pompidou yang kedua
di Perancis, di bandar Metz.
Oleh sebab saya sangat miskin;
saya mahu menyewa sebuah pejabat
di Paris,
tapi saya tidak mampu menampungnya.
Jadi, saya putuskan untuk
membawa pelajar saya ke Paris
dan membina pejabat kami di bahagian atas
Pusat Pompidou di Paris
dengan usaha sendiri.
Jadi, kami membawa tiub kertas
dan penyambung kayu
untuk menyiapkan pejabat
yang sepanjang 35 meter.
Kami tinggal di situ selama 6 tahun
tanpa membayar sebarang sewa.
(Gelak ketawa)
(Tepukan)
Terima kasih.
Saya ada satu masalah besar.
Oleh sebab kami ialah
sebahagian daripada pameran itu,
jika kawan-kawan saya mahu jumpa saya, mereka terpaksa membeli tiket masuk untuk jumpa saya.
Itulah masalahnya.
Kemudian, saya menyiapkan
Pusat Pompidou di Metz.
Ia sebuah muzium
yang sangat popular sekarang.
Saya telah membina sebuah monumen yang besar
untuk kerajaan itu.
Tapi,
saya sangat kecewa terhadap
profesion saya sebagai arkitek.
Ini kerana kami tidak membantu,
kami tidak berkhidmat untuk masyarakat,
tapi kami berkhidmat untuk
orang yang ada hak istimewa,
orang kaya, kerajaan, pemaju.
Mereka mempunyai wang dan kuasa.
Semua itu tidak dapat dilihat.
Jadi, mereka mengupah kami untuk
menampakkan kuasa dan wang mereka
dengan cara membina monumen.
Itulah profesion kami;
ia begitu sejak dulu lagi.
bahkan sekarang kami melakukan
perkara yang sama.
Jadi, saya sangat kecewa kerana
kami tidak berkhidmat untuk masyarakat,
walaupun terdapat banyak orang
yang kehilangan rumah
kerana bencana alam.
Tapi saya mesti katakan,
bencana alam bukan penyebabnya.
Contohnya, gempa bumi tidak pernah
menyebabkan kematian,
tapi keruntuhan bangunan
yang menyebabkan kematian.
Itulah tanggungjawab arkitek.
Kemudian, orang oramai
perlukan tempat tinggal sementara,
tapi tiada arkitek yang berada di situ
kerana kami terlalu sibuk berkhidmat untuk orang
yang mempunyai hak istimewa.
Jadi saya terfikir,
walaupun sebagai arkitek,
kami boleh terlibat dalam pembinaan semula
tempat tinggal sementara.
Kami boleh menjadikannya lebih baik.
Sebab itu, saya mula berkhidmat
di kawasan bencana.
Tahun 1994, terdapat sebuah bencana besar
di Rwanda, Afrika.
Dua puak, Hutu dan Tutsi,
saling melawan.
Lebih daripada 2 juta orang
menjadi pelarian.
Saya sangat terkejut
melihat khemah pelarian
yang disediakan
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.
Mereka sangat miskin, dan mereka kesejukan
dalam selimut semasa musim hujan.
Mereka sangat miskin, dan mereka kesejukan
dalam selimut semasa musim hujan.
Dalam tempat perlindungan
yang dibina PBB,
mereka hanya diberikan
sehelai cadar plastik;
pelarian tersebut terpaksa menebang pokok,
seperti ini.
Tapi, lebih daripada 2 juta orang
menebang pokok.
Ia menjadi pembasmian hutan yang besar
dan masalah alam sekitar.
Sebab itu, paip aluminium dan
berek aluminium mula diberikan.
Ia sangat mahal,
mereka tiada wang;
jadi,
mereka menebang pokok semula.
Jadi, saya mencadangkan untuk
memperbaik keadaan itu
dengan menggunakan tiub kertas
yang dikitar semula ini
kerana ia sangat murah dan kuat.
Tapi, peruntukan saya
hanyalah 50 dolar seunit.
Kami membina 50 unit
sebagai ujian pemantauan
untuk ketahanan, kelembapan,
anai-anai dan sebagainya.
Selepas itu, tahun 1995
di Kobe, Jepun,
berlakunya sebuah
gempa bumi besar.
Hampir 7,000 ribu orang terbunuh.
Bandar itu adalah seperti
daerah Nagata ini,
seluruh bandar terbakar
selepas gempa bumi itu.
Saya juga mendapati
banyak orang pelarian Vietnam
menderita dan berkumpul
di gereja Katolik --
semua bangunan musnah sepenuhnya.
Jadi, saya pergi ke situ dan
mencadangkan kepada paderi,
"Bagaimana jika kita membina semula gereja
daripada kertas tiub?"
Dia kata,
"Oh Tuhan! Awak gila?
Selepas kebakaran,
inikah yang awak cadangkan?"
Dia tidak percayakan saya,
tapi saya tidak berputus asa.
Saya pergi ke Kobe
dan berjumpa dengan
persatuan untuk orang Vietnam.
Mereka tinggal dalam keadaan ini
dengan cadar plastik buruk di taman.
Mereka tinggal dalam keadaan ini
dengan cadar plastik buruk di taman.
Saya mencadangkan pembinaan semula.
Saya melancarkan pengumpulan dana.
Saya membina tempat perlindungan
tiub kertas untuk mereka.
Untuk memudahkan pelajar membinanya
dan meruntuhkannya,
saya menggunakan pak bir
sebagai dasar.
Saya minta syarikat bir Kirin mengusulkannya,
kerana pada masa itu,
syarikat bir Asahi
menghasilkan pak bir
yang berwarna merah;
ia tidak sepadan dengan
warna tiub kertas.
Keselarasan warna
adalah sangat penting.
Saya masih ingat,
kami menjangkakan
bir di dalam
pak bir plastik tersebut,
tapi ia kosong.
(Gelak ketawa)
Jadi,
ia sangat mengecewakan.
Pada musim panas,
bersama pelajar saya,
kami membina lebih daripada
50 unit tempat perlindungan.
Akhirnya, paderi itu percayakan saya
dalam pembinaan semula.
Dia kata, "Asalkan awak
kumpulkan wang sendiri,
bawa pelajar sendiri untuk membina,
awak boleh lakukannya."
Jadi, kami menggunakan 5 minggu
membina semula gereja itu.
Ia sepatutnya berada di situ
selama 3 tahun,
tapi ia kekal di situ selama 10 tahun
kerana orang ramai menyukainya.
Kemudian, di Taiwan,
berlakunya gempa bumi besar.
Kami mencadangkan untuk
mendermakan gereja ini;
jadi kami menanggalkannya
dan menghantarkannya ke situ
untuk dibina sukarelawan.
Ia berada di Taiwan sebagai
gereja tetap sehingga kini.
Jadi, bangunan ini
menjadi bangunan tetap.
Saya tertanya-tanya, apakah dia bangunan tetap
dan bangunan sementara?
Walaupun sebuah bangunan
dibina daripada kertas,
ia boleh menjadi kekal
asalkan orang ramai menyukainya.
Sebuah bangunan konkrit mungkin tidak tahan lama
jika ia dibina demi keuntungan.
Sebuah bangunan konkrit mungkin tidak tahan lama
jika ia dibina demi keuntungan.
Tahun 1999, di Turki,
berlakunya gempa bumi besar;
saya pergi ke situ dan gunakan bahan tempatan
untuk bina sebuah tempat perlindungan.
Tahun 2001, di India Barat,
saya juga bina sebuah tempat perlindungan.
Tahun 2004, di Sri Lanka,
selepas gempa bumi Sumatra
dan tsunami, saya bina semula
kampung nelayan Islam.
Tahun 2008, di Chengdu,
kawasan Sichuan di China,
hampir 70,000 ribu orang terbunuh;
banyak sekolah musnah
kerana rasuah antara
pihak berkuasa dengan kontraktor.
Saya diminta untuk
membina semula gereja sementara.
Saya membawa pelajar Jepun saya
untuk bekerjasama dengan pelajar China.
Dalam masa sebulan,
kami menyiapkan 9 buah kelas,
lebih daripada
500 meter persegi.
Ia masih digunakan,
walaupun setelah gempa bumi terkini di China.
Tahun 2009, di Itali, L'Aquila,
juga berlakunya gempa bumi besar.
Foto ini sangat menarik:
bekas Perdana Menteri Berlusconi
dan bekas bekas bekas bekas
Perdana Menteri Jepun, En. Aso --
anda tahu, kami terpaksa menukar
perdana menteri setiap tahun.
Mereka sangat baik
kerana menampung modal saya.
Saya cadangkan pembinaan semula yang besar,
sebuah dewan muzik sementara,
kerana L'Aquila sangat terkenal kerana muzik
dan semua dewan konsert telah musnah.
kerana L'Aquila sangat terkenal kerana muzik
dan semua dewan konsert telah musnah.
Jadi, semua ahli muzik
telah berpindah keluar.
Jadi, saya cadangkan
kepada datuk bandar,
saya mahu membina semula
auditorium sementara.
Dia kata, "Asalkan awak bawa wang sendiri,
awak boleh lakukannya."
Saya sangat bernasib baik.
En. Berlusconi membawa
ahli-ahli persidangan kemuncak G8
dan bekas perdana menteri kami
ke situ;
mereka membantu kami
mengumpulkan wang.
Saya mendapat 50 juta euro
daripada kerajaan Jepun
untuk membina semula
auditorium sementara ini.
Tahun 2010 di Haiti, berlakunya gempa bumi besar,
mustahil ke situ melalui jalan udara,
Tahun 2010 di Haiti, berlakunya gempa bumi besar,
mustahil ke situ melalui jalan udara,
jadi saya pergi ke
Santo Domingo, negara jiran,
dan memandu 6 jam
untuk sampai ke Haiti
bersama pelajar tempatan
di Santo Domingo
dan membina 50 unit tempat perlindungan
daripada tiub kertas tempatan.
Ini apa yang berlaku di Jepun
2 tahun lalu, di utara Jepun.
Selepas gempa bumi dan tsunami,
orang ramai dipindahkan ke sebuah bilik
yang sebesar sebuah gimnasium.
Tapi lihatlah, tiada privasi.
Mereka menderita
secara mental dan fizikal.
Jadi, kami dan sukarelawan pelajar
pergi ke situ
untuk membina sesekat
daripada tiub kertas.
Ia tempat perlindungan yang ringkas
dengan rangka tiub dan langsir.
Tapi, pihak berkuasa
tidak mahu kami menyediakan
sesetengah kemudahan;
mereka kata,
ia menjadi sukar
untuk mengawal mereka.
Tapi, adalah perlu
untuk menyediakannya.
Mereka tidak mempunyai kawasan rata
yang cukup untuk membina
rumah kerajaan satu tingkat
yang standard seperti yang ini.
Lihatlah.
Bahkan kerajaan sivil membina
tempat tinggal sementara
yang teruk seperti ini,
sangat padat dan tidak teratur kerana tiada tempat simpanan, tiada apa-apa, air bocor.
Saya terfikir, kami perlu
membina bangunan banyak tingkat
kerana tiada tanah
dan ia juga tidak selesa.
Jadi, saya cadangkannya kepada datuk bandar
semasa saya sedang sediakan sesekat.
Akhirnya, saya bertemu dengan seorang datuk bandar
yang sangat baik di kampung Onagawa di Miyagi.
Akhirnya, saya bertemu dengan seorang datuk bandar
yang sangat baik di kampung Onagawa di Miyagi.
Dia minta saya membina tempat tinggal
3 tingkat di tapak besbol.
Saya menggunakan
kontena penghantaran;
para pelajar membantu kami
menyediakan semua perabot.
para pelajar membantu kami
menyediakan semua perabot.
Kami mahu mereka
berasa selesa.
Ia dalam lingkungan
peruntukan kerajaan,
kawasan tempat tinggal
adalah sama,
tapi ia lebih selesa.
Banyak orang mahu tinggal
di situ selama-lamanya.
Saya sangat gembira mendengarnya.
Sekarang, saya bekerja
di New Zealand, Christchurch.
Kira-kira 20 hari sebelum berlakunya
gempa bumi di Jepun,
sebuah gempa bumi besar berlaku
di Christchurch
dan banyak pelajar Jepun juga terbunuh.
Gereja besar terpenting
di bandar itu,
simbol Christchurch,
juga musnah sepenuhnya.
Saya diminta ke situ untuk membina semula
gereja besar sementara.
Jadi,
ia masih dalam pembinaan.
Saya mahu terus membina monumen
yang disukai orang ramai.
Saya mahu terus membina monumen
yang disukai orang ramai.
Terima kasih banyak-banyak.
(Tepukan)
Terima kasih.
(Tepukan)
Terima kasih banyak-banyak.
(Tepukan)